Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label Ibadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibadah. Papar semua catatan

Ahad, 15 Oktober 2017

Benarkah Belakang Tapak Tangan Itu Aurat?



Persoalan mengenai aurat wanita tampak remeh namun saya percaya masih ramai di luar sana yang tidak tahu, salah faham atau mungkin keliru. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan dapatan kajian rawak yang saya lakukan di sosial media. Berikut dapatan kajian tersebut; 


Statistik menunjukkan majoriti SALAH menjawab soalan yang diberikan. Anggaran kasarnya adalah seramai 4400 orang daripada 7042 orang yang mengambil bahagian dalam poll ini. Angka ini menunjukkan bilangan yang serius dan tidak boleh diremehkan. Ternyata persoalan agama yang tampak remeh dan mudah, sentiasa perlu didedah dan diajar kepada masyarakat dari masa ke semasa.


Tidak Aurat

Kita selalu diajar atau didedahkan bahawa aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Ini bermakna belakang telapak tangan ialah aurat yang perlu ditutup. Mungkin kerana itu, kita dapati sebahagian wanita menutup belakang telapak tangan mereka dengan kain. Tambahan, kini sudah ada terjual sarung tangan (hand sock) yang menutup bahagian belakang tapak tangan.

Hakikat yang betul ialah aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan. Ya, seluruh pergelangan tangan tidak aurat. Ini bermakna bukan tapak tangan sahaja tidak aurat malah belakang tapak tangan juga termasuk bukan aurat wanita.

Bagaimana salah faham ini terjadi?

Antata faktornya ialah mungkin kerana pengajar atau penterjemah buku fiqah menterjemahkan secara zahir perkataan al-Kaffain sebagai tapak tangan. Perlu diingati bahawa tersalah menterjemah perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa asing sangat memberi kesan besar kepada masyarakat terutama jika melibatkan teks-teks Al-Quran dan Hadith yang mengandungi hukum. Salah satu contoh ialah kes yang sedang dibincangkan ini.

Perkataan al-Kaffain secara zahir memang lah membawa maksud tapak tangan dalam bahasa melayu. Namun begitu, perkataan al-Kaffain menurut ulama' fiqh dan bahasa Arab ialah tapak tangan zahir dan batin. Telapak tangan yang zahir ialah bahagian luar manakalah telapak tangan batin ialah bahagian dalam.

Ini juga menunjukkan betapa pentingnya memahami teks-teks agama berdasarkan bahasa asal ia diturunkan. Untuk memahaminya, kita perlu merujuk pandangan ulama' fiqah dan bahasa Arab.

Had pergelangan tangan pula ialah dari jari sehingga tulang al-ku' (الكوع). Diatas tulang itu maka bukan lagi pergelangan, ia aurat yang perlu ditutup.


Bahagian Telapak Tangan Luar dan Dalam

Had aurat sehingga tulang al-Ku'

Kesimpulan

Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.


Berikut 'ibarat daripada kitab fiqah:





واعلم أن للحرة أربع عورات: فعند الأجانب جميع البدن.
وعند المحارم والخلوة ما بين السرة والركبة، وعند النساء
الكافرات ما لا يبدو عند المهنة، وفي الصلاح جميع بدنها ما عدا وجهها وكفيها.
(قوله: ظهرهما وبطنهما) بدل من كفين.
وقوله: إلى الكوعين متعلق بمحذوف، أي وحد الكفين كائن إلى الكوعين

(Al-Dimyati, I'anah al-Talibin 1/134)
............


قال: (ولا ينظر غير الوجه والكفين)؛ لأن غيرهما عورة، ولأنها المواضع التي تظهر من الزينة المشار إليها بقوله تعالى:} ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها {، وعلله الماوردي بأن في الوجه ما يستدل به على الجمال، وفي اليدين ما يستدل به على خصب البدن ونعومته.
ويعم بالنظر ظاهر الكفين وباطنهما، وقيل: ومفصل اليدين..

(Al-Damiri, al-najm al-Hawaj syarh al-Minhaj 7/18)
.....................
  
وهذه العلة تفهمك أن المراد بالكف: من مبتدأ رءوس الأصابع إلى الكوعين ظهراً وبطناً، وهو الذي حكاه جمهور الأصحاب هنا.
وفي "تعليق" القاضي الحسين: أن من أصحابنا من قال: [ظهرهما] عورة كظهر القدمين، وقد حكاه الرافعي في كتاب النكاح.
وقال المزني: ظهر القدمين ليس بعورة كظهر الكفين، ولأنه مكشوف في العادة؛ فلم يلزمها ستره؛ كالوجه والكفين.
وبعض الأصحاب ألحق أخمص القدمين ببطن الكفين حكاه الفوراني وغيره من أصحاب القفال عن روايته.
قال الروياني: ويقال: إنه حكاه قولاً في المسألة.
والمذهب الأول؛ لما ذكرناه؛ فإن من ضرورة ظهور الكف ظهور ظهره، وفي تكليف ستر البطون فقط مشقة أشد من مشقة ستر الجميع، وأما أخمص القدمين فمستوران في الغالب، وكذا ظهر القدمين؛ ولهذا لم يجب على المحرمة كشفهما مع أنه ورد عن أم سلمة أنها قالت: قلت: يا رسول الله، أتصلي المرأة في درع وخمار، وليس عليها إزار؟ فقال: "نَعَمْ، إِذَا كَانَ سَابِغاً يُغَطِّي ظُهُورَ قَدميها". رواه أبو داود.

(Ibn Rif'ah, Kifayah al-Nabih syarh al-Tanbih 2/463)

Sabtu, 10 Jun 2017

Mandi Ketika Puasa Makruh?





Mandi ketika puasa harus, tidak makruh. Orang yang sedang berpuasa boleh mandi, berenang bahkan menyelam di dalam air. Semua itu tidak menjadi masalah selagi air tidak diminum atau masuk ke dalam rongga badan yakni perut.

Imam an-Nawawi mengatakan:

"Dibenarkan bagi orang yang sedang berpuasa masuk ke dalam air dan menyelam di dalamnya atau mengalirkan air ke atas kepalanya sama ada di bilik air atau selainnya. Tidak ada berpezaan pendapat dalam masalah ini."
[Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab 6/348]

Ibn Qudamah mengatakan:

"Tidak mengapa mandi bagi orang yang berpuasa....Adapun menyelam dalam air, Imam Ahmad mengatakan tidak mengapa jika tidak dikuatiri air masuk ke dalam telinganya."
[Al-Mughni 3/124]

Dalil bolehnya mandi ketika sedang berpuasa ialah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Bakr bin Abdul Rahman yang meriwayatkan daripada beberapa orang sahabat Nabi berkata:

"Aku melihat Rasulullah s.a.w. memerintahkan orang ramai yang menyertai permusafiran ketika pembukaan kota Mekah agar berbuka puasa."

Baginda mengatakan:

"Perkuatkanlah tubuh kalian untuk menghadapi musuh" sedangkan Baginda sendiri meneruskan puasa.
Sahabat mengatakan:

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم بالعرج يصب على رأسه الماء وهو صائم من العطش أو من الحر.
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-'Arj mencurahkan air ke kepalanya ketika sedang berpuasa kerana terlalu haus dan panas."
[Riwayat Abu Daud]

Sememangnya mandi itu tujuannya untuk mengurangkan rasa penat, haus, lapar atau panas ketika berpuasa dan semua itu tidaklah menjadi suatu kesalahan.

Wallahua'lam.
.............

Dijawab pada;
08/06/2017 bersamaan 13 Ramadhan 1438H.
telegram.me/addien90

Isnin, 20 Jun 2016

Benarkah Bulan Ramadhan Tiada Syaitan?






Seringkali apabila tibanya bulan Ramadhan masyarakat akan mengatakan bahawa Syaitan sudah tiada, sudah diikat, kejahatan yang dibuat bukan lagi dari bisikan syaitan tapi hawa nafsu semata-mata dan sebagainya.

Secara dasarnya anggapan tiada syaitan dibulan Ramadhan tidak tepat. Anggapan bahawa syaitan diikat pula boleh diterima pakai namun perlu perincian lanjut apakah makna sebenar Syaitan diikat dibulan Ramadhan itu.

Anggapan itu semua berasal daripada hadith sahih yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ
"Jika masuknya bulan Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu langit, ditutup pintu-pintu neraka jahannam dan syaitan-syaitan akan dibelenggu." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim; ini ialah lafaz Al-Bukhari. Lafaz Muslim terdapat perbezaan iaitu (dibuka pintu-pintu rahmat)]



Bukan Semua Syaitan Dibelenggu

Berdasarkan hadith diatas, timbullah anggapan bahawa semua Syaitan tiada lagi di bulan Ramadhan. Namun timbul pula persoalan lain, jika semua syaitan sudah tiada, kenapa masih ada maksiat, jenayah atau kerasukan di bulan Ramadhan?

Tulisan ini akan mengupas apa maksud sebenar hadith Syaitan dibelenggu diatas.

Kata Imam Al-Baihaqi (wafat 458H):

"Maksudnya Syaitan tidak bebas pada bulan Ramadhan untuk merosakkan manusia yang membawa kepada bebasnya manusia daripadanya kepada selainnya disebabkan kebanyakan Muslimin sedang fokus berpuasa yang mana ianya (puasa) dapat mengawal nafsu shahwat, ditambah pula dengan membaca Al-Quran dan amal ibadah yang lainnya. Wallahua'lam." [Fadhail Al-Awqat 1/141]


Kata Imam Ibn Abdil Barr Al-Maliki (wafat 463H) :

فمعناه عندي والله أعلم أن الله يعصم فيه المسلمين أو أكثرهم في الأغلب من المعاصي فلا يخلص إليهم فيه الشياطين كما كانوا يخلصون إليه منهم في سائر السنة
"Adapun maksudnya (Syaitan dibelenggu) bagiku, wallahua'lam bahawa Allah menjaga orang Islam atau kebanyakan daripada mereka daripada maksiat dan syaitan-syaitan tidak bebas kepada mereka sebagaimana mereka bebas pada sepanjang tahun (selain bulan Ramadhan)." [Al-Tamhid lima fi Al-Muwatta' min Al-Maani Al-Asanid 16/153]


Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat 852H) ketika membahaskan isu ini berkata:

والمراد بالشياطين بعضهم وهم المردة منهم وترجم لذلك بن خزيمة في صحيحه
"Yang dimaksudkan dengan Syaitan-syaitan (dibelenggu) ialah sebahagian daripada mereka. Mereka ialah syaitan-syaitan besar/ganas diantara mereka. Ia telah disebutkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya." [Fath Al-Bari 4/114]


Apabila kita merujuk kepada Sahih Ibn Khuzaimah (wafat 311) seperti yang disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar, ternyata benar apa yang disebutkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitabnya:

باب ذكر البيان أن النبي - صلى الله عليه وسلم - إنما أراد بقوله: "وصفدت الشياطين" مردة الجن منهم، لا جميع الشياطين، إذ اسم الشياطين قد يقع على بعضهم
"Bab penjelasan tentang apa yang dimaksudkan oleh ucapan Nabi :'Syaitan dibelenggu' ialah ketua-ketua jin, bukan seluruh syaitan dimana perkataan syaitan merujuk kepada sebahagian daripada mereka (jin-jin yang besar/ganas)." [Sahih Ibn Khuzaimah 2/907]


Ini bertepatan dengan hadith yang menyebutkan lebih terperinci berkaitan hal tersebut yang mana Nabi bersabda:

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ، وَمَرَدَةُ الجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ، وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ، فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ.
"Bila tibanya malam pertama bulan Ramadhan syaitan dan jin-jin besar/ganas akan dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu neraka yang terbuka. Pintu-pintu syurga pula dibuka, tidak ada satupun pintu syurga yang tertutup. Maka ada penyeru menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai yang mengharapkan keburukan (maksiat) berhentilah. Dan Allah memiliki hamba-hamba yang selamat dari api neraka pada setiap malam di bulan Ramadhan." [Riwayat Al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah]





Kenapa Masih Ada Maksiat Bulan Ramadhan?

Ada beberapa faktor yang disebutkan ulama' antaranya:

1. Yang dibelenggu hanyalah Syaitan dan Jin yang besar/ganas sedangkan syaitan yang biasa masih bebas.

2. Syaitan tersebut hanya dibelenggu leherdan tangannya dan dia masih boleh membisikkan keburukan terutama kepada mereka yang lalai dan dekat dengan keburukan.

3. Kata As-Sindi (wafat 1257H) dalam Hashiyahnya:

ولا ينافيه وقوع المعاصي، إذ يكفي وجود المعاصي شرارة النفس وخبائثها، ولا يلزم أن تكون كل معصية بواسطة شيطان، وإلا لكان لكل شيطان شيطان ويتسلسل، وأيضاً معلوم أنه ما سبق إبليس شيطان آخر، فمعصيته ما كانت إلا من قبل نفسه، والله تعالى أعلم
"Ianya tidak menafikan adanya segala bentuk maksiat. Kerana boleh jadi maksiat itu ada disebabkan pengaruh jiwa yang buruk dan jahat. Dan timbulnya maksiat, tidak selalunBabberpunca daripada syaitan." [Hashiyah As-Sindi 'ala Sunan An-Nasaie 1/503)]


Imam Al-Qurtubi (671H) berkata sebagaimana yang dinaqalkan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar:

إنما تقل عن الصائمين الصوم الذي حوفظ على شروطه وروعيت ادابه أو المصفد بعض الشياطين وهم المردة لا كلهم كما تقدم في بعض الروايات أو المقصود تقليل الشرور فيه وهذا أمر محسوس فإن وقوع ذلك فيه أقل من غيره اذلا يلزم من تصفيد جميعهم أن لا يقع شر ولا معصية لأن لذلك اسبابا غير الشياطين كالنفوس الخبيثة والعادات القبيحة والشياطين الإنسية
"Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya. Apabila semua syaitan dibelenggu, juga tidak menjadi sebab tidak ada berlakunya kejahatan dan kemaksiatan. Ini merana kemaksiatan itu turut terjadi kerana beberapa faktor lainnya selain daripada syaitan. Boleh jadi disebabkan nafsu yang buruk, tabiat yang kotor, dan syaitan-syaitan dari kalangan manusia sendiri (manusia yang jahat)." [Fath Al-Bari 4/114]


Wallahua'lam
Dijawab pada 20/06/2016 | Isnin 
15 Ramadhan 1437H

Jumaat, 27 Mei 2016

Masalah Membaca Bismillah Secara Kuat Atau Perlahan?





Ramai yang keliru atau tertanya-tanya adakah boleh atau sah solat jika berimamkan imam yang tidak membaca basmallah (Bismillahirrahmanirrahim) dengan kuat? Situasi ini mungkin tidak biasa dialami oleh sebahagian orang sehingga merasakan perbuatan itu pelik atau mungkin ada yang anggap ianya tidak betul lalu merasakan solatnya tidak sah kerana biasanya di tempat kita Imam membaca basmallah dengan kuat ketika solat Subuh, Maghrib dan Isyak.

Inilah yang biasanya di hadapi terutama ketika bermakmumkan imam foreigner (warga asing kebiasaannya luar asia tenggara) ketika di kampus atau ketika berada di Mekah dan Madinah.


Masalah Khilaf

Membaca Basmallah secara sir (perlahan) atau jahr (kuat) ketika solat yang ada bacaan jahr yakni Subuh, Maghrib dan Isyak termasuk perkara yang menjadi perbezaan pendapat yang muktabar dalam kalangan ulama’ silam. Mereka berbeza pendapat sama ada adakah basmallah sebahagian ayat daripada Al-Fatihah atau tidak.

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa Basmallah sebelum Al-Fatihah dibaca secara sirr (perlahan) baik dalam solat Jahr (Maghrib, Isyak, Subuh) atau solat Sirr (Zohor dan Asar). Ini ialah pendapat Imam Abu Hanifah, Al-Thauri dan Ahmad.

Imam Malik pula berpendapat bahawa Basmallah tidak perlu dibaca sebelum Al-Fatihah baik dalam solat Sirr ataupun solat Jahr. Begitu juga ketika ingin membaca surah-surah dalam Al-Quran, tidak perlu membaca Basmallah. Tetapi boleh dibaca jika solat sunat.

Bagi Imam As-Syafie pula,  Basmallah sebelum Al-Fatihah perlu dibaca baik dalam solat secara Jarh atau sirr. Jika solat secara Jahr, maka Imam membaca basmallah secara Jahr. Jika solat secara Sirr, maka imam membaca basmallah secara sirr.
[Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid 1/132]


Sebab Ikhtilaf

Bagi Mazhab Hanafi dan Maliki, Basmallah bukanlah sebahagian daripada ayat dalam surah Al-Fatihah atau sebahagian ayat dalam surah lain. Cuma Mazhab Hanafi menyebutkan pengecualiaan bagi Basmallah termasuk ayat dalam Surah Al-Naml, sebagaimana yang ada pada ayat yang ke 30.
Basmallah bukan sebahagian daripada ayat Al-Fatihah disisi mereka berdasarkan dalil hadith daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu:


صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَلَمْ أَسْمَعْ أَحَدًا مِنْهُمْ يَقْرَأُ (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ )
“Aku solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, Abu Bakar, Umar dan Uthman radhiallahu ‘anhum dan aku tidak mendengar seorang pun daripada mereka membaca Bismillahirrahmannirrahim.” [Riwayat Muslim]


Bagi Mazhab Hanbali pula, mereka berbeza dengan Hanafi dan Maliki dari  sudut Basmallah sebahagian daripada Al-Fatihah. Disisi Hanbali, Basmallah termasuk sebahagian daripada ayat dalam Al-Fatihah. Dalam bab ini, mereka sependapat dengan Mazhab Syafie dan dalam bab membaca sirr atau jahr, mereka sependapat dengan Mazhab Hanafi.

Mazhab Syafie pula berpendapat Basmallah adalah sebahagian daripada surah Al-Fatihah  dan wajib membacanya berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:


إذا قرأتم الحمد لله فاقرؤوا بسم الله الرحمن الرحيم إنها أم القرآن وأم الكتاب والسبع المثاني وبسم الله الرحمن الرحيم إحداها
“Jika kalian membaca Alhamdulillah (yakni Al-Fatihah), maka bacalah bismillahirrahmanirrahim. Ianya merupakan Ibu Al-Quran dan Ummul Kitab, dan Sab’ul Mathani dan Bismillahirrahmanirrahim itu salah satu daripada ayatnya.” [Riwayat Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra]

Basmallah dibaca sama ada kuat atau perlahan disisi Mazhab Syafie kerana mengikut bacaan Al-Fatihah dalam solat. Jika dalam solat jahr yang mana Al-Fatihah dibaca jahr, maka basmallah juga jahr. Begitu juga sebaliknya. Hal ini disebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam Al-Majmu’ [3/341]

Antara hujjah mazhab Syafie bahawa basmallah dibaca secara kuat ialah hadith daripada Ali dan Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma:


أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ بِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam membaca bismillahirrahmanirrahim secara kuat.” [Riwayat Al-Thabrani, Al-Daraquthni, Abdul Razzaq- ini adalah lafaz Al-Thabrani]

Dan banyak lagi riwayat lain yang menjadi hujjah dalam mazhab Syafie.

Adapun hujjah jumhur yang mengatakan Basmallah dibaca secara sir (perlahan) adalah berdasarkan beberapa hadith, salah satunya ialah hadith daripada Aisyah radhiallahu ‘anha:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْتَفْتِحُ الصَّلاَةَ بِالتَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةَ بِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam memulakan solat dengan takbir dan membaca Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (tanpa basmallah)” [Riwayat Muslim]


Kesimpulan

Isu ini merupakan salah satu isu khilaf muktabar yang berlaku dalam kalangan ulama’ silam. Masing-masing mempunyai sandaran dalil dan ijtihad tersendiri. Jika kita sudah biasa beramal dengan method mazhab Syafie, maka tidak boleh bagi kita untuk menyalahkan atau menganggap sesat orang yang berbeza dengan kita.

Jika kita solat dibelakang imam yang berbeza mazhabnya dengan kita, solat kita masih lagi sah dan bacalah basmallah sebagaimana biasa. Tidak perlu kita mengulangi solat semata-mata kerana imam tersebut tidak sama dengan apa yang kita amalkan.

Semoga penulisan ringkas ini memberikan pencerahan dan ilmu yang berguna untuk kita semua amalkan dalam kehidupan.

Wallahua’lan.
__________________
Ad-Dien Abdul Kadir
Jumaat_27/05/2016



Isnin, 30 Disember 2013

Merapatkan Saf Ketika Solat Berjemaah



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


  



 Merapatkan saf merupakan suatu perkara yang penting di dalam solat. Ia seringkali diabaikan oleh masyarakat ketika solat berjemaah. Banyak hadith-hadith yang menekankan kepentingan merapatkan saf ketika solat. Perincian susunan saf juga telah diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sebagai panduan dan ikutan ummat Islam ketika menunaikan solat berjemaah. 


Susunan Saf


Hadith daripada Abu Mas’ud, dari Nabi sallallaahu ‘alaihi wasallam  bersabda :


لِيَلِنِيْ مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
“Hendaklah yang ada di belakangku (saf pertama bahagian tengah belakang imam) adalah kalangan orang dewasa yang berilmu.  Kemudian diikuti oleh mereka yang lebih rendah keilmuannya.  Kemudian diikuti lagi oleh kalangan yang lebih rendah keilmuannya” [Riwayat Muslim no. 432].

   Antara manfaat daripada hadith ini ialah susunan saf sesuai dengan urutan keutamaan di belakang imam.  Hendaknya di belakang imam adalah orang-orang yang lebih faqih di bidang agama dan lebih bagus hafalan atau bacaannya  dalam Al-Quran dibandingkan yang lain. Begitu juga dengan pemilihan imam sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله فإن كانوا في القراءة سواء فأعلمهم بالسنة، فإن كانوا في السنة سواءً فأقدمهم هجرة، فإن كانوا في الهجرة سواءً فأقدمهم سلماً – وفي رواية - سنّاً ولا يؤمّنَّ الرَّجلُ الرَّجلَ في سلطانه ولا يقعد في بيته على تكْرِمَتِه إلا بإذنه“. وفي لفظ: ”يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله وأقدمهم قراءة، فإن كانت قراءتهم سواءً... 


”Yang berhak mengimami solat adalah orang yang paling bagus atau paling banyak hafalan Al-Qurannya. Jika sama-sama baik maka dipilih yang paling mengerti tentang As-Sunnah. Kalau dalam Sunnah juga sama, maka dipilih yang lebih dahulu berhijrah. Kalau dalam berhijrah sama, dipilih yang lebih dahulu masuk Islam”. Dalam riwayat lain : ”.....yang paling tua usianya”. Janganlah seseorang mengimami orang lain dalam wilayah kekuasannya, dan janganlah ia duduk di rumah orang lain di tempat duduk khusus/kehormatan untuk tuan rumah tersebut tanpa izin darinya”

Dan dalam lafaz yang lain : ”Satu kaum diimami oleh orang yang paling pandai membaca Al-Qur’an di antara mereka dan yang paling berpengalaman membacanya. Kalau bacaan mereka sama.... (sama seperti lafaz sebelumnya). [HR. Muslim no. 673].

   Hikmah daripada susunan yang disarankan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ialah jika imam lupa/salah dalam bacaan Al-Quran, makmum dapat mengingatkannya dengan baik.  Atau sewaktu-waktu imam ada uzur syar’i (seperti batal, sakit, dan lain-lain) sehingga imam tidak mampu meneruskan solatnya, maka orang yang di belakangnyalah yang akan bergerak ke hadapan menggantikan dan meneruskan imam sebelumnya memimpin shalat berjama’ah.



Cara Menggantikan Imam Yang Terbatal Solatnya

Caranya adalah  Imam yang uzur atau batal solatnya memegang tangan salah seorang makmum di belakangnya yang menurutnya layak untuk ke hadapan menggantikannya sebagai imam solat. Dalil perbuatan ini adalah athar ‘Amru bin Maimun yang menceritakan :


إني لقائم ما بيني بينه (عمر بن الخطاب) إلا عبد الله بن عباس غداة أصيب ،...... فما هو إلا أن كبَّر فسمعته يقول: قتلني أو أكلني الكلب حين طعنه،.... وتناول عمر يد عبد الرحمن بن عوف فقدَّمه،..... فصلى بهم عبد الرحمن صلاة خفيفة

”Aku ketika itu sedang berdiri, sementara antara aku dengannya (iaitu ’Umar bin Al-Khattab) hanya ada ’Abdullah bin ’Abbas - pada hari ketika beliau ditikam. Ketika itu ’Umar hanya bertakbir dan aku mendengarnya berkata : ”Aku dibunuh atau aku dimakan oleh anjing” ; iaitu ketika beliau ditikam. ’Umar segera memegang tangan ’Abdurrahman bin ’Auf dan mengajukannya sebagai imam. ’Abdurrahman lalu solat mengimami jamaah secara ringkas” [Riwayat Al-Bukhari no. 3497].

Imam As-Syaukani menjelaskan : ”Dalam hal itu ada petunjuk/ isyarat yang membolehkan seorang imam mengambil pengganti ketika dia terhalang (daripada mengimamai solat) sehingga tindakan itu harus diambil. Kerana para saahabat membenarkan tindakan ’Umar dan tidak ada yang menyalahkannya, sehingga menjadi ijma’. Demikian juga tindakan serupa dilakukan oleh ’Ali dan para sahabat juga membenarkannya” [Nailul-Authar 2/416].


Meluruskan dan Merapatkan Saf




Antara dalil-dalil merapatkan saf dalam solat berjemaah ialah:


1.    Hadith An-Nu’man bin Basyir radhiallaahu ‘anhu, dia berkata :


كَانَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم يُسَوِّيْ صُفُوْفَنَا حَتَّى كَأَنَّمَا يُسَوِّيْ بِهَا الْقِدَاحَ حَتَّى رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ ثُمَّ خَرَجَ يَوْماً فَقَامَ حَتَّى كَادَ يُكَبِّرُ فَرَأَى رَجُلاً بَادِياً صَدْرَهُ مِنَ الصَّفِّ فَقَالَ عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُنَّ صُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوْهِكُمْ
Adalah Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam meluruskan saf-saf kami (para shahabat) seolah-olah beliau meluruskan ‘qadah’ ( Kayu untuk anak panah ketika dipahat dan diasah menjadi anak panah.) sehingga beliau yakin bahawa kami telah menyedari kewajiban kami (untuk meluruskan saf).  Suatu hari, ketika beliau sallallaahu ‘alaihi wasallam sudah hendak takbir, tiba-tiba beliau melihat salah seorang diantara kami mendada dadanya ke depan melebihi shaf.  Maka beliau bersabda : “Hendaknya kalian meluruskan saf-saf kalian, kalau tidak Allah akan menjadikan wajah-wajah kalian saling berselisih” [Riwayat Muslim no. 436].


2.    Hadith Anas bin Malik, dia berkata,  Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasalam  bersabda:


سَوُّوْا صُفُوْفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوْفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ.وَفِيْ لَفْظٍ : فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلاةِ
“Luruskan saf-saf kalian, karena meluruskan saf-saf termasuk menegakkan solat (berjamaah)”. Dan dalam lafaz lain : “…karena meluruskan shaf termasuk kesempurnaan solat (berjamaah)” [Riwayat Al-Bukhari no. 690 dan Muslim no. 433].


3.    Hadits An-Nu’man bin Basyir radiyallaahu ‘anhu dia berkata :


أَقْبَلَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم عَلَى النَّاسِ بِوَجْهِهِ فَقَالَ أَقِيْمُوْا صُفُوْفَكُمْ ثَلاثاً وَاللهِ لَتُقِيْمُنَّ صُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ قَالَ فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَرُكْبَتَهُ بِرُكْبَةِ صَاحِبِهِ وَكَعْبَهُ بِكَعْبِهِ 
Rasulullah  salallaahu ‘alaihi wasallam pernah menghadap ke arah jamaah solat dan bersabda : “Tegakkanlah  (luruskanlah) saf kalian, tegakkanlah saf kalian, tegakkanlah saf kalian.  Demi Allah, bila kalian tidak menegakkan shaf kalian, maka Allah akan mencerai-beraikan hati kalian”. An-Nu’man berkata : “Aku saksikan sendiri, masing-masing diantara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu temannya, lututnya dengan lutut temannya, dan mata kakinya dengan mata kaki temannya” [Riwayat Abu Dawud no. 662 dengan sanad sahih]


4.    Athar dari Nafi’ Maula Ibni ‘Umar bahwasannya ia menceritakan :


كان عمر يبعث رجلا يقوم الصفوف ثم لا يكبر حتى يأتيه فيخبره أن الصفوف قد اعتدلت
”Adalah ’Umar (bin Al-Khattab) radhiyallaahu ’anhu menugaskan seseorang untuk mengatur saf-saf. Tidaklah ’Umar mula bertakbir hingga dia (orang yang ditugaskan tersebut) kembali dan mengkhabarkan bahawasannya saf-saf telah lurus” [Diriwayatkan oleh ’Abdurrazzaq dalam Al-Musannaf no. 2437 dan 2439].


Faedah daripada hadith merapatkan saf:


-          Adalah sunnah Rasulullah dan para sahabat meluruskan saf dalam solat berjamaah, bahkan banyak di antara ulama yang mengatakannya wajib.  Hendaknya para jamaah benar-benar memperhatikannya dengan memperhatikan kanan kirinya, mengatur diri, dan saling mengingatkan jamaah lain, sehingga saf dapat menjadi benar-benar lurus dari awal sampai akhir shalat.

-          Termasuk kesempurnaan saf solat berjamaah adalah dengan merapatkannya dengan tidak membiarkan ruang-ruang yang longgar atau sela jarak antara jamaah.  Caranya adalah dengan merapatkan bahu dengan bahu dan mata kaki dengan mata kaki antara jamaah/makmum sebagaimana hadith Nu’man bin Basyir di atas. Jangan ada perasaan risau karena rapatnya badan saudara kita dengan badan kita. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

خِيَارُكُمْ أَلْيَنُكُمْ مَنَاكِبَ فِي الصَّلاةِ

“Sebaik-baik kalian adalah yang mempunyai bahu paling lembut di dalam shalat” [Riwayat Abu Dawud no. 623; shahih lighairihi].


   Maksud hadith ini adalah bahawa salah satu tanda-tanda orang yang paling baik solatnya ialah orang yang ketika berada di dalam saf, kemudian ada orang lain yang memegang bahunya untuk menyempurnakan (merapatkan dan meluruskan) saf, dia akan tunduk dengan hati yang ikhlas lagi lapang tanpa ada bantahan 
[ Bazlul-Majhuud 4/338 dan Ma’alimus-Sunan 1/184].


-          Hendaknya imam memperhatikan keadaan para jamaahnya dengan selalu mengingatkan agar saf selalu lurus dan rapat.  Menjadi satu “keharusan” bagi seorang imam sebelum memulai solat untuk mengatur saf jamaah. Tidak cukup bagi imam hanya mengatakan [sawwuu sufuufakum  . “سَوُّوْا صُفُوْفَكُمْ......].  Tapi harus diikuti dengan mengingatkan dan memeriksa keadaan saf jamaahnya sebagaimana yang dilakukan Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam. Imam bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya (iaitu jamaah/makmum). Rasulullah  sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :


كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ اَلْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan akan ditanya tentang kepemimpinannya. Dan seorang imam adalah pemimpin dan ia akan ditanya tentang kepemimpinannya” [Riwayat Al-Bukhari no. 853].


-          Bolehnya seorang imam menugaskan seseorang atau lebih untuk mengatur saf-saf solat agar lurus dan rapat. Sangat dianjurkan menyambung saf dan mengisi saf yang kosong. Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :


إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى الَّذِيْنَ يَصِلُوْنَ الصُّفُوْفَ وَمَنْ سَدَّ فُرْجَةً رَفَعَهُ اللهُ بِهَا دَرَجَةً
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selalu mendoakan orang-orang yang menyambung saf-saf dalam solat. Siapa saja yang mengisi bahagian saf yang kosong, akan diangkat darjatnya oleh Allah satu tingkat” [Riwayat Ibnu Majah no. 995; shahih lighairihi].


   Termasuk hal yang diperbolehkan dalam hal ini adalah seorang makmum mara ke hadapan mengisi saf yang kosong yang ada di depannya (yang mungkin disebabkan imam yang ada di saf di depannya batal meninggalkan saf) ketika solat berjamaah sedang berlangsung.

 Dalilnya adalah hadith Sahl bin Sa’d As-Saa’idy radiyallaahu ‘anhu :


أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذهب إلى بني عمرو بن عوف ليصلح بينهم فحانت الصلاة فجاء المؤذن إلى أبي بكر فقال أتصلي بالناس فأقيم قال نعم قال فصلى أبو بكر فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم والناس في الصلاة فتخلص حتى وقف في الصف فصفق الناس وكان أبو بكر لا يلتفت في الصلاة فلما أكثر الناس التصفيق التفت فرأى رسول الله صلى الله عليه وسلم فأشار إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أن امكث مكانك فرفع أبو بكر يديه فحمد الله عز وجل على ما أمره به رسول الله صلى الله عليه وسلم من ذلك ثم استأخر أبو بكر حتى استوى في الصف وتقدم النبي صلى الله عليه وسلم فصلى ثم انصرف فقال يا أبا بكر ما منعك أن تثبت إذ أمرتك قال أبو بكر ما كان لابن أبي قحافة أن يصلي بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم مالي رأيتكم أكثرتم التصفيق من نابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيح للنساء

Bahwasannya Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam pernah pergi ke Bani ‘Amru bin ‘Auf untuk mendamaikan mereka. Datanglah waktu solat, lalu muazin datang menemui Abu Bakr radiyallaahu ‘anhu dan berkata : “Mahukah engkau solat bersama manusia (dan menjadi imam) ? Akan aku kumandangkan iqamat sekarang”. Abu Bakr menjawab : “Ya”. Maka Abu Bakr pun solat (dan menjadi imam bagi mereka). Datanglah Rasulullah sallallaahu ’alaihi wasallam ketika manusia sedang menunaikan solatnya. Beliau melihat ke depan hingga masuk ke saf makmum. Para makmum pun bertepuk tangan memberi isyarat, namun Abu Bakr tidak menoleh sedikitpun dalam solatnya. Ketika semakin banyak makmum yang bertepuk tangan, Abu Bakr pun akhirnya menoleh dan melihat Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam. Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallammemberikan isyarat kepadanya agar tetap diam di tempatnya (menjadi imam shalat). Abu Bakr mengangkat kedua tangannya, bertahmid kepada Allah ’azza wa jalla atas perintah Rasulullah kepada dirinya tersebut. Namun ia tetap mundur dan masuk ke dalam shaff makmum (yang ada di belakangnya). Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam pun maju menjadi imam. Ketika selesai, beliau bersabda : ”Wahai Abu Bakr, apa yang menghalangimu untuk tetap berada di tempatmu sebagaimana aku perintahkan ?”. Abu Bakr menjawab : ”Tidaklah layak bagi seorang anak Abu Quhafah solat di depan Rasulullah sallallaahu ’alaihi wasallam” [HR. Bukhari no. 652 dan Muslim no. 421].

Hadith di atas menunjukkan bolehnya seorang imam atau makmum untuk maju atau mundur dari shaff karena satu sebab/keperluan dalam solat.





Saf Pertama Shaff Yang Paling Baik

Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :


لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا ...
“Seandainya manusia mengetahui pahala dari azan dan solat jama’ah di saf pertama, dan itu hanya mampu mereka dapatkan dengan mengundi, maka pasti mereka mengundi” [Riwayat Al-Bukhari no. 615 dan Muslim no. 437].


خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا
“Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah yang paling hadapan, dan yang paling buruk ialah yang paling belakang. Adapun sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, dan yang paling buruk ialah yang paling depan” [Riwayat Muslim no. 440].




 والله أعلم بالـصـواب 

Sabtu, 18 Ogos 2012

Hari Raya ‘Eid (Aidilfitri) Menurut Sunnah



السلام عليكم 






‘Eid bermaksud suatu hari yang berlakunya perkumpulan. Kata ini diambil dari kata ‘adaa-ya’uudu yang bermaksud kembali, seakan-akan mereka kembali kepadanya , hari ‘Eid. Ada juga yang berpendapat bahawa kata ini diambil dari kata al-‘aadah yang bermaksud suatu kebiasaan kerana mereka membiasakannya (biasa dengan perayaan ‘Eid). Bentuk jamak dari kata ini adalah a’yaad. Jika ada yang berkata: “Ayyadal muslimun” bererti dia menyaksikan hari raya mereka.

Berkata Ibnu al-Arabi:
Hari Raya disebut ‘Eid kerana hari itu muncul kembali setiap tahun dengan membawa kegembiraan yang baru. [Lisaanul Arab (III/319)]

Berkata Al-‘Alamah Ibnu ‘Abidin:
Disebut ‘Eid kerana pada hari itu Allah subhanahu wa ta’ala memiliki pelbagai macam kebaikan yang akan kembali kepada hamba-hambaNya setiap hari seperti berbuka (tidak berpuasa) setelah adanya larangan makan dan minum disiang hari pada bulan Ramadhan, zakat fitrah, penyempurnaan haji dengan tawaf ziarah, daging korban dan sebagainya. Selain itu kerana kebiasaan yang berlaku pada hari tersebut adalah kegembiraan, kebahagiaan, keceriaan dan hubur (kenikmatan). [Haasyiyatu Ibni ‘Abidin (II/165)]

Hari raya ‘Eid merupakan rahmat Allah subhanahu wa ta’ala kepada ummat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana hadith daripada Anas radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah dating ke madinah sedang penduduknya memiliki dua hari raya yang keduanya mereka bermain-main di masa Jahiliyyah*, maka beliau bersabda:


كَانَ لَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا وَقَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ الْأَضْحَى

Kalian dahulu mempunyai dua hari untuk bermain-main, sungguh Allah telah menggantinya dengan yang lebih baik dari keduanya, yakni hari (raya) Fitri dan hari (raya) Adha (Kurban). (Riwayat An-Nasai no.1538, hadith ini sahih)

* Nota: Keduanya adalah hari Nairuz dan hari Mahrajan. [‘Aunul Ma’buud (III/485) Al-’Azhim Abadi]

Berkata Syaikh Ahmad ‘Abdurrahman al-Banna:

Maksudnya kerana kedua hari raya ‘Eidulfitri dan ‘Eidul Adha disyariatkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala seperti pilihanNya bagi makhlukNya. Selain itu kerana keduanya berada di kedudukan setelah perlaksanaan dua rukun Islam iaitu Haji dan puasa. Pada kedua hari tersebut, Allah azza wa jalla memberikan keampunan kepada orang yang menunaikan ibadah haji dan orang-orang yang menunaikan puasa sekaligus menyebarluaskan rahmatNya kepada seluruh makhlukNya yang taat. Sementara hari Nairuz dan Mahrajan ditetapkan berdasarkan pilihan penguasa ketika itu kerana pada keduanya terdapat kesesuaian zaman dan suasana serta pelbagai kelebihan yang tidak kekal. Dengan demikian, perbezaan antara keduanya iaitu hari raya yang disyariatkan dan hari raya jahiliyyah sangat jelas.


Mandi sebelum Solat ‘Eid

Dari Nafi’ bahawa Abdullah bin ‘Umar biasa mandi pada hari raya ‘Eidul Fitri sebelum berangkat ke tempat perlaksanaan solat. [Riwayat Malik, As-Syafie dan Abdurrazaq dengan sanad yang sahih.]

Berkata Sa’id bin al-Musayyab:
Sunnah solat ‘Eidul Fitri ada tiga iaitu berjalan kaki menuju tempat solat, makan sebelum berangkat dan mandi sebelum solat. [Riwayat Al-Farabi dengan sanad sahih sebagaimana yang dinyatakan dalam Irwaaul Ghalil]

Berkata Ibnu Qudamah:
Disunnahkan untuk membersihkan diri dengan mandi pada hari raya ‘Eidul Fitri. Ibnu Umar biasa mandi pada hari raya ‘Eid. Hal tersebut diriwayatkan daripada ‘Ali radhiallahu ‘anhu, Alqamah, ‘Urwah, Atha’, An-Nakhai, As-Sya’bi, Qatadah, Abu az-Zinad, Malik, As-Syafie, dan Ibn Munzir. [Al-Mughni (II/370)]

Adapun satu riwayat yang disandarkan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengenai hal tersebut, sesungguhnya riwayat itu adalah dhaif (lemah). Hadith itu diriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah no.1315. Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Jubarah bin al-Mughallis dan syaikhnya yang keduanya dinilai dhaif. Turut diriwayatkan oleh Yusuf bin Khalid as-Sumti yang dinilai kazzab (pendusta) oleh kebanyakan ulama’ jarh wa ta’dil.

Makan sebelum Solat ‘Eid

Dari Anas radhiallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ وَقَالَ مُرَجَّأُ بْنُ رَجَاءٍ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي أَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Pada hari raya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak berangkat untuk melaksanakan solat hingga beliau makan beberapa butir kurma." Murajja' bin Raja' berkata; telah menceritakan kepadaku 'Ubaidullah berkata, telah menceritakan kepadaku Anas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, "Beliau makan beberapa kurma dengan bilangan ganjil." (Riwayat Bukhari, Malik, Ahmad dan Ibnu Majah, hadith ini sahih)

Berkata al-Muhallab:
Hikmah makan sebelum solat ‘Eid adalah agar tidak ada orang yang menyangka bahawa masih diwajibkan berpuasa sebelum sampai dikerjakan solat ‘Eid. [Fath al-Bari (II/447)]

Dari Buraidah radhiallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ وَلَا يَأْكُلُ يَوْمَ الْأَضْحَى حَتَّى يَرْجِعَ فَيَأْكُلَ مِنْ أُضْحِيَّتِهِ

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak pergi dihari raya fitri hingga makan dan tidak makan pada hari raya kurban hingga kembali lalu memakan hewan kurban beliau." (Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi dan Ibnu Majah, hadith ini hasan)

Berkata Ibnu Qayyim:
Adapun pada hari raya ‘Eidul Adha, Baginda tidak makan hinga kembali dari tempat solat kemudian baru makan daging korbannya. [Zaadul Ma’ad (I/441)]

Berkata As-Syaukani:
Hikmah diakhirkan makan pada hari raya ‘Eidul Adha adalah kerana pada hari itu disyariatkan penyembelihan haiwan korban dan memakan sebahagiannya. Oleh kerana itu, makannya disyariatkan dari haiwan korban itu. Demikian juga yang dikemukakan oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni. [Nailul Authar (III/357)]


Berangkat dan Pulang Dari Tempat Solat

Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Jika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam Solat 'Eid, beliau mengambil jalan yang berbeza (antara berangkat dan kembali). (Riwayat Al-Bukhari no.986)

Terdapat pelbagai pendapat akan hikmah berbeza jalan ketika pergi dan pulang dari Solat ‘Eid ini, antaranya:
  1. Agar orang-orang yang menempuh kedua jalan tersebut dapat mengucapkan salam kepada orang yang tinggal di sekitar kedua jalan tersebut.
  2. Agar mendapatkan keberkatan pada kedua jalan tersebut.
  3. Agar kaum Muslimin dapat menunaikan keperluan mereka di setiap jalan tersebut.
  4. Ada juga pendapat iaitu untuk memperlihatkan syiar Islam itu sendiri.

Setelah menyebutkan beberapa pendapat diatas, Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

Apabila hikmah (sebab) tidak diketahui maka sudah sepatutnya untuk tetap sahaja mengikuti sunnah Rasulullah. Wallahua’lam. [Raudhah al-Thalibin (II/77)]

Berkata al-Baghawi:
Disunnahkan bagi ummat Islam untuk berangkat ke tempat perlaksanaan solat , musolla (tanah lapang) setelah solat subuh untuk mengambil tempat dan mengumandangkan takbir. Adapun imam keluar pada saat hampir waktu solat ‘Eid. [Syarhus Sunnah (IV/302-303)]

Daripada ‘Ali radhiallahu ‘anhu berkata:

إِنَّ مِنْ السُّنَّةِ أَنْ يُمْشَى إِلَى الْعِيدِ

Termasuk dari sunnah adalah berjalan kaki menuju solat ‘Eid. " (Riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Majah, hadith ini hasan)


Takbir Pada Hari Raya ‘Eid

Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah: 185)

Telah diriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam biasa berangkat menunaikan solat ‘Eid lalu beliau bertakbir hingga tiba di tempat perlaksanaan solat bahkan hingga solat akan dilaksanakan. Kemudian jika solat akan dilaksanakan, beliau menghentikan bacaan takbir.[Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya dan Al-Mahamili dalam Salaatul ‘Eidain. Hadith ini walaupun dengan sanad yang sahih namun statusnya mursal. Meskipun demikian ia memilikia beberapa syahid (penguat). Lihat Silsilah al-Hadith as-Sahihah no.170]

‘Umar radhiallahu ‘anhu biasa bertakbir di khemahnya di Mina sampai terdengar oleh orang-orang yang hadir di masjid sehingga mereka pun bertakbir. Begitu juga orang-orang yang sedang berada di pasar, mereka ikut bertakbir sehingga Mina bergemuruh dengan bacaan takbir. Ibnu Umar juga bertakbir di Mina pada hari tersebut setelah selesai solat, di atas tempat tidur, lantai, tempat duduk dan dalam perjalanan. Maimunah bertakbir pada hari raya ‘Eidul Adha. Kaum wanita pun ikut bertakbir di belakang Abban bin ‘Uthman dan ‘Umar bin Abdul Aziz selama malam-malam hari Tasyriq bersama kaum lelaki di masjid.

Apabila Ibnu Umar berangkat ke tanah lapang pada hari raya ‘Eidul Fitri dan ‘Eidul Adha, beliau membaca takbir dengan suara yang lantang/ kuat sampai tiba di tempat perlaksanaan solat kemudian tetap bertakbir sehingga imam dating. [Riwayat Ad-Daraquhtni, Ibnu Abi Syaibah dan selain mereka dengan sanad yang sahih. Lihat juga Irwaa al-Ghalil no.650 ]

Tidak ditemukan suatu hadith yang sahih dalam menjelaskan sifat takbir ‘Eid. Namun begitu terdapat beberapa riwayat dari sebahagian sahabat Nabi seperti Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu, beliau pernah mengucapkan:

الله اكبر الله اكبر لا إله إلا الله، والله اكبر، الله اكبر ولله الحمد

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada ilah (Tuhan) yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah. [Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya (II/168)]

Ibnu Abbas pula pernah mengucapkan:

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد، الله اكبر واجل، الله اكبر على ما حدانا

Allah Maha Besar,Allah Maha Besar, Allah Maha Besar segala puji hanya bagi Allah. Allah Maha Besar lagi Maha Agung. Allah Maha Besar atas petunjuk yang telah diberikan kepada kita. [Riwayat Al-Baihaqi (III/315) dengan sanad yang sahih]

Salman Al-Khair radhiallahu ‘anhu pernah berkata:

كبروا الله: الله اكبر، الله اكبر، الله اكبر كبيرا

Agungkanlah Allah dengan menyebut: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya. [Riwayat Abdurrazaq dalam musannafnya, Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra (III/316 dengan sanad yang sahih)]

Cukup ramai orang yang menyalahi zikir yang bersumber dari sahabat dan salafussoleh yakni dengan membaca zikir-zikir yang ditambah dengan lafaz-lafaz yang baru yang tidak memiliki asal sama sekali.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalaini:
Pada zaman sekarang telah terjadi penambahan dalam hal takbir ‘Eid tersebut yang tidak mamiliki dasar asalnya sama sekali. (Fath al-Bari (II/536))


Berhias Diri Pada Hari ‘Eid

Berkata Ibnu Hajar Al-Asqalaini:
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan Ibnu Abi Dunya dengan sanad yang sahih kepada Ibnu Umar bahawasanya dia biasa mengenakan pakaian terbaik pada hari raya ‘Eidul Fitri dan ‘Eidul Adha.

Berkata Imam Malik:
Aku pernah mendengar dari para ulama’ bahawa mereka menyukai wangian dan berhias pada setiap kali hari raya ‘Eid.

Berkata Ibnu Qudamah:
Hal ini menunjukkan bahawa berhias diri bagi mereka pada kesempatan ini sudah sangat popular (menjadi kebiasaan). [Al-Mughni (II/228)]

Berkata Ibnu Qayyim:
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa biasa berangkat ke tanah lapang (musolla) pada hari Raya ‘Eidul Fitri dan ‘Eidul Adha dengan pakaiannya yang paling bagus. [Zaadul Ma’ad (I/441)]


Berangkat ke Tempat Solat (Musolla/ Tanah Lapang)

Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلَاةُ

Pada hari raya ‘Eidul Firi dan Adlha Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju ke musolla (tanah lapang), dan pertama kali yang beliau kerjakan adalah solat hingga selesai. (Riwayat Al-Bukhari no.956)

Berkata Ibnu Hajj al-Maliki:
Sunnah yang telah dianjurkan dalam melaksanakan Solat ‘Eid adalah diadakan di musolla (tanah lapang) dan bukan di masjid. Meskipun terdapat fadhilat yang besar untuk bersolat di masjid Nabawi ketika itu, namun Rasulullah tetap meninggalkan Masjid Nabawi dan berangkat ke musolla (tanah lapang). [Al-Madkhal (II/283)]

Berkata Ibnu Qudamah:
Barangsiapa yang tidak mampu berangkat ke musolla (tanah lapang) kerana sakit atau kerana faktor usia yang sudah uzur, maka dia boleh bersolat di masjid dna insyaAllah tidak mengapa baginya. [Al-Mughni (II/230)]


والله أعلم بالصواب


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik