Cari Entri WADi

Rabu, 23 November 2011

Adab Makan Mengikut Cara Rasulullah


Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, mencakupi seluruh aspek kehidupan. Baik dari sebesar-besar perkara hinggalah kepada perkara-perkara furu' (cabang). Makan adalah rutin harian semua manusia, tidak ada manusia yang tidak makan langsung. Ia adalah suatu kesinambungan hidup disamping merupakan ibadah bagi umat Islam jika makan kerana Allah s.w.t dan mengikut adab-ada makan. Bagaimana adab makan yang dianjurkan Islam dan adab makan yang terbaik? Sudah pasti ada yang terbaik adalah mengikut adab Rasulullah s.a.w. Berikut adalah adab makan mengikut sunnah. 


1. Daripada Umar bin Abi Salamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bacalah basmallah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang berada disisimu"
(Riwayat Bukhari no.5376 dan Muslim no.2022)


2. Daripada Jabir r.a, beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

"Jika seseorang masuk rumahnya dengan menyebut nama Allah pada ketika masuknya dan pada ketika menyantap makanan, syaitan akan berkata sesama syaitan: 'Tidak ada bahagian untuk makandan bahagian untuk bermalam bagi kamu disini'. Jika seseorang masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah pada saat masuknya dan pada saat menyantap makanan, syaitan akan berkata kepada sesama syaitan:' Ada bahagian untuk makan dan bahagian untuk bermalam bagi kamu disini' "
(Riwayat Muslim no.2018)


3. Daripada Abu Umamah r.a :

"Bahawa Rasulullah s.a.w jika telah selesai akan, baginda berdoa " Alhamdulillahi hamdan katsiiron thoyyiban mubaarokan fiihi ghoiro makfiyyin wa laa muwadda'in wa laa mustaghnan'anhu robbana (segala puji bagi Allah, yakni pujian yang banyak, murni, terus-menerus dipanjatkan, tidak terbatas, tidak boleh ditinggalkan, dan yang tidak boleh diketepikan, wahai Tuhan kami)"
(Riwayat Bukhari no.5458)
 

4. Daripada salamah bin Akwa' r.a:

"Bahawa pernah ada seseorang yang makan disisi Rasulullah s.a.w dengan menggunakan tangan kiri. Baginda lalu bersabda :Makanlah dengan tangan kananmu. Dia menjawab: aku tidak mampu. Baginda bersabda: 'Tidak ada yang menghalangimu untuk melakukannya, melainkan kesombongan. Akhirnya, dia pun tidak lagi mampu makan dengan tangan kiri (tangan kirinya terkena lumpuh)"
(Riwayat Muslim no.2021)


5. Daripada Abu Hurairah r.a:

"Nabi s.a.w tidak pernah mencela sesuatu makanan. Jika berselera, baginda menyantapnya, jika tidak, baginda membiarkannya"
(Riwayat Bukhari no.5409 dan Muslim no.187)


6. Daripada Jabir r.a :

"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "

(Riwayat Muslim no.2052)
 

7. Daripada Abu Hurairah r.a"

"Jika seseorang daripada kamu diundang ke jamuan makan, hendaklah dia menghadirinya. Jika sedang berpuasa, hendaklah dia mendoakan keberkatan bagi tuan rumah, dan jika tidak berpuasa, hendaklah dia ikut menikmati makanan yang dihidangkan"
(Riwayat Muslim no.1431)

p/s- rezeki yang ada, jangan sesekali ditolak. Bersyukur dan nikmatilah.


8. Daripada Abu Mas'id al-Badri, ia berkata:

"Nabi s.a.w pernah diundang seseorang untuk menikmati jamuan makan yang memang disediakan untuk Baginda berserta lima orang yang menyertai baginda. Namun didalam perjalanan ada seorang lagi yang turut mengikuti baginda. Sesampainya di pintu rumah shahibul hajat, Baginda bersabda: 'Sesungguhnya orang ini mengikuti kami dengan kemahuannya sendiri. Jika berkenan, izinkanlah dia masuk dan jika tidak berkenan, persilakan sahaja agar dia pulang. Tuan rumah menjawab: 'Aku izinkan dia masuk wahai Rasulullah'. '"
(Riwayat Bukhari no.2081 dan Muslim no.2036)

p/s- jika tidak diundang dan diizinkan oleh tuan rumah untuk menyertai sesuatu majlis, maka janganlah hadir. Jika diundang, hadirkanlah semampu yang boleh, wallahua'lam.


9. Daripada ka'ab bin Malik r.a , beliau berkata:

"Aku melihat Rasulullah s.a.w makan dengan tiga jari, setelah selesai, baginda menjilatnya"

(Riwayat Muslim no.2032)
 


10. Daripada Abu Juhaifah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Aku tidak makan sambil berbaring"
(Riwayat Bukhari no.5398)


11. Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Jika seseorang daripada kamu telah selesaimakan (dengan tangan), janganlah dia terus membersihkan jari-jemarinya hingga dia menjilatnya atau dijilat (oleh anak-anak atau isterinya)"
(Riwayat Bukhari no.5456 dan Muslim no.129)

p/s- ada barakah dan manfaatnya. Pernah tak anak-anak atau isteri/suami jilatkan jari anda (bagi yang dah berkahwin)?


12. Dari Jabir r.a:

"Bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk menjilat jari dan pinggan makanan jika selesai makan, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kamu tidak tahu dalam makanan mana yang padanya terdapat berkat."
(Riwayat Muslim no.2033)

p/s- pernah kah dari kita menjilat pinggan selepas makan?


wallahua'lam, sekadar perkongsian untuk manfaat bersama, insyaAllah.
 
Selamat beramal dengan sunnah.



- Amal Dengan Ilmu -

WADi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik