Cari Entri WADi

Khamis, 5 Januari 2012

[Soal Jawab] Sahkan Solat Dengan Darah dan Nanah?





السلام عليكم



 Soalan: Sebagai seorang penghidap penyakit kencing manis, saya sukar untuk solat dengan selesa kerana darah dan nanah kerap keluar pada kaki ketika solat. Adakah sah solat jika darah atau nanah keluar ketika sedang solat? Mohon penjelasan dan dalil yang berkaitan.

Jawapan:

Berikut adalah jawapan ringkas bagi persoalan yang dikemukakan oleh penanya di atas:


Keluarnya darah dari bisul atau badan tidak membatalkan wudhu'. