Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label Bulan Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Islam. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2016

Benarkah Bulan Ramadhan Tiada Syaitan?






Seringkali apabila tibanya bulan Ramadhan masyarakat akan mengatakan bahawa Syaitan sudah tiada, sudah diikat, kejahatan yang dibuat bukan lagi dari bisikan syaitan tapi hawa nafsu semata-mata dan sebagainya.

Secara dasarnya anggapan tiada syaitan dibulan Ramadhan tidak tepat. Anggapan bahawa syaitan diikat pula boleh diterima pakai namun perlu perincian lanjut apakah makna sebenar Syaitan diikat dibulan Ramadhan itu.

Anggapan itu semua berasal daripada hadith sahih yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ
"Jika masuknya bulan Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka jahannam dan syaitan-syaitan akan dibelenggu." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim; ini ialah lafaz Al-Bukhari. Lafaz Muslim terdapat perbezaan iaitu (dibuka pintu-pintu rahmat)]



Bukan Semua Syaitan Dibelenggu

Berdasarkan hadith diatas, timbullah anggapan bahawa semua Syaitan tiada lagi di bulan Ramadhan. Namun timbul pula persoalan lain, jika semua syaitan sudah tiada, kenapa masih ada maksiat, jenayah atau kerasukan di bulan Ramadhan?

Tulisan ini akan mengupas apa maksud sebenar hadith Syaitan dibelenggu diatas.

Kata Imam Al-Baihaqi (wafat 458H):

"Maksudnya Syaitan tidak bebas pada bulan Ramadhan untuk merosakkan manusia yang membawa kepada bebasnya manusia daripadanya kepada selainnya disebabkan kebanyakan Muslimin sedang fokus berpuasa yang mana ianya (puasa) dapat mengawal nafsu shahwat, ditambah pula dengan membaca Al-Quran dan amal ibadah yang lainnya. Wallahua'lam." [Fadhail Al-Awqat 1/141]


Kata Imam Ibn Abdil Barr Al-Maliki (wafat 463H) :

فمعناه عندي والله أعلم أن الله يعصم فيه المسلمين أو أكثرهم في الأغلب من المعاصي فلا يخلص إليهم فيه الشياطين كما كانوا يخلصون إليه منهم في سائر السنة
"Adapun maksudnya (Syaitan dibelenggu) bagiku, wallahua'lam bahawa Allah menjaga orang Islam atau kebanyakan daripada mereka daripada maksiat dan syaitan-syaitan tidak bebas kepada mereka sebagaimana mereka bebas pada sepanjang tahun (selain bulan Ramadhan)." [Al-Tamhid lima fi Al-Muwatta' min Al-Maani Al-Asanid 16/153]


Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat 852H) ketika membahaskan isu ini berkata:

والمراد بالشياطين بعضهم وهم المردة منهم وترجم لذلك بن خزيمة في صحيحه
"Yang dimaksudkan dengan Syaitan-syaitan (dibelenggu) ialah sebahagian daripada mereka. Mereka ialah syaitan-syaitan besar/ganas diantara mereka. Ia telah disebutkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya." [Fath Al-Bari 4/114]


Apabila kita merujuk kepada Sahih Ibn Khuzaimah (wafat 311) seperti yang disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar, ternyata benar apa yang disebutkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitabnya:

باب ذكر البيان أن النبي - صلى الله عليه وسلم - إنما أراد بقوله: "وصفدت الشياطين" مردة الجن منهم، لا جميع الشياطين، إذ اسم الشياطين قد يقع على بعضهم
"Bab penjelasan tentang apa yang dimaksudkan oleh ucapan Nabi :'Syaitan dibelenggu' ialah ketua-ketua jin, bukan seluruh syaitan dimana perkataan syaitan merujuk kepada sebahagian daripada mereka (jin-jin yang besar/ganas)." [Sahih Ibn Khuzaimah 2/907]


Ini bertepatan dengan hadith yang menyebutkan lebih terperinci berkaitan hal tersebut yang mana Nabi bersabda:

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ.
"Bila tibanya malam pertama bulan Ramadhan syaitan dan jin-jin besar/ganas akan dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu neraka yang terbuka. Pintu-pintu syurga pula dibuka, tidak ada satupun pintu syurga yang tertutup. Maka ada penyeru menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai yang mengharapkan keburukan (maksiat) berhentilah. Dan Allah memiliki hamba-hamba yang selamat dari api neraka pada setiap malam di bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah]





Kenapa Masih Ada Maksiat Bulan Ramadhan?

