Cari Entri WADi

Ahad, 30 Januari 2011

Case study Inject Pile

Assalamualaikum..lame tak update entri baru, sebenarnya dah lame bercadanga nak update entri tapi kekangan masa dan jadual harian yang sangat padat. Lagipun semesta akhir sekarang, jadi saya ada banyak tugasan akhir dan case study atau research yangbperlu dibuat.


Ilmu ada di mana-mana dan saya yakin itu. Baru-baru ini saya dan teman-teman sekelas ke ibu kota,Kuala Lumpur untuk melawat ke tapak bina bagi case study tentang "new piling". Bagi teman-teman yang tidak tahu tentang dunia pembinaan @ construction world, piling adalah cerucuk dalam bahasa melayu. Cerucuk penting dalam pembinaan sesebuah asas bangunan @ building foundation. 

ni tapak bina yang saya lawat untuk case study. under construction

Asas bangunan tu ape? ohh ya, asas bangunan tu adalah sokongan di bawah bangunan. Ye betul, di bawah lantai yang anda pijak di rumah tu, ada asas yang bangunan yang dibina. Asas bangunan ni umpama akar pokok. makin besar pokok makin kuatlah akar pokok tu untuk menahan pokok tu. Asas bangunan pun macam tu lah secara mudahnya ia menampung dan mengagihkan seluruh berat bangunan tu ke dalam tanah. kalau asas banguna tak kuat maka kebarangkalian untuk bangunan tu roboh adalah tinggi.


jadi kami ke KL untuk memahami konsep new piling yang bernama inject piling. Anda tahu inject piling??


ia adalah kaedah cerucukyang baru. Amat sesuai kalau klien nak bina bangunan baru di sekitar kawasan yang sudah ada bangunan. Kaedah inject pile ni lebih senyap dan tak menghasilkan hentakan yang kuat macam kaedah piling yang biasa digunakan. Anda mesti pernah dengar bunyi hentakan piling di tapak bina yang kuat . TANG,TANG,TANG...sungguh kuat dan menyakitkan telinga kalau anda tak tahan. Kaedah yang lama ni bukan saja menghasilkan bunyi yang kuat malan impact, gegaran dan kesan sampingan pada bangunan terdekat. Ia boleh menyebabkan bangunan berhampiran crack @ retak dan lebih teruk boleh merosakkan struktur bangunan lain.


ni lah mesin inject pile @ jeck in pile


mesin yang sama, photo angle yang berbeza

Tapi dengan inject piling, semua tu tak berlaku,InsyaAllah. Dengan menggunakan mesin khas, ia menggunakan sistem hidraulik untuk menanam piling. Mesin nyer besar dan berat. Lebih dari 100 Tan!!! berat tak??huhu..
rase bertuah dapat ilmu baru tentang piling sungguhpun ini adalah case study dari kumpulan lain, kredit kepada  Saujana 4 Sdn.Bhd. 


saya dan Tasriq Aizat(kanan) merangkap classmate n roomate




p/s- kalau nak tau lebih detail tentang ni leh mesej or post comment di fb,insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik