Halaman

Jumaat, 10 Jun 2011

Assalamualaikum. Bukan Ucapan Remeh


Memberi salam merupakan amalan yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Tidak kira kanak-kanak, remaja, orang dewasa hatta golongan emas sekalipun, amalan salam masih wujud dalam kalangan mereka. Namun begitu, tidak ramai yang tahu betapa pentingnya memberi salam. Ia amalan yang mudah, tetapi agak ramai yang meremehkannya. 

Tahukan anda amalan kecil ini punya ganjaran yang besar dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : 

" Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan mengucap Assalamualaikum), nescaya kalian akan mewarisi syurga"  { Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 1466}.


Kenapa saya katakan ucapan salam ini penting?. Kerana baginda pernah bersabda, maksudnya

" Tidaklah kalian akan memasuki syurga sehinggalah kalian beriman dan tidaklah kalian beriman sehinggalah kalian salaing mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya kalian akan saling mencintai?. Sebarkanlah salam di antara kalian
( Shahih Muslim, no : 54)

Siapa yang perlu mendahului ucapan salam??

Ucapan salam tidak terhad kepada orang yang kita kenal sahaja, bahkan ia meluas kepada semua muslim tidak kira sama ada kita kenal atau tidak. Ketika ditanya Islam yang bagaimanakah baik, Rasulullah s.a.w menjawab :

" Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya dan tidak dikenalinya
( Shahih al-Bukhari, no : 6236)

Islam menganjurkan supaya orang yang memiliki kedudukan yang kebih tinggi mendahului salam kepada orang yang berkedudukan rendah. Rasulullah s.a.w pernah ditanya, jika ada dua orang muslim bertemu, siapakah yang sepatutnya mendahului salam? Baginda menjawab " Yang paling tinggi kedudukannya disisi Allah " (Shahih Sunan al-Tirmizi, no : 2694).

Baginda juga pernah bersabda : 
" Orang yang berkenderaan hendaklah memberikan salam kepada orang berjalan, orang berjalan memberikan salam kepada orang yang duduk dan kumpulan yang kecil hendaklah memberikan salam kepada kumpulan yang lebih besar jumlahnya " (Shahih al-Bukhari , no : 6232)

Macam mana saya nak tahu siapa yang kedudukan tinggi disisi Allah, so tak yah bagi salam lah...

Jika kita dizaman sekarang ini tidak tahu siapa yang patut beri salam dahulu dengan alasan tidak tahu siapa yang lebih tinggi disisi Allah, maka tidak salah jika kita yang mulakan dahulu salam itu, bahkan lebih baik kerana memberi salam dapat membebaskan diri daripada sombong. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

" Sesiapa yang mendahului memberi salam akan dapat membebaskan dirinya daripada sifat sombong" (Riwayat al-Baihaqi)

Nampak tak kaitannya dengan perkara yang disentuh tadi? Antara hikmah Islam menganjurkan orang yangkedudukan tinggi mendahului salam ialah supaya mereka yang berkedudukan tinggi tidak merasa sombong, ujub dan megah. Dengan meberi salam kita akan sentiasa melazimi diri kita ini dengan sifat rendah diri dan sederhana. InsyaAllah


- Amal Dengan Ilmu -




WADi