Halaman

Jumaat, 3 Jun 2011

Muqaddimah Akidah dan Tauhid Kepada Allah


Jika kita lihat, Bangsa Arab Jahiliyyah dahulunya sembah macam-macam jenis berhala. Berhala itu adalah ciptaan mereka sendiri yang kemudiannya diagungkan dan dipuja sentiasa. Semua harapan, impian, permintaan dan pertolongan diserahkan kepada benda yang mati dan tidak bernyawa tersebut. Perlu kita lihat bahawa ia bukan sahaja menular dalam kalangan bangsa Arab sahaja malah bangsa-bangsa lain juga pada zaman itu. Selain dari berhala, ada juga yang menyembah sesuatu yang dikira "makhluk" dalam akidah islamiyyah seperti sembah air, matahari, bulan, gunung, batu dan sebagainya. 


Kemudian Allah turunkan Al-Quran kepada Baginda, Rasulullah S.A.W melalui malaikay Jibril a.s untuk ubah segala kepercayaan karut marut, tahyul dan salah tersebut. Jika anda fikir dengan logik, akal anda pasti tidak boleh menerima jua, apakah patung yang tidak bernyawa itu mampu mendatangkan manfaat hatta mudarat kepada kita, manusia?. Tentu sekali tidak . Turunnya kalam Allah itu untuk meninggikan darjat manusia dengan mengajar supaya beriman mutlak kepada Allah S.W.T, Tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh makhluk dilangit dan dibumi. Ia nya sesuai dengan manusia yang diciptakan sempurna oleh Allah akal dan fikirannya, rohani dan jasmani nya. 

Firman Allah, mafhumnya:

" Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna " (At-Tiin: 4)


Sebab itulah Akidah dan Tauhid ini yang utama bagi umat Islam, supaya kita kenal benar, kita tahu dengan siapa yang kita sembah, siapa Pencipta kita, Siapa Allah S.W.T. Dengan Tauhid maka darjat manusia itu terjulang tinggi, lebih tinggi dari segala makhluk Allah SWT. Namun tanpa Akidah yang benar, ia sama sahaja dengan bangsa Arab Jailiyyah dahulu. Tidak mutlak kepada Allah Azzawajalla. 

Jika kita fikir jua dengan akal fikiran kurniaan Ilahi ini, segala macam ilmu yang ada tentang apa jua di alam ini mesti ada punca nya, ilmu ini pasti ada yang menciptanya, setiap ciptaan dilangit dan dibumi, pasti ada yang menciptanya. Itulah Allah taala, pencipta Tunggal yang telah disebut-sebut dalam Al-Quran yang didalalamnya terkandung pelbagai cabang ilmu untuk manusia dimuka bumi. Ilmu tersebut wujud untuk lebih mentauhidkan manusia kepada Allah, bukan untuk membelakanginya dikemudian hari.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 164, mafhumnya :

" Sesungguhnya terciptanya langit dan bumi, silih bergantunya malam dan siang, berlayarnya bahtera di laut (membawa keperluan) yang berguna bagi manusia, air (hujan) yang diturunkan Allah SWT dari langit, lantas dihidupkan-Nya dengan air itu bumi yang mati (tandus), disebarkan-Nya segala jenis binatang yang melata, dan perkisaran angin dan awan tanda-tanda (bukti-bukti kekuasaan Nya dengan segala sifat-sifat Nya yang utama) bagi kaum (orang) yang berfikir".

Anda nampak tak betapa pentingnya Akidah dan Tauhid kepada Allah?
Belum nampak lagi??
tidak mengapa, ini hanya lah muqaddimah tauhid
bagi yang dah nampak, Alhamdulillah
anda dilandasan yang betul,
bagi yang masih sangsi, teruskan membaca entri Akidah
di WADi atau dimana jua

maaf andai entri pendek, WADi cuba ringkas kan, nanti anda jemu pula baca tentang Akidah dan Tauhid ni. Kita buat sikit demi sikit yer, sama-sama belajar, termasuk diri saya yang dhoif ni. Ada persoalan tanya saja k, cuba menjawab andai mampu. InsyaAllah

bertemu dalam bab Akidah yang lainnya, insyaAllah






- Amal Dengan Ilmu -






WADi