Halaman

Khamis, 24 November 2011

Bagaimana Menghadapi Perbezaan Pendapat di Kalangan Ulama?




Perbezaan pendapat dalam kalangan ulama' (khilaf ulama' )sememangnya sering terjadi. Ini adalah lumrah kerana manusia mempunyai perbezaan pendapat berdasarkan kefahaman dan hujah dalam sesuatu landasan ilmu. Bagaimanakah kaedah untuk kita memahami dan menghadapi perbezaan pendapat antara ulam'-ulama' Islam dengan sebetulnya?. Perlukan kita bersikap keras dalam menegakkan hujah sendiri tanpa membuka ruang untuk menilai hujah yang lain ? Berikut adalah jawapannya daripada Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin


Pertanyaan:

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Saya mahasiswa tahun pertama di fakulti Syari'ah, kami banyak menemui permasalahan yang mengandungi perbezaan pendapat, dan kadang-kadang pendapat yang rajih dalam sebahagian masalah, ternyata bertentangan dengan sebahagian pendapat ulama sekarang. Atau kadang kala kami menemui masalah-masalah tetapi tidak ada satu pun yang rajih, sehingga kami bingung dalam hal ini. Apa yang harus kami lakukan berkenaan dengan masalah yang mengandungi perbezaan pendapat atau ketika kami ditanya oleh orang lain? Semoga Allah memberi kebaikan pada Syaikh.

Jawapan:

Pertanyaan seperti ini tidak hanya dialami oleh para penuntut ilmu syari'at, tetapi merupakan masalah umum setiap orang. Jika seseorang mendapati perbezaan pendapat tentang suatu fatwa, ia akan kebingungan. Tapi sebenarnya tidak perlu dibingungkan, kerana seseorang itu, jika mendapatkan fatwa yang berbeza, maka hendaklah dia mengikuti pendapat yang dilihatnya lebih mendekati kebenaran, iaitu berdasarkan keluasan ilmunya dan kekuatan imannya, sebagaimana jika seseorang sakit, lalu ada dua doktor yang memberikan nasihatyang berbeza, maka hendaklah d ia mengikuti perkataan doktor yang dipandangnya lebih benar dalam memberikan ubat.

Jika ada dua pendapat yang dipandangnya sama, atau tidak dapat menguatkan salah satu pendapat yang berbeza itu, maka menurut para ulama, hendaklah dia mengikuti pendapat yang lebih tegas, kerana itu lebih berhati-hati. Sebahagian ulama lainnya mengatakan, hendaklah dia mengikuti yang lebih mudah, kerana demikianlah dasar hukum dalam syari' at Islam. Ada juga yang berpendapat, boleh memilih di antara pendapat yang ada.

Yang benar adalah mengikuti yang mudah, kerana hal itu sesuai dengan konsep mudahnya agama Islam, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
"Ertinya : Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Al-Baqarah: 185)

Dan firmanNya.:

 وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ
"Sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan."[Al-Hajj: 78]

Serta sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam

"Ertinya : Bersikap mudahlah kalian dan jangan memberatkan. "
(HR. AI-Bukhari dalam Al-'Ilm (69). )

Lain dari itu, kerana pada mulanya manusia adalah "bebas dari tanggung jawab" sehingga ada sesuatu yang mengubah status dasar ini. Kaedah ini berlaku bagi orang yang tidak dapat mengetahui yang haq dengan dirinya sendiri. Namun bagi yang bisa, seperti halnya thalib 'Urn (penuntut ilmu syar'i) yang boleh membaca pendapat-pendapat seputar masalah dimaksud, maka hendaknya memilih pendapat yang dipandangnya lebih benar berdasarkan dalil-dalil yang ada padanya. Dalam hal ini dia harus meneliti dan membaca untuk mengetahui pendapat yang lebih benar di antara pendapat-pendapat yang diungkapkan oleh para ulama.

[Kitab ad-Da'Wah (5), haL. 45-47, SyaikH Ibnu Utsaimin]

[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syarâiyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini-2, Darul Haq]


- Amal Dengan Ilmu -

WADi