Halaman

Selasa, 10 Januari 2012

[FATWA] Mimpi Dalam Pandangan Islam

 

Mimpi adalah suatu lumrah dan kebiasaan yang sering dialami oleh umat semua manusia samaada Islam atau tidak. Ia berlaku ketika sedang tidur tidak kira lama atau pun sekejap. Bagi umat Islam, mimpi kadang-kala punya alamat atau maksud tertentu dan hanya orang yang arif sahaja boleh menakwil mimpi tersebut. Hal berkaitan mimpi juga ada diceritakan di dalam al-Quran di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. Berikut adalah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan mimpi

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.

2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.

3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.

4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.

5. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.
wallahua'lam bissowab