Ada beberapa faktor yang disebutkan ulama' antaranya:

1. Yang dibelenggu hanyalah Syaitan dan Jin yang besar/ganas sedangkan syaitan yang biasa masih bebas.

2. Syaitan tersebut hanya dibelenggu leherdan tangannya dan dia masih boleh membisikkan keburukan terutama kepada mereka yang lalai dan dekat dengan keburukan.

3. Kata As-Sindi (wafat 1257H) dalam Hashiyahnya:

ولا ينافيه وقوع المعاصي، إذ يكفي وجود المعاصي شرارة النفس وخبائثها، ولا يلزم أن تكون كل معصية بواسطة شيطان، وإلا لكان لكل شيطان شيطان ويتسلسل، وأيضاً معلوم أنه ما سبق إبليس شيطان آخر، فمعصيته ما كانت إلا من قبل نفسه، والله تعالى أعلم
"Ianya tidak menafikan adanya segala bentuk maksiat. Kerana boleh jadi maksiat itu ada disebabkan pengaruh jiwa yang buruk dan jahat. Dan timbulnya maksiat, tidak selalunBabberpunca daripada syaitan." [Hashiyah As-Sindi 'ala Sunan An-Nasaie 1/503)]


Imam Al-Qurtubi (671H) berkata sebagaimana yang dinaqalkan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar:

إنما تقل عن الصائمين الصوم الذي حوفظ على شروطه وروعيت ادابه أو المصفد بعض الشياطين وهم المردة لا كلهم كما تقدم في بعض الروايات أو المقصود تقليل الشرور فيه وهذا أمر محسوس فإن وقوع ذلك فيه أقل من غيره اذلا يلزم من تصفيد جميعهم أن لا يقع شر ولا معصية لأن لذلك اسبابا غير الشياطين كالنفوس الخبيثة والعادات القبيحة والشياطين الإنسية
"Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya. Apabila semua syaitan dibelenggu, juga tidak menjadi sebab tidak ada berlakunya kejahatan dan kemaksiatan. Ini merana kemaksiatan itu turut terjadi kerana beberapa faktor lainnya selain daripada syaitan. Boleh jadi disebabkan nafsu yang buruk, tabiat yang kotor, dan syaitan-syaitan dari kalangan manusia sendiri (manusia yang jahat)." [Fath Al-Bari 4/114]


Wallahua'lam
Dijawab pada 20/06/2016 | Isnin 
15 Ramadhan 1437H

Ahad, 9 Jun 2013

Benarkah Terdapat Ganjaran Khas Puasa Di Bulan Rejab




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ibadah puasa merupakan ibadah yang begitu dekat di hati Umat Islam baik puasa di bulan Ramadhan mahupun puasa sunat di bulan-bulan yang lain. Puasa sunat sering kali dilakukan sebagai amalan tambahan untuk mendekatkan diri kepada Allah 'azza wa jalla disamping mengharapkan pahala, ganjaran dan kebaikan daripadanya. 

Namun begitu, terdapat segelintir umat Islam yang keliru dengan fadhilat atau ganjaran yang terdapat dalam puasa pada bulan Rejab. Fenomena ini semakin parah dengan tersebarnya riwayat-riwayat dan hadith yang menceritakan pelbagai ganjaran dan kelebihan puasa Rejab dan bulan-bulan lain. Masyarakat awam yang tidak mempunyai kemampuan untuk membezakan antara riwayat atau hadith yang benar atau tidak sudah pasti akan menyangka bahawa semua yang tersebar itu betul. Tambahan ianya baik dan tidak ada apa yang tidak kena dengannya. 

Hakikatnya bukanlah sebegitu. Bukan semua yang kelihatan baik itu benar datangnya dari Islam. Agama Islam merupakan agama yang tertegak di atas dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadith yang tulin keasliannya. Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti dan menyemak setiap riwayat yang kita temui sama ada ianya benar atau tidak. 

Benarkah puasa di bulan Rejab mempunyai pahala yang khusus? Yang lain dari yang lain? Mari kita perhatikan satu per satu, insyaAllah. 


1. Bulan Rejab adalah salah bulan Haram (suci) 

Firman Allah Ta’ala:


Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah 9: 36)


Bulan-bulan Haram adalah Rejab, Zulqaidah, Zulhijjah dan Muharram.

Diriwayatkan oleh  dari Abu Bakrah radhiallahu anhu dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda:


السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ , ثَلاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ : ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ , وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Setahun itu ada dua belas bulan, diantaranya (ada) empat bulan Haram, tiga (bulan) berurutan, Dzulqaidah, Dzulhijjah dan Muharam serta Rajab Mudhar yang terdapat di antara (bulan) Jumadi Tsani dan Sya’ban.” [Riwayat Bukhari no. 4662 dan Muslim no.1679]



Bulan-bulan ini dinamakan bulan haram karena dua perkara;

1. Karena pada bulan-bulan ini diharamkan berperang, kecuali musuh memulakannya (perang).

2. Sebagai penghormatan. Maksudnya jika ada perbuatan yang haram dilanggar, maka pada bulan-bulan ini hukumannya lebih berat dibandingkan pada bulan-bulan lainnya.

Oleh karena itu, Allah Ta’ala memperingatkan agar tidak terjerumus dalam kemaksiatan pada bulan-bulan ini, berdasarkan firmanNya: “Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” QS. At-Taubah: 36, meskipun melakukan kemaksiatan diharamkan dan dilarang pada bulan-bulan ini dan lainnya, akan tetapi pada bulan-bulan ini sangat diharamkan.

ِAs-Syaikh As-Sa’di rahimahullah berkata (dalam tafsirnya) pada hal. 373: “Firman Allah;

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ


" Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu."


 يحتمل أن الضمير يعود إلى الاثني عشر شهرا، وأن اللّه تعالى بَيَّن أنه جعلها مقادير للعباد، وأن تعمر بطاعته، ويشكر اللّه تعالى على مِنَّتِهِ بها، وتقيضها لمصالح العباد، فلتحذروا من ظلم أنفسكم فيها. ويحتمل أن الضمير يعود إلى الأربعة الحرم، وأن هذا نهي لهم عن الظلم فيها خصوصاً، مع النهي عن الظلم كل وقت، لزيادة تحريمها، وكون الظلم فيها أشد منه في غيرها

Ada kemungkinan dhamir (kata ganti pada ayat tersebut) kembali kepada dua belas bulan. Dengan demikian, Allah menjelaskan bahwa bulan-bulan tersebut telah ditetapkan ketentuannya bagi para hamba-Nya, agar mereka memperbanyakkanya dengan ketaatan (kepadaNya) lalu bersyukur kepada Allah atas rahmat dan kurnia yang Dia berikan kepadanya serta mengarahkannya untuk kebaikan kepada para hamba dan agar tidak melakukan perbuatan aniaya terhadap diri sendiri di dalam bulan tersebut.

Ada kemungkinan dhamir (kata ganti pada ayat tersebut) kembali kepada empat bulan Haram. Ini bererti  ia merupakan larangan khusus bagi mereka untuk berbuat zalim pada bulan-bulan itu, meskipun larangan berbuat zalim berlaku bagi setiap waktu. Karena berat keharamannya (di bulan haram) bertambah dan karena kezaliman pada (bulan-bulan haram) lebih berat dibandingkan dengan bulan-bulan lainnya.”



2. Tiada hadith sahih yang menjelaskan ganjaran khusus puasa Rejab. 

Adapun puasa pada bulan Rajab, tidak ada ketetapan dari hadits yang sahih tentang keutamaan puasa dengan cara khusus atau suatu puasa apapun. 

Maka, apa yang dilakukan sebagian orang dengan mengkhususkan beberapa hari di (bulan rajab) seperti yang tersebar baik dalam masyarakat secara lisan atau internet, contohnya puasa hari pertama ganjaran sekian, puasa hari kedua ganjaran sekian, puasa sepuluh hari, dua puluh hari ganjarannya itu dan ini lalu meyakini keutamaannya dibandingkan dengan (bulan-bulan) lain, adalah tidak ada asalnya dalam agama, dari Al-Quran mahupun hadith yang sahih.

Adapun hadith yang ada ialah tentang saranan berpuasa pada bulan haram dan tidak mengkhususkannya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ 

“Berpuasalah di (bulan-bulan) Haram dan tinggalkanlah.” [Riwayat Abu Daud, 2428 dan Dinilai lemah oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Tabyin al-'Ajab تبيين العجب بما ورد في فضل شهر رجب]

Hadith ini sekalipun ia sahih menurut sebahagian ulama' tetap menunjukkan dianjurkannya berpuasa pada seluruh bulan-bulan Haram. Bukan semata-mata pada bulan Rajab. Maka, barangsiapa berpuasa di bulan Rajab ini, lalu dia juga berpuasa di bulan-bulan Haram lainnya, maka itu tidak mengapa. Sedangkan jika dikhusukan berpuasa pada bulan Rajab sahaja dengan fadhilat tertentu, maka tidak dibolehkan.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:



وأما صوم رجب بخصوصه فأحاديثه كلها ضعيفة، بل موضوعة، لا يعتمد أهل العلم على شيء منها، وليست من الضعيف الذي يروى في الفضائل، بل عامتها من الموضوعات المكذوبات. وفي المسند وغيره حديث عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه أمر بصوم الأشهر الحرم: وهي رجب وذو القعدة وذو الحجة والمحرم. فهذا في صوم الأربعة جميعا لا من يخصص رجبا
“Adapun berpuasa di Bulan Rejab secara khusus, semua hadithnya adalah lemah, bahkan palsu. Sedikitpun tidak dijadikan landasan oleh para ulama'. Dan juga bukan kategori hadith lemah yang dapat diriwayatkan dalam bab amalan utama (fadha'ilul a'mal). Kebanyakannya adalah hadith-hadith palsu dan dusta. Terdapat riwayat yang terdapat dalam Musnad dan (kitab hadits) lainnya dari Nabi sallallahu’alaihi wa sallam, bahawa beliau memerintahkan untuk berpuasa pada bulan-bulan Haram yaitu Rejab, Zulqaidah, Zulhijjah dan Muharram, yang dimaksud adalah anjuran berpuasa pada empat bulan semuanya, bukan khusus hanya pada bulan Rejab.” [‘Majmu’ Fatawa, 25/290]


Ibnu Qayyim rahimahullah berkata: 


كل حديث في ذكر صيام رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى


“Semua hadith yang menyebutkan puasa Rejab dan solat pada sebahagian malamnya (malam Rejab) adalah kebohongan yang diada-adakan.” [Al-Manar Al-Munif, hal. 96]


Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

 لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة  


 “Tidak ada hadits sahih yang layak dijadikan hujjah tentang keutamaan bulan Rajab, tidak juga dalam puasanya atau puasa tertentu , begitu juga (tidak ada) qiyamullail tertentu di dalamnya." [Tabyin al-'Ajab, hal. 11]


Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

وصيام رجب ليس له فضل زائد على غيره من الشهور، إلا أنه من الأشهر الحرم، ولم يرد في السنة الصحيحة أن للصيام فضيلة بخصوصه، وأن ما جاء في ذلك مما لا ينتهض للاحتجاج به 

“Puasa Rejab tidak ada keutamaan tambahan dibandingkan dengan (bulan-bulan) lainnya. Hanya saja ia termasuk bulan Haram. Tidak ada dalam sunnah yang sahih bahawa berpuasa Rejab mempunyai keutamaan khusus. Adapun (hadith) yang ada tentang hal itu, tidak dapat dijadikan hujjah.” [Fiqh Sunnah, 1/383]


Berkata Imam al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali:

فأما الصلاة فلم يصح في شهر رجب صلاة مخصوصة تختص به والأحاديث المروية في فضل صلاة الرغائب في أول ليلة جمعة من شهر رجب كذب وباطل لا تصح وهذه الصلاة بدعة عند جمهور العلماء

“Adapun berkaitan solat, maka tidak sahih sebarang solat yang khusus dilakukan dalam bulan Rejab. Hadith-hadith yang diriwayatkan berkaitan kelebihan puasa solat raghaib pada awal malam jumaat dalam bulan Rejab ialah dusta dan batil. Tidak sahih sama sekali. Solat ini adalah bid’ah menurut majoriti ulama’.”


Kemudian beliau menjelaskan berkaitan puasa Rejab:

وأما الصيام فلم يصح في فضل صوم رجب بخصوصه شيء عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن أصحابه ولكن روي عن أبي قلابة قال: في الجنة قصر لصوام رجب


“Adapun puasa maka tidak sahih tentang kelebihan puasa Rejab yang dikhususkan sesuatu pun daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, tidak juga daripada para Sahabatnya. Tetapi diriwayatkan daripada Abi Qilabah, dia berkata bahawa di syurga terdapat istana bagi mereka yang berpuasa Rejab.”

Kata-Kata Abi Qilabah ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan Fadhail al-Awqat. Al-Baihaqi berkata: “Riwayat ini sekalipun mauquf kepada Abi Qilabah namun dia termasuk dalam kalangan kibar al-Tabi’in dan sesuatu sebegini tidak akan disebut melainkan ianya disampaikan oleh mereka yang berada diatasnya daripada orang yang diturunkan wahyu buatnya. Dan Allah sebaik-baik pemberi taufiq.” [Syu’ab al-Iman 5/337]

Namun begitu, riwayat mauquf ini bercanggah dengan kenyataan majoriti ulama’ dan tidak dijumpai sebarang riwayat daripada sahabat Nabi yang menyatakan apa-apa fadhilat khusus berkaitan puasa Rejab. Kerana itu, tidak boleh dithabitkan secara pasti fadhilat puasa Rejab. 


Dianjurkan Berpuasa


Berpuasa pada bulan Rejab tidaklah salah bahkan dianjurkan syarak. Yang dilarang oleh para ulama’ ialah mengkhususkan puasa pada bulan Rejab sahaja dan mengabaikan puasa pada bulan Haram yang lain. Disunatkan puasa pada bulan Rejab dan Sya’ban serta keseluruhan bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab) menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie. [Al-Fiqh 'ala al-Mazahib al-Arba'ah 1/507]

Dianjurkan berpuasa tanpa menyandarkan sebarang fadhilat khusus yang thabit daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.



 والله أعلم بالـصـواب 

Khamis, 7 Jun 2012

Amalan Yang Disunnahkan Pada Bulan Rejab.



السلام عليكم



Sebelum ini saya telah menjelaskan Status kesahihan fadhilat-fadhilat yang sering diperkatakan pada bulan-bulan Rejab dengan membawa beberapa pendapat ulama' terkini dan terdahulu. bagi yang belum berkesempatan membacanya, boleh membaca di link ini, insyaAllah.



Dalam penulisan kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa amalan-amalan yang disunnahkan untuk umat Islam melakukannya. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kebanyakan penulisan sebelum ini, adalah penting bagi sekalian umat Islam beramal dengan amalan yang ma'thur yang mempunyai sandaran dari nas-nas yang sahih dan diterima. Kerana setiap amal ibadat bukan sahaja perlu ikhlas dalam mengerjakannya bahkan wajib mengikut panduan daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana ibadah Bagindalah yang paling sempurna lagi benar maka tidak sepatutnya bagi kita yang mengaku umatnya mendahului Baginda dengan melakukan amalan yang tiada sandaran daripadanya atau daripada sahabat serta kalangan salafussoleh. 

Syeikh Muhammmad  Mutawall Al-Sya’rawi dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yang afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadhan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan dalam Musnad Ahmad :

“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah subhanahu wa ta'ala keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain”

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah subhanahu wa ta'ala didalam bulan-bulan ini. [ Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya’rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A’lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.]


Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab:

“Bulan Muharam dari segi syara’ dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya’ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber’itiqad yg khusus (khas) atau peribadi, maka tidaklah menjadi masalah.”

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam  pernah bersabda : Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya” [ Syeikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu’ Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.]


Seorang Ulama’ Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Syeikh Dr. Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily :

“Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam  : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura’, sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.” [ Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 591]


Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram, kata nya:

“Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya’ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali, Hanbali menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh.” [Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a’la al-Mazaahibi Al-Arba’ah. Dar Al-Manar, 1999. ms 447-448]


Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid’ah, beliau telah menjawab :

“Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya’ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah … Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). 

Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya “Al-Ayam Al-Baidh”, selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal….Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A’id. Hal ini tidak berasal daripada Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam , atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Barangsiapa yg ingin ber’iitiba’ dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya’ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq.”

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya’ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama’ Salafussoleh.
[Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline – Puasa Rejab. URL :http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310]


Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya’rawi didalam fatwanya menjawab persoalan mengenaipuasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :”Puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah. [Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya’rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A’lam Al-Arabi, 2000. ms 415]

Puasa-puasa sunat :
1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura’, disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya’ban atau dengan banyaknya. “

Para Fuqaha’ berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada’kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 595.]

Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu’ (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.

3. Tidak ada fadilat khusus yang sahih ditujukan pada bulan Rejab, cuma terdapat fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khusus untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya’rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah – Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya’ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura’ (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yang lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. Larangan dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na’uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada panduan kita, iaitu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala didalam surah Al-Ahzab ayat 21:



لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” [Al-Ahzab 33:21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.



والله أعلمُ بالـصـواب

Isnin, 28 Mei 2012

Status Kesahihan Fadhilat Bulan Rejab




السلام عليكم



Bulan Rejab, adalah salah satu daripada empat bulan haram iaitu Zulkaidah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Empat bulan ini memiliki pengkhususan yang sama, tanpa terkecuali bulan Rejab. Yang dimaksudkan dengan bulan haram ialah bulan yang disucikan dengan diharamkan peperangan pada bulan tersebut. Firman Allah subhanahu wa ta'ala yang menerangan berkaitan bulan-bulan haram:



إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah 9:36)


Bulan Rejab adalah bulan yang diagungkan oleh orang-orang Jahiliyah, yakni mereka mengharamkan perang pada bulan-bulan tersebut, sebagaimana pada bulan-bulan haram lainnya. Kaum muslimin berbeza pendapat tentang haramnya berperang pada bulan ini. Sebahagian ulama' berpendapat, bahwa haramnya berperang pada bulan ini adalah mansukh (telah dihapus hukumnya) dan boleh memulakan peperangan iaitu memerangi orang-orang kafir pada bulan Rajab dan bulan-bulan haram lainnya, karena adanya dalil-dalil yang umum dalam masalah ini.

Akan tetapi pendapat yang benar, bahwa memulai berperang pada bulan Rejab hukumnya haram. Namun jika musuh memerangi kita, atau perang tersebut merupakan kelanjutan dari bulan-bulan sebelumnya, maka tidaklah mengapa. 



يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Al-Baqarah 2:217)

Para ulama' turut berselisih pendapat, diantara empat ini, mana yang paling baik. Sebagian Ulama' Syafi'iyah berkata: “Yang paling baik adalah Rejab”. Tetapi pendapat ini dilemahkan oleh Imam Nawawi dan yang lainnya. Sebagian ulama berpendapat: “Bulan Muharram”. Ini adalah pendapat Al Hasan dan dikuatkan oleh Nawawi. 

Sebagian ulama berkata: ”Bulan Dzulhijjah”. Pendapat ini diriwayatkan dari Sa'id bin Jubair dan selainnya. Dan inilah yang lebih kuat. Demikian, sebagaimana dinukil dalam kitab Al Latha'if, karya Ibnu Rajab Al Hambali. Syaikh Ibnu Utsaimin berkata bahawa pendapat ini adalah benar dan lebih rajih (kuat). Karena dalam bulan Zulhijjah terdapat dua keistimewaan iaitu Zulhijjah termasuk bulan-bulan haji, yang padanya terdapat hari 'Aiduladha (Raya Korban). Dan yang kedua, karena Zulhijjah termasuk bulan-bulan haram.

Apabila tibanya bulan Rejab maka akan muncullah tulisan-tulisan yang menyebut fadhilat bulan Rejab ini. Ada yang menyebarkannya tanpa mengetahui status kesahihannya dan mungkin juga ada yang mengetahui namun masih tetap mempertahankannya. Menghormati bulan Rejab dan beribadah di dalamnya tidaklah menjadi suatu kesalahan. Namun apabila ibadah tersebut dilakukan untuk mengejar fadhilat tertentu, maka perlu disemak semula sejauh mana kesahihan hadis-hadis berkaitan fadhilat bulan Rejab ini. Hendaklah diingat bahawa bukan semua yang disebut hadis itu boleh digunapakai dan diamalkan kerana setiap darinya punya tingkatan dan kedudukannya tersendiri. 


Antara Hadis-Hadis Fadhilat Rejab


1. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

Tahqiq: 
Hadis dhaif jiddan. Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar. Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.Ibnu Hajar Al-Asqalaini telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg dhaif.


2. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

Tahqiq:
Hadis ini Maudhu’ (palsu). Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.


3. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

Tahqiq: 
Hadis ini Maudhu’ (palsu) sanadnya terdapat beberapi rawi yang majhul (tidak diketahui).


4. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

Tahqiq:
Hadis ini Maudhu’ (palsu). Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk. Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.


5. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

Tahqiq:
-Hadis ini Maudhu’ (palsu). Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Maudhu'.

 
6. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.
Tahqiq:
Hadis ini Maudhu’ (palsu). Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi  yang dinilai kazzab (pendusta).


Pendapat Ulama' Berkenaan Fadhilat Rejab


1. Ibnu Hajar Al-Asqalaini

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

“Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :”Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”. (riwayat Muslim)

Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandungpuasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya.

[Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline – Fadilat Rejab. ]
URL :http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249


2. Dr. Sayid Saabiq

Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa : “Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasasunat adalah makruh. Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif. [Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil’alam Al-Arabi, 1995 ]



3. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:

“Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath’i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha’if dan Mawdhu’, dan tidak thabit dari pembawanya (naqal).”

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
“Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Maudhu”

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada’, didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
“Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : ‘Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan’. “

Beliau memetik beberapa hadis da’if dan palsu, diantaranya ialah:

i.“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu” – hadis ini Dha’if. 
ii. “Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan” – hadis ini Dha;if. 
iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:”Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku” – Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :

“Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab.” – Itu adalah hadis Mawdhu’

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.

“Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra’ dan Mi’raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui.”


4. Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya: “tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”
[ Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline – kesahihan fadilat Rejab.]

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya: “Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab – “Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan….”


c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong.”


d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
“Ulama’ telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…sesungguhnya telah datang hadis :”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..”(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dan sebagainya……….”



والله أعلمُ بالـصـواب

Khamis, 29 Disember 2011

[Muharam] Peritiwa Bulan Muharam



Perkongsian kali ini adalah seputar peritiwa-peristiwa pentinga yang berlaku dalam kalander Hijrah yang cukup sinonim dengan umat Islam. Sungguhpun telah tiba bulan safar ketika ini, maka adalah lebih baik andai ia dimulakan dengan Muharam sebagaimana turutan yang telah kita sedia maklum

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah fathul Makkah (pembukaan Makkah) 


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَهُمْ ۗ قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنبِيَاءَ اللَّهِ مِن قَبْلُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

1. 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

2. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
3. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
4. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
5. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
6. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
7. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
8. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
12. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
14. Hari pertama Allah menciptakan alam.
15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
17. Allah menjadikan 'Arasy.
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
19. Allah menjadikan alam.
20. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
21. Nabi Isa diangkat ke langit

wallahua'lam

Ahad, 27 November 2011

Sambutan Maal Hijrah, Antara Sunnah dan Bidaah di Bulan Muharram


Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat.


Firman-Nya:


إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (al-Tawbah (9) : 36 )

Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:




إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ.
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. ( riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662)


Oleh itu hendaklah pada bulan Muharram yang mulia ini kita hindarkan diri dari melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. terutamanya ibadah puasa. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:




أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah al-Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam. (riwayat Imam Muslim, no: 1163.)


Sabda baginda ‘Bulan Allah al-Muharram” menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharram ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharram ini. Namun ini tidak bermakna kita disyari’atkan untuk berpuasa sepanjang bulan Muharram ini kerana Rasulullah s.a.w. hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan sahaja. Aisyah r.a berkata:



كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ.
Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. (riwayat Imam al-Bukhari, no: 1969.)


Pada bulan Muharram ini juga terdapat hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari tentera Fir’aun.




قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا.
Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Fir’aun. Maka sabda Nabi s.a.w.: “Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. (riwayat Imam al-Bukhari, no: 4680.)


Melalui hadith di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:



صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا.
Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.(riwayat Imam Ahmad, no: 2047)
.
Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.


Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.



Adapun hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh golongan yang melakukan amalan tertentu sempena kedatangan tahun baru merupakan hadis-hadis lemah (dha’if) dan palsu (mawdhu’). Antara hadis-hadis tersebut adalah:



Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: 
Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’at bahawa hadis ini palsu (maudhu’)



Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah palsu (mawdhu’) menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La’aali al-Mashnu’ah.



Setiap kali di ambang munculnya tahun hijrah yang baru seluruh media serta kebanyakan jabatan-jabatan atau majlis-majlis agama Islam di Malaysia menganjurkan untuk dibacakan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Masjid-masjid diseluruh tanah air juga mengadakan upacara-upacara khas untuk membaca doa-doa awal dan akhir tahun itu. Lafaz doa tersebut adalah sepeti berikut:




Doa Akhir Tahun



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhainya dan Engkau memang tiada melupakannya (Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.

Doa ini hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu Asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan Dzulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.




Doa Awal Tahun



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.



Pada hakikatnya kedua-dua lafaz doa ini serta fadhilat yang ditetapkan itu tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis dan tidak ada juga hadis walaupun yang bertaraf lemah (dha’if) mahupun palsu (mawdhu’) yang mengkhabarkan tentangnya. Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimi r.h doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal daripada Nabi s.a.w. tidak juga berasal daripada para sahabat, tabi’in dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhu’at (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.



Tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana ia termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai (untuk membaca doa tersebut).


Hendaklah kita sentiasa berdoa memohon keampunan daripada Allah S.W.T., memohon perlindungan dari hasutan syaitan, memohon perlindungan dari mengerjakan perbuatan maksiat dan memohon agar kita sentiasa terbuka hati untuk mengerjakan amal-amal soleh. Menetapkan doa-doa tertentu, dibaca pada waktu tertentu dengan fadhilat-fadhilat yang tertentu tanpa perintah daripada Allah dan Rasul-Nya merupakan satu perbuatan mencipta hukum syarak yang baru dan perbuatan ini adalah diharamkan. Firman-Nya:


وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. –(al-An’aam (6) : 153)

Selanjutnya Allah S.W.T. menegaskan lagi hal ini melalui firman-Nya:


فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya-fitrah) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (al-Rum (30) : 30)



Maksud melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah dalam ayat di atas adalah mengubah agama Islam seperti menambah-nambah satu upacara ibadah yang tiada sandarannya dari al-Qur’an dan al-Sunnah iaitu dengan mengamalkan amalan bidaah seperti mengkhususkan amalan-amalan yang tertentu sempena kedatangan tahun baru hijrah. Adalah penting bagi kita untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara berkaitan dengan amal ibadah sebelum kita mengamalkannya. Ini adalah kerana setiap amal ibadah yang tidak didirikan atas dalil-dalil yang sah maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda Rasulullah:




مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697)




مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718)


Sekiranya sesuatu ibadah itu tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti ibadah tertentu sempena kedatangan bulan Muharram ini pada hakikatnya ia bukan sebahagian dari agama pada masa itu. Sekira ianya bukan sebahagian dari agama pada zaman Rasulullah s.a.w. maka sehingga kini ibadah itu juga dianggap tidak termasuk sebahagian dari Islam. Imam Malik r.h berkata:



Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu. - al-Maaidah (5) : 3

Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini. – Diriwayatkan oleh Imam al-Syathibi di dalam al-I’tishom, jilid 1, ms. 49

oleh Ustaz Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Dikemas kini oleh pihak WADi


- Amal Dengan Ilmu -

WADi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik