Definisi Al-Hadith
Kata Al-Hadith menurut bahasa bermaksud Al-Jadid iaitu sesuatu yang baru. Ia juga bermaksud sesuatu yang dikatakan, dicakapkan atau disebut dari seseorang kepada irang yang lain. Jamaknya ialah Ahadiith. Firman Allah subhanahu wa ta'ala:
فَلَعَلَّكَ
بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ
أَسَفًا
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. [Al-Kahfi 18: 6]
Dalam ayat Al-Quran di atas, Al-Hadith bermaksud Al-Quran al-Karim.
Firman Allah ta'ala dalam surah yang lain:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. [Al-Dhuha 93:11]
Makna lainnya ialah sampaikan apa yang telah diajarkan kepadamu [Ibn Munzir, Lisan al-Arab]
Maksud Al-Hadith dari sudut Istilah menurut Ahl al-Hadith, Muhaddithun (Ulama' Hadith) bermaksud:
Segala sesuatu yang bersumber daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sama ada perkataan, perbuatan, ketetapan, ciri-ciri tubuh badan, akhlak dan tingkah laku atau perjalanan hidup (sirah) beliau sama ada sebelum atau sesudah beliau diangkat menjadi Rasul. [Dr. Mustafa al-Siba'i, Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri' al-Islami]
Definisi al-Hadith disisi Usuliyyin (Ulama Usul) pula ialah:
Segala sesuatu yang diriwayatkan daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam setelah kenabian sama ada perkataan atau perbuatan atau ketetapan beliau.
Menurut para Usuliyyin masa sebelum kenabian tidak dikategorikan sebagai hadith kerana yang dimaksudkan hadith ialah segala amalan Nabi yang mengandungu hukum syara' dan tidak berlaku melainkan setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam diangkat menjadi Rasul. [Ajaj al-Khatib, Usul al-Hadith]
Pandangan ini turut dipegang oleh para Fuqaha (Ahli Fiqh) kerana hukum fiqh hanya terdapat pada perkataanm perbuatan dan pengakuan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sahaja sedangkan sifat fizikal dan tingkah laku tidak mengandungi dasar fiqh (halal dan haram).
Pendapat usuliyyin mengenai definisi hadith ini turut dipersetujui oleh salah seorang Ulama' besar dalam Mazhab Hanbali iaitu Ibn Taimiyyah. Berkata Ibn Taimiyyah rahimahullah:
Pendapat usuliyyin mengenai definisi hadith ini turut dipersetujui oleh salah seorang Ulama' besar dalam Mazhab Hanbali iaitu Ibn Taimiyyah. Berkata Ibn Taimiyyah rahimahullah:
Kitab yang mengandungi riwayat tentang Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam antaranya ialah kitab-kitab tafsir, sirah dan al-Maghazi (peperangan) dan kitab-kitab hadith. Kitab-kitab hadith mencakupi segala sesuatu setelah kenabian secara khas walaupun di dalamnya terdapat perkara-perkara yang berlaku sebelum kenabian. Ini kerana perkara sebelum kenabian tidak dihafaz dan diambil sebagai dalil syara'. Bahkan umat Islam telah sepakat bahawa perkara-perkara yang wajib diimani dan diamalkan ialah apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam setelah kenabian. [Majmu' Fatawa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah 18/110]
Kategori Al-Hadith dan Contohnya
1. Hadith bersifat Qauliyyah (perkataan) Nabi . Secara mudahnya difahami sebagai apa yang disebut, dikata, dilafazkan dari mulut Nabi dan didengari oleh para sahabat. Hadith dalam kategori ini mempunyai lafaz Qala Rasulullah (Rasulullah berkata/ bersabda) dan yang seumpama dengannya. Contohnya hadith
عَنْ
عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ
يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ
قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا
يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ
يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا
هَاجَرَ إِلَيْهِ
Daripada Alqamah bin Waqqas Al-Laithi berkata, saya pernah mendengar Umar bin Al Khathhab diatas mimbar berkata; saya mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semua perbuatan bergantung atas niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin dicapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia niatkan" [Riwayat Al-Bukhari no.1; Muslim no. 1907 dan selain mereka]
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَسِّرُوا وَلاَ تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلاَ تُنَفِّرُوا
Daripada Anas bin Malik daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Permudahkanlah dan jangan menyulitkan/ menyusahkan, berilah khabar gembira dan jangan buat orang lari menjauh”. [Riwayat Bukhari no.69; Muslim 1734 dan selain mereka]
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ
Daripada Abdullah bin Zaid berkata bahawa Nabi pernah berwudhu’ dua kali-dua kali (basuhan). [Riwayat Al-Bukhari no. 158; Abu Daud no. 136; Al-Tirmizi no. 43]
3. Hadith bersifat Taqririyyah (pengakuan) Rasulullah terhadap sesuatu iaitu kebenaran, pengakuan, pengiktirafan Rasulullah terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para Sahabat sekalipun ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah. Diamnya Rasulullah terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat termasuk dalam tanda taqririyah Nabi kerana antara salah satu sifat Rasulullah ialah baginda tidak akan diam terhadap perkara maksiat, munkar dan bertentangan dengan syariat. Contoh
hadith dalam kategori ini ialah hadith Rasulullah tidak melarang
sahabat makan daging Dhab iaitu sejenis biawak padang pasir:
عَنْ
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ
أَنَّ خَالِدَ بْنَ الْوَلِيدِ الَّذِي
يُقَالُ لَهُ سَيْفُ اللَّهِ أَخْبَرَهُ
أَنَّهُ دَخَلَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى
مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ
خَالَتُهُ وَخَالَةُ ابْنِ عَبَّاسٍ
فَوَجَدَ عِنْدَهَا ضَبًّا مَحْنُوذًا
قَدِمَتْ بِهِ أُخْتُهَا حُفَيْدَةُ
بِنْتُ الْحَارِثِ مِنْ نَجْدٍ فَقَدَّمَتْ
الضَّبَّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ
قَلَّمَا يُقَدَّمُ إِلَيْهِ طَعَامٌ
حَتَّى يُحَدَّثَ بِهِ وَيُسَمَّى لَهُ
فَأَهْوَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ إِلَى الضَّبِّ
فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْ النِّسْوَةِ
الْحُضُورِ أَخْبِرْنَ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا
قَدَّمْتُنَّ لَهُ قُلْنَ هُوَ الضَّبُّ
يَا رَسُولَ اللَّهِ فَرَفَعَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَدَهُ فَقَالَ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ:
أَحَرَامٌ
الضَّبُّ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ:
لاَ
وَلَكِنَّهُ لَمْ يَكُنْ بِأَرْضِ قَوْمِي
فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ قَالَ خَالِدٌ
فَاجْتَرَرْتُهُ فَأَكَلْتُهُ وَرَسُولُ
اللَّهِ يَنْظُرُ فَلَمْ يَنْهَنِي
Daripada Abdullah bin Abbas bahwa Khalid bin Walid yang di juluki dengan pedang Allah telah mengkhabarkan kepadanya; bahawa dia bersama dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah menemui Maimunah isteri Nabi sallallahu 'alaihi wasallam -dia adalah ibu saudara (sebelah ibu) Khalid dan juga Ibnu Abbas- lantas dia mendapati daging Dhab (sejenis biawak padang pasir) yang telah di bakar, kiriman dari saudara perempuanya yaitu Hufaidah binti Al-Harith dari Najd, lalu daging Dhab tersebut dihidangkan kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Sangat jarang beliau dihidangkan makanan hingga beliau diberitahu nama makanan yang dihidang itu, ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam hendak mengambil daging Dhab tersebut, seorang wanita dari beberapa wanita yang hadir berkata, "Beritahukanlah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengenai daging yang kalian hidangkan!" Kami lalu mengatakan, "Itu adalah daging Dhab, wahai Rasulullah!" Seketika itu juga Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya, Khalid bin Walid pun berkata, "Wahai Rasulullah, adakah daging Dhab (biawak padang pasir) itu haram?" Beliau menjawab: "Tidak, namun di negeri kaumku tidak pernah aku jumpai daging tersebut, maka aku enggan (memakannya)." Khalid berkata, "Lalu aku mendekati daging tersebut dan memakannya, sementara Rasulullah melihatku dan tidak melarangnya." [Riwayat Muslim no. 1946; Ibn Majah no. 3241; An-Nasa’i no. 4316]
4. Hadith yang bersifat Khalqiyyah (Kejadian) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam merangkumi sifat fizikan serta tubuh badan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Kebiasaan hadith ini diceritakan oleh para sahabat yang pernah menyaksikan sendiri sifat-sifat yang terdapat pada tubuh badan baginda seperti kebanyakan riwayat-riwayat yang terdapat dalam Syamail Muhammadiah karya Imam Al-Tirmizi rahimahullah. Contoh hadith yang menceritakan sifat tubuh badan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ialah:
عَنْ
الْبَرَاءِ قَالَ مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِي
لِمَّةٍ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ أَحْسَنَ
مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ شَعْرٌ يَضْرِبُ
مَنْكِبَيْهِ بَعِيدُ مَا بَيْنَ
الْمَنْكِبَيْنِ لَمْ يَكُنْ بِالْقَصِيرِ
وَلاَ بِالطَّوِيلِ
Daripada Al-Bara’ berkata: “Aku tidak pernah melihat seseorang yang rambutnya berkilat lebih bagus ketika memakai pakaian berwarna merah daripada Rasulullah. Beliau memiliki rambut yang mendekati kedua bahu beliau, tidak panjang dan tidak pendek”. [Riwayat Muslim no. 2337;Al-Tirmizi no. 3635; Abu Daud no. 4183]
5. Hadith yang bersifat Khuliqiyyah (Akhlak) Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam seperti sifat bercakap,malu, senyum, berjalan dan sebagainya. Antara hadith dalam kategori ini ialah:
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يُعِيدُ الْكَلِمَةَ ثَلاَثًا لِتُعْقَلَ
عَنْهُ
Daripada
Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam
sering mengulang perkataannya hingga tiga kali agar dapat
difahami."[Riwayat
Al-Tirmizi no. 3640]
Al-Sunnah secara bahasa bermaksud Al-Tariqah atau Al-Sirat iaitu jalan sama ada yang baik mahupun yang buruk. Contohnya dalam hadith ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyeru para sahabat untuk memberikan sedekah kepada Arab Badui :
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Barang siapa dapat memberikan jalan (suri tauladan) yang baik dalam Islam, lalu jalan (suri tauladan) tersebut dapat diikuti oleh orang-orang sesudahnya, maka akan dicatat untuknya pahala sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun pahala yang mereka peroleh. Sebaliknya, barang siapa memberikan jalan (suri tauladan) yang buruk dalam Islam, lalu jalan (suri tauladan) tersebut diikuti oleh orang-orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa yang mereka peroleh sedikitpun”. [Riwayat Muslim no. 1017]
Sunnah disisi syara’ bermaksud sesuatu yang diperintahkan, dilarang, atau dianjurkan oleh Rasulullah baik sabda mahupun perbuatan. Oleh itu dikatakan bahawa dalil-dalil syara’ itu ialah Al-Quran dan Al-Sunnah bermaksud Al-Quran dan Al-Hadith itu sendiri.
Perbezaan pendapat tentang definisi Sunnah dan hadith terjadi pada segelintir ulama’ sahaja dalam kalangan muhaddithun, fuqaha dan usuliyyin. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa Sunnah dan Al-Hadith itu ialah sama sahaja secara dasarnya. [Abu Sahbah, Al-Wasit fi ‘Ulum wa Mustalah al-Hadith]
Al-Sunnah dan Amalan Para Sahabat
Selain daripada pengertian Al-Sunnah yang sedia ada, para ulama’ turut menyebutkan bahawa amalan para Sahabat radhiallahu ‘anhum ajmain turut dinilai sebagai sunnah baik yang diamalkan daripada Al-Quran mahupun hadith Nabi. Ini kerana ia merupakan ijma’ (kesepakatan) dan ijtihad (pendapat berdasarkan kefahaman) para sahabat terhadap sesuatu dalil Al-Quran dan Hadith. [Al-Syatibi, Al-Muwafaqat lil al-Syatibi]
Contohnya sunnah yang diterapkan hasil ijma’ mahupun ijtihad sahabat ialah hukum peminum khamr (Arak), jaminan kerja, pengumpulan Mushaf ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar atas saranan Umar, bacaan satu daripada tujuh ahruf al-Quran dan sebagainya. Ini disebabkan oleh pertimbangan mereka di atas kemaslahatan ummat Islam dan turut diakui oleh para sahabat lain tanpa ada yang menyelisihinya.
Antara dalil yang menjadi landasan utama amalan sahabat itu sebagai Sunnah ialah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
وَسَتَرَوْنَ
مِنْ بَعْدِي اخْتِلاَفًا شَدِيدًا
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ
الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ
عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
وَإِيَّاكُمْ وَالأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ
فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
Dan sepeninggalku (selepas ketiadaanku) nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara yang baharu (yang dibuat-buat dalam Agama), karena sesungguhnya semua bid'ah itu adalah sesat." [Riwayat Abu Daud no. 42; Musnad Ahmad 16521]
Dakwaan bahawa sahabat melakukan bid'ah yang dilarang oleh Rasulullah adalah tidak benar sama sekali manakala mereka-reka perkara baharu dalam urusan agama dengan berhujjahkan bahawa sahabat turut melakukan bid'ah merupakan tindakan dan dakwaan yang keterlaluan terhadap sahabat serta wajar dijauhi.
والله أعلم بالـصـواب