Halaman

Khamis, 30 Disember 2010

Sejarah baru Bola Sepak Malaysia


Assalamualaikum semua, semua sedia maklum bahawa pasukan bola sepak kita telah menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 malam tadi. Saya yakin ramai peminat pasukan kebangsaan malah seluruh warga Malaysia bangga dengan pencapain yang besar dalam sejarah bola sepak negara selepas kemarau hampir 14 tahun untuk menjuarainya. Saya sendiri minat dalam sukan bola sepak ni dan menyokong pasukan kebangsaan (cuma tak fanatik lah..heehe..).

Tahniah diucapkan kepada penyerang negara, Mohd Safee Sali yang menerima anugerah top scorrer / penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol. Tahniah juga kepada pasukan bola sepak Indonesia kerana bermain dengan bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan.

         

Cuti Umum & Pujian dari Rio Ferdinand

Sempena dengan kejayaan skuad kebangsaan dan juga sejarah baru bola sepak tanah air,maka Perdana Menteri mengumumkan cuti Umum pada hari Jumaat ,25 Muharram 1432 bersamaan 31 /12/2010. Jadi boleh lah balik kampung bagi yang teringin atau luang masa dengan keluarga tercinta di rumah, InsyaAllah.
Pemain pertahanan Menchester United turut memberi ucap tahniah dan pujian kepada skuad bola sepak negara di atas kejayaan tersebut. Bukan senang nak dapat pujian dari pemain terkenal dunia. Jadi ini boleh menjadi pembakar semangat untuk skuad kebangsaan lebih berjaya dalam kejohanan akan datang,InsyaAllah.

rioau Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Harapan Ad-Dien

Dengan kejayaan ini,harap skuad kebangsaan mampu melangkah lebih jauh, mana tahu masuk World Cup 2014 ker...begitu juga dengan Indonesia dan negara asia tenggara yang lain, kita boleh..tak perlu bermusuhan.
Seperti yang sedia maklum, terdapat satu dua kelemahan sepanjang kejohanan berlangsung. Paling hangat dikatakan ialah isu pergaduhan, permusuhan dan kutukan antara segelintir penyokong tempatan dan penyokong skuad Indonesia. Kesal mengapa boleh jadi macam ni. Perlu ke kita gaduh disebabkan bola sepak. Kita bangsa melayu,rakyat dari negara yang merdeka, kita rakyat di zaman moden dan kita juga saudara MUSLIM. Kita sama-sama orang Islam, sepatutnya ukhuwwah dan persahabatan yang lebih baik boleh dicapai, bukan pergaduhan dan saling buruk-memburukkan satu sama lain.

renugkanlah beberapa Hadith ini wahai teman, sungguh jika kita berpaksikan Islam, isu gaduh dan permusuhan tidak timbul..

“Barangsiapa berjuang di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan karena kesukuan dan menyeru kepada kesukuan, serta tolong menolong atas dasar kesukuan maka bila dia terbunuh dan mati, matinya seperti jahiliyah”. (HR. Muslim)

Kaab bin Syadh r.a berkata, “Ya Rasulullah, apakah seorang yang mencintai kaumnya (bangsanya) itu termasuk fanatik (ashabiyah)?”
Nabi s.a.w menjawab: “Tidak, fanatisme (ashabiyah) itu bilamana seorang mendukung dan memihak kepada kaumnya atas sesuatu kezaliman.”(Hadith riwayat Ahmad)


Dalil Al-Quran:


Firman Allah:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). "[al-hujuraat, 49:13]



Jazakumulloh..