Halaman

Isnin, 2 Mei 2011

Fatwa Gerakan Anti-Hadith (Akidah)

'A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK -


 (a) 'Hadis Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik' yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;
 (b) 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di dalam al-Quran' yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;
 (c) 'Bacaan' yang ditulis oleh Othman Ali; 
(d) 'The Computer Speaks - God"s Message To The World' yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.


 B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.



Keputusan: 

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa 'Majlis Agama Islam dan "Adat Melayu Perak' Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut C. OLEH YANG DEMIKIAN -

 (1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di Dalam al-Quran', 'Bacaan' atau 'The Computer Speaks: God"s Message To The World'; adalah murtad; 

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang : (a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith Di Dalam al-Quran', 'Bacaan' atau 'The Computer Speaks: God"s Message To The World'; (b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkanbuku 'Hadis Satu Penilaian Semula,' 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith Di Dalam al-Quran', 'Bacaan' atau 'The Computer Speaks: God"s Message To The World'; atau mana-mana bahagiannya, termasuk : (i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya; (ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa; (iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau (c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.'

Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Nombor Rujukan: 
 Majlis 0/Jld. 1; PU. Pk. 15/86
Akta/Enakmen: 
 No:139 Jil.49