Halaman

Ahad, 2 Januari 2011

Coretan Pertama 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam ukhuwwahfillah,salam Ilmu..
Semua sedia maklum bahawa hari ini adalah tahun baru bagi kalender Masihi iaitu tahun 2011. Semakin lama semakin meningkat umur kita, namun sedarkah kita semakin lama semakin berkuranglah pula usia kita dan semakin hampirlah kita pada kematian. Mungkin ada di antara kita yang tak sedar, namun amat beruntung bagi golongan yang sentiasa menghisab diri mereka dan memikirkan tentang kematian yang hampir tiba. Merekalah orang yang bijaksana. Entri kali ni bukanlah bertajuk tentang kematian, cuma sedikit nukilan dan luahan hati dari hamba yang lemah lagi tidak berdaya. 


Tahun 2011 tiba, tahun 2010 berlalu, sungguh masa yang sudah pergi itu tidak akan kembali seperti juga mereka yang telah bertemu Ilahi tidak pula kembali kedunia ini melainkan izinNya. Masa pantas berlalu namun bagaimana dengan persiapan kita menuju ke destinasi yang sebenar?Bagaimana amalan-amalan kita?Bagaimana dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah?sebagai umat Islam?sebagai anak?sebagai hamba Allah azzawajalla? dan bermacam-macam lagi persoalan yang timbul di benak fikiran. 


Sungguh dikesalkan...sambutan tahun baru Masihi masih di agung-agungkan dan disambut cukup meriah dan terancang oleh sesetengah saudara mara seislam kita. Jauh lebih meriah dari sambutan ketibaan tahun Hijrah yang cukup dimuliakan umat Islam terdahulu.Kenapa tidak Awal Muharram diagunggung-agungkan oleh semua umat Islam.Sambutan dengan "CountDown", disajikan pula dengan konsert dan nyanyian, di hidangkan pula percikan bunga api dan mercun yang berwarna warni, dihiasi kaum adam dan hawa yang bukan ajnabi, saling bemesra, menyambut ketibaan tahun baru yang "Mulia"..kenapa??kenapa?kenapa? mungkin anda punya jawapannya dan yang pasti Allah Maha Mengetahui akan sesuatu dibawah kekuasaanNya. 


percikan bunga api..adakah ia membawa sebarang erti???



Pun begitu, sungguh membanggakan pula pabila dalam kesesakan sambutan tahun baru yang penuh duniawi dan kepalsuan, ada dikalangan umat Islam yang menyambut Tahun Baru mereka dengan penuh kesyukuran, sungguhpun ia tahun baru Masihi namun tetap disambut dan dihiasi dengan pengisian yang bermanfaat agar hari-hari mendatang diredhai Allah. Solat-solat sunat, bacaan yasin dan ayat-ayat suci Al-Quran dan berbagai lagi pengisian yang bermanfaat.. Alhamdulillah..semoga Allah mengangkat darjat mereka yang sentiasa cinta akan jalan-jalan Allah. Semoga tahun baru Masihi akan disambut dengan cara yang sepatutnya di masa akan datang, InsyaAllah.




Bagi mereka yang masih belajar, kelas dan kuliah juga akan bermula. Musim cuti sudah tamat dan kembali meneruskan kuliah seperti biasa. Bagitu juga dengan Ad-Dien, kembali ke negeri orang, mencari Ilmu dan redha Allah, mencari ukhuwwahfillah InsyaAllah. semoga mendapat tunjuk ajar dari rakan-rakan sekalian. Semoga perjuangan kita dalam menimba ilmu diterima disisi Allah. Saya dan kita semua juga perlu perbetulkan niat asal kita dalam menimba Ilmu. Bukan kerana kemahsyuran, bukan kerana darjat,bukan pula kerana salah guna dan keburukan , semuanya kerana Allah..kembali kepada Allah..maka insyaallah dikira Ibadah..saya mengur diri ini yang selalu alpa dan leka serta kepada semua teman dan sesiapa jua yang membaca nukilan ini. Semoga redha Allah bersama kita semua, InsyaAllah ..