Akhir zaman ini pelbagai kisah-kisah aneh, misteri dan ada kalanya tidak terlintas di akal fikiran kita. Jika dahulu kita digemparkan dengan kisah sungai di dalam lautan, hari ini muncul pula kisah kewujudan udang mister yang tidak diketahui spesiesnya di dalam lubang gunung berapi. Berikut adalah petikan berita mengenainya,
PARIS - Lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang kecil yang tidak diketahui spesiesnya. Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut. Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton.
Mereka menggunakan sebuah robot kapal selam untuk meneroka lubang itu dan merakamkan gambar udang tersebut. - AFP
dipetik daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
Ulasan:
Kebesaran Allah s.w.t itu ada di mana baik di langit mahupun di muka bumi. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan pengajaran yang tersirat di sebalik penciptaan dan kewujudan sebagaimana firman Allah:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (al-Imran:119)
ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
"Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya." (al-Hashr:2)
و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام عليكم و رحمة الله و بركاته