Di kawasan pedalaman tanah Jawa, terdapat seorang wanita bernama Jumilah. Jumilah adalah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan tempe. Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang menjadi di pasar.
Pada suatu hari, seperti biasa Jumilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jumilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum menjadi lagi dan tidak boleh dijual lagi.
Jumilah kebingungan, tidak keruan apa yang patut dilakukan. Maka Jumilah menadah tangan memohon pada Tuhan agar tempenya itu menjadi kerana tiada yang mustahil bagi Tuhan untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Jumilah menekan-nekan tempe-tempenya di dalam bungkusan kalau-kalau sudah menjadi. Ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.
Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Jumilah masih lagi tidak berputus harap pada Tuhan malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.
Jumilah tidak putus-putus berdoa agar tempe-tempenya menjadi apabila sampai di pasar nanti. Sampai sahaja dipasar, Jumilah melihat tempe-tempe yang dijual oleh rakan-rakan penjual tempe yang lain hampir habis. Jumilah tanpa lengah-lengah lagi berkemas-kemas membuka gerai dan dengan perasaan berdebar-debar memeriksa tempe-tempenya samada sudah menjadi atau tidak. Ternyata seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih lagi belum menjadi.
Jumilah terduduk kesedihan dan memanjatkan doa pada Tuhan, “Ya Tuhanku, berilah jalan penyelesaian terbaik terhadap tempe-tempeku yang belum menjadi ini…”. Tiba-tiba terdengar seorang wanita memberi salam, “Assalamuailaikum… awak ada jual tempe yang belum menjadi tak?”. Terkejut besar Jumilah bercampur kehairanan apabila wanita tersebut ingin membeli tempe yang belum menjadi.
“Waalaikumussalam... errmmm… ada, sekejap ya”, jawab Jumilah sambil mengeluarkan tempe-tempenya daripada bakul. Jumilah berdoa di dalam hati, “Ya Tuhanku, jika Engkau telah menjadikan tempe-tempeku ini menjadi maka kembalikan tempe-tempeku seperti sediakala supaya aku boleh menjualnya kepada wanita tersebut”. Jumilah seperti tidak percaya apabila melihat tempe-tempenya masih belum menjadi.
Alangkah gembiranya hati seakan-akan seluruh alam turut merasai betapa syukurnya Jumilah dan lalu bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa awak mahu beli tempe yang belum menjadi ini?”. Wanita tersebut menjawab, “Saya mahu hantar tempe ini kepada anak saya yang berada di England (sape tu?), jadi apabila tempe-tempe ini sampai di sana, barulah cukup-cukup menjadi… baru ada umphhhh!!!. Tamat.
Sahabat-sabahatku sekalian…belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita padahal sesungguhnya Allah s.w.t itulah yang Maha Mengetahui. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah s.w.t maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Tiada yang mustahil bagi Allah s.w.t. Hmmm……ingat tu!!!!