Halaman

Sabtu, 15 Januari 2011

Kehendak VS Keperluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca World of Ad-Dien. Entri kali ni saya nak kongsi serba sedikit tentang sesuatu yang penting dan perlu diuruskan dalam hidup kita sehari-harian.
Ape tuu???penting sangat kah??



Ia adalah mengenai Kehendak dan Keperluan dalam hidup...
Hmmm....anda sedar tak kadangkala anda tidak menguruskan kehendak dan keperluan anda dengan baik, atau sedar atau tidak mungkin anda tidak pernah langsung menguruskan keperluan dan kehendak..

ringkasnya keperluan adalah sesuatu perkara yang kita perlukan untuk hidup. Kehendak pula sesuatu yang kita hendak atau inginkan untuk melengkapkan hidup ini....jom kita sama-sama uruskan kehendak dan keperluan dengan tips ini yer..


Kehendak 

  1. Sesuatu yang kita hajatkan atau impikankan. Biasanya sesuatu yang indah 
  2. Sesuatu yang kadangkala mustahil untuk kita capai 
  3. Hanya satu keperluan untuk sebuah kepuasan yang bersifat sementara 
  4. Kadangkala berakhir dengan sebuah kekecewaan jika impian hanya dihati tanpa dizahirkan dengan usaha 
  5. Bagi orang yang berdaya maju, kehendak adalah sesuatu target yang perlu dicapai dengan usaha yg tidak mengenal erti kegagalan. 


Keperluan 
  1. Sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan 
  2. Kadangkala ia dibenci kerana berlawanan dengan kehendak 
  3. Boleh jadi sesuatu yang diluar jangkaan 
  4. Merupakan anugerah kurniaan Allah kepada hambaNya 
  5. Jarang dihargai sehingga ianya hilang dari hidup kita. 



Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita hargai kerana setiap saat yang berlalu tidak akan kembali lagi. Jadi cubalah untuk hargai apa yang ada disekeliling kita walaupun ianya bukanlah sesuatu yang kita impikan. Ingatlah, hidup tidak seindah impian... Firman Allah di dalam a-Quran :
"dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya" 
(Al-Baqarah : 216) 

Adakalanya, kita rasakan apa yang kita ada bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebenarnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketahuilah, segala yang kita ada sekarang adalah yang pemberian yang terbaik dariNya. Impian bukanlah hanya indah di dalam diri tetapi ianya akan menjadi lebih indah sekiranya impian dijadikan target untuk dicapai dengan usaha tanpa jemu dan bersedialah untuk gagal dalam usaha mengejar sebuah impian. Kegagalan itu adalah suatu kejayaan kerana dengan kegagalan sebenarnya kita telah mendapat sesuatu yang berharga dipanggil PENGALAMAN...

semoga kita sama-sama menguruskan kehendak dan keperluan dalam hidup dengan lebih baik yer. InsyaAllah..