Cari Entri WADi

Selasa, 14 Februari 2012

Bilakah Dibenarkan Berlakunya Perbezaan Pendapat (Khilaf) ?




السلام عليكم




Soalan: 

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Bilakah diakuinya perbezaan pendapat dalam masalah agama ? Apakah perbezaan pendapat terjadi pada setiap masalah atau hanya pada masalah-masalah tertentu? Kami mohon penjelasan.


Jawapan:

Pertama-tama perlu diketahui, bahwa perbezaan pendapat (khilaf) dalam kalangan ulama umat Islam ini adalah yang terlahir dari ijtihad, karena itu, tidak membahayakan bagi yang tidak mencapai kebenaran. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda.

"Jika seorang hakim memutuskan lalu berijtihad, kemudian ia benar, maka ia mendapat dua pahala. Dan jika ia memutuskan lalu berijtihad kemudian salah, maka ia mendapat satu pahala."(Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam Al-I'tisham (7325).)

Maka, bagi yang telah jelas baginya yang benar, maka ia wajib mengikutinya.  Perbezaan pendapat yang terjadi di antara para ulama umat Islam tidak boleh menyebabkan perbezaan hati, karena perbezaan hati boleh menimbulkan kerosakan dan mudharat yang besar, sebagaimana firman Allah.


وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfal : 46)


Perbezaan pendapat yang diakui oleh para ulama, yang kadang dinukil (dikutip) dan diungkapkan, adalah perbezaan pendapat yang kredibel dalam pandangan. Adapun perbezaan pendapat di kalangan orang-orang awam yang tidak mengerti dan tidak memahami, ia tidak diakui. Karena itu, hendaknya orang awam merujuk kepada ahlul ilmu yang lebih arif dan mehir darinya sebagaimana ditunjukkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.


فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 

" Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl : 43)


Kemudian pertanyaan penanya, apakah perbezaan ini terjadi dalam setiap masalah? Jawabnya: Tidak demikian. Perbezaan ini hanya pada sebagian masalah. Sebagian masalah disepakati, tidak ada perbezaan, Alhamdulillah, tapi sebahagian lainnya ada perbezaan pendapat karana hasil ijtihad, atau sebagian orang lebih tahu dari yang lainnya dalam menganalisis nas-nas dari Al-Kitab dan As-Sunnah. Di sinilah terjadinya perbezaan pendapat. Adapun dalam masalah-masalah pokok, sedikit sekali terjadi perbedaan pendapat.

Sumber:

[Dari Fatwa Syaikh Ibnu Utsaimin yang beliau tanda tangani, Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram]




والله أعلمُ بالـصـواب
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik