Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua saudara Islamku di luar sana serta teman-teman dari bangsa dan agama yg lain serta sesiapa sahaja yang mungkin akan membaca artikel dan mesej yang ingin saya sampaikan ini.
Saya dan beberapa rakan-rakan dari dalam dan luar negara telah membuat sedikit kajian serta penyelidikan mengenai konspirasi dan propaganda dunia yang sedang berlaku kini. Ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi konspirasi yang telah dirancang kira-kira 3000 tahun yang lalu dan berterusan hingga kini. ia sebagai satu cara yang halus untuk melemahkan dan menundukkan bangsa dan umat-umat lain di muka bumi terutamanya kepada kita yang beragama Islam yang suci.
Terpanggil atas rasa tanggungjawab dan kesedaran kami bermula dengan membuat beberapa kajian beserta perbincangan tertentu bagi merungkai segala yang mungkin akan atau telah berlaku. Rujukan dari sumber-sumber yang berasas dugunakan untuk memudahkan kami dalam usaha mengumpul maklumat dan seterusnya menyebarkan kepada semua yang akan membaca mesej ni.
Bagi yang telah menonton klip video “The Arrival” terbitan Noreagaaa Production,Hashems & Archernahr Films, maka anda telah mengetahui akan konspirasi yang telah berlaku selama ini dan akan memudahkan anda untuk memahami mesej yang ingin saya sampaikan kelak. Mesej kami dan diterjemah utk disampaikan kepada semua orang seramai yang mungkin ke seluruh pelusuk dunia. Ia adalah usaha kecil dan masih tedapat kekurangan dan kelemahan.
Oleh itu, kami telah bersetuju untuk menulis artikel ini secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan pemahaman semua pihak. Diharap artikel ini akan tersebar jauh kepada semua teman-teman diluar sana dan diharap agar kami berjaya dalam usaha kami untuk menyebarkan kebenaran ini.
To be continue, InsyaAllah..
Ad-Dien
WCR 2007-present











