Halaman

Selasa, 7 Jun 2011

Tauhid Ditempat Pertama Sejak Turunnya Al-Quran


Entri ini adalah entri ke tiga berkaitan tauhid dan akidah dan ia adalah sambungan daripada entri Muqadimah Akidah yang lepas. Tauhid ialah dasar yang mula-mula sekali selepas turunnya Al-Quran. Sesetengah ahli tafsir Al-Quran berpendapat bahawa satu per tiga daripada isi Al-Quran itu adalah berkaitan Akidah dan Tauhid kepada Allah semata-mata. Anda boleh cuba mengkaji Al-Quran mulai saat ini jika anda ingin membuktikan pendapat ini. 

Pernah dengar surah Makiyyah dan Madaniyyah??. Perkara tentang Tauhid banyak disebutkan dalam Al-Quran pada Surah Makiyyah iaitu sura-surah yang diturunkan di Mekah. Manakala surah Madaniyyah yang turun di Madinah lebih banyak mengenai Ibadah, soalan kemasyarakatan dan soal lain ajaran Islam yang indah. Jika kita perhatikan surah Al-Ikhlas, ia mencakupi hampir semua tauhid kepada Allah. Tak Percaya? mari sama-sama kita lihat. 

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد
Katakanlah Hai Muhammad, Allah itu Maha Tunggal.


اللَّهُ الصَّمَدُ
Kepada Allah disampaikan semua harapan


لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Allah tidak beranak(melahirkan), tidak pula diperanakkan (dilahirkan)

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Tidak ada satu pun menyerupai Dia (Allah). 

Dalam surah Al-Ikhlas sahaja sudah penuh melengkapi Tauhid kepada Allah. Ia juga bersangkutan dan berkaitan dengan sifat-sifat Allah yang akan diterangakan dalam entri akan datang. Antara yang boleh yakini dengan surah ini ialah: 

1. Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang
2. Allah itu Tunggal (Wahdaniah)
3. Semua mahkluk memohon kepada Allah (Qudrat)
4. Tidak beranak dan diperanak kan ( Wujud & Qidam )
5. Tidak ada yang serupa dengan Allah ( Mukhalafatuhu Lilhawadis)

Semua ada kaitan dengan Sifat-sifat Allah, insyaAllah saya akan terangkan dengan ringkas dalam entri Akidah akan datang, insyaAllah. Ingat semua, tauhid ini asas dan yang utama dalam Islam. Tiada gunanya punya ilmu namun Akidah nya salah. Mahir sains, fizik, kimia, matematik namun akidah salah. Sia-sia sahaja segala-galanya. Dengan wujud akidah yang benar maka insyaAllah kita dilandasan yang betul. Jangan risau, jika rasa akidah tak benar, sama-sama kita belajar yer, wallahua'lam.