Cari Entri WADi

Khamis, 4 Februari 2010

SI KURANG AKAL


Pada era 50-an dahulu, terdapat seorang jutawan yang memiliki segala kemewahan. Daripada rumah besar, kilang-kilang, ladang-ladang sehinggalah ke syarikat-syarikat korporat, semuanya dimiliki oleh jutawan tersebut. Jutawan tersebut mempunyai seorang anak lelaki yang kurang sikit akalnya dalam menilai sesuatu. Orang memanggilnya sebagai ‘Si Kurang Akal’.
Pada suatu hari, jutawan tersebut menyuruh anak lelakinya membancuh secawan Cappuccino. Anak lelakinya dengan taat dan patuh melaksanakan suruhan ayahnya tersebut. Selepas seketika, anak lelakinya membawa secawan Cappucino panas dan memberikan kepada ayahnya si jutawan itu. Ayahnya menghirup sedikit sekadar untuk merasa, ternyata jutawan itu terkejut apabila Cappucino yang dihirupnya itu terasa lemak berkrim. Maka bertanyalah jutawan tersebut kepada anak lelakinya, “Sedap betul Cappucino ini, apa rahsianya?”.
Sambil tersenyum dengan penuh keyakinan, anak lelakinya menjawab, “Tadi masa saya kebelakang rumah untuk mengambil kayu api… saya dapati kayu api basah. Sebagai penyelesaian alternatif, saya ambil duit kertas ayah di dalam peti besi sebagai bahan bakar”. Bagaikan hendak tercabut jantung jutawan tersebut apabila mendengar kata-kata anak lelakinya itu. Cappucino yang terasa lemak berkrim di permulaan, kini menjadi pahit menekak dan hilang segala kenikmatannya.
Sahabat-sahabatku sekalian, tentu terlintas di fikiran kita bahawa betapa ‘kurang akal’nya anak jutawan tersebut kerana sanggup membakar duit kertas demi secawan Cappucino. Tetapi pada realiti hidup kita hari ini, sebahagian besar daripada kita saling tak tumpah seperti budak ‘Si Kurang Akal’ itu. Alangkah ‘kurang akal’nya kita apabila di akhirat nanti kita dibakar di dalam neraka jahanam semata-mata kerana kita leka dan terpesona dengan kehidupan dunia yang bersifat sementara ini. Manusia yang terbijak adalah mereka yang banyak mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik