Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label Construction / Pembinaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Construction / Pembinaan. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Jun 2011

The Basket Building a.k.a Bangunan Bakul

Bangunan unik pasti akan menjadi tarikan dan perhatian orang ramai. Di Malaysia kemajuan pembangunan kita pun tak kurang hebatnya berbanding negara membangun yang lain. Tapi kat Malaysia ada tak bangunan macam ini. 

The Basket Building a.k.a Bangunan Bakul

pandangan depan

Bangunan ini bukan replika yer. Ia adalah sebuah pejabat bagi " The Longerberger Basket Company" yang terletak di Ohio, US. Kiranya antara pejabat yang paling pelik lah di dunia. hehe.. Nampak macam kecik yer?? Hakikat nya ia bersaiz 180,000 kaki persegi. Besar tuu..

pandangan sisi

Tempoh pembinaan bangunan bakul ni lebih kurang 2 tahun dengan kos mencecah 30 juta US Dollar.

 Jadi anda convert lah yer dalam RM, berapa kos dia..huhu..
Nampak simple tetapi kos nya tinggi tuu..

taman bunga di depan pintu masuk

Jika anda bercuti ke Ohio, jangan lupa singgah

ke Bangunan Bakul..hee

p/s- Bangunan ni leh panggil bangunan BB kot..ni idea saya jer coz Basket Building & Bangunan Bakul, dua-dua singkatannya BB kan..hehehe..



WADi

Jumaat, 18 Mac 2011

Pembinaan Terowong Berkembar- suasana dalam tanah

Anda pernah melalui sebuah terowong? pasti pernah kan. Terowong atau dikenali juga sebagai tunnel banyak dijumpai di kawasan highway di malaysia. Kalau dalam kejuruteraan, terowong bermaksud laluan bawah tanah dengan bukaan dikedua-dua hujung terowong tersebut. Terowong@ tunnel ni bukan untuk laluan kereta sahaja malah terdapat juga terowong untuk kereta api, basikal malah lalauan bawah air. 

camnilah rupa terowong dalam pembinaan

Baru-baru ni saya dan dan ahli kumpulan Enam Warisan Construction berkesempatan untuk melihat sendiri pembinaan terowong/ tunnel. Ini adalah pengalaman pertama saya melihat projek pembinaan terowong, sebelum ni hanya ada pengalaman dalam projek pembinaan bangunan, infrasturktur, mekanikal dan elektrikal. Jadi semestinya pengalaman ini beharga bagi saya. InsyaAllah.

Projek ini melibatkan pembinaan terowong kereta api berkembar sepanjang 2km melintasi Ipoh dan Padang Besar. Kontraktor yang terlibat ialah Gamuda Sdn.Bhd, satu nama besar dan tidak asing lagi dalam industri pembinaan di Malaysia. Sebelum dibenarkan masuk, kami diberi taklimat keselamatan dan sesi soal jawab bersama Engineer yang terlibat. Keselamatang sangat penting dalam pembinaan, lebih-lebih lagi melibatkan terowong, macam-macam bahaya boleh terjadi jika keselamatan tidak ditekankan. 

Kami kemudian dibawa untuk melihat pembinaan terowong tersebut dan sepanjang perjalanan tersebut, pelbagai perasaan timbul dihati. Bimbang berlakunya kejadiaan yang tak diingini, bimbang runtuhan berlaku dan macam-macam lagi, hanya berlapang dada dan mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. 

melangkah dengan berdebar-debar..hehe

Macam mana terowong dikorek??

Ya, pasti anda tertanya-tanya bagaimana terowong dibina kan? baiklah sebenarnya ada beberapa kaedah pembinaan terowong. 

1.Korek dan tutup

Terowong jenis korek dan tutup adalah jenis yang paling murah dan paling mudah. Terowong sedemikian dibina di kawasan tanah yang cetek. Laluan terowong dikorek menggunakan jengkaut dan kemudian terowong dibina dengan cara yang sama seperti membuat bangunan biasa sebelum ditimbus semula dengan tanah. Terowong tersebut mestilah mempunyai tiang-tiang yang kuat untuk mengelakkannya daripada runtuh. Contoh terowong korek dan tutup di Malaysia adalah Terowong Ampang dan Terowong Bukit Bintang di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

2.Mesin pengorek terowong

Mesin pengorek terowong (TBM) adalah sebuah jentera besar yang berfungsi bagi proses pengorekan terowong secara automatik dan lebih pantas. Jenis-jenis TBM yang digunakan adalah bergantung kepada keadaan tanah atau batuan. Pada selang masa yang tertentu, mata penggerudi merin tersebut juga perlu ditukar. Sungguhpun demikian, kaedah pembinaan terowong menggunakan mesin pengorek terowong adalah yang paling popular kerana memudahkan proses pembinaan. Contoh terowong yang dibina di Malaysia dengan menggunakan TBM ialah Terowong SMART (Smart Tunnel), Terowong Genting Sempah di Lebuhraya Karak, Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan dan terowong LRT Aliran Kelana Jaya di Kuala Lumpur.

3.Gerudi dan letup
Kaedah gerudi dan letup adalah cara lama yang digunakan bagi membina terowong sebelum terciptanya mesin pengorek terowong. Kaedah sebegini masih digunakan di sesetengah terowong kerana struktur tanah atau batuan yang rapuh menyukarkan penggunaan mesin TBM. Contoh terowong di Malaysia yang dibina dengan menggunakan kaedah ini ialahTerowong Penchala di Lebuhraya Penyuraian Trafik KL.
untuk projek terowong berkembar ni menggunakan kaedah gerudi dan letupan. selepas selesai proses tersebut, kerja-kerja pemasangan cerucuk, tendon dan konkrit dijalankan kemudian diikuti dengan kerja-kerja lain hingga selesai. saya cuma sempat berjalan sehingga 1 km sahaja kerana kerja-kerja pada jarak 1 km hingga gerbang keluar sedang dijalankan dan kami terpaksa bepatah keluar semula. Alhamdulillah selamat masuk dalam terowong dan selamat keluar juga, tanpa sebarang kejadian yang tak diingini, Alhamdulillah Allah melindungi saya dan rakan-rakan.  ni gambar -gambar untuk perkongsian bersama anda.
pemandangan dari jarak 100m

bahagian dalam terowong, dalam proses konkrit

bergerak keluar, dari kegelapan ke nur Ilahi, insyaAllah..heehee


feel free to share and jangan tak komen naaa...(^_^)










Ahad, 30 Januari 2011

Case study Inject Pile

Assalamualaikum..lame tak update entri baru, sebenarnya dah lame bercadanga nak update entri tapi kekangan masa dan jadual harian yang sangat padat. Lagipun semesta akhir sekarang, jadi saya ada banyak tugasan akhir dan case study atau research yangbperlu dibuat.


Ilmu ada di mana-mana dan saya yakin itu. Baru-baru ini saya dan teman-teman sekelas ke ibu kota,Kuala Lumpur untuk melawat ke tapak bina bagi case study tentang "new piling". Bagi teman-teman yang tidak tahu tentang dunia pembinaan @ construction world, piling adalah cerucuk dalam bahasa melayu. Cerucuk penting dalam pembinaan sesebuah asas bangunan @ building foundation. 

ni tapak bina yang saya lawat untuk case study. under construction

Asas bangunan tu ape? ohh ya, asas bangunan tu adalah sokongan di bawah bangunan. Ye betul, di bawah lantai yang anda pijak di rumah tu, ada asas yang bangunan yang dibina. Asas bangunan ni umpama akar pokok. makin besar pokok makin kuatlah akar pokok tu untuk menahan pokok tu. Asas bangunan pun macam tu lah secara mudahnya ia menampung dan mengagihkan seluruh berat bangunan tu ke dalam tanah. kalau asas banguna tak kuat maka kebarangkalian untuk bangunan tu roboh adalah tinggi.


jadi kami ke KL untuk memahami konsep new piling yang bernama inject piling. Anda tahu inject piling??


ia adalah kaedah cerucukyang baru. Amat sesuai kalau klien nak bina bangunan baru di sekitar kawasan yang sudah ada bangunan. Kaedah inject pile ni lebih senyap dan tak menghasilkan hentakan yang kuat macam kaedah piling yang biasa digunakan. Anda mesti pernah dengar bunyi hentakan piling di tapak bina yang kuat . TANG,TANG,TANG...sungguh kuat dan menyakitkan telinga kalau anda tak tahan. Kaedah yang lama ni bukan saja menghasilkan bunyi yang kuat malan impact, gegaran dan kesan sampingan pada bangunan terdekat. Ia boleh menyebabkan bangunan berhampiran crack @ retak dan lebih teruk boleh merosakkan struktur bangunan lain.


ni lah mesin inject pile @ jeck in pile


mesin yang sama, photo angle yang berbeza

Tapi dengan inject piling, semua tu tak berlaku,InsyaAllah. Dengan menggunakan mesin khas, ia menggunakan sistem hidraulik untuk menanam piling. Mesin nyer besar dan berat. Lebih dari 100 Tan!!! berat tak??huhu..
rase bertuah dapat ilmu baru tentang piling sungguhpun ini adalah case study dari kumpulan lain, kredit kepada  Saujana 4 Sdn.Bhd. 


saya dan Tasriq Aizat(kanan) merangkap classmate n roomate




p/s- kalau nak tau lebih detail tentang ni leh mesej or post comment di fb,insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik