Halaman

Selasa, 10 Mei 2011

Kemalangan Di Lebuh Raya Pantai Timur



Assalamualaikum sahabat semua. Kebetulan hari ini ada sedikit urusan di Ibu Kota, Kuala Lumpur dan semasa dalam perjalanan dari Pahang, saya menyaksikan kemalangan yang menakutkan di depan mata. Ya Allah, sungguh menegjutkan dan tidak sangka sebuah lori yang berada di hadapan kereta saya dan keluarga tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan. 




Kejadian berlaku di lebuh raya pantai timur, sebelum sampai ke Tol Karak. Kebetulan kawasan tu memang terkenal dengan angin lintang. Mujurlah ada pengguna jalan raya yang prihatin dan mengeluarkan mangsa dengan pantas melalui cermin hadapan lori tersebut. Yelah, bimbang juga kalau tiba -tiba lori tu meletup sebab minyak memang dah tumpah dengan agak banyak dari tangki minyak lori tu.


Syukurlah pemandu lori itu khabarnya selamat juz mengalami luka kecil dan mungkin patah tangan even lori tersebut terseret agak jauh dan pintu lori tu tercabut. Entah bagaimana keadaan yang dilaluinya semasa kejadian tu berlaku. Semua nya sangat pantas. Syukurlah tiada korban jiwa berlaku dan syukurlah masih ada mereka yang prihatin dan sanggup hulurkan bantuan disaat mereka dalam kesusahan. Alhamdulillah