Halaman

Sabtu, 21 Mei 2011

Nak Pakai Cincin? - Baca ini dulu

Ramai dikalangan kita yang suka pakai cincin tapi sejauh mana pengetahuan dan pemahaman kita tentang isu pakai cincin ni.



Kenapa orang pakai cincin????

1. Kerana Allah dan Sunnah
2. Lambang Ikatan (tunang atau kahwin)
3. Pasangan Couple- couple (haihh..ape nak jadi ni)
4. Hobi pakai cincin
5. Ketagih nak pakai cincin (biar penuh sepuluh jari)
6. Nak menunjuk-nunjuk kat orang lain
7. Lain-lain sebab yang boleh terjadi

Anda dalam kategori no. berape??cuba jawab dalam komen, (tiada paksaan..hehe)


Tapi anda tahu tak cara pakai cincin yang betul???
yang dibenarkan dalam Islam
atau yang ditegah oleh Islam
camna anda pakai cincin yer??


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu, kalau memakai cincin pakailah di jari 

 Jari manis 
 Jari kelingking (anak jari) 


dan jangan memakai pada jari 

Jari tengah 
 Jari telunjuk 



TAPI KENAPA PULAK TAK BOLEH???

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s. 

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala. 

WADi rasa ramai yang dah tahu
tapi ramai juga yang WADi nampak pakai cara yang salah
tak tahulah kenapa
bagi yang dah tau tu teruskan
yang baru tahu lepas anda baca entri ni..
cepat-cepat tukar cincin ke jari manis atau kelingking
tak susah pun kan???hehe

tahu tak baginda pakai cincin di tangan kanan
tapi tak menjadi kesalahan pakai di tangan kiri

Rasulullah memakai cincin di jari tangan kanan beliau.(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Abu Syaikh)


Wallahu a'lam 


Anda bebas nak ambil apa-apa disini..
semua nya ilmu Allah, saya cuma sampaikan jer..hee
- Amal dengan ilmu -


PERHATIAN:

PENULISAN BERKAITAN PERMASALAHAN INI TELAH DIBAIKI DAN DITEMBAH. ARTIKEL INI BUKAN LAGI RUJUKAN YANG TEPAT DAN RAJIH. JEMPUT MEMBACA ARTIKEL YANG LEBIH BAIK DISINI: