Cari Entri WADi

Jumaat, 4 November 2011

Syamail Muhammadiyah: Fizikal Rasulullah s.a.w (ii)

Sambungan daripada Syamail Muhammadiyyah yang lepas :





الخصائص الفيزيائية للنبي

 الحديث ٢

Dari Anas bin Malik :

"Rasulullah s.a.w adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus. Warna kulit beliau coklat. Jika berjalan, pergerakannya akan condong [1] kehadapan."
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Nota kaki :

[1] ia bermaksud Rasulullah s.a.w berjalan dengan langkah yang cepat.

Kedudukan hadith ini sahih. Jalur riwayatnya daripada  Humaid bin Mas'adah al-Basri yang mendengar daripada Abdul Wahab ats-Tsaqafi daripada Anas bin Malik.


الحديث ٣

Dari Al-Bara' bin 'Azid :
"Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan darinya" 
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

Nota kaki :

Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar al-'Abdi, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara' bin 'Azid .


الحديث ٤

Daripada Ali bin Abi Talib :
"Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Beliau bertubuh serdahana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi beliau mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-oleh beliau sedang turun di lereng yang curam. Apabila beliau berpaling, kedua-dua bahunya serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya terdapat khatamun-nubuwah [1], iaitu tanda kenabian bagi para Nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Rasulullah tidak pernah berkeluh kesah atas sikap tidak bertimbang rasa dan penyeksaan kaumnya. Beliau adalah orang yang kata-katanya paling jujur. Manusia yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat pertama kali, pasti akan menaruh hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan beliau, tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentu akan berkata "Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding beliau, sama ada sebelum kelahirannya atau sesudah beliau meninggal dunia"
(Riwayat Tirmizi)


Nota Kaki:

[1] khatamun-Nubuwah ialah tanda kenabian yang terdapat pada tubuh baginda. Akan diceritakan dalam bab Khatamun Nubuwah, insyaAllah.

Diriwayatkan oleh Ahmad bin 'Ubadah ad-Dhabbi al-Basri, juga diriwayatkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja'far Muhammad bin al-Husein, daripada Isa bin Yunus, daripada Umar bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Muhammad, daripada seorang anak lelaki Ali bin Abi Talib , yang bersumberkan daripada Ali bin Abi Talib.


wallahua'lam


- Amal Dengan Ilmu -

WADi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik