Halaman

Rabu, 18 Mei 2011

Amalan Kita Diterima @ Tidak??

Pernah terfikir ke tak perkara camni?? Yup, pasti anda akan terfikir, pernah terfikir atau akan terfikirkan hal ini suatu masa nanti. Tiap- tiap hari pasti ada amal yang kita buat sama ada yang baik atau yang buruk. Yang diganjarkan dengan pahala ataupun dosa. Tapi kita tahukah amalan kita itu diterima atau tidak? hmm... kalau amalan kita diterima pasti gembira dan pasti mendapat kegembiraan yang hakiki kelak. Tapi kalau tidak diterima, sia-sialah saja amalan yang anda lakukan. 

Kita tidak tahu amalan kita diterima atau tidak

Kita solat, sedekah, puasa, study, dan amalan- amalan lain sama ada yang wajib dan difardukan mahupun yang sunat tapi kita tidak tahu sama ada ia diterima disisi Allah atau sebaliknya. Ia adalah perkara ghaib bagi kita.

 Namun begitu, kita boleh menerka atau merasakan sama ada ia diterima atau tidak, insyaAllah. 

Tapi macam mana??

"Innama a'malubinniyat"- HR Muslim no.1907
(sesungguhnya amal itu bergantung kepada Niat)

Ya. Semua amalan yang kita lakukan bergantung kepada niat kita. Contoh nya lah, kalau kita pergi sekolah dan kita niat kerana nak dapat ilmu, maka insyaAllah kita akan dapat ilmu. Kalau kita niat nak dapat kawan makan kawan yang akan dapat. Kalau niat nak dapat redha Allah, maka insyaAllah redha Allah yang akan kita dapat. Seperti mana yang dalam hadith berikut

Diriwayatkan dari Amirul Mu'minin Abu Hafsh 'Umar bin Khathab Radhiyallahu 'anhu ia berkata : Aku pernah mendengar Rassulullah SAW bersabda: 

" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia akan perolehi atau kerana perempuan yang ingin dia nikahi , maka hijrahnya itu kepada apa yang ia hijrahkan kepadanya". _ HR Bukhari

Nampak tak betapa pentingnya niat dalam setiap amalam kita sehari-harian. Hadith di atas adalah hadith yang sangat penting dimana ia menjadi prinsip utama dalam agama dan hukum syariat. Jadi lepas ni mari kita sama-sama setkan balik niat kita yer.

Kalau niat nak buat baik tapi kita tidak buat kebaikan itu, maka pahala niat itu kita dah dapat. So mari kita lumba-lumba niat nak buat kebaikan yer. InsyaAllah

Terima kasih sudi membaca entri ni..
ringan kan tangan untuk share kepada mereka
ilmu milik Allah bukan tuan punya blog ni
jadi anda bebas nak ambil yer

dan tahniah juga kepada anda
sebab ketahuilah anda baru jer belajar sedikit 
tentang hadith 40 bab 1
TAHNIAH !!!