Halaman

Rabu, 29 Februari 2012

Larangan Isbal Dan Persoalan Berkaitannya (Pendapat Yang Melarangnya)




السلام عليكم




Takrifan isbal ( اَلاِسْبَالُ )
Isbal (اَلاِسْبَالُ) bermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret.

Berkata Imam as-San’ani rahimahullah:

المسبل ازاره : هو الذى يطول ثوبه ويرسله الى الارض اذا مشى.

“Mengisbal pakaiannya: Iaitu orang yang memanjangkan pakaiannya dan melabuhkannya sehingga (mencecah) ke bumi apabila berjalan (Rujuk: استيفاء الاقوال فى تحريم الاسبال على الرجال hlm. 32. Al-Imam Muhammad bin Ismail al-Amir as-San’ani)


عَنِ الْمُغِيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آخِذًا بِرِدَاءِ سُفْيَانِ بْنِ سَهْلٍ وَهُوَ يَقُوْلُ :يَا سُفْيَانُ ! لاَ تُسْبِلْ اِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ الْمُسْبِلِيْنَ.

“Dari Mughirah radiallahu ‘anhu berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memegang pakaian Sufiyan bin Sahl dan baginda bersabda: Wahai Sufyian! Janganlah engkau berisbal, kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang berisbal” (Riwayat (1) Ibn Majah 2/1183 No. 3575. (2) An-Nasaii dalam Al-Kubra dan Tuhfatul Asyraf. (3) Ibn Hibban dalam Sahihnya 7/397 No. 5418. (4) Ahmad dalam Musnadnya 4/246. 253. (5) Ibn Abi Syaibah 8/207)


Tidak Berisbal Sebagai Salah Satu Sikap Taqwa:


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِرَجُلٍ رَآهُ يَجُرُّ اِزَارَهُ : اِرْفَعْ اِزَارَكَ وَاتَّقِ اللهَ

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menegur seorang lelaki yang berpakaian labuh (baginda bersabda): Angkatlah (tinggikanlah) kain kamu dan bertaqwalah kepada Allah. ( Riwayat Ahmad, Musnad. 4/395)


عَنْ اَبِيْ ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَيَنْظُرُ اِلَيْهِمْ وَلاَيُزَكِّيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ قَالَ : فَقَرَاَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاَثَ مَرَّاةٍ . قَالَ اَبُوْ ذَرٍّ : خَابُوْا وَخَسِرُوْا ، مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : اَلْمُسْبِلُ ، وَالْمَنَّانُ الَّذِيْ لاَيُعْطِيْ اِلاَّ مَنَّهُ ، وَالْمُنْفِقُ سَلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ . وَفِى رِوَايَةِ مُسْلِمٍ : اَلْمُسْبِلُ اِزَارَهُ .

“Dari Abi Zarr radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Ada tiga golongan yang tidak ditegur oleh Allah di Hari Kiamat dan Allah tidak melihat kepada mereka, tidak mengampunkannya dan mereka mendapat azab yang pedih, Rasulullah mengulang-ulangi ucapannya ini tiga kali. Maka Abu Zarr berkata: Alangkah rugi dan menyesalnya mereka wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda menjhawab: Orang yang musbil (melabuhkan pakaiannya sehingga menutup buku lali), orang yang mengungkit (menyebut-nyebut) pemberiannya dan orang yang menjual barangannya dengan sumpah palsu. (Dalam riwayat Muslim: Orang yang melabuhkan pakaiannya.” ( Riwayat Muslim, 1/102. Kitabul Iman - No. 106, Hadis Riwayat Abu Daud, Dalam Sunannya, 4/347, No. 4087. Tirmizi, Dalam Sunannya - 2/342. No. 1229)


عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا مَرْفُوْعًا : ثَلاَثَةٌ لاَ يَنْظُرُ اللهُ اِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ : اَلْمَنَّانُ عَطَاهُ وَالْمُسْبِلُ اِزَارَهُ خُيَلاَءُ ، وُمُدْمِنُ الْخَمْرِ


“Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhu secara marfu’: Tiga golongan Allah tidak melihat kepada mereka: Orang mengungkit pemberiannya, orang yang melabuhkan pakaiannya dan orang yang menagih arak. ( at-Tabrani: “Majma’ud az-Zawaid)



Berisbal Adalah Sebahagian Daripada Kesombongan


Berkata Ibn Hajar al-Asqalaini rahimahullah:

ان الاسبال يستلزم جر الثوب ، وجر الثوب يستلزم الخيلاء ولو لم يقصد الخيلاء

“Sesungguhnya isbal itu ialah melabuhkan pakaian, melabuhkan pakaian itu adalah suatu kesombongan walaupun tidak bermaksud (berniat) untuk sombong.( Fathul Bari, 10/264)

Rasulullah s.a.w bersabda:

وَاِيَّاكَ وَاْلاِسْبَالُ فَاِنَّهُ مِنَ الْمَخِيْلَةِ

“Berjaga-jagalah kamu dari berisbal, sesungguhnya isbal itu perbuatan sombong. (Riwayat Ahmad 5/63-64. Isnadnya sahih)

Hadith di atas ini mengkategorikan orang yang isbal (melabuhkan pakaiannya) sebagai orang yang sombong walaupun ia tidak bermaksud atau berniat demikian. Oleh itu isbal diharamkan kepada setiap lelaki beriman dan awaslah mereka yang mengisbalkan seluar, kain atau pakaiannya kerana telah diberi amaran oleh sekian banyak hadith yang sahih.


Had Isbal


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : مَرَرْتُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِى اِزَارِيْ اسْتِرْخَاءٌ . فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللهِ ، اِرْفَعْ اِزَارَكَ . فَرَفَعْتُهُ . ثُمَّ قَالَ : زِدْ ! فَزِدْتُ ، فَمَازِلْتُ اَتَحَرَّاهَا بَعْدُ ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ اِلَى اَيْنَ ؟ فَقَالَ : نِصْفُ السَا قَيْنِ.

“Dari Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Aku pernah melintas (di hadapan) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dengan mengenakan pakaian labuh. Maka baginda bersabda: Wahai Abdullah! Naikkan/ tinggikan kainmu. Maka aku menaikkannya. Baginda bersabda lagi: Tambahkan (naikkan) lagi. Maka aku tambah lagi. Kemudian saya terus tidak meninggalkan cara berpakaian yang seperti selepas itu. Beberapa kaum yang bersama bertanya: Sampai ke paras mana? Baginda bersabda lagi: Pertengahan betis (Riwayat Muslim dalam Sahihnya, 3/1650, No. 2086. Imam Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. 2/43)



عَنِ الْعَلاَءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ اَبِيْهِ قَالَ : سَاَلْتُ اَبَا سَعِيْدٍ عَنِ اْلاِزَارِ فَقَالَ : أخْبِرُكَ بِعِلْمٍ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ :اِزَارَةُ الْمُؤْمِن اِلَى نِصْفِ السَّاقَيْنِ ، وَلاَ جُنَاحَ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْكَعْبَيْنِ . فَمَااَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ فَفِى النَّارِ ، لاَ يَنْظُرُ اللهُ اِلَى مَنْ جَرَّ اِزَارَهُ بَطرًا.


“Dari ‘Ala bin Abdulrahman dari bapanya berkata: Aku bertanya kepada Abu Saied tentang kain (pakaian). Maka beliau berkata: Aku khabarkan dengan ilmu, aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Pakaian seorang mukmin sehingga pertengahan dua betis. Tidak mengapa di antara betis dan maka kaki. Maka apa yang di bawah mata kaki maka dia di neraka, Allah tidak melihat orang yang melabuhkan pakaiannya dengan megah (sombong).(Riwayat Abu Daud dalam Sunannya jld. 4/303. No. 4093. Ibn Majah 2/1183. No. 3573. Malik dalam Mu’ta hlm. 914-915. Ahmad dalam Musnad jld.2. No. 6, 31, 44, 52 dan 97. Ibn Abi Syaibah dalam Musanaf 8/244. Al-Humaidi dalam Musnadnya 2/323. No. 737. Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/244. Dan al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah 12/12)

Berkata Imam An-Nawawi rahimahullah:

بَطَرًا : أيْ عَجبًا وَخُيَلاَء

“Batran: iaitu megah dan sombong


Ber-Isbal Kerana Lupa, Tidak Sengaja Dan Kerana Terlalu Marah


Jika bersolat dalam keadaan isbal (berpakaian labuh) kerana lupa (tidak disedari), tidak disengajakan atau dalam keadaan marah, maka tidak ada hukum baginya (sah solatnya). Ini berdasarkan beberapa hadith Rasulullah terutamanya tentang cara pakaian baginda dalam solat semasa kesiangan:

اَنَّهَا لَمَّا كَسَفَتِ الشَّمْس خَرَجَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَزْعًا يَجُرُّ اِزَارهُ.

“Sesungguhnya setelah didapati matahari telah kelihatan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam keluar (solat) tanpa disengajakan (tidak disedarinya) baginda berpakaian labuh. (Riwayat Bukhari 2/526, 547 dan 10/355. An-Nasaii 3/127, 146 dan 152. No. 1464, 1491, 1492 dan 1502)

عَنْ عِمْرَانِ بْنِ حُصَيْنِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ فِى قِصَّةِ سُجَوْدِ السَّهْوِ ، وَاَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ غَضْبَانًا يَجُرُّ اِزَارَهُ

“Dari Imran bin Husin dalam kisah sujud sahwi bahawasanya baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam keluar (solat) dalam keadaan marah dan dalam keadaan labuh pakaiannya. (Riwayat Muslim 1/99, 404. No. 101, 574. Abu Daud 1/618. No. 1018. An-Nasaii 3/26. No. 1237. Ibn Majah 1/384. No. 1215.)

Melalui hadith di atas, jelaslah bahawa hanya orang yang tidak perasan (tidak sedar), marah dan terlupa yang tidak berdosa jika berpakaian isbal, termasuklah semasa mengerjakan solat, kerana ia berlaku tanpa ada maksud atau dirancang.


HAD ISBAL TIDAK MELEBIHI MATA KAKI (BUKU LALI)


Rasulullah s.a.w penah menegur seorang lelaki yang berpakaian isbal dengan sabdanya:

وَارْفَعْ اِزَارَكَ اِلَى نِصْفِ السَّاقِ ، فَاِنْ اَبَيْتَ فَاِلَى الْكَعْبَيْنِ ، وَاِيَّاكَ وَاِسْبَالَ اْلاِزَارِ ، فَاِنَّهَا مِنَ الْمَخِيْلَةِ ، وَاِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ الْمَخِيْلَةَ.

“Tinggikanlah kainmu sehingga pertengahan betis, jika tidak mahu berbuat seperti itu, maka (angkatlah) ke paras mata kaki, takutilah olehmu dari mengisbalkan kain, kerana yang demikian itu termasuk kesombongan dan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong.(Riadhus Solihin. 2/869. Imam Nawawi. H/R Abu Daud dengan isnadnya yang sahih. Dan diriwayatkan juga oleh Imam Turmizi. Beliau mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih)

Hadith ini menunjukkan bahawa panjangnya pakaian yang diizinkan oleh Rasulullah untuk orang lelaki ialah tidak melebihi mata kaki, yang melebihinya dianggap isbal dan hukumnya haram. Dan hadith-hadith seterusnya yang mengharamkan isbal:

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : بَيْنَمَا رَجُلٌ يُصَلِّى مُسْبِلاً اِزَارَهُ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذْهَبْ فَتَوَضَّاْ ،فَذَهَبَ فَتَوَضَّاَ ثُمَّ جَاءَ ، فَقَالَ لَهُ : اِذْهَبْ فَتَوَضَّاْ . فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ : يَا رَسُوْلَ اللهِ مَالَكَ اَمَرْتَهُ اَنْ يَتَوَضَّاَ ثُمَّ سَكَتَّ عَنْهُ ، قَالَ : اِنَّهُ كَانَ يُصَلَّى وَهُوَ مُسْبِلٌ اِزَارَهُ ، وَاِنَّ اللهَ لاَيَقْبَلُ صَلاَةَ رَجُلٍ مُسْبِلٍ .

“Dari Abu Hurariah radiallahu ‘anhu berkata: Diketika seorang lelaki solat dalam keadaan labuh (mencecah bumi/isbal) kainnya, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Pergilah berwuduk, kemudian (setelah berwuduk) dia datang semula. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Pergilah berwuduk. Maka berkata seorang lelaki lain kepada Rasulullah: Wahai Rasululla! Engkau menyuruhnya berwuduk kemudian engkau diam (tidak menerangkan sebabnya). Maka Baginda bersabda: Sesungguhnya dia bersolat dengan keadaan iabal (kainnya labuh menutupi mata kaki/mencecah tanah), sesungguhnya Allah tidak menerima solat lelaki yang isbal (melabuhkan) pakaiannya”. (Riwayat Abu Daud 1/419-420 No. 638. Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/241. Berkata an-Nawawi: Sesungguhnya hadis ini menurut syarat Muslim, lihat: Riyadhus Solihin hlm. 278. Lihat: استيفاء الاقوال فى تحريم الاسبال على الرجل hlm. 27 oleh As-San’ani)

Orang-orang lelaki yang sengaja mengisbalkan (memanjangkan) seluar, kain atau pakaiannya terutama semasa mengerjakan solat, maka mereka hendaklah menghayati dan memikirkan isi hadis di atas ini, kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan lelaki yang isbal agar berwuduk dan mengulangi solatnya sehingga dua kali. Malah diwaridkan dengan ancaman neraka bagi mereka yang berpakaian labuh mencecah bumi (isbal), sama ada semasa solat atau di luar solat. Baginda seterusnya mengancam dengan sabdanya sebagaimana hadis sahih riwayat Ibn Mas'ud:


عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ اَسْبَلَ اِزَرَهُ فِى صَلاَتِهِ خُيَلاَءَ ، فَلَيْسَ مِنَ اللهِ فِى حَلٍّ وَلاَ حَرَامٍ.

“Dari Ibn Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesiapa yang mengisbalkan kainnya dalam solatnya dengan megah, maka dari Allah tiada lagi yang halal dan haram. (Riwayat Abu Daud 1/419. No. 637. At-Tabrani dalam Majma al-Kabir 9/315, 10/284. Abu Daud at-Tayalisi No. 351. Al-Baihaqi 2/242)

Berkata Imam an-Nawawi rahimahullahu tentang hadis di atas ini:

معناه : قد برئ من الله وفارق دينه

“Hadis ini memberi makna: (Orang yang isbal) telah berlepas dari Allah dan dia telah meninggalkan agamanya. (Lihat: استيفاء الاقوال فى تحريم الاسبال على الرجال hlm. 28. As-San’ani)

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalaini rahimahullah:

“Isnadnya mauquf. Selanjutnya beliau berkata: Hadis seperti ini tidak dikatakan mengikut pendapat (ar-rakyu), maka pada hadis ini, tidak ada larangan untuk menerimanya secara zahirnya. ( Fathul al-Bari 10/257)

Nota:

Sarung kaki atau jaurab (stoking) tidak dikatogerikan sebagai pakaian isbal. Ini bererti sesiapa yang memakai sarung kaki atau sepatu yang menutup mata kaki tidak dianggap berisbal. Persoalan ini telah dibincangkan oleh para fuqaha. 

Perhatian: Permasalahan Isbal merupakan salah satu permasalahan fiqh yang mana ulama' berselisih mengenainya. InsyaAllah dikesempatan lain akan saya tulis perbahasan tentang ulama' yang berbeza pendapat berkaitan isbal, yakni menyatakan Isbal tidak mengapa dengan syarat-syarat tertentu. 

والله أعلمُ بالـصـواب

Selasa, 28 Februari 2012

Rosaknya Aqidah Dengan Memakai Tangkal




السلام عليكم




Menghindari penggunaan azimat langkah selamat elak terjerumus syirik. Meletakkan asas kemurnian tauhid terhadap umat manusia adalah tugas utama semua Rasul sejak dari Adam sehinggalah Muhammad s.a.w. Hanya melalui tauhid yang murni saja manusia akan dapat mengecapi keamanan hakiki dalam kehidupan serta mudah menerima hidayah daripada Allah s.a.w. 

الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ
Allah berfirman yang bermaksud: "Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Surah al-An'aam: 82) 

Antara faktor utama dalam mencetuskan kemurnian tauhid adalah keyakinan sepenuhnya bahawa tiada sesuatu pun yang dapat memberi manfaat atau kemudaratan melainkan Allah. Firman Allah yang bermaksud:


وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al-An'aam: 17) 

Walaupun Malaysia semakin gah di persada dunia dengan kemajuan dalam pelbagai bidang, namun masih ada segelintir umat Islam yang pemikirannya masih pada takuk lama. Mereka masih berkeyakinan tangkal dan azimat mampu menghilangkan atau menahan sesuatu musibah seperti penyakit, gangguan hantu syaitan atau menjadi kebal. Pemakaian tangkal dan azimat mencemar kemurnian tauhid kerana wujudnya keyakinan bahawa ia mampu menandingi kuasa Allah dalam mendatangkan manfaat serta menolak bahaya. Ketika hayat Rasulullah SAW, Baginda menentang keras budaya memakai tangkal dan azimat. 

Diriwayatkan bahawa Baginda SAW menolak bai'ah seorang yang ingin memeluk agama Islam kerana ada tangkal pada tangannya. Selepas orang itu memutuskan tangkal itu baru baginda menerima bai'ahnya seraya bersabda yang bemaksud: "Sesiapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah berbuat syirik." (Hadith riwayat Imam Ahmad) 

Tangkal yang dipakai sebenarnya tidak membawa sebarang manfaat bahkan melemahkan diri seseorang dan menyebabkan seorang itu hidup dalam kerugian kerana meyakini adanya kuasa lain yang mampu mendatangkan manfaat dan mudharat selain dari Allah s.w.t. Baginda SAW pernah menegur seorang yang memakai tangkal berupa benang yang berwarna kekuningan di tangannya 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Lepaskan itu kerana ia hanya akan menambahkan kelemahan pada dirimu. Sesungguhnya jika kamu mati dan ia masih berada pada tubuhmu, kamu tidak akan beruntung selama-lamanya." ( Riwayat Ahmad) 

Memakai tangkal atau azimat bukan sekadar satu perbuatan sia-sia bahkan ia adalah satu faktor yang menghalang termakbul doa seseorang serta boleh menyebabkan dia hidup dalam keadaan tidak tenteram. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang menggantungkan tangkal maka Allah tidak akan memakbulkan keinginannya; barang siapa memakai wada'ah (tangkal yang diperbuat dari cengkerang siput) semoga Allah tidak memberi ketenangan pada dirinya."  (Riwayat Ahmad) 

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat Nabi SAW iaitu Hudhaifah ketika melawat seorang yang sedang sakit terlihat orang itu memakai tangkal yang diperbuat daripada benang di tangannya bertujuan untuk menghilangkan panas. Lantas Hudhaifah memotong tangkal itu dan menyatakan jika orang itu meninggal dunia tatkala dia masih memakai tangkal nescaya beliau tidak akan sembahyang jenazahnya. 

Ketika Hudhaifah memotong benang itu beliau membacakan ayat al-Qur'an yang bermaksud:

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشْرِكُونَ
"Dan (orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka menyekutukannya dengan yang lain." (Surah Yusuf: 106) 

Beginilah kerasnya sikap Rasulullah SAW serta sahabat terhadap penggunaan tangkal dan azimat. Namun ulama berbeza pendapat mengenai penggunaan tangkal atau azimat yang menggunakan ayat al-Quran atau zikir kepada Allah. Sungguhpun begitu langkah selamat adalah menghindari apa juga bentuk tangkal mahupun azimat walaupun menggunakan ayat al-Quran.  Penggunaan ayat al-Quran sebagai tangkal atau azimat boleh menjerumuskan seorang melakukan perbuatan mencemari ayat itu seperti membawanya masuk ke tandas, tempat bernajis serta wanita yang memakainya ketika sedang haid. 

Justeru, menghindari segala jenis bentuk tangkal adalah langkah sejahtera untuk menutup pintu yang boleh membawa seseorang itu terjerumus kepada syirik dan Allah tidak akan mengampunkan golongan yang syirik melainkan mereka bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud:


وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman: 13) 

Oleh itu buang jauh budaya kuno memakai tangkal dan gantikan dengan memohon perlindungan daripada Allah melalui doa. Jika ada tanda penyakit, bersegeralah mendapat rawatan daripada pakar perubatan. Umat Islam disarankan menjalani cara hidup sihat sebagai langkah mencegah penyakit. Semoga kita semua terhindar dari kepercayaan dan amalan yang merosakkan tauhid dan aqidah sebagai umat Islam.



والله أعلمُ بالـصـواب

Isnin, 27 Februari 2012

Beban Syarie Bagi Orang Yang Koma, Pengsan Dan Hilang Ingatan



السلام عليكم




Soalan : Apakah masih ada beban-beban syarie bagi orang yang kehilangan ingatan dan orang yang pengsan?

Jawapan:

Sesungguhnya Allah mewajibkan berbagai bentuk ibadah kepada manusia jika memang ia berhak diberi beban kewajiban, yaitu ia harus berakal yang bisa digunakan untuk mengetahui segala sesuatu. Sedangkan orang yang tidak berakal tidak diberi kewajiban-kewajiban syarie. Oleh karena itu orang gila, anak kecil dan orang yang belum baligh tidak diberi kewajiban syariat. Dan ini adalah rahmat Allah. Contoh lainnya adalah orang yang akalnya tidak normal meskipun belum sampai pada tahap gila, atau orang tua yang sudah kehilangan ingatan maka tidak wajib atasnya solat dan puasa kerana ingatannya telah hilang yang mana ia sama kedudukannya seperti bayi yang tidak bisa membezakan sesuatu. Maka terlepaslah beban syariat darinya.

Adapun kewajiban yang terkait dengan harta tetap harus ditunaikan meskipun ia telah kehilangan ingatan. Zakat misalnya, ia harus ditunaikan atas hartanya, maka orang yang mengurusnya harus mengeluarkan zakatnya, karena kewajiban zakat itu kaitannya dengan harta, sebagaimana firman Allah :

"Artinya : Ambillah dari harta mereka" 

Dan tidak dikatakan "Ambillah dari mereka".

Nabi juga berkata kepada Muadz bin Jabal ketika diutus ke Yaman

" Dan beritahukanlah kepda mereka bahwa Allah mewajibkan zakat pada harta mereka yang diambil dari orang kaya dan dikembalikan kepada orang miskin diantara mereka"( Hadith Riwayat Ahmad 5/231, Tirmidzi, Kitab Iman, Bab : Tentang Kehormatan Shalat (2616), Nasa'i dalam "Al-Kubra", Kitab Tafsir, Bab FirmanNya "Mereka menjauhkan punggung mereka dari tempat tidur" (11394). Ibnu Majah, Kitab Fitan, Bab Menjaga Lisan saat terjadi fitnah (3973), Tirmidzi berkata hadits hasan shahih.)

Dari dasar ini maka kewajiban harta tidak hilang karena hilangnya ingatan. Adapun ibadah badan seperti shalat, bersuci dan shaum menjadi tidak wajib bagi orang ini karena ia tidak berakal.

Sedangkan orang yang hilang akalnya karena pengsan disebabkan sakit atau semisalnya maka menurut kebanyakan ahli ilmu ia tidak wajib solat. Jika pengsannya sampai satu hari atau dua hari maka ia tidak wajib mengqadhanya, karena ia tidak berakal. Ia tidak seperti orang tidur yang Rasulullah s.a.w bersabda tentangnya.

" Barangsiapa yang tertidur dari melakukan shalat atau terlupa maka hendaklah ia shalat saat telah ingat"( Hadith Riwayat Ahmad 5/231)

Karena orang yang tidur masih memiliki kesadaran, artinya bila dibangunkan ia akan bisa bangun, sedangkan orang yang pingsan meskipun dibangunkan ia tidak bisa bangun. Hal ini jika pingsannya alami tanpa disengaja. Adapun jika pingsannya karena sebab tertentu seperti karena pembiusan dan semisalnya maka ia harus mengqadha shalat yang ditinggalkannya saat pingsan. 



Soalan: Apa yang harus dilakukan jika seseorang itu tidak sedarkan diri selama dua bulan atau beberapa bulan? Beliau tidak solat dan berpuasa di bulan ramadhan? Apakah ia wajib menggantikannya selepas sedar?

Jawapan:

Ia tidak mempunyai kewajiban apa-apa karena hilangnya ingatannya, namun jika Allah mentakdirkannya siuman kembali maka ia harus mengqadha puasanya. Bila ia ditakdirkan meninggal maka ia tidak mempunyai kewajiban apa-apa kecuali bila sebelumnya ia termasuk orang yang mempunyai uzur tetap, seperti karena tua dan sebagainya maka walinya wajib menggantinya dengan memberi makan orang miskin setiap hari (sebanyak jumlah puasa yang ditinggalkan).

Adapun untuk solat, para ulama berbeza menjadi dua pendapat :

1. Pendapat jumhur ulama yaitu tidak ada qadha baginya karena ada riwayat bahwa Ibnu Umar radhiyallahu anhuma pernah pingsan sehari semalam dan tidak mengqadha shalat yang ditinggalkannya.(Riwayat Bukhari : Kitab Mawaqit Bab Barang siapa lupa dari shalatnya maka hendaklah solat ketika mengingatnya. Dan Muslim : Kitab masajid Bab : Qadha solat yang tertinggal.)

2. Dia wajib mengqadhanya, dan ini adalah madzhab ulama sekarang dan madzhab Hambali. Dikatakan dalam "Inshaf" : Hal ini kekayaan perbendaharaan madzhab, dan ini diriwayatkan dari Ammar bin Yasir bahwa ketika beliau pengsan tiga hari beliau mengqadha apa yang ditinggalkannya. ( Dikeluarkan oleh Malik Bab Ma-ja'a fi jamiil waqti (23))


[Majmu Fatawa Arkanil Islam,Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ]

والله أعلمُ بالـصـواب

Ahad, 26 Februari 2012

Tawakal Sebagai Benteng Dari Ujub Dan Riyak







السلام عليكم




Sesungguhnya penyakit yang paling besar serta mematikan yang menimpa hati manusia, serta dapat menjadikan amalan-amalan sia-sia, juga merusak seluruh perbuatan manusia serta melahirkan kekerasan dan kekejian adalah ; Riya dan Ujub.

Riyak : adalah bagian dari perbuatan syirik mensekutukan Allah, sementara Ujub (Al-'Alamah As-Safarini menyebutkan perbedaan yang mendetail antara ujub dan takabur, bagi yang berkeinginan lihat bukunya Ghadza ' Al-Albab 2/222) : adalah bagian dari perbuatan syirik terhadap diri sendiri, kedua sikap ini menyatu pada diri orang yang takabur. [Majmu 'Al-Fatawa 10/277]

Banyak nash-nash yang mencela kedua sikap ini antara lain.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadith Haritsah bin Wahab : 


" Mahukah kalian aku beritakan tentang penghuni neraka ; iaitu setiap orang yang berperangai jahat serta kasar (Lihat An-Nihayah 3/180), orang gemuk yang berlebih-lebihan dalam berjalannya (Lihat pula An-Nihayah 1/416), dan orang-orang yang sombong". [Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam Tafsir surat Al-Qalam 4918 8/530, At-Tirmidzi bab Jahannam 13, Ibnu Majah bab Zuhud 4, Ahmad dalam Musnadnya 2/169, 214 dan 4/175-306]


Dan dari Ibnu Mas'ud dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda : 

" Tidaklah masuk surga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji dzarah (atom) sekalipun". [Hadith Riwayat Muslim bab Imam 91 1/93 dan At-Tirmidzi bab Al-Birru was-shilah 1998-1999 4/360-361]

Dan dalam satu hadith disebutkan :


"Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang yaitu : Kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti serta seseorang yang membanggakan dirinya sendiri". [Hadits ini disebutkan oleh Al-Mundziry dalam kitab At-Targhib wa Tarhib 1/162 yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Al-Baihaqi serta dibenarkan oleh Al-Albani]


Said bin Jabir berkata : "Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menyebabkan dia masuk ke syurga, hal itu kerana perbuatan baiknya itu manjadikan ia bangga pada dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun serta bertobat kepada Allah karena perbuatan buruknya itu". [Majmu 'Al-Fatawa 10/277]

Menyembah kepada Allah dan bersikap tawakal kepada-Nya adalah merupakan ubat penawar untuk mencegah kedua penyakit yang buruk ini iaitu Ujub dan Takabur.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata : "Seseorang yang melakukan riya' pada hakikatnya ia tak melakukan firman Allah : (Hanya kepada-Mu aku menyembah), dan orang yang bersikap ujub (bangga kepada diri sendiri) pada hakekatnya ia tak melakukan firman Allah : (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan) dan barangsiapa yang melaksanakan firman Allah : (Hanya kepada-Mu kami menyembah), maka ia telah keluar dari sikap riya, dan barang siapa yang melaksanakan firman Allah (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan), maka ia telah keluar dari sikap ujub". [Majmu Al-Fatawa 10/277]

Oleh karena itulah Ibnul Qayyim berkata : "Sesungguhnya hati manusia dihadapi oleh dua macam penyakit yang amat besar jika orang itu tidak menyadari adanya kedua penyakit itu akan melemparkan dirinya kedalam kehancuran dan itu adalah pasti, kedua penyakit itu adalah riya dan takabur, maka ubat dari pada riya adalah : (Hanya kepada-Mu kami menyembah) dan ubat dari penyakit takabur adalah : (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan)". [Madarijus Salikin 1/54]



Dari Kitab At-Tawakkul 'Alallah wa 'Alaqatuhu bil Asbab oleh Dr Abdullah bin Umar Ad-Dumaiji



والله أعلمُ بالـصـواب

Sabtu, 25 Februari 2012

Akhlak Mulia Faktor Islam Berkembang Di Eropah



السلام عليكم





SELEPAS tragedi runtuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001, sentimen dan fenomena Islamofobia masyarakat barat menghantui umat Islam. Laporan berita negatif selain memomokkan Islam sebagai ‘pengganas’ menyebabkan imej Islam tercalar teruk.  Beberapa serangan dan peperangan dilancarkan terutama ke atas Iraq dan Afghanistan, kononnya mahu mengembalikan keamanan dunia. 

Namun, Islamofobia terutama di Eropah sudah berubah kerana seruan serta syiar Islam bersinar di mana-mana. Jangan terkejut, jika ramai penganut Kristian dan agama lain memeluk Islam di seluruh Eropah setiap hari. Kebanyakan Muslim di Eropah bertumpu di bandar besar seperti London, Bradford di United Kingdom, Rotterdam, Amsterdam di Belanda, Paris, Perancis dan Copenhagen, Jerman.  Benarlah, jika usaha dakwah dilakukan dengan penuh ikhlas lambat laun pasti akan membuka pintu hidayah golongan yang dipilih Allah itu menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Alhamdulillah, siapa sangka, dalam keadaan Islam di Eropah yang ditekan dan laporan berita negatif, Islam terus berkembang seperti cendawan selepas hujan. Malah, nilai sosial masyarakat tempatan mulai berubah. Fenomena penerimaan Islam di Eropah menjadi bukti kukuh Kristian semakin terancam.  Di England, beberapa gereja diambil alih pengurusannya dan dijadikan masjid. Ada kalangan masyarakatnya yang memeluk Islam kuat jihadnya berusaha mencari dana membeli tapak gereja untuk dijadikan masjid.

GEREJA TUKAR MASJID...Masjid Didsbury di Manchester antara gereja yang dijadikan masjid. 

Walaupun kerajaan Britain mengharamkan pembelian gereja kerana sedar rumah ibadat Kristian kian hilang fungsinya, ia terus memberi semangat kepada mujahid baru di Eropah. Kini, kubah masjid menenggelamkan menara gereja yang menjadi petunjuk keyakinan baru umat Islam manakala gereja semakin terbiar. Jika dulu umat Islam terpaksa menunaikan solat secara rahsia di bilik gelap di bawah bangunan kerana bimbang dicemuh dan dihalang, kini mereka bebas sembahyang di mana-mana saja tanpa gangguan.

Itu antara catatan kembara Pengarah Bahagian Dakwah, Professional Islamic Support And Nurture Group (Pisang), Ustaz Halim Din mengenai kesuburan Islam di Eropah termasuk England, Perancis, Jerman, Switzerland, Itali dan Belanda. Beliau berkata, Pisang adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di Bicester, England bagi misi dakwah di Eropah.

“Sejak ditubuhkan pada 2008, kami menawarkan serta menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa saja tanpa mengira agama, usia, jantina atau bangsa. “Perkembangan dan penerimaan Islam cukup memberangsangkan. Buktinya, semakin banyak masjid dibina dan setiap hari ada mengucap dua kalimah syahadah. “Di Perancis, ada 10 juta umat Islam dari 65 juta penduduknya. Lebih 2,000 masjid dibina, malah di Paris ada 300 masjid,” katanya.

Halim berkata, pelbagai pendekatan dakwah dijalankan di Perancis salah satunya ialah melalui dakwah di penjara. “Hasil dakwah bersama Presiden Pusat Tauhid Perancis, 65 peratus daripada banduan memeluk Islam. “Jika mengambil kira perkembangan positif itu, tidak mustahil sasaran menjadikan Perancis negara Islam pada 2050 akan menjadi realiti,” katanya.

Menurutnya di Belanda pertubuhan Islamnya terbukti kuat, berkesan dan lebih diyakini.

“Buktinya, pertubuhan Islam itu pernah mengutuskan surat jemputan majlis berbuka puasa ke pejabat kerajaan. Hasilnya lebih lebih 3,000 jemputan hadir. “Akhlak umat Islam yang ramah dan pekerti terpuji menambat mereka untuk mendekati dan memeluk Islam,” katanya.

Halim juga dimaklumkan pensyarah di Universiti Islam Eropah bahawa setiap minggu ramai anak gadis datang berjumpa pensyarah itu untuk berkongsi masalah. “Ramai ingin tahu rahsia keharmonian rumah tangga. Dan, di pertemuan itu, kalimah syahadah diungkapkan dan dihuraikan maknanya sehingga mereka menitiskan air mata. “Kaedah dakwah seperti menjalankan kerja amal perlu dipertingkat dan diperkemaskan lagi dalam usaha mendekati masyarakat kepada Islam,” katanya.

Malah katanya Presiden Pisang, Hamidi Abdul Rahman pernah dijemput dan ditemuramah stesen televisyen satelit Manchester, DM Digital TV pada 2008 melalui saluran Islamnya menghurai isu keganasan, pendidikan dan masyarakat. 

“Program selama setengah jam itu disertai dua wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Pengarah Institut Tamadun Islam, Prof Datuk Dr Yusof Othman dan Profesor Dr Abdul Latif Samian,” katanya. 

Menurutnya, Pisang turut mengadakan klinik bergerak bagi menjalankan pemeriksaan dan rawatan sihir dan gangguan jin di Manchester, Birmingham dan Aberdeen. “Objektif utama kami ialah menggalakkan kaedah terapi al-Quran kerana ada penyakit berpunca daripada jin. “Kami turut mengadakan khidmat kaunseling kepada masyarakat yang bermastautin di United Kingdom selain mengurus soal perkahwinan, penderaan kanak-kanak, tekanan perasaan, kemurungan, homoseksual dan lesbian,” katanya.

Katanya, Pisang turut membimbing serta menyelamatkan genius Matematik dan bekas penuntut di Universiti Oxford, Sufiah Yusof yang pernah melalui detik hitam kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran. 

“Alhamdulillah, Sufiah kini pulih dan insaf sepenuhnya dan kini memberi motivasi kepada mereka yang datang ke Rumah Pisang,” katanya. 

Beliau berkata, sepanjang tahun ini, Pisang merancang beberapa aktiviti dakwah di Eropah, antaranya Himpunan Belia Islam SeEropah pada 2 hingga 11 Mei ini. “Kami menjangka lebih 200 peserta dari seluruh Eropah akan hadir ke program itu yang dimeriahkan dengan ceramah dan qiamullail,” katanya.

p/s- Kadang kala umat Islam di Barat dan para muallaf yang baru mengenal Islam jauh lebih cinta dan mengambil berat akan Islam berbanding kita yang sudah sekian lama berstatus Islam, renung dan hisab kembali keislaman kita.



والله أعلمُ بالـصـواب

Jumaat, 24 Februari 2012

Hadith Maudhu' 03: Kelebihan Solat Dengan Berserban




السلام عليكم


Serban adalah satu pakaian berupa kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala . Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Ini adalah sebagai menghormati kepala sama seperti pantang duduk di atas bantal kerana hormat kepala. Akhir-akhir ini kerap kali tersiar dalam penulisan malah dalam ceramah-ceramah dan pengajian tidak kira di masjid atau di kaca televisyen yang mana penceramah memetik hadith ini untuk menyandarkan bahawa solat dengan memakai serban itu lebih utama dari tidak memakainya. Bahkan penceramah yang dikhabarkan kepada penulis adalah penceramah yang sedang meningkat naik namanya dan menjadi buah mulut ramai orang. Semoga Allah merahmati dan meredhainya serta kita semua.

Berikut adalah takhrij bagi hadith kelebihan memakai serban:


ان الصلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة
"Sesungguhnya solat dengan berserban menyamai dengan dua puluh lima solat tanpa memakai serban"

Di dalam lafaz yang lain


 الصلاة في العمامة بعشرة الاف حسنة
"Solat dengan berserban mendapat sepuluh ribu kebaikan"


Takhrij

1. Berkata Ibn Arraq al-Kannani:

"Sanad hadith ini dhaif (lemah). Di dalam sanadnya terdapat rawi bernama Abban bin Abi 'Iyash dan beliau merupakan seorang yang terkenal sebagai kazzab (pendusta) dalam kalangan muhaddith" (Tanzih al-Syariah)

2. Berkata Ibn Hajar al-Asqalaini :

"Hadith ini adalah mungkar bahkan ianya maudhu' (palsu) dan di dalam sanadnya terdapat rawi yang majhul (tidak dikenali)" (Lisan al-Mizan)

Ibn Hajar turut menukilkan hadith maudhu' berkenaan pemakain serban ketika solat dengan lafaz yang lain:


 الصلاة في العمامة بعشرة الاف حسنة
"Solat dengan berserban mendapat sepuluh ribu kebaikan"

3. Berkata al-Sakhawi berkaitan hadith ini:

"Hadith ini mungkar dan maudhu' (palsu)" (al-Maqasid al-Hasanah)


Komentar WADi


Tidak ada hadith yang sahih yang menyatakan kelebihan dan galakan memakai serban ketika solat mahupun di luar solat. Serban juga bukanlah sesuatu yang dituntut oleh sunnah Rasulullah s.a.w namun memakainya bukanlah pula sesuatu yang tercela atau dilarang. Ia adalah diharuskan disisi syara'. Serban merupakan pakaian uruf (adat) bagi kaum arab. Rasulullah s.a.w dan para sahabah r.a dari kalangan kaum Arab dan itu sudah menjadi kebiasaan mereka untuk memakai serban atau penutup kepala. Tambahan suatu masa dahulu membuka kepala bagi masyarakat arab lelaki merupakan suatu keaiban bagi mereka. 

Bagi masyarakat di negara ini, memakai serban dan jubah itu memberi makna yang berbeza kerana ia bukanlah uruf di negara ini. Hanya sahaja mereka yang memakainya dianggap golongan agamawan dan para alim ulama' serta ustaz. Namun begitu memakai serban dan jubah diharuskan dan mendapat pahala jika dasarnya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah s.a.w dan bukan kerana menganggap ia sunnah yang thabit dari Rasulullah sebagaimana hadith yang telah dijelaskan di atas. Kesimpulannya, memakai serban dalam solat atau diluar solat itu diharuskan bukan kerana ia adalah sunnah dari hadith yang datang dari Rasulullah namun sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah dan sebagai wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. 



والله أعلمُ بالـصـواب

Khamis, 23 Februari 2012

Benarkah 27 Rejab Adalah Peristiwa Isra' dan Mi'raj?




السلام عليكم



Tarikh 27 Rejab agak masyhur di kalangan umat Islam kerana ia adalah tarikh yang dikatakan berlakunya peristiwa agung Isra’ dan Mi’raj. Pada malam itu dikatakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah di-Isra’ dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Kemudian baginda di-Mi’raj dari Masjid al-Aqsa ke arah langit, melepasi lapisan-lapisannya sehinggalah ke Sidrat al-Muntaha.

Tanpa mengingkari peristiwa agung ini, ia adalah salah satu mukjizat yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepada hamba-Nya yang teristimewa, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Allah mengkhabarkan peristiwa Isra’ dalam ayat pertama surah al-Isra’:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنْ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan (Isra’) hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-Isra’ 17:01)


Allah mengkhabarkan peristiwa Mi’raj dalam ayat tiga belas hingga lapan belas surah al-Najm:

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (١٣) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (١٤) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (١٥) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (١٦) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (١٧) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (١٨).
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi Sidrat al-Muntaha, yang di sisinya terletak Syurga Jannah al-Makwa. (Nabi Muhammad melihat Jibrail dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa (Sidrat al-Muntaha) itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (pemandangan indah di situ yang dia diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda Tuhannya. (al-Najm 53:13-18)

Memang ada yang cuba mentakwil peristiwa Isra’ dan Mi’raj sebagai konon hanya merupakan mimpi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Alhamdulillah saya telah membantah takwilan ini dalam artikel Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar. Ia dimuatkan dalam buku Membongkar Aliran Islam Liberal terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

Akan tetapi yang ingin saya buka untuk perbincangan adalah tarikh 27 Rejab itu sendiri. Jika dikaji ayat-ayat al-Qur’an di atas dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang sahih, tidak ditemui penetapan tarikh 27 Rejab. al-Qur’an dan al-Sunnah hanya mengkhabarkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj tanpa mengkhabarkan tarikh ia berlaku.

Sebenarnya para ilmuan Islam, khasnya para ahli sejarah, juga tercari-cari tarikh sebenar berlakunya Isra’ dan Mi’raj. Secara pasti ia berlaku setelah lawatan dakwah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ke Ta‘if dan sebelum penghijrahan ke Madinah. Syaikh ‘Abd Allah bin ‘Abd al-‘Aziz al-Tuwaijiri telah menghimpun dua belas pandangan berkenaan tarikh Isra’ dan Mi’raj. Di antara dua belas pandangan tersebut, paling awal ia dikatakan berlaku lima tahun sebelum hijrah manakala paling lewat ia dikatakan berlaku enam bulan sebelum hijrah. [al-Bida’ al-Hauliyah (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin atas judul Ritual Bid’ah Dalam Setahun; Darul Falah, Jakarta, 2003), ms. 291-292]

Adapun anggapan peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku pada bulan Rejab, ia telah ditolak oleh al-Imam Abu Syamah rahimahullah (665H). Beliau menegaskan: “Sebahagian ahli sejarah menjelaskan bahawa peristiwa Isra’ terjadi pada bulan Rejab. Akan tetapi mengikut sebahagian yang lain peristiwa Isra’ itu bukan terjadi pada bulan Rejab dan maklumat yang menjelaskan peristiwa itu terjadi pada bulan tersebut dianggap bohong.” [al-Baits ‘ala Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits (edisi terjemahan oleh Tazkiyatul Fikri & Kamaluddin Sa’diyatulharamain atas judul Bid’ah Yang Dibungkus Dengan Hadits Palsu; Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 174]

Justeru yang benar tidak ada penetapan tarikh bagi peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Tanpa adanya penetapan tersebut, bererti tiada juga apa-apa ibadah yang boleh dikaitkan dengan malam atau hari Isra’ dan Mi’raj. Seandainya Allah dan Rasul-Nya menginginkan kita – umat Islam – meraikan malam dan hari Isra’ dan Mi’raj dengan ibadah tertentu, nescaya akan dikhabarkan kepada kita melalui jalan yang sahih akan tarikh tersebut. Ini sepertimana sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, hari pertama bulan Syawal dan sebagainya.

Menyentuh tentang ibadah, terdapat beberapa riwayat yang menerangkan keutamaan bersolat dan berpuasa sempena Isra’ dan Mi’raj. Akan tetapi riwayat-riwayat tersebut tidak ada yang bertaraf sahih atau hasan, bahkan ia bertaraf maudhu’ (palsu) dan dha’if jiddan (amat lemah) hingga tidak dapat dijadikan dalil mahupun sandaran anjuran beramal. Drs. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris rahimahullah (2000M) telah menghimpun riwayat-riwayat tersebut dan menerangkan kecacatannya dalam buku beliau Himpunan Hadis Dha’if dan Maudhu’ (Jilid 1 dan 2) yang diterbitkan oleh al-Hidayah, Kuala Lumpur.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) menerangkan: “Tidak diketahui dari seorang jua dari kalangan Muslimin bahawa dia menjadikan malam Isra’ keutamaan tersendiri atas malam-malam yang lain, lebih-lebih lagi atas malam al-Qadar (Lailatul Qadar). Para sahabat dan generasi tabi‘in yang dikenali dengan kebaikan mereka, pun tidak pernah mengkhususkan malam Isra’ dengan kegiatan tertentu. Bahkan mereka tidak memperingatinya. Oleh kerana faktor inilah sehingga tidak diketahui bila waktunya (atau tarikh peristiwa Isra’ dan Mi’raj).

Meskipun Isra’ termasuk keutamaan baginda yang sangat agung, namun tidak disyariatkan mengkhususkan waktu dan tempat tersebut dengan ibadah syar’i. Bahkan Gua Hira’ yang merupakan tempat awal turunnya wahyu dan selalu didatangi oleh baginda sebelum kenabian, tetap tidak dikunjungi oleh baginda mahupun para sahabat baginda setelah kenabian selama baginda tinggal di Mekah. Juga tidak dikhususkan waktu di mana wahyu turun dengan ibadah atau acara tertentu. Sebagaimana baginda tidak mengkhususkan tempat awal turunnya wahyu dan waktu (turunnya wahyu pertama) dengan aktiviti apapun.

Sesiapa yang mengkhususkan tempat dan waktu dengan ibadah atas dasar kemahuannya sendiri, hanya dengan dalih hal-hal seperti di atas, maka dia termasuk kategori ahli kitab yang menjadikan waktu bagi peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Nabi ‘Isa alaihis salam sebagai (penentu) acara-acara ritual dan ibadah. Seperti hari kelahiran, hari penyaliban dan peristiwa-peristiwa selainnya.” [Dinukil oleh al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah (757H) dalam Zaad al-Ma‘ad fi Hadyi Khair al-‘Ibad (tahqiq: Muhammad Anwar al-Baltaji, Maktabah al-‘Asriyah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 37].

Oleh: Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah



والله أعلمُ بالـصـواب

Rabu, 22 Februari 2012

Bab 2: Bid'ah Dalam Aqidah



السلام عليكم


Banyak sekali noda-noda yang secara lahiriahnya nampak seperti taat kepada Allah tetapi pada hakikatnya melanggar hukum dan norma-norma yang ditetapkan Allah s.w.t. Tidakkah telah sedia maklum,bahawa orang-orang musyrikin itu bertelanjang bulat waktu tawaf di Baitullah, baik lelaki mahupun perempuan dengan alasan tidak layak di Baitullah berpakaian yang dipakai berbuat maksiat kepada Allah.

Di antara sekian banyak yang terjadi di kalangan orang awam ialah pergi ke kubur orang-orang soleh untuk  meminta sesuatu yang tidak patut dipinta kecuali kepada Allah semata-mata. Perasaan kurang puas dalam berhubungan dengan Allah tanpa wasilah (perantaraan), merupakan adat kebiasaan kaum Watsaniyah, penyembah berhala. Alasan-alasan mereka itu seperti firmannya yang bermaksud:

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ 
“Kami tidak menyembah berhala-berhala itu melainkan supaya mereka itu mendekatkan kami kepada Allah”. (Az Zumar : 3)

Alasan ini pula yang dipakai kaum jahiliah moden untuk membela pengunjung kubur untuk minta sembuh, keberuntungan, kejayaan dalam pekerjaan serta mencari keluhuran dan pertolongan. Beraneka macam khurafat mengelilingi masalah wali dan kewalian. Sehingga lama-kelamaan ramai orang-orang yang beranggapan bahawa nasib dunia berada di tangan para wali. Merekalah yang mengendalikan dunia dengan sesuka hatinya.  Orang-orang yang dianggapnya wali itu kekuasaannya dapat melampaui hukum sebab akibat. Akibat dari itu, pandangan kaum muslimin terhadap sunnatullah yang berhubungan dengan alam ini menjadi kacau bilau. Mereka beranggapan bahawa sunnatullah akan tunduk kepada orang yang tekun beribadah.

Yang jelas, anggapan-anggapan itu semua, sudah bercampur aduk berasal dari pengaruh-pengaruh jahiliah. Berhala adalah batu yang layak dipakai untuk membina bangunan atau untuk membina jalan. Inilah keistimewaannya. Selain dari itu sama sekali tidak ada, tidak seperti yang dianggap oleh penyembah-penyembahnya. ‘Lembu’ yang dijadikan persembahan oleh orang-orang Hindu, keistimewaannya, adalah susunya yang dapat diminum dan dagingnya untuk dimakan. Selain itu sama sekali tidak ada, baik mengenai kesuciannya atau pun dekatnya kepada Allah.

Kadang-kadang kita menjumpai sebahagian orang menggunakan Al Quran sebagai pelindung dirinya dengan beranggapan bahawa Al Quran tersebut dapat melindungi diri dari muflis bagi peniaga, diletakkan di dalam kereta dan rumah supaya tidak terkena gangguan dan sebagainya sedangkan mereka hanya meletakkan ayat suci dan tidak pula mengamalkannya. Ini adalah kekacauan fikiran yang sudah sangat parah. Kalau dia masih beranggapan beriman kepada Allah dan meluhurkan Al Quran, sesungguhnya itu adalah anggapan yang salah. Hubungan seorang muslim dengan Al Quran, adalah mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Bukan sekadar meletakkannya di tempat tertentu sebagai keramat tanpa mengamalkannya.

Firman Allah s.w.t. :


يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ 
“Dengan al-Quran itu Allah membimbing orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan” (Al-Maidah : 16)


يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا وَيَهْدِي بِهِ كَثِيرً 
“Dengan nyamuk Allah sesatkan orang ramai, tetapi dengan sebab itu juga Ia bimbing orang ramai” (Al-Baqarah : 26)


Dalil di atas menegaskan bahawa Allah membuat sesuatu dengan sebab. Kerana itu barangsiapa berpendapat bahawa Allah membuat sesuatu ketika adanya sebab-sebab ini, bukan dengan sebab-sebab tersebut, sesungguhnya dia telah menyimpang dari garis yang dibawa Al Quran dan menentang adanya tenaga dan daya yang telah di cipta Allah sendiri.


2.1. Perasaan Nasionalisma

Kehancuran dan seksaan yang memuncak ke atas umat Islam silam dan masakini kemungkinan besar disebabkan mereka telah membuang risalah Islam yang universal itu menjadi risalah nasional ( kebangsaan ). Ini merupakan pokok seluruh bencana yang menimpa mereka. Dan ini sungguh merupakan bahaya yang sangat besar untuk masa depan umat manusia. Kepada kaum muslimin, kami ingin mengingatkan hendaklah mereka dapat menyedari dan menilai realiti yang ada:

1. Bahawa mengembalikan manusia kepada situasi jahiliyah dengan fanatik pada tanahair, warna dan darah adalah satu bentuk faham politheis (syirik) yang tidak patut bagi kita.

2. Kembali kepada tatacara ini hanya akan membawa kerugian bagi Islam dan kaum muslimin serta menguntungkan bagi Eropah.

Kaum Salib antarabangsa menghancurkan dan meruntuhkan Islam dengan tabir nasionalisme. Bahayanya tidak kurang daripada perbuatan gerakan Zionis. Akibatnya kaum muslimin menderita dalam masa yang lama sekali.


[ Kitab Bid'ah wa al-Syirk karya Dr Yusuf Qardhawi dan Muhammad Al-Ghazali ]


والله أعلمُ بالـصـواب

Selasa, 21 Februari 2012

Penjelasan Syubhah Dalam MLM


السلام عليكم




Beberapa hari lepas, seorang sahabat muslimat, Saudari Siti Balqis Adnan menanyakan kepada saya perihal MLM (multi lavel marketing) memandangkan ia hangat diperkatakan di masa kini. Selain dari itu, ia juga turut menarik minat ramai orang untuk mengenali seterusnya menceburkan diri dalam MLM dengan niat supaya bertambah pendapatan dengan kuantiti yang banyak dari pendapatan yang sedia ada dan mencapai keuntungan yang diinginkan. Golongan sasaran bagi MLM ini tidak mengenal usia dan seperti dalam kes Saudari Siti Balqis, dia melihat isu ini dalam kalangan pelajar-pelajar universiti di tempatnya.

Penulisan ini tidak saya ditujukan kepada mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan MLM secara khusus. Hanya secara umum sahaja. Jika perniagaan tersebut terdapat syubhat (perkara yang diragukan) yang disenaraikan di sini, dinasihatkan supaya meninggalkannya dan bertaubat kepada Allah. Perlu diingatkan tidak semua syubhat yang dinyatakan di sini terdapat dalam semua perniagaan MLM, tetapi hanya sebahagian sahaja. Secara umumnya MLM dijalankan berdasarkan sistem piramid. Jadi anda perlu menilai sejauh mana syubhah yang terdapat dalam apa jua MLM yang anda ikuti selepas usai membaca penjelasan ini, insyaAllah.

Namun begitu, terdapat juga syarikat yang telah mendapat sijil pengiktirafan pengesahan dan kepatuhan syariah. Tetapi jika terdapat juga sebarang bentuk syubhat di dalamnya disarankan untuk meninggalkannya kerana rujukan kita adalah al-Qur'an dan hadis bukannya sijil yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang kurang mengamalkan undang-undang Islam secara keseluruhannya sebagaimana hadith ini:


تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
"Telah aku tinggalkan untuk kalian, dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya."(Riwayat Malik:1395)


Syubhat 1: Tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

Ini berlaku apabila seseorang yang hanya mendengar kata-kata dan penerangan orang lain tanpa sebarang kaji selidik dan memahaminya lalu menyertai perniagaan MLM tersebut. Tindakan ini adalah menzalimi diri sendiri kerana kemungkinan apa yang dia fahami itu bercanggah dengan modus operandi sistem perniagaan MLM tersebut. Berkata Saidina Umar al-Khattab r.a:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين
"Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, Albani menilainya Hasan)

Ini adalah antara sebab mengapa terdapat mazhab yang mengatakan kanak-kanak yang tidak mampu berfikir antara baik dan buruk (belum mumayyiz) tidak sah dalam urusan jual beli. 


Syubhah  2: Dua belian (akad) dalam satu akad.

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan sama ada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu.

Dalil bagi syubhat ini ialah:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة
"Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami: Perawi Ahmad adalah thiqah; 4/84)


أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ وَيَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالُوا حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعَتَيْنِ فِي بَيْعَةٍ
Telah mengabarkan kepada kami 'Amru bin Ali dan Ya'qub bin Ibrahim dan Muhammad bin Al Mutsanna mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Amru, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang dari dua jual beli dalam satu akad jual beli.(Riwayat an-Nasa'i:4553)

Syubhat 3: Sebenarnya tiada produk yang dijual. Hanya mengkhususkan untuk mencari ahli bawah (downline).

Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahannya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi. Nombor rujukan: 15/192-193.

Info Tambahan:
Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003).
Fatwa JAKIM: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1358

Syubhat 4: Belian peribadi target sebagai syarat komisyen.

Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajipan jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sahih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 )

Namun, ia boleh jadi bermasalah apabila:

Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angin tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas broker di atas broker dan seterusnya.

Dalam hal berbilangnya rantaian komisyen broker ini, menurut perbincangan Ustaz Zaharuddin bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.


Syubhat 5: ‘simsar ala simsar' (iaitu broker atas broker dan atas broker dan atas broker).

Maksud simsar ala simsar (broker di atas broker) ialah pihak yang atas mendapat untung daripada akad pihak dibawahnya (orang bawahnya/downlinenya) tanpa ada usaha dan modal di dalam akad tersebut. Pandangan ini disokong dan dinyatakan haram oleh Syeikh Dr. Wahbah Zuhaily apabila di tanya oleh Ustaz Zaharuddin semasa Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa 12 Julai 2007. Beliau menekankan bahawa fatwa dalam mazhab Syafie yang memerlukan adanya kerja dan usaha setimpal bagi setiap komisyen yang diperolehi, jika tidak komsiyen itu adalah tidak sah. 

Rujuk link: 
http://www.zaharuddin.net/peribadi,-tazkirah-&-fikir/542-perbincangan-saya-bersama-ulama-dunia.html

Hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan akad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana dia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana dia bekerja. Jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kerana jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline.

Ini berdasarkan hadith:

ما أكل أحد طعاماً قط خيراً من أن يأكل من عمل يده
"Tiadalah seseorang yang makan suatu makan yang lebih baik dari seseorang yang makan dari hasil tangannya (kerjanya sendiri)". (Riwayat Al-Bukhari)


Syubhat 6: Sebahagian ahli yang ingin mencari orang bawah mengajak secara kurang beradab.

Mengenai syubhat ini bukan semua ahli yang bersikap seperti itu. Cuma sebilangannya sahaja dan mungkin ini antara salah satu sebab mengapa ramai yang begitu anti dengan perniagaan MLM bak kata pepatah, "kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga." 

Dalil bagi syubhat ini ialah:

لأن يحتطب أحدكم حزمة على ظهره , خير له من أن يسأل أحداً فيعطيه أو يمنعه
"Seseorang kamu untuk pergi mengangkut kayu api lalu diletakkan di atas belakangnya adalah lebih baik dari kamu meminta-minta, samada diberi atau tidak" (Riwayat Al-Bukhari)

Walaupun hadith ini digunakan untuk hukum meminta-minta sedekah, namun ia sesuai untuk dikiaskan dengan syubhat ini.

Larangan-larangan:

Doa tidak diterima:

الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
"Menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : "Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku...". Sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703)


Larangan 1:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.. (Surah an-Nisa':29)


Larangan 2:

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya. (Surah al-Ma'idah:2)


Larangan 3:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah:275)


Larangan 4:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَكَاتِبَهُ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عُمَرَ وَعَلِيٍّ وَجَابِرٍ وَأَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Abu 'Awanah dari Simak bin Harb dari Abdurrahman bin Abdullah bin Mas'ud dari Ibnu Mas'ud ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat pemakan riba, yang memberi makan riba, kedua saksi dan penulisnya. Ia mengatakan; Dalam hal ini ada hadits serupa dari Umar, Ali, Jabir dan Abu Juhaifah. Abu Isa berkata; Hadits Abdullah adalah hadits hasan shahih. (Riwayat Tirmidzi:1127)


Kesimpulannya:

Jika perniagaan MLM itu tiada sebarang unsur yang bercanggah dengan syarak, maka hukumnya adalah harus. Tinggalkan perkara yang syubhat kerana ia adalah disuruh oleh Rasulullah saw berdasarkan hadith:

أَخْبَرَنَا سَعِيدُ بْنُ عَامِرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَبِي الْحَوْرَاءِ السَّعْدِيِّ قَالَ قُلْتُ لِلْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ مَا تَحْفَظُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأَلَهُ رَجُلٌ عَنْ مَسْأَلَةٍ لَا أَدْرِي مَا هِيَ فَقَالَ دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
Telah mengabarkan kepada kami Sa'id bin 'Amir telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Buraid bin Abu Maryam dari Abu Al Haura` As Sa'di, ia berkata; aku berkata kepada Al Hasan bin Ali; "Apa yang engkau hafal dari Rasulullah?, " Ia menjawab; "Seorang laki-laki bertanya kepada beliau mengenai suatu permasalahan, namun aku tidak tahu permasalahan apa itu, kemudian beliau bersabda: "Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu."(Riwayat ad-Darimi:2420)

Dua akad dalam satu akad adalah riba' berdasarkan hadith:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّا عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ بَاعَ بَيْعَتَيْنِ فِي بَيْعَةٍ فَلَهُ أَوْكَسُهُمَا أَوْ الرِّبَا
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dari Yahya bin Zakaria dari Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa melakukan dua transaksi dalam satu transaksi maka baginya kekurangannya atau riba." (Riwayat Abu Daud:3002)



والله أعلمُ بالـصـواب