Halaman

Selasa, 31 Mei 2011

Baiki Bacaan Al-Quran dengan teknologi E-Qalam

Zaman sekarang teknologi semakin pesat. Setiap hari pasti ada teknologi baru yang tercipta. Islam tidak pernah melarang manusia mendalami teknologi malah dengan teknologi sepatutnya ia membantu kita dalam melakukan perbuatan dan ketaatan kita kepada Allah S.W.T.


Al- Quran merupakan kitab yang paling agung, ditinggalkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. Anda selalu baca Al-Quran ?. Tepuk dada tanya iman.

Anda ada masalah dalam bacaan Al-Quran?
Tak reti baca dengan betul?
Tak tahu tajwid?


JANGAN BIMBANG SAUDARAKU

Pen Digital Al-Quran ( E-Qalam ) boleh mambantu



Apakah Pen Digital Al-Quran ( E-Qalam ) ????

E- Qalam ini adalah sebuah alat yang mampu membantu kita dalam bacaan Al-Quran dengan baik dan betul. Ia dilengkapi dengan Al-Quran berkod dan pen digital yang boleh membaca Al-Quran tersebut dengan alunan  Qari Terkenal. Ada 2 kaedah bacaan yang disediakan untuk kita iaitu At-Tadwir (bacaan biasa) dan At-tartil (bacaan perlahan).

Bukan itu saja, ia juga boleh menterjemahkan bacaan. Nanti mudahlah anda faham apa yang ada baca. Terjemahan boleh dibuat dalam 4 bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, dan Mandarin. Namun setiap satu pen hanya satu bahasa, jadi kalau nak tafsir dalam bahasa lain kena lah beli pen banyak-banyak yer. hehehe.. Harga sekitar RM 400- RM 500 kalau tak silap. Rasa mahal?? baca bawah ni dulu..huhu


Dalam satu beg itu dilengkapi dengan 

Senaskah Al-Quran berkod (Rasm Uthmani)
Pen digital dan buku manual
Fon telinga
Kompas kiblat
Kad warranty 1 tahun

bateri tak disediakan..huhu, tak mengapa, bateri boleh beli kan

tengok demo dulu yer





tertarik tak? Bagi WADi memang berbaloi jika anda beli 
untuk membantu anda dalam bacaan Al-Quran
tak rugi langsung
tambahan pula tak ramai yang pergi berguru
dan mungkin sibuk dengan kerja
namun dengan alat ni
mungkin boleh membantu sedikit sebanyak
untuk kita baca dan faham
Ayat-ayat Allah, insyaAllah

kalau nak beli boleh lah pergi ke kedai buku berdekatan
atau cuba ke sini

E- Qalam Store
Kedaibuku.com
Hikmah Marketing

- Amal Dengan Ilmu -



WADi





Ahad, 29 Mei 2011

Sejarah Kejadian Gempa Bumi

Gempa bumi sering kali melanda dunia akhir zaman ini. Kejadian gempa bumi amat mengerikan bagi mereka yang pernah melaluinya. Anda pernah alami nya?? Alhamdulillah negara kita masih belum kejadian ini, tapi kita tidak tahu mungkin esok lusa, kita pun akan ditimpa kejadian gempa bumi, itu urusan Allah, wallahualam. 

Tahu tak asal usul kejadian gempa bumi ni?

Ada kalangan ulama’ yang menyatakan bahawa gempa bumi pertama berlaku di atas muka bumi ini ialah setelah Qabil bertindak kejam membunuh saudaranya Habil akibat perasaan hasad dengki. Apabila pembunuhan pertama ini berlaku akibat perang saudara telah menyebabkan bumi terlalu marah sehingga berlakunya gempa bumi.


Melalui peristiwa ini maka tidak salah kiranya ada orang yang berkata bahawa punca gempa bumi seterusnya tsunami baru-baru ini boleh dikaitkan dengan peperangan saudara terutama di Acheh yang teruk ditelan gempa bumi dan tsunami di mana di situ terjadinya perang saudara begitu lama. Begitu juga di Thailand berlakunya peperangan antara mereka yang berlainan agama, tidak ketinggalan di Sri Lanka, India dan juga di Somalia di mana bantuan hingga kini masih sukar disampaikan akibat peperangan masih meletus.


Gempa bumi turut berlaku pada zaman nabi Muhammad s.a.w di mana nabi telah membaca doa tertentu sehingga bukit yang di atasnya pernah disemadikan beberapa orang nabi, para orang mati syahid telah berhenti daripada bergegar. Begitu juga gempa bumi yang pernah berlaku semasa pemerintahan Sayyidina Umar al-Khottab di mana setelah berkata sesuatu kepada bukit itu lalu ia berhenti daripada bergegar.

Malah jika kita baca sebuah kitab tentang peristiwa gempa bumi yang telah ditulis oleh seorang ulama’ terkenal iaitu imam Jalaluddin as-Sayuti maka kita dapati beliau telah mendahului ilmuan barat dalam  menulis banyak peristiwa gempa bumi yang telah berlaku sejak dahulu hingga kepada zamannya. Selepas kematiannya maka anak muridnya dan beberapa ulama’ terkemudian menyambung tulisan berkenaan peristiwa gempa bumi yang telah berlaku.


semoga kita dilindungi daripada musibah
gempa bumi ini

wallahualam

_ Amal Dengan Ilmu -


WADi


Sabtu, 28 Mei 2011

Formula 5F Ciptaan Yahudi

Entri kali ni nak share tentang formula unik dalam dunia. 
Formula apa???

Bukan Matematik

bukan fizik

bukan Kimia


Tetapi Formula Yahudi


Formula 5F ciptaan Yahudi



1. Filem

Melalui filem bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem

2. Famili (keluarga)

Menanamkan amalan hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendeadh aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

3. Fesyen

Memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa

4. Fun (hiburan)
Hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan

5. Food (makanan)

Umat Islam lebih selera dan suka menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita tidak tidak sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi


Rasa familiar tak? Yer, memang sangat familiar kerana kita semua termasuk saya pasti terkena jarum halus yahudi, pun begitu yakinlah bahawa sehalus mana perancangan Yahudi, Perancangan Allah itu Maha Halus. 

Wallahualam

Jumaat, 27 Mei 2011

Mana lebih susah? Jadi Lelaki @ Perempuan?


Pernah terfikir persoalan macam ini??
Menjadi lelaki labih susah atau
jadi perempuan yang lebih susah?


sama sahaja..masing-masing ada kesukaran masing-masing..

mari sama-sama kita lihat 



Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, 

 Lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN! 

 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN!


 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepert gunung dengan semut. Itulah sebabnya mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.


Betapa beratnya menjadi seorang wanita.


 Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wanita wajib taat kepada suaminya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

 Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

 Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang daripada lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

 Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

 Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Khamis, 26 Mei 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

Assalamualaikum semua pembaca budiman sekalian. Kali ini WADi terpanggil untuk join satu segmen yang dibuat oleh Blog Pilihan Malaysia. Sebenarnya Blog Pilihan Malaysia (BPM) adalah antara ruang blogger terawal yang WADi sertai. Banyak informasi dan teman-teman blogger yang ada di ruangan ini. 


WADi memilih untuk berada dalam segmen kategori 
Blog Personal Lelaki Pilihan.


Blog World Of Ad-Dien atau lebih dikenali sebagai WADi adalah blog yang saya gunakan untuk berkongsi ilmu berguna buat semua orang termasuk diri saya sendiri. Ditubuhkan pada awal 2009, WADi bermula dengan perlahan-lahan dengan bantuan dan tunjuk ajar dari mereka yang dah lama dalam dunia blog. 

WADi terhenti beberapa bulan disebabkan oleh fokus terhadap akademik dan kembali aktif hingga kini. Walaupun nama Pena saya Ad-Dien, namun World Of Ad-Dien bukan lah blog yang menceritakan khusus tentang peribadi saya sepenuhnya. Ia lebih kepada frasa World Of Ad-Dien yang bermakna Dunia Dengan Cara Hidup Islam, bersempena dengan frasa Islam adalah gaya hidup. 

Umumnya WADi adalah blog yang bertemakan Agama atau "Islamik" namun sebenarnya ia merangkumi perkongsian ilmu yang lain, yang diperlukan dan boleh memberi manfaat buat semua pembaca. Ia merangkumi 
perkongsian ilmu Islam, Sains, Berita Semasa, Artikel, Kesihatan dan lain-lain. Kerana itulah dinamakan orld Of Ad-Dien kerana Islam itu syumul dan luas, dan ilmunya juga pelbagai cabang.Mereka yang pernah membaca blog WADi pasti tahu akan ini. WADi bersifat dakwah santai untuk pembaca dan sesuai untuk semua. Perkongsian bukan hanya di blog malah ruangan Forum WADi turut disediakan bagi mereka yang gemar dakwah secara santai atau perbincangan ilmu di WADi.

Disini saya taq beberapa teman blogger 



semoga bermanfaat..






Rabu, 25 Mei 2011

Solat Tanpa Faham Makna? Mari Fahaminya

Solat adalah tiang agama, dan ia difardhukan ke atas setiap yang bergelar muslim. Solat merupakan ibadah yang semestinya tidak asing bagi kita semua, termasuk anda yang sedang membaca entri ini bukan?.

Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. 
(Al-Ankabut : 45)


Anda pasti pernah dengar kan firman Allah di atas?. Tapi kenapa ada saja orang yang solat  tapi masih buat maksiat? buat perkara keji? buat mungkar?. Pasti anda pernah terfikir sebegitu bukan. Ya solat sebenarnya memang mampu cegah kita dari perbuatan keji dan mungkar. Cuma solat yang dimaksudkan disini salah satunya ialah

Solat Yang Khusyuk



Macam mana nak solat dengan khusyuk?

Banyak perkara atau kaedah untuk khusyuk dalam solat, cuma saya nak tekan kan dalam entri ini ialah dengan cara yang ringkas dan mampu untuk dilakukan oleh kita semua, insyaAllah. Cara yang macam mana? 

Fahami makna bacaan dalam solat


nampak mudah? tapi mampu ke kita buat sebelum ni?
ade ke kita buat?

Bagi yang pernah buat, tahniah dahn teruskan amalan itu. Bagi yang belum pernah buat, mari kita sama-sama buat, insyaAllah solat kita akan lebih khusyuk selepas ini. Saya cuba beri tafsiran setiap kalimah yang kita sebut tu, semoga dapat membantu.


Takbiratulihram
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, dan Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
 bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya 


Ok, itu saja untuk kali ini
semoga dapat membantu kita semua
khusyuk dalam solat
percayalah solat anda akan lebih khusyuk 
jika anda faham maksud apa yang anda baca 

Pesanan untuk semua

tak perlu terus hafal semua sekaligus
kalau rasa susah
cuba hafal yang mana mampu dulu
cam bacaan ketika sujud @ rukuk dll..
kemudian amalkan selama seminggu @ sampai dah hafal
lepas itu baru hafal yang lain
tapi kalau mampu semua baguslah
yang penting istiqamah (berterusan ), insyaAllah

copy jer, jangan segan-segan
tiada copyright di blog ni..hehe

- Amal Dengan Ilmu -

WADi