Halaman

Sabtu, 10 Disember 2011

Asma' binti Abu Bakar Lahirkan Bayi Islam Pertama Di Madinah


Nama sebenar beliau ialah Asma' binti Abu Bakar as-Siddiq (Asma' binti Abdullah bin Abu Quhafah). Asma' dilahirkan pada tanggal 27 sebelum Hijrah iaitu anak kepada sahabat rapat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar as-Siddiq. Ibunya bernama Qutailah binti Abdul 'Uzza bin As'ad bin Jabir. Ibu Asma' telah diceraikan oleh ayahnya, Abu Bakar sejak zaman jahiliyyah lagi. Usia Asma' adalah 10 tahun lebih tua daripada saudara sebapanya, iaitu Aisyah Ummul Mu'minin bin Abu Bakar. Asma' antara orang terawal memeluk Islam. Menurut Ibnu Ishaq, Asma' adalah orang yang ke 18 yang memeluk Islam dan ketika itu usianya baru sahaja 15 tahun. Suami Asma' adalah Zubair bin Awwam dan mereka dikurniakan Allah beberapa orang anak iaitu:

  1. Abdullah bin Zubair
  2. 'Urwah bin Zubair
  3. Munzir
  4. Asim
  5. al-Muhajir
  6. Khadijah al-Kubra
  7. Ummu Hasan dan
  8. Aisyah
Asma' digelar Dzatun nithaqain (si empunya dua ikat pinggang) kerana semasa Baginda dan Abu Bakar dalam perjalanan Hijrah, beliau telah membekalkan makanan kepada merek berdua. Asma' mengambil tali ikat pinggangnya antas dipotong menjadi dua. Kemudian yang satu digunakan untuk sufrah (bungkus makanan untuk bekal) Rasulullah dan ayahnya manakala satu lagi untuk ikat pinggangnya.

Pengorbanannya dalam Islam sememangnya tinggi dan tererlah. Beliau banyak bersusah payah untuk membantu perjalanan Hijrah dari Makkah ke Madinah. Keberaniannya juga dikagumi ketika Baginda dan Abu Bakar keluar berhijrah, Asma' telah didatangi oleh orang Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal. Ketika Abu Jahal bertanya "Dimana Ayahmu?" Asma' dengan lantang menjawab "Aku tidak tahu!". Berulang kali soalan itu diajukan kepadanya namun beliau tetap menjawab dengan jawapan yang sama. Ketika Abu Jahal hilang sabar, Dia menampar muka Asma' dengan kuat hingga terasa pedih ditelinga Asma' namun dia tetap bersabar. 

Walaupun beliau seorang yang miskin ketika berkahwin dengan Zubair bin Awwam, beliau tetap bersedekah sesuai dengan kemampuannya. Asma' begitu terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w:
"Janganlah engkau menahan-nahan harta, maka Allah akan menahannya pula untukmu, oleh kerana itu keluarkan harta itu menurut kemampuanmu" (Riwayat Bukhari)

Asma sentiasa menasihatkan keluarganya agar bersedekah dan jangan menunggu hingga ada lebihan rezeki baru hendak bersedekah kerana jika ada lebihan harta, nescaya manusia akan inginkan yang lebih lagi kerana itu fitrah manusia cinta terhadap harta. Kerana itu beliau tidak menyimoan sesuatu untuk hari esok melainkan terus disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Betapa murah hati dan dermawannya beliau.


Asma' juga seorang yang kuat beribadah kepada Allah s.w.t. Ketika membaca al-Quran, beliau membaanya dengan penuh khusyu' sehingga menangis. Pernah dikhabar oleh anaknya bernama 'Urwah : Aku ingin berjumpa ibuku, sedangkan pada waktu itu beliau sedang menunaikan solat dan aku mendengar beliau membaca ayat ke 27 surah al-Tur :

Maka Allah mengurniakan kami rahmat dan taufikNya serta memelihara kami daripada azab neraka (Al-Tur:27)

Lalu ibuku memohon pemeliharaan Allah. Apabla aku berasa agak lama ibuku dalam keadaan sedemikian, aku pun pergi ke pasar. Alangkah terkejutnya aku apabila aku pulang dari pasar, aku maih mendapati ibuku (Asma') masih tidak berganjak malah menangis kerana memohon perlindungan Allah.

Beliau juga seorang yang berani dengan turut serta dalam perang Yarmouk bersama suaminya Zubair. Selain itu, beliau turut menghormati dan mengisihi ibunya meskipun ibunya itu tidak memeluk Islam. Asma' binti Abu Bakar r.a berkata : "Ibuku mendatangiku sedangkan dia seorang wanita musyrik di zaman Rasulullah s.a.w. Maka aku meminta fatwa kepada Baginda dengan mangatakan Ibuku mendatangiku dan menginginkan aku berbuat baik kepadanya, apakah aku boleh menyambungkan persaudaraan dengan ibuku. baginda bersabda 'Ya, sambungkanlah hubungan silaturahim dengannya'" 
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Beliau juga dikagumi sebagai isteri yang taat dan solehah kepada suaminya. Meskipun hidupnya tidak senang dan mewah, namun Asma' tetap bersyukur malah membantu suaminya bekerja.  Asma' berkata: 

Zubair tlah mengahwiniku. Beliau tidak memiliki harta atau saudara maara dan apa pun di muka bumi ini kecuali kudanya. Oleh itu akulah yang memberi makan kepada kudanya, mencukupi bahan makanannya, mengurusnya, menumbukkan biji kurma bagi pengairannya dan membuat adunan roti. Aku biasanya memindahkan biji kurma dari tanah Zubair yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w dengan menjunjungnya di atas kepalaku.

 Suatu ketika aku sedang berjalan sambil membawa kurma di atas kepalaku. Dipertengahan jalan, aku terserempak dengan Baginda dan beberapa orang sahabat Ansar yang sedang menunggang unta. Baginda kemudian mengajakku naik untuk dihantar pulang. Aku berasa sangat malu dengan sahabat Ansar yang berada disitu dan aku juga bimbang suamiku Zubair cemburu lantas marak kepadaku. Baginda memahami peraaanku lanta meninggalkanku dan aku segera pulang kerumah dan aku ceritakan hal itu kepada suamiku Zubair.Zubair berkata 'Demi Allah aku lebih cemburu kepadamu yang selalu membawa isi kurma d ata kepalamu sementara aku tidak dapat membantumu'

Setelah itu Abu Bakar memberikan pembantu rumah kepada Asma' maka ringanlah sedikit beban dan pekerjaan Asma'. Beliau juga turut berhijrah ke Madinah selepas Baginda dan ayahnya berhijrah meskipun ketika itu beliau sarat mengandung. Ketika sampai di Quba', Asma' melahirkan anaknya iaitu Abdullah bin Zubair yang mrupakan kanak-kanak Islam pertama yang dilahirkan di Madinah. Bagindalah yang mentahnik, berdoa untuknya dan menamakannya Abdullah. Ini telah menyangkal dakwaan kaum Yahudi yang kononnya menyumpah dan menyihir Orang Muhajirin agar tidak dapat melahirkan anak di Madinah.

Asma' wafat ketika beliau berusia 100 tahun iaitu pada tahun 73 Hijrah. Mekipun di usia yang sudah terlalu tua itu, beliau masih bersemangat memberi semangat juang kepada anaknya yang berangkat ke medan perang. Asma' binti Abdullah wafat ketika usia 100 tahun di Makkah dalam keadaan akal dab giginya nya yang masih sempurna .