Kebetulan ternampak status ustaz Syed Shahridzan tentang teguran terhadap sebahagian orang yang merendah-rendahkan Imam As-Syafie kerana tidak ada riwayat As-Syafie dalam Sahihain (Sahih Al-Bukhari dan Muslim).
Status berikut boleh dibaca disini:
Saya nak tambah sikit apa kata ulama' hadith tentang kedudukan Imam As-Syafie dalam dunia hadith.
Harmalah bin Yahya (wafat 243H) , salah seorang murid Imam Syafie mengatakan bahawa Imam As-Syafie adalah Nasirul Hadith.
قال
حرملة: سمعت الشافعي يقول: سميت ببغداد: ناصر الحديث
Imam Ahmad bin Hanbal (wafat 241H) , kawan merangkap murid Imam As-Syafie memuji hebat Imam As-Syafie sebagai orang yang paling faham/pakar Sunnah pada zamannya.
قال
أحمد بن حنبل - من طرق - عنه: إن الله يقيض للناس في رأس كل مائة من يعلمهم السنن،
وينفي عن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- الكذب.
قال:
فنظرنا، فإذا في رأس المائة عمر بن عبد العزيز، وفي رأس المائتين الشافعي
Abu Zur'ah Al-Razi (wafat 264H), pakar ilal dan nuqqad hadith dizamannya kata tidak ada hadith As-Syafie yang cacat/silap.
ما عند الشافعي حديث فيه غلط
Juga diakui oleh Abu Daud (wafat 275H) :
وقال أبو داود السجستاني: ما أعلم للشافعي حديثا
خطأ
Bahkan Az-Zahabi (wafat 748H) mengatakan bahawa Imam As-Syafie thiqah, hujjah dan termasuk huffaz hadith.
هذا من أدل شيء على أنه ثقة، حجة، حافظ
-----
Jadi siapa yang mengatakan Imam As-Syafie tak pakar hadith hanya disebabkan riwayatnya tiada dalam Sahihain, maka dia tersilap besar dan buta akan kedudukan Imam As-Syafie dalam dunia hadith.
Dia tak faham 2 perkara:
1. Apa manhaj Syaikhain dalam Sahihain.
2. Dia tak tahu siapa Imam As-Syafie!
Wallahua'lam
Ad-Dien Abdul Kadir
21 Syawal 1437 Hijrah