|| Mengaku
Salah Lebih Disukai Daripada Terus Membela Kesalahan ||
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani (wafat 852H) menaqalkan kisah
menarik antara Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari (wafat 168H) dengan muridnya,
Abdul Rahman ibn Mahdi (faqih, Imam Hadith, Guru Imam Ahmad ibn Hanbal, wafat
198H)
وقال ابن مهدى كنا في
جنازة فسألته عن مسألة فغلط فيها فقلت له اصلحك الله أتقول فيه كذا وكذا فاطرق
ساعة ثم رفع رأسه فقال إذا ارجع وأنا صاغر لان أكون ذنبا في الحق أحب إلي من أن
أكون رأسا في الباطل
Telah berkata
Abdul Rahman ibn Mahdi: Suatu hari kami ketika kami sedang menghadiri solat
jenazah, kami bertanya kepadanya tentang sebuah masalah, lalu beliau salah
ketika menjawabnya. Maka saya katakan kepadanya:
“Semoga Allah menjagamu, jawapan yang benar mengenainya adalah
begini dan begini.”
Lalu beliau (Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari) terdiam seketika
kemudian mengangkat kepalanya seraya berkata:
“Jika begitu, saya tarik kembali pandangan saya tadi dan saya
mengaku salah, kerana menjadi ekor (kerdil) dalam kebenaran lebih saya cintai
daripada menjadi kepala (pemimpin) dalam kebatilan (terus-menerus dalam
kesalahan).” [Tahzib Al-Tahzib 7/7]
Selain seorang Ulama’ besar dan seorang Salafussoleh, yang
hebat, tahukah apa anda kedudukan Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari pada ketika
itu?
Beliau seorang Qadhi di Basrah, Faqih dan Hujjah ummat ketika
itu. Mencari pemimpin yang bertaraf ulama’ sahaja sudah hampir mustahil di
zaman ini, apatah lagi yang sanggup menarik pandangannya dan mengaku salah.
Menariknya, beliau tak rasa terhina pun dibetulkan kesilapannya
oleh muridnya atau orang yang lebih muda darinya. Hari ini sebahagian orang
jika murid menegur guru, dikatakan pula tidak menghormati guru. Diajar untuk
terima sahaja tanpa mempersoalkan.
Orang yang ikhlas dengan ilmu tidak akan malu mengaku salah dan
membenarkan orang lain apabila dia sedar dirinya telah tersilap. Ianya bukanlah
suatu aib, bahkan bukti jelas betapa luasnya pemikiran dan hebatnya peribadi
seseorang.
Kita zaman ini, walaupun telah terbukti salah namun kerana ego
yang menebal sanggup menegakkan benang yang basah daripada mengaku salah.
wallahua'lam.
Artikel asal di FB : https://www.facebook.com/addien90/posts/1155779737775326