Halaman

Isnin, 3 Mei 2010

Risiko Beli Telefon Murah

KUALA LUMPUR - Pengguna dinasihatkan tidak tertipu dengan promosi jualan telefon bimbit yang canggih pada harga murah kerana jika ia dijual menerusi ejen tidak berdaftar, produk yang dibeli itu tidak akan dilindungi biarpun ia masih dalam tempoh jaminan.
Peringatan itu dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) selepas menerima kira-kira 200 aduan kes pembelian telefon dari ejen dengan kebanyakannya model berharga RM1,000 ke atas dalam empat bulan pertama tahun ini.
Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah berkata, ada pengadu mendakwa ejen enggan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan walaupun telefon bimbit masih dalam tempoh jaminan.