Halaman

Sabtu, 25 Julai 2015

Membaca Al-Quran Di Telefon Tanpa Wudhu'


Soalan:

Adakah dibenarkan membaca Al-Quran yang terdapat dalam perisian telefon bimbit tanpa wudhu'?

Jawapan:

Berikut dikongsikan jawapan para ulama' semasa berkaitan isu ini. Antaranya daripada Syaikh Abdul Rahman bin Nasr Al-Barrak:

فمعلوم أن تلاوة القرآن عن ظهر قلب لا تشترط لها الطهارة من الحدث الأصغر ، بل من الأكبر ، ولكن الطهارة لقراءة القرآن ولو عن ظهر قلب أفضل ، لأنه كلام الله ومن كمال تعظيمه ألا يقرأ إلا على طهارة .

وأما قراءته من المصحف فتشترط الطهارة للمس المصحف مطلقاً ، لما جاء في الحديث المشهور : (لا يمس القرآن إلا طاهر) ولما جاء من الآثار عن الصحابة والتابعين ، وإلى هذا ذهب جمهور أهل العلم ، وهو أنه يحرم على المحدث مس المصحف ، سواء كان للتلاوة أو غيرها ، وعلى هذا يظهر أن الجوال ونحوه من الأجهزة التي يسجل فيها القرآن ليس لها حكم المصحف ،لأن حروف القرآن وجودها في هذه الأجهزة تختلف عن وجودها في المصحف ،

فلا توجد بصفتها المقروءة ، بل توجد على صفة ذبذبات تتكون منها الحروف بصورتها عند طلبها ، فتظهر الشاشة وتزول بالانتقال إلى غيرها ، وعليه فيجوز مس الجوال أو الشريط الذي سجل فيه القرآن ، وتجوز القراءة منه ، ولو من غير طهارة والله أعلم " انتهى نقلا عن موقع: "نور الإسلام".

Telah dimaklumi ( yakni disepakati ulama) bahawa membaca Al-Quran secara hafalan, tidak disyaratkan untuk suci dari hadas kecil, bahkan tidak harus suci dari hadas besar. Namun dalam keadaan suci ketika membaca Al-Quran, walaupun dengan hafalan adalah lebih afdhal. Ini kerana Al-Quran adalah firman Allah. Dan termasuk cara untuk memuliakan firman Allah, hendaknya tidak dibaca kecuali dalam keadaan suci

Adapun membaca Al-Quran dengan membawa mushaf maka disyaratkan suci dari hadas berdasarkan hadis yang masyhur: "Tidak boleh menyentuh Al-Quran kecuali orang yang suci." Juga berdasarkan riwayat dari para sahabat dan tabi’in.

Dan inilah pendapat majoriti ulama', bahawa dilarang bagi orang yang berhadas (kecil atau besar) untuk memegang mushaf, baik untuk dibaca mahupun untuk tujuan lain.

Oleh karena itu,  telefon bimbit atau peralatan lainnya, yang mengandungi perisian Al-Quran, tidak boleh dihukumkan sebagai mushaf. Karena teks Al-Quran pada peralatan ini berbeza dengan teks Al-Quran yang ada pada mushaf (kertas bertulis). Tidak seperti mushaf yang dibaca, namun seperti getaran elektronik yang menyusun teks Al-Quran ketika dibuka. Boleh nampak di skrin dan boleh hilang ketika pindah ke aplikasi yang lain (atau ditutup).

Oleh karena itu, boleh menyentuh telefon bimbit atau kaset yang mengandungu Al-Quran. Boleh juga membaca Al-Quran dengan memegang alat seperti ini, sekalipun tidak bersuci terlebih dahulu.

Wallahua'lam.