Assalamualaikum sahabat WADi semua, entri kali ini saya berminat nak kongsi sikit amalan hisap bunga cengkih yang pernah di ajarkan kepada student pondok, waktu saya dipondok, ada juga dengar tentang amalan ni, tapi belum pernah saya cuba. Mungkin lepas ni kita semua boleh cuba ke, mana tau ada manfaat, insyaAllah. Amalan ni asalnya di amalkan oleh Mudir Pondok Pasir Tumboh, Kelantan iaitu Tuan Guru Hj Hashim dari umur 17 tahun hinggalah kini yang berusia 90 tahun. Mungkin ada juga pengamal yang lebih dahulu sebelum Tuan Guru, tapi tak mengapalah yang penting saya hendak sampaikan ialah khasiat dan kebaikannya.
Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :
1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia
4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan
Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya
insyaAllah ada hikmah dan manfaatnya, saya pun belum pernah cuba. InsyaAllah kalau ada kesempatan nak juga cuba, wallahualam. Anda boleh cuba kalau nak, tiada paksaan..hehe.
feel free to share k..