Halaman

Isnin, 13 Disember 2010

Asia Barat Dilanda Cuaca Buruk


Rescue workers look for survivors in a collapsed factory building  in Alexandria, 230 km (140 miles) north of Cairo December 12, 2010. One  body has been retrieved and an estimated 25-30 people are believed  trapped in the rubble of the building that collapsed due to bad weather,  according to security sources.
KAHERAH - Ribut pasir, angin kencang dan hujan lebat yang melanda seluruh Mesir semalam menyebabkan beberapa buah pelabuhan ditutup, mengganggu trafik di Terusan Suez selain mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah kilang runtuh di bandar Alexandria.Lima orang juga dilaporkan cedera parah dalam insiden sama yang melibatkan sebuah kilang tekstil.Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk membantu ramai pekerja kilang.
The Citadel of Salah El Din and mosques are seen through fog and  cold weather in Cairo December 11, 2010.
Beberapa pegawai memberitahu, 30 orang pekerja mungkin melakukan kerja-kerja menyelamat di bangunan enam tingkat itu.Sebanyak 26 buah kapal tidak dibenarkan masuk ke Terusan Suez manakala perjalanan 29 buah kapal lagi terpaksa ditangguhkan selama tiga jam.Laluan yang menghubungi antara Laut Mediterranean dan Laut Merah itu terjejas ekoran tahap penglihatan yang terhad dan angin kencang mencecah 40 knot.
Pegawai-pegawai meteorologi meramalkan cuaca buruk itu akan berlanjutan sehingga hari ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah.Sementara itu, di Ashdod, Israel, sebuah kapal kargo dari Moldova, karam akibat cuaca buruk..Namun, 11 orang anak kapal warga Ukraine berjaya diselamatkan, kata seorang pegawai maritim Israel. - Agensi