Cari Entri WADi

Selasa, 22 Mac 2011

Serangan Udara Kedua Sasar Kediaman Pemimpin Libya

TRIPOLI: Armada perang Barat melancarkan gelombang kedua bedilan dari udara terhadap sasaran di Libya semalam dengan satu serangan peluru berpandu dilancarkan terhadap kediaman pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, di Tripoli ditafsirkan sebagai cubaan membunuhnya. 




Bangunan tiga tingkat itu terletak berdekatan khemah yang biasa digunakan Gaddafi. Serangan berlaku ketika 300 penyokong Gaddafi berada di sekitarnya tetapi tidak diketahui berapa ramai cedera atau maut. Sebelum ini, Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox menyatakan Gaddafi berkemungkinan menjadi ‘sasaran sah’ tentera bersekutu.



Pengerusi Kakitangan Turus Bersama Amerika Syarikat, Laksamana Mike Mullen, berkata zon larangan terbang sudah berkuat kuasa. 

Pegawai Amerika cuba mengelak operasi tentera terbaru dengan tindakan menggulingkan Presiden Iraq, Saddam Hussein, menekankan misi kali ini bukannya membunuh atau menjatuhkan Gaddafi. 

Mullen memberitahu televisyen CBS bahawa matlamat kempen udara itu belum pasti dan keadaan mungkin buntu, Pegawai kesihatan Libya berkata, 64 orang awam terbunuh kerana bedilan jet negara Barat. 

Serangan pertama pada Sabtu lalu menyaksikan 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan bertujuan menyekat kemaraan tentera Gaddafi di bandar Benghazi dan menyasarkan pertahanan udara Libya bagi membolehkan jet pejuang Barat meronda ruang udara Libya. 
Serangan kedua menyasarkan tentera Gaddafi di bandar Ajdabiyah di timur Libya. Jurucakap tentera Libya mengumumkan gencatan senjata terbaru kelmarin mulai 9 malam waktu tempatan (3 pagi di Malaysia). 

Ada kebimbangan askar Libya akan cuba masuk ke pusat bandar selepas Gaddafi berikrar bertarung hingga ke titisan darah terakhir. 

Di kota Benghazi, beberapa letupan dan tembakan senjata api kedengaran sekali sekala. Saksi berkata, tembak menembak itu berlangsung 40 minit. 

Campur tangan ketenteraan di Libya selepas diluluskan Majlis Keselamatan PBB adalah operasi terbesar terhadap sebuah negara Arab sejak pencerobohan Iraq pada 2003. – Reuters 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik