Halaman

Selasa, 31 Januari 2012

Bab 1.1 dan 1.2 : Bid'ah Haqiqi dan Bid'ah Idafi



السلام عليكم



1.1. Bid’ah Haqiqi 

Bid’ah Haqiqi misalnya tawaf di kuburan orang yang sudah meninggal dunia seperti tawaf di Baitullah. Contoh lain misalnya membujang seperti pendeta dengan menganggap dirinya suci. Bid’ah semacam ini tidak banyak terdapat di kalangan masyarakat kita.


1.2. Bid’ah Idafi 



Bid’ah idafi ialah masalah-masalah yang dapat ditinjau dari berbagai segi; dari satu sudut boleh menjadi sunnah tapi dari sudut lain boleh menjadi bid’ah.

Jika dilihat dari satu sudut, kita akan menjumpai bahawa masalah tersebut berlandaskan kaedah yang baik dan nas yang jelas. Tetapi jika dilihat dari sudut lain, kita dapati unsur-unsur bid’ah yang jelas. Contohnya, membaca tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah) dan takbir (Allahu Akbar) sesudah solat. Kesemuanya itu merupakan sunnah dan seluruh ulama sudah menyepakatinya. Tidak satu pun di antara mereka yang menentangnya kerana memang ada dalil-dalil dari beberapa hadis sahih. Bahkan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya selalu berbuat demikian. Namun mereka melakukannya dengan sendiri-sendiri dan dengan sirr (tersembunyi).



Kemudian ada orang yang sengaja menyusun wirid dan zikir, dan ada seorang yang bertindak sebagai pemimpin dan kemudian orang ramai dikumpulkan untuk mengikuti bacaannya. Cara-cara tersebut dijadikan kebiasaan setiap selesai solat dengan irama yang dibuat-buat. Orang ramai kemudian mengikutinya dan disambutnya dengan bacaan amin.


Bertasbih, tahmid dan takbir setelah solat adalah sunnah tetapi cara yang dibuat-buat inilah yang termasuk bid’ah. Mereka sudah mengetahui bahawa asas yang digunapakai dalam amalannya adalah hadis yang datang dari Rasulullah s.a.w. tetapi anehnya, mereka beranggapan bahawa cara semacam itu ( berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat) sebagai salah satu langkah untuk menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. Contoh bidaah Idafi yang lain adalah seperti membaca selawat sebelum azan sehingga orang awam mengira bahawa bacaan tersebut merupakan sebahagian daripada azan. Padahal yang sebenarnya kalimat-kalimat azan itu adalah terpelihara dan sudah menjadi ketetapan syarak.


Cara-cara seperti inilah yang dapat digolongkan bidaah Idafi. Namun anehnya, para mu’azin sebaliknya merasa selesa dan gembira menggunakan cara tersebut untuk memanggil orang beribadah kepada Allah. Dengan demikian, status azan yang tadinya sunnah berubah menjadi bid’ah dan sia-sia. Dari sekian contoh di atas dapat disimpulkan bahawa bid’ah Idafi itu umumnya berupa amalan-amalan yang diambil dari ajaran agama, tetapi diamalkan dengan cara yang keluar dari batas yang telah ditentukan oleh agama itu sendiri. Ajaran-ajaran agama itu tak ubahnya seperti anggota tubuh yang lengkap dengan pancaindera dan perhiasannya. Jika kaki pindah ke tempat tangan dan telinga pindah ke tempat hidung atau sebaliknya, nescaya amatlah janggal dan hodoh, walaupun pemindahan itu tidak mengambil anggota lain di luar tubuh.


Contoh seterusnya ialah mengadakan solat khusus bulan Rejab dan Syaaban dengan maksud tertentu. Malangnya, ada sebahagian ulama yang beranggapan amalan tersebut dibolehkan dengan alasan memandang prinsip bahawa sembahyang bukanlah perbuatan mungkar. Khusus dalam masalah sembahyang ini, Imam Nawawi pernah berkata, “Bahawa kedua macam sembahyang tersebut adalah mungkar”.


Begitu juga, membaca Al Quran dan zikir di hadapan jenazah dengan suara keras, termasuk bid’ah Idafi. Tentang membaca Al Quran dan zikir itu sendiri memang sudah jelas ada dalam Islam, tetapi bukan dengan cara demikian. Puasa pada tanggal 27 Rejab (dikatakan tarikh Isra’ Mi’raj) dan 15 Syaaban (nisfu Syaaban) termasuk bidah Idafi. Prinsip puasa memang ibadah yang dibenarkan, tetapi dengan mengkhususkan pada hari-hari tersebut hukumnya bid’ah. Dengan demikian, jelaslah bahawa orang yang mengerjakan bid’ah itu bererti mencampuradukkan amalan soleh dengan yang batil, sekalipun untuk tujuan yang baik.

Amalan-amalan sebagaimana disebutkan tadi itu tidak lain kerana kebodohan mereka tentang sunnah dan kerana berfikiran jumud (sempit) ; tidak mahu menilai dan mengkaji ajaran yang dibawa oleh orang-orang jahil. Harapan kami semoga dengan memahami kejanggalan amalan-amalan tersebut, sedikit sebanyak dapat memberikan semangat untuk mereka mempelajari hakikat ajaran Islam yang sebenarnya.

Kami berharap, dalam membanteras seluruh macam bid’ah itu hendaknya dilakukan dengan beransur-ansur dan dengan sikap lemah lembut serta memberikan penjelasan yang berhikmah kepada mereka yang mengamalkannya. Hal ini dilakukan untuk menjaga dari segala macam kekaburan yang selama ini menyelubunginya, juga untuk menjaga agar jangan sampai nasihat-nasihat yang demikian baik itu bertukar menjadi fitnah yang menyerang pula soal-soal yang tidak ada kaitannya.


Disediakan oleh : Syeikh Maulana Asri
Penulis Asal :  Penulis: Dr Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali (Buku: Bid'ah dan Syirik) 
Editor : WADi


والله أعلمُ بالـصـواب

Fenomena Ribut Matahari


السلام عليكم



Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas Amerika Syarikat telah mengesahkan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih 7 tahun akan mengenai Bumi dan pancaran radiasi akan berlaku. Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari. Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari,

Seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi. Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku. Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet.

Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan. Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak.

sumber : kosmo online


A solar flare is a sudden brightening observed over the Sun surface or the solar limb, which is interpreted as a large energy release of up to 6 × 1025 joules of energy (about a sixth of the total energy output of the Sun each second). The flare ejects clouds of electrons, ions, and atoms through the corona into space. These clouds typically reach Earth a day or two after the event.[2] The term is also used to refer to similar phenomena in other stars, where the term stellar flareapplies.
Solar flares affect all layers of the solar atmosphere , when the medium plasma is heated to tens of millions of kelvins and electrons, protons, and heavier ions are accelerated to near the speed of light. They produce radiation across the electromagnetic spectrum at all wavelengths, from radio waves to gamma rays, although most of the energy goes to frequencies outside the visual range and for this reason the majority of the flares are not visible to the naked eye and must be observed with special instruments. Flares occur in active regions around sunspots, where intense magnetic fields penetrate the photosphere to link the corona to the solar interior. Flares are powered by the sudden (timescales of minutes to tens of minutes) release of magnetic energy stored in the corona. The same energy releases may produce coronal mass ejections (CME), although the relation between CMEs and flares is still not well established.
wikipedia.org


This image taken by SDO’s AIA instrument at 171 Angstrom shows the current conditions of the quiet corona and upper transition region of the Sun. Ribut solar memberi kesan kepada penerbangan di sekitar kutub kerana medan magnet bumi tertumpu di kawasan tersebut. Pesawat yang melalui kawasan tersebut tidak boleh menggunakan komunikasi berasaskan satelit dan mereka bergantung kepada komunikasi radio tradisional. Bagaimanapun, semasa berlakunya radiasi ribut solar, gangguan kepada sistem radio kemungkinan juga akan kerap berlaku.

Disamping segala langkah berjaga-jaga yang diambil oleh syarikat-syarikat penerbangan, ribut solar ini sebenarnya dianggap sederhana dan dijangka tidak akan menyebabkan gangguan utama kepada ground- or space-based assets.



والله أعلمُ بالـصـواب

Isnin, 30 Januari 2012

7 Tips Dan Petua Mengatasi Mata Sembab dan Hitam



السلام عليكم



Mata sembab dan hitam pada bahagian bawah mata seingkali berlaku kepada mereka yang kurang tidur dan rehat yang secukupnya. Ia juga bertambah buruk apabila anda tidak sihat seperti demam, selsema dan sebagainya. Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk mengatasi masalah mata sembab atau hitam pada bawah mata.

1. Wuduk
Sentiasa mengamalkan wuduk sekerap yang mungkin kerana dengan itu bukan sahaja mata malah seluruh wajah anda akan tampah berseri dan bercahaya. Wuduk juga mampu menyegarkan muka dan membersihkan muka dari kotoran akibat terdedah kepada persekitaran sepanjang haro.

2. Ketulan Ais/ Ais Batu
Kaedah ini antara kaedah lama dan yang kerap diamalkan terutama untuk mengurangkan bengkak pada bahagian bawah mata. Ia dilakukan dengan cara membungkus ketulan ais dengan kain dan menekapnya pada bahagian mata. Boleh juga menggunakan sudu yang disejukkan dengan ketulan ais dan kemudian letakkan pada mata. Cara ini membantu menyegarkan mata juga. 

3. Timun
Timun bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan malah baik untuk mata. Kandungan astringent yang terdapat didalamnya membantu untuk mengurangkan sembab dan lebam pada mata. Potong dan kemudian letakkan di dalam peti ais. Setelah sejuk letakkan pada bahagian mata dan biarkan mata anda berehat dengannya.

4. Kentang
Kentang juga baik untuk mata. Anda perlu mengupasnya terlebih dahulu dan setelah dibersihkan, biarkan ia kering sebentar. Setelah itu parut kentang tersebut dan ambil parutan itu lalu bungkuskan di dalam kain sebelum diletakkan di mata.

5. Minum Air Putih
Amalan minum air putih memang banyak manfaatnya. Bukan sekadar mata malah seluruh tubuh kita memerlukan kuantiti air yang cukup. Walaupun ia tidak menghilangkan sembab dengan segera seperti kaedah lain, namun ia berfungsi untuk membantu proses pemulihan di dalam badan manusia. 

6. Uncang Teh
Celup dua uncang teh ke dalam air panas lalu diangkat dan dibiarkan suam seketika. Uncang teh yang telah suam itu kemudian diletakkan pada mata dan biarkan selama 5-10 minit atau mengikut kesesuaian anda. Kandungan kafein di dalam teh membantu mengurangkan bengkak pada mata. 

7. Garam
Ambil setengah sudu teh garam dan tambahkan ke dalam 1/2 liter air.  Celup kapas atau putik kapas ke dalam air garam tersebut dan sapukan pada bahagian mata yang sembab itu tadi. Berhati-hati agar tidak termasuk ke dalam mata. 


Tips dan Petua ini adalah ikhtiar semata-mata. Pucuk pangkalnya adalah doa dan ketentuanNya kerana setiap penyakit dan ubat itu ada pada Allah s.w.t. Semoga memberi manfaat kepada anda, insyaAllah.



والله أعلمُ بالـصـواب

Ahad, 29 Januari 2012

22 Kesalahan Dalam Memberi Nama Anak


السلام عليكم


Kekeliruan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan dan kecuaian (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia adalah:


1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :


Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
`Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
Wati (Persetubuhan)
Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)


2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
Azali
Muhaimin


3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
Suyuti (Orang Asyut)
Bukhari (Orang Bukhara)
Ghazali (Orang Ghazal)
Nawawi (Orang Nawa) 
Misri atau Masri (Orang Mesir)
Baihaqi (Orang Baihaq)
Tirmizi (Orang Tirmiz)


4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.



5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.


6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab


7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
Ghulam `Ali (Hamba `Ali)


8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)


9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.


10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.


11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
Zaleha – sepatutnya Zulaikha


12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.


13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
Muti`ah (yang taat)


14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:

Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)


15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:
Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)


16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
Syamsul Bahri (matahari lautan)
Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
Rafidhi (Syiah pelampau)
Atan (keldai betina)
Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
Jamalullail (keindahan malam)


Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi

- makna buruk : pengecut
Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang

- makna buruk : yang menyalak


17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.


Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
Fairuz
Sirin (manis –bahasa Farsi)
Rustam
Sarfaraz (mulia)
Sibawaih (wangian epal)

18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’


19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)


Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain



20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.

Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
Syukri (Kesyukuranku)
Fathi (Kemenanganku)

Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri



Nota:
Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:

نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.



Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.



Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:


Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.


Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat. Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.

Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:

Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.

Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.


21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:

لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! (Al-Ghafir :16 )


dan ayat:

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. (Al-Hasyr: 23 )



22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:

Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah

Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s

Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.


NOTA TAMBAHAN:

1. Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:

نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.

Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.


2.  Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:

  • Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.

Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.

  • Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.

3. Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:

  • Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.

  • Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.

4. Nama dari bahasa asing (selain Arab) boleh digunakan asalkan maksudnya baik (Rujuk poin nombor 17)




والله أعلمُ بالـصـواب


Tulisan ini adalah tulisan Maulana Asri bin Yusoff, Syaikhul Hadith Dar Al-Kauthar bukan pandangan peribadi WADi. Ia berdasarkan ilmu dan ijtihad beliau. Sebarang pendapat, pandangan, teguran dan pembetulan boleh disalurkan terus kepada Dar Al-Kauthar, insyaAllah.

Rujukan: Kuliah Sahih Muslim- Kitab Adab oleh Maulana Muhammad `Asri bin Yusoff, Dar Al-Kauthar
http://www.darulkautsar.net/2527-Kesalahan-Kesalahan_Dalam_Memberi_Nama.html

Orang Bunian, Suatu Pandangan..


السلام عليكم

Gambar Hiasan


KISAH orang bunian sering diperkatakan khalayak di seluruh dunia. Banyak versi cerita yang melingkari kewujudan makhluk halus itu. Segelintir pihak mengatakan orang bunian ialah puteri kayangan yang disumpah turun ke bumi, sesetengah yang lain mendakwa ia orang alim yang menuntut ilmu salah. Ada pula yang percaya ia sejenis makhluk seakan-akan manusia. Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah memberitahu, kisah orang bunian wujud di seluruh dunia termasuk di benua Eropah.

“Sepanjang yang saya ketahui, dahulu di Hulu Klang ramai orang mengatakan mereka pernah terserempak dengan orang bunian malah berinteraksi dengan mereka. “Orang bunian akan meminjamkan pinggan mangkuk kepada orang kampung semasa majlis perkahwinan,” katanya kepada Jurnal. Namun, kerana sikap segelintir penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam selain merosakkannya menyebabkan orang bunian berkenaan menghilangkan diri dan enggan bekerjasama lagi dengan mereka.

Idrus mempunyai perspektif berbeza mengenai takrifan orang bunian. “Jika disebut orang bunian, ia seolah-olah manusia sebenar iaitu makhluk Tuhan yang paling sempurna sedangkan orang bunian ialah jin,” ujarnya. Katanya lagi, orang bunian mampu bertukar rupa seperti manusia kerana jin atau makhluk halus boleh bertukar rupa dan fizikal dengan mudah. Idrus memberitahu, orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan.

Mereka juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. “Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah,” ujarnya. Bagaimanapun menurut Idrus, orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.


Bunian Eropah

Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal. “Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris. “Ia kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Pakaian mereka juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan,” ceritanya. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu. Idrus mengaku dia pernah berjumpa dengan makhluk halus itu. Bahkan Idrus pernah mengajak penulis memasuki alam bunian itu tetapi penulis menolaknya kerana khuatir tidak akan kembali.

“Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya. “Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh,” ujarnya.

Idrus berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam. Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.



p/s- sejauh mana kesahihan dakwaan ini? Pandangan WADi, setiap khabar atau berita itu hendaklah disandarkan kembali kepada nas dan dalil kerana disitu lah kisah itu dapat dipastikan kebenarannya. Pandangan anda bagaimana?. 



والله أعلمُ بالـصـواب

Jumaat, 27 Januari 2012

Tips Belajar 1 : Persedian Untuk Belajar



السلام عليكم



Pelajaran adalah suatu perkara yang penting dalam hidup manusia. Sebagai Umat Islam, menuntut ilmu adalah fardhu ain disisi syara'. Bahkan bukan sahaja umat Islam malah semua bangsa dan agama mengakui kepentingan belajar dan menuntut ilmu. Ilmu itu laksana cahaya yang menerangi kegelapan. Ia akan memberi sinar dan manfaat kepada sesiapa yang mendapatkannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Sebelum belajar, setiap pelajar harus membuat persedian dan keperluan untuk memudahkan sesi pembelajaran dan mengelakkan gangguan ketika sedang belajar. Persediaan yang terawal sekali adalah dengan niat yang betul untuk belajar kerana Allah s.w.t, kemudian barulah disusuli dengan niat kerana cintakan ilmu, kejayaan di dunia dan akhirat, pekerjaan dan sebagainya. Paling utama adalah niat yang betul kerana setiap Muslim itu dikira amalnya berdasarkan apa yang diniatkan. Daripada Umar r.a berkata,  Rasulullah s.a.w bersabda:


إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنَّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلَّ امْرِىٍٔ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتهُ إِلَى مَاهَاجَرَ إِلَيْهِ. رواه البخاري :٦٥٥٣ ، مسلم : ١٩٠٧

"Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat dan setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya, maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrahnya itu" (Riwayat al-Bukhari no.6553 dan Muslim no. 1907)

Kelengkapan dan tempat yang sesuai adalah penting supaya pelajar berasa mudah dan seronok untuk belajar. Tempat belajar seharusnya memiliki beberapa kriteria seperti berikut: 

1. Selesa dan tenang

Tempat belajar yang selesa penting bagi mengekalkan minat dan fokus pelajar ketika sedang menelaah. Buku yang tersusun, suasana yang bersih dan persekitaran yang nyaman akan membantu pelajar belajar dalam tempoh yang lebih lama berbanding dengan persekitaran yang kotor dan kurang menyenangkan.


2. Kurang gangguan dan bunyi bising.

Majoriti pelajar akan lebih selesa belajar dalam keadaan yang senyap dan kurang gangguan bunyi. Ia bergantung kepada kecenderungan pelajar itu sendiri. Kadang kala ada yang boleh belajar sambil mendengar muzik, belajar dalam keadaan bising dan sebagainya. Namun begitu belajar dalam suasana yang sunyi itu lebih tenang dan memudahkan pelajar untuk fokus. Daya tumpuan ketika belajar akan bertambah dan kekal lebih lama. Lihat sahaja ketika kita solat, sudah tentu solat dalam keadaan yang tenang dan sunyi ketika qiamullail itu lebih memudahkan kita untuk khusyuk dalam ibadah. Elakkan belajar di hadapan televisyen, radio, gangguan telefon bimbit, dan apa jua yang menjurus ke arahnya.


3. Menyeronokkan dan bersemangat.

Tempat belajar yang baik adalah tempat yang mampu memberikan keseronokan dan semangat yang tinggi untuk anda belajar. Wujudkan satu ruang belajar yang menyeronokkan seperti ruang yang berwarna cerah, ruang yang dihiasi dengan warna yang anda suka, ruang yang punya karikatur atau lukisan bagi pelajar yang suka melukis dan sebagainya. Ia terpulang kepada kecenderungan anda terhadap perkara yang mampu membuatkan ada seronok untuk belajar.


4. Kawan

Pilih tempat belajar yang sesuai dengan suasana belajar. Jika ada belajar secara berkumpulan, maka ruang yang besar diperlukan untuk memuatkan pelajar dan menjamin keselesaan ketika sedang belajar. Jika belajar secara berkumpulan, carilah teman-teman yang fokus untuk belajar dan yang tidak mudah hilang tumpuan ketika belajar. Ia amat penting kerana teman punya daya yang kuat untuk mempengaruhi pola pemikiran, sifat dan kecenderungan anda. Jika selesa belajar bersendirian, maka elakkan dari gangguan teman-teman yang mungkin mengganggu fokus anda. Tapi jangan pula sehingga menganggap teman yang bertanya soalan ketika anda sedang menelaah itu menganggu pelajaran anda. Itu salah sama sekali dan perlu dihindarkan.

Sekian sahaja buat waktu ini, insyaAllah akan bersambung dalam penulisan akan datang.


والله أعلمُ بالـصـواب

Khamis, 26 Januari 2012

Pemantau Terhadap Penerima Baucar Buku


السلام عليكم

 

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa ibubapa memantau anak-anak mereka yang belajar di pusat pengajian inggi awam dan swasta agar tidak menyalagunakan sumbangan baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang diberikan kerajaan.  "Baucar bernilai RM200 itu diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian mereka dan bukannya untuk dijual," kata Presiden GPMS Jais Abdul Karim ketika dihubungi Bernama, di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam dan ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Bagaimanapun, terdapat laporan mengenai tindakan segelintir pelajar menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai.

Jais mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu agar ia tidak terus menular. Naib Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Irmohizam Ibrahim pula berkata pelajar tidak sepatutnya melakukan perkara berlainan daripada tujuan sebenar baucar itu diberikan kepada mereka.

Beliau berkata sikap pelajar yang menyalahgunakan pemberian baucar itu jelas menyalahi pengiktirafan yang diberikan kerajaan dan rakyat yang mahukan mereka membeli bahan bacaan yang berfaedah untuk kepentingan pengajian mereka. "Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Baucar itu adalah amanah kerajaan dan rakyat yang seharusnya digunakan untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membeli sumber bahan bacaan. "Sebarang penyalahgunaan baucar itu wajar dihentikan segera," kata Irmohizam.- Bernama


p/s- Bantuan itu adalah amanah dan menjadi tanggungjawab penerima untuk menggunakannya mengikut amanah yang telah diberikan. Gunakan kemudahan yang ada dengan sebaik-baiknya..Jika WADi menerima bantuan ini, pasti akan dimanfaatkan dengan memenuhi perpustakaan rumah.


والله أعلمُ بالـصـواب

Rabu, 25 Januari 2012

Bab 1. BID’AH DALAM AGAMA


السلام عليكم


Bab 1. BID’AH DALAM AGAMA


Barangsiapa beranggapan bahawa agama Islam ini masih kurang sempurna dan memerlukan tambahan-tambahan demi kemaslahatan diri dan golongan jelas menunjukkan kejahilan mereka sendiri. Mereka yang menambah-nambah dalam urusan agama ini adalah ahli/ tukang-tukang bid’ah. Tukang-tukang dan ahli bid’ah ini kelak akan menanggung dosanya dan dosa para pengikutnya yang tertipu dan tersesat. Berikut adalah pendapat ulama muktabar mengenai bid'ah

Imam Malik Bin Anas berkata, “Barangsiapa menganggap baik perbuatan bid’ah, sama dengan menuduh Nabi Muhammad telah mengkhianati risalahnya”.
Imam Syafi’e berkata: "Andaikata aku mengetahui ahli bida’h itu dapat berjalan di angkasa, aku tetap tidak akan menerimanya."

Amar Bin Yahya pernah berkata, “Aku pernah mendengar ayah menceritakan dari datuk , “Kami pernah duduk di pintu rumah Abdullah Bin Mas’ud sebelum solat subuh. Tiba-tiba Abu Musa datang, lantas bertanya: Apakah tadi Abu Abdul Rahman datang?. Kami menjawab: Tidak. Lantas ia duduk bersama kami, sampai beliau datang. Dan tatkala ia datang, kami semua berdiri mendampinginya. Kemudian Abu Musa bertanya kepada Abu Abdul Rahman, “Hai Abu Abdul Rahman sesungguhnya saya tadi melihat di masjid ada satu perkara yang belum pernah saya lihat. Menurut anggapanku, perbuatan itu adalah baik”. Abu Abdul Rahman kemudian bertanya, “Apakah dia itu?” Jawab Abu Musa “Jika kau mahu, akan saya terangkan. Iaitu tadi aku melihat di masjid ada satu kumpulan duduk dalam bulatan sambil menantikan solat, dalam tiap-tiap bulatan ada seorang lelaki membawa batu kerikil, seraya ia berkata: Bacalah Takbir 100 kali, merekapun kemudian bertakbir 100 kali. Dan ia berkata: Bacalah Lailahaillallah 100 kali! Mereka pun kemudian membacanya 100 kali juga. Lalu ia berkata: Bacalah Subhanallah 100 kali! Mereka pun kemudian membacanya! Mereka pun kemudian membacanya 100 kali juga”.
Mereka kemudian berkata, “Demi Allah kami tiada bemaksud melainkan yang benar”.
Abu Abdul Rahman kemudian menyanggahnya, “Banyak sekali orang yang bermaksud berbuat baik, tetapi mereka tidak mendapatnya (kebaikan dan ganjaran pahalanya)”. 



Para ulama mendefinisikan bid’ah ialah satu cara ibadah yang direka orang yang menyerupai syarak (agama); yang dimaksud dengan ‘cara’ di sini ialah sebagaimana yang dilakukan oleh syarak dengan tujuan untuk mengabdi kepada Allah dengan berlebih-lebihan.

Orang yang membuat cara baru dalam bentuk apa pun yang disandarkan pada agama (ibadah), dapat dicop sebagai penipu agama. Mereka mengkhayalkan kebatilannya itu untuk dilihatkan kepada orang lain sebagai sesuatu yang benar (haq) . Mereka gemar membuat sesuatu perkara yang nampaknya seolah-olah agama tetapi pada hakikatnya menyimpang dari tuntutan agama.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa mengada-ada cara baru tentang urusan kami (ibadah) ini, padahal tidak bersumber darinya, dia itu tertolak”. ( Riwayat Muslim)
“Barangsiapa beramal satu amalan (ibadah) yang tidak ada contoh dari kami, ia tertolak” (Riwayat Muslim)

Bila bid’ah bermaharajalela ianya merupakan kesempatan bagi musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam. Dengan tersebar luasnya perbuatan dan amalan bid’ah di kalangan pemeluk-pemeluk Islam yang jahil, orang ramai akan menyangka amalan bid’ah itu adalah dari agama Allah yang murni. Akibatnya yang murni menjadi kabur dan rosak. Ada yang berpendapat bahawa untuk melumpuhkan kemajuan Islam, harus dibesar-besarkan bid’ah dan khurafat, kerana kedua hal ini merupakan penghalang bagi cepatnya perkembangan Islam.

Mengapa bid’ah dapat melumpuhkan potensi Islam dan dapat menghancurkan pemerintahan? Sebabnya bid’ah merupakan tipuan yang tak ubahnya dengan tipuan dalam perdagangan. Barang yang baik dicampur dengan barang yang buruk yang kemudiannya dibawa ke pasar untuk ditawarkan kepada orang ramai seraya dikatakan bahawa barang tersebut adalah baik, tidak cacat dan tidak ada aib sedikit pun.

Sedangkan dalam hal ibadah, kita wajib berittiba’ (mengikut sepenuhnya tanpa pindaan) kerana itu adalah asas dalam agama. Jadi mereka model-model dan cara-cara baru dalam ibadah adalah bid’ah yang sesat dan terkutuk.

Apabila sesuatu perkara bid’ah itu dihubungkan dengan agama, misalnya minta upah kerana membaca Al Quran ketika menghantarkan mayat dengan maksud bertaqarrub kepada Allah, perkara seperti itu merupakan perbuatan dosa dan maksiat yang berlipat ganda. Manakala dalam urusan muamalah, dasarnya pula ialah mengikuti perkembangan kemaslahatan umat.

Firman Allah swt yang bermaksud:




وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

“… dan berbuat baiklah kamu sekelian agar kamu memperolehi kejayaan.” (Al-Haj : 77)

Dan firman-Nya yang maksudnya:


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ 
“... dan bertolong-tolonglah kamu sekalian untuk kebaikan dan ketakwaan”. (Al-Maidah : 2)

Berbuat baik dan tolong menolong untuk kebaikan dan bertakwa adalah soal-soal yang pelaksanaannya diserahkan penuh kepada kita, sehingga kita bebas membuat cara-cara baru. Cara-cara baru tersebut tidak boleh disalahkan dan ditolak.

Allah swt berfirman yang maksudnya:

  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا    

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
“ Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh ingat yang banyak dan bertasbihlah kepada Allah di waktu pagi dan petang”. (Al Ahzab ayat 41-42)

Perintah memperbanyak zikir dan bertasbih seperti tersebut di atas, bukanlah bererti memberi kebebasan kepada setiap orang untuk menambah rakaat sembahyang, azan dan sembahyang hari raya atau menyusun wirid yang kemudian ditetapkan untuk selalu dibaca dalam waktu-waktu tertentu. Ibadah-ibadah ini pokok persoalannya adalah masalah akhirat. Sedangkan masalah akhirat itu ghaib bagi manusia.

Kerana itu, biar bagaimanapun tingginya kedudukan seseorang, mereka tidak mempunyai hak dan kebebasan untuk menambah cara-cara baru. Sedangkan dalam masalah keduniaan, tidak ada satu pun halangan untuk melaksanakan satu perintah dengan berbagai macam cara, baik cara-cara itu sudah pernah dipakai oleh orang-orang dahulu mahu pun belum. Misalnya tentang menjaga hak dan harta orang lain serta mengatur kemaslahatan umat, kesemuanya itu merupakan maksud yang menjadi matlamat syariat Islam.

Bid’ah yang diharamkan oleh syarak berkisar pada masalah ubudiyah yang sama sekali tidak dapat diagak-agak atau diijtihadkan. Orang yang mengerjakan satu perbuatan (ibadah) yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w. , sama seperti meninggalkan perintahnya. Apabila sudah pasti bahawa Rasulullah saw tidak pernah mengerjakannya, kita wajib meninggalkannya sekalipun larangannya tidak ada. Dan kalau kita kerjakan, itu termasuk bidaah.

Sebagai contoh , amalan ta’ziyah (bela sungkawa) terhadap orang yang meninggal dunia dengan membaca Al Quran dan berkumpul dengan makan-makan bersama. Mencari rahmat dan pahala memang sudah ada sejak dahulu, tetapi cara tersebut tidak pernah terjadi pada masa Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya. Padahal, waktu itu sudah ramai orang yang mati dan sahabat-sahabat r.a. pun adalah di kalangan mereka yang sentiasa mencari rahmat. Waktu itu tidak ada seorang pun yang mendirikan khemah kemudian diadakan pembacaan Al Quran dan berkabung berganti-ganti.

Tradisi ini jelas hukumnya bid’ah dan agama tidak membenarkannya kerana Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakannya, walaupun larangannya pun tidak ada. Jika tradisi itu kita biarkan, kita setujui dengan alasan mencari keredaan Allah dan untuk menghantarkan orang yang pergi (mayat) supaya mendapat kasih dan rahmat Allah swt, kita sebenarnya berburuk sangka (su’u zhon) terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.

Nauzubillahimin zalik!

Kami merasa sangat khuatir terhadap amalan ibadah yang banyak dikerjakan orang yang nabi sendiri dan para sahabat tidak pernah mengamalkannya. Padahal merekalah sebenarnya yang lebih patut untuk mengamalkannya kalau sekiranya hal tersebut dipandang baik sebagai jalan untuk bertaqarrub kepada Allah swt.

Mengapa kita harus memberatkan diri terhadap sesuatu yang Allah sendiri sudah memberikan keringanan (rukhsah)? Mengapa pula kita harus menyibukkan diri pada sesuatu yang Allah sendiri mendiamkannya? Bahkan Nabi s.a.w. sendiri pernah bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah telah menetapkan beberapa ketetapan maka jangan kamu sia-siakan dia. Allah telah menentukan beberapa ketentuan, maka jangan langgar dia. Allah telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kamu bukan lantaran lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia”. (Riwayat Daruquthni, Ibn Solah menilai hasan)




Penulis Asal :  Penulis: Dr Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali (Buku: Bid'ah dan Syirik) 
Editor : WADi



والله أعلمُ بالـصـواب

Selasa, 24 Januari 2012

[Fatwa] Hukum Penubuhan Bank Susu


السلام عليكم



Baru-baru ini kita digemparkan dengan cadangan untuk mewujudkan satu bank susu kepada bayi-bayi di negara ini. Berikut ada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.

Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkaitrapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:


عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم
رواه أبو داود 
Maksudnya:
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.

Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.

Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain.

والله أعلمُ بالـصـواب

Ikan Unik Dijumpai Penoreh Getah

السلام عليكم


 

KUALA BERANG – Penduduk Kampung Machang di sini gempar apa bila bubu ditahan seorang penoreh getah di Sungai Machang minggu lalu, dimasuki seekor ikan daripada spesies yang tidak dikenali. Sejak itu, rumah Wahab Awang Ahmad, 53, tidak putus-putus dikunjungi mereka yang mahu melihat ikan itu yang kini dipelihara di dalam akuarium di rumahnya. Menurut Wahab, badan ikan berkenaan seperti tiga jenis ikan berlainan.

“Jika diamati, kepala ikan ini menyerupai ikan haruan, separuh badannya pula seperti belut berwarna kekuningan di bahagian perutnya, manakala separuh badan lagi hingga ke hujung ekornya seperti ikan keli,” katanya. Sekali imbas, ikan itu hampir menyerupai spesies ikan tilan namun kata Wahab, yang membezakannya ialah kepala atau mulut ikan itu tidak pula berbentuk tirus atau runcing seperti ikan tilan ataupun belut. “Manakala di bahagian badannya juga tidak terdapat duri atau sengat,” katanya.

Wahab berkata, sejak ditemui sehingga sekarang, badan ikan itu kelihatan makin berisi. “Itulah yang peliknya. Saya sudah beri macam-macam jenis makanan ikan untuk ia makan tetapi langsung tidak berkurangan. Udang dan anak ikan yang saya beri langsung tidak dimakan,” katanya. Wahab berkata, dia sendiri masih tidak tahu apa yang dimakan ikan spesies luar biasa itu yang menyebabkannya kelihatan semakin gemuk. Namun katanya, bagi dirinya sendiri dan keluarga, tiada pula berlaku apa-apa kejadian yang ganjil melibatkan mereka sejak dia bawa ikan yang panjangnya 90 sentimeter itu pulang ke rumah.

Menceritakan penemuan ikan pelik tersebut, kata Wahab, dia bersama anaknya, Zawawi, 26 turun ke Sungai Machang untuk mengambil bubu yang diletakkan sehari sebelumnya, kira-kira jam 8.30 pagi seminggu lalu. Ketika mengangkat bubu berkenaan, dia mendapati salah seekor ikan yang ada di dalamnya itu kelihatan pelik. “Pada mulanya kami ingatkan belut, tetapi apabila diperhatikan secara dekat bersama anak saya ini, rupa-rupanya bukan belut tetapi tidak dapat dikenal pasti.

“Kami kemudian memutuskan untuk membawanya pulang bersama ikan keli, puyu, sepat yang turut berada dalam bubu,” katanya. Kata Wahab, sepanjang hayatnya, dia tidak pernah melihat ikan seperti itu dan begitu juga dengan penduduk sekitar.

والله أعلمُ بالـصـواب 

Isnin, 23 Januari 2012

Ahlul Hadith, Golongan Yang Mendapat Petolongan Allah


السلام عليكم


Kali ini kita akan bersambung dalam bab Siapakah golongan yang mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah s.w.t ? Untuk merungkai persoalan ini, mari kita sama-sama merenung hadith berikut. Rasulullah s.a.w bersabda: 


لَا تَزَالُ طَاىِٔفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقَّ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ 
حَتَّى يَأْ تِيَ اَمْرُاللهِ


"Akan sentiasa ada di kalangan umatku yang memperjuangkan kebenaran, yang tidak akan membahayakan mereka sedikitpun orang-orang yang hendak menghinakannya hingga datang keputusan Allah (hari kiamat)" (Riwayat Muslim)

Dalam Hadith lainnya, Rasulullah s.a.w bersabda :

إِذَا فَسَدَ أَهْلُ الشَّامِ فَلَا خَيْرَفِيْكُمْ، وَلَا يَزَالُ أَنَاسٌ مِنْ أُمَّتِيْ مَنْصُوْرُوْنَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقَوْمَ السَّاعَةُ

"Apabila penduduk Syam telah rosak, maka tidak ada lagi kebaikan pada kalian. Dan akan sentiasa ada di kalangan umatku yang mendapat pertolongan (dari Allah), dimana penghinaan orang-orang tidak akan membahayakan mereka sedikitpun hingga hari kiamat" (Riwayat Ahmad, sahih)

Ibnu Mubarak mengulas mengenai siapakah mereka yang dimaksudkan dalam hadith ini. Katanya "Menurutku mereka adalah para ahlulhadith (ahli hadith)". Imam Al-Bukhari pula berkata : "Ibnul Madini berpendapat mereka adalah para ahli hadith". Menurut pandangan imam Ahmad dalam pendapatnya : "Jika golongan yang mendapat pertolongan dari Allah tu bukan para ahli hadith, maka saya tidak tahu lagi siapa mereka."

Maksud yang ingin disampaikan oleh Imam Ahmad, Al-Bukhari dan lain-lainnya adalah golongan yang mendapat pertolongan dan bantuan yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah s.a.w ialah para ahli hadith atau mereka yang berpegang teguh dengan hadith dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana mereka secara khusus mendalami dan mempelajari hadith-hadith dan sunnah-sunnah Nabi s.a.w dan perkara yang berhubung kait dengannya. Kerana itu, mereka menjadi orang yang arif mengenai sunnah, akhlak, kehidupan dan hal-hal lain berkaitan dengan sunnahnya.

Imam Syafie pernah berkata kepada Imam Ahmad bin Hambal:

"Engkau lebih mahir tentang hadith daripadaku. Maka bila sampai kepadamu hadith yang sahih, maka beritahulah kepadaku sehinggalah aku bermazhab dengannya, baik itu mazhab Hijaz, Kufah atau Basrah."

Para ahli hadith tidak pernah sama sekali taksub dan fanatik kepada orang tertentu walaupun darjat orang tersebut tinggi di sisi masyarakat umumnya. Ini kerana tiada siapa pun yang benar dan tepat keseluruhan ucapan, perilaku dan sifatnya sebagaimana Rasulullah s.a.w. Maka dengan itu adalah tidak wajar untuk merasa taksub kepada sesiapa jua atas dasar kepercayaan yang tidak sempurna seperti Rasulullah s.a.w. Ini berbeza dengan golongan yang bukan ahli hadith dimana mereka mudah untuk taksub atau bersikap fanatik kepada individu tertentu hingga melebihi Rasulullah s.a.w itu sendiri. Hal ini boleh kita lihat dimana ketaksuban itu menular baik kepada para ustaz, ilmuan, tokoh dan sebagainya. 

Al-Khatib Al-Baghdadi dalam kitabnya yang berjudul Syarf Ashabi Al-hadith berkata :

"Jika orang-orang yang suka mendahulukan ra'yunya (akalnya) dalam memahami agama itu mahu menyibukkan diri dalam mempelajari hadith-hadith Rasulullah s.a.w, nescaya mereka akan mendapati sesuatu yang mana mereka tidak memerlukan apa jua lagi selain hadith-hadith Nabi s.a.w. Ini kerana hadith-hadith itu sendiri mengandungi unsur tauhid/akidah, sifat-sifat Tuhan, Perihal Syurga dan Neraka, janji dan ancaman dariNya dan semua yang telah Allah ciptakan baik dilangit atau dibumi.

Di dalamnya terkandung kisah-kisah para Nabi dan Rasul, mereka yang zuhud, kekasih Allah, nasihat-nasihat, perkataan para ahli fiqh, khutbah dan kemukjizatan Baginda. Terkandung juga perihal al-Quran, khabar-khabar, dan apa jua berkaitan hukum. Allah s.w.t menjadikan ahli hadith sebagai tiang syariat untuk dihancurkan segala bentuk bid'ah melalui mereka.  Mereka adalah orang yang diberi amanah, yang menghubungkan antara Nabi s.a.w dengan para umatnya. Mereka adalah penjaga agama dan hadith Rasulullah s.a.w.

Setiap golongan akan sentiasa mendahului nafsu dan akal fikirannya melainkan ahli hadith, kerana mereka menjadikan al-Quran sebagai bekalan hidup mereka dan hadith sebagai hujah dalam kehidupan mereka. Mereka berusaha mengikut jalan Rasulullah, para sahabat, tabi'in, tabiit tabi'n dan para generasi salafussoleh. Mereka yakin akan pertolongan Allah dan barang siapa yang memusuhi para ahlul hadith, nesaya Allah akan membuatkannya terhina."

Ya Allah, sesungguhnya engkau melindungi akan setiap para ahlul hadith. Jadikanlah kami termasuk dalam kalangan para ahlul hadith, para pengikut jalan Rasulullah dan salaful ummah. Berilah kami kekuatan, kecintaan, kemahiran untuk mengamalkannya dan menyebarkannya. 



والله أعلمُ بالـصـواب






Ahad, 22 Januari 2012

Rintihan Sang Gergasi Lautan Sebelum Terbalik





KAPTEN kapal persiaran mewah Costa Concordia, Francesco Schettino, 52 tahun, dianggap bertindak lambat dan cuai untuk melaporkan insiden perlanggaran kapal itu dengan terumbu batu berhampiran Pulau Giglio di Tuscany, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali pada malam Sabtu minggu lalu. Dia juga berlengah-lengah membunyikan tanda amaran sedangkan kapal sudah semakin senget. Malah, ada penumpang yang lebih awal menghubungi polis dengan telefon bimbit untuk meminta bantuan dan memaklumkan keadaan kapal yang kelam-kabut.

Bahkan ketika pengawal pantai menghubungi Schettino melalui radio untuk bertanya apa yang tidak kena dengan Costa Concordia, lelaki itu hanya menjawab, terdapat sedikit gangguan bekalan elektrik pada kapal berkenaan. Hanya pada pukul 10.30 malam waktu tempatan atau satu jam selepas kapal tersebut melanggar terumbu batu, barulah Schettino meminta bantuan. Kelewatan tersebut sebenarnya menyukarkan keseluruhan operasi menyelamat terutamanya memindahkan ribuan penumpang dan anak kapal memandangkan kapal sudah semakin menyenget ke sebelah kanan.

ROBEKAN sepanjang 50 meter pada badan kapal menghasilkan bunyi yang disifatkan penumpang sebagai 'mengerikan'. 

Pendakwa raya di Itali kini sedang menyiasat adakah tindakan Schettino yang sengaja melewatkan proses pemindahan itu ada kaitan dengan keengganannya untuk mengakui keputusan yang dia ambil untuk bergerak lebih hampir dengan pantai.

Selain itu, Schettino juga berdepan dengan tuduhan mengingkari arahan pegawai Pengawal Pantai bertugas, Gregorio de Falco, untuk kembali ke kapal dan mengawasi operasi menyelamat. Dia sebaliknya menyelamatkan diri dengan menaiki bot penyelamat. Rakaman perbualan di antara Schettino dengan de Falco pada malam kejadian seperti yang dilaporkan akhbar Corriera della Sera memperlihatkan Schettino seperti tidak prihatin dengan apa yang berlaku pada penumpang, kru dan juga kapal mewah bernilai RM1.5 bilion itu.

COSTA Concordia adalah dua kali ganda lebih besar daripada kapal Titanic yang tenggelam pada tahun 1912.


"Dia mengelak apabila diarahkan supaya kembali ke kapal. Dia juga kata mahu memantau operasi menyelamat sedangkan dia berada di atas bot penyelamat," ujarnya. Menurut rekod sama, Schettino didapati langsung tidak kembali ke kapal walaupun operasi menyelamat berjalan sehingga pukul 6 pagi.

Schettino memberitahu stesen televisyen Itali, TGCOM, kapalnya melanggar batu yang tidak tercatat dalam carta dan dia telah cuba menyelamatkan seberapa ramai orang yang boleh. Dalam satu temu bual selama tiga jam bersama The Independent pula, Schettino yang sekarang merupakan orang paling dibenci di Itali mendakwa dia ada sebab untuk meninggalkan kapal itu. "Sewaktu kapal mula menyenget, penumpang berasak-asak ke ruang dek untuk menaiki bot penyelamat.

SEBAHAGIAN daripada 4,000 penumpang Costa Concordia yang berjaya diselamatkan.


"Saya turut berada di sana untuk membantu penumpang turun ke bot. Malah, saya menyerahkan jaket keselamatan saya kepada seorang penumpang. "Malangnya, ketika sibuk membantu, tiba-tiba kaki saya tersadung dan terjatuh memasuki sebuah bot penyelamat memandangkan kapal sudah senget pada kedudukan 60 hingga 70 darjah.

"Saya bukan sengaja mahu meninggalkan kapal. Lagipun masih ada banyak bot penyelamat untuk memindahkan penumpang," kata Schettino. Dia yang kini menjalani tahanan rumah berdepan kemungkinan hukuman penjara selama 15 tahun atas dakwaan membunuh secara beramai-ramai. Sehingga kini, 11 mangsa disahkan mati dan 21 lagi masih hilang. Schettino turut mendakwa dia telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa dengan membawa kapal menghampiri pantai.

Bagaimanapun, alasannya itu tidak diterima Pengarah Industri Costa Cruises, Pier Luigi Foschi. Dia tetap dipersalahkan atas tragedi hujung minggu lalu itu. Menurut Foschi, Schettino telah menyimpang dari laluan yang ditetapkan. Dia juga dituduh membawa kapal itu belayar di dalam radius 137 meter dari garisan pantai untuk memberi penghormatan kepada ketua pelayan Costa Concordia, Antonello Tievoli yang keluarganya menetap di Pulau Giglio.

KOLAM renang dan gelongsor air sudah cukup untuk menggambarkan betapa mewahnya kapal ini.


Padahal, kapal itu sepatutnya berada pada jarak 10 kali ganda dari jarak tersebut. "Antonello menelefon dan berkata kami harus melihat dari jendela sekitar pukul 9.30 malam kerana dia akan berada di kapal yang akan lalu sangat dekat ibarat di sebelah Pulau Giglio dan kami harus melihatnya. "Semua kapal pernah mendekati pulau tetapi bukan seperti Costa Concordia, ia terlalu hampir," ujar bapa Antonello, Giuseppe.

Malam sebelum tragedi itu, Antonello telah diundang ke anjungan ketika kapal melintasi pulau itu. "Ke mari dan lihatlah, Antonello. Kita seperti berada di depan Giglio," kata Schettino. Antonello menyedari kapal itu bergerak terlalu dekat dengan batu karang. Dia berkata kepada Schettino, 'awas, kita terlalu dekat dengan pantai!' Namun peringatan itu sudah terlambat. Sekitar pukul 9.40 malam, para penumpang mendengar 'rintihan mengerikan' ketika kapal sepanjang 304 meter itu dirobek batu karang dan kabinnya menjadi gelap akibat bekalan elektrik terputus.

"Bunyi itu cukup mengerikan. Saya rasa rintihan adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkannya. "Ia membawa aura panik yang luar biasa," kata seorang anak kapal, Rose Metcalf, 23, yang berasal dari Dorset, Britain. Ketika kejadian, Costa Concordia yang membawa 4,000 penumpang dan anak kapal baru dua jam berlepas dan dalam perjalanan ke Laut Mediterranean. Pada masa itu, kebanyakan penumpang sedang menikmati hidangan makan malam dan Schettino berada di anjungan kapal seberat 112,000 tan itu. 

Lokasi kemalangan yang tidak terlalu jauh dengan pulau membuatkan ramai penumpang berasa yakin untuk terjun dan berenang ke pantai. Keadaan air laut yang sejuk menyebabkan beberapa penumpang mati walaupun masing-masing mengenakan jaket keselamatan. - SITI NOR AFZAN KASIMAN



p/s- Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, walaupun kadang-kala kita sudah merasa selamat di sesuatu tempat. 


والله أعلمُ بالـصـواب


Jumaat, 20 Januari 2012

Bid'ah : Pembahagian dan Permulaan Bab

السلام عليكم





BID`AH DAN SYIRIK

Penulis: Dr Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali (Buku: Bid'ah dan Syirik)


Ramai orang keliru apakah yang dikatakan ‘bid’ah’. Buku yang dihasilkan oleh ulama ulung ini menyajikan perbahasan yang mudah untuk difahami, praktikal dan realistik dengan mengambilkira perkembangan semasa. Setiap dari kita patut memiliki buku ini kerana manafaatnya amat banyak.

Di bawah ialah di antara petikan menarik (dengan sedikit pengubahsuaian) dari bahagian pertama (bid'ah) buku yang amat berharga ini:


1. BID’AH DALAM AGAMA
1.1. Bid’ah Haqiqi
1.2. Bid’ah Idhafi
1.3. Masalah A’diyah


2. BID’AH DALAM AKIDAH
2.1. Perasaan Nasionalisma


3. BID’AH DALAM IBADAH
3.1. Menghias Masjid
3.2. Membangun Masjid Di Atas Kubur
3.3. Masalah Khutbah


4. BIDA’AH DALAM ADAT KEBIASAAN
4.1. Bid’ah Dalam Urusan Jenazah
4.2. Bid’ah Dalam Pesta Perkahwinan
4.3. Perkahwinan Dan Ikatan Keluarga
4.4. Peringatan Hari Ulang Tahun, Hari Asyura Dan Hari Cuti Mingguan

InsyaAllah semua akan dikupas satu persatu untuk kefahaman dan manfaat semua agar jelas akan maksud dan mesej yang ingin disampaikan dari generasi terdahulu. Ia amat penting untuk memurnikan kembali ajaran yang benar dan sahih dalam Islam untuk kemaslahatan ummah. 


والله أعلمُ بالـصـواب