Cari Entri WADi

Isnin, 7 Mac 2011

Sabah tanggung kos hantar balik pelajar ke Mesir


Assalamualaikum, syukur alhamdulillah dan tahniah kepada pelajar Sabah yang belajar di bumi Mesir. Harap lepas ni semua bertambah semangat dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu dalam bidang masing-masing. Tahniah mereka yang menghulurkan bantuan kepada pelajar sabah dan insyaAllah moga peroleh manfaat di masa akan datang.


bila lah ana nak dapat study kat al-azhar ni.... 


KOTA KINABALU 6 Mac - Sabah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajar negeri ini ke Mesir selain memberi wang saku sebanyak RM500 seorang. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, penghantaran secara berperingkat itu akan dimulakan pada 11 Mac ini menggunakan penerbangan berjadual. "Alhamdulillah, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberikan kebenaran untuk anak-anak kita kembali ke Mesir. "Jadi kita akan hantar mengikut keutamaan di mana sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan akan dihantar dahulu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan dengan pelajar dan keluarga penuntut Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini, hari ini.


Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Tun Said dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin. Pada majlis itu Musa turut menyampaikan wang saku berjumlah RM500 seorang kepada pelajar-pelajar Sabah yang mengikuti pengajian di Mesir.
Menurutnya, penghantaran berkenaan dijangka akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan. Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat seramai 325 pelajar Sabah yang belajar di Mesir. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 43 orang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sabah, Yayasan Sabah (82 orang), Pusat Zakat Sabah (136 orang), Majlis Amanah Rakyat (23 orang) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (dua orang). "Seramai 146 orang mengambil jurusan keagamaan, jurusan perubatan (175 orang), farmasi (dua orang) dan pergigian (dua orang)," katanya. Dalam pada itu, Musa berharap semua pelajar Sabah mengambil peluang melanjutkan pelajaran di Mesir untuk mempersiapkan diri dengan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna. "Saya nasihatkan mereka supaya menjaga nama baik Malaysia dan yang penting jangan terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti pembangkang yang cuba membuat fitnah," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai isu tanah adat di negeri ini Musa berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikannya dengan mengambil kira kepentingan penduduk. "Tanah adat adalah isu penting yang diberi keutamaan dan saya telah mengarahkan pihak-pihak berkenaan melakukan kajian menyeluruh mengenai tuntutan tanah adat," katanya.


sumber- Utusan Malaysia
p/s- kalau student UiTM dapat pun ok gak..heeheehee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik