الخصائص الفيزيائية للنبي
الحديث ١
"Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, kulitnya tidak putih pucat juga tidak sawo matang, rambutnya ikal tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda menetap di Mekah (sebagai rasul) selama sepuluh tahun [1] dan di Madinah juga selama sepuluh tahun. Baginda diwafatkan oleh Allah dalam usia enam puluh tahun [2], dalam keadaan tidak sampai dua puluh helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya "
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Nota kaki:
[1] Sebenarnya Baginda menetap di Mekah selama 13 tahun. Maksud 10 tahun pada ayat itu ialah dikurangkan 2 tahun, iaitu tempoh masa wahyu diturunkan buat sementara waktu.
[2] Periwayat menggenapkan usia Baginda, kebanyakan riwayat menyebut Rasulullah s.a.w wafat pada usia 63 tahun.
[2] Periwayat menggenapkan usia Baginda, kebanyakan riwayat menyebut Rasulullah s.a.w wafat pada usia 63 tahun.
Hadith sahih. Diriwayatkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi'ah bin Abu 'Abdurrahman yang bersumberkan daripada Anas bin Malik.
Anas bin Malik atau nama sebenarnya Abu Nadhr Anas bin Malik al-Anshari al-Bukhari al-Khazraji. Pernah berkhidmat untuk Rasulullah s.a.w selama 10 tahun. Beliau merupakan sahabat baginda di Basrah yang paling akhir meninggal dunia iaitu pada tahun 71Hijrah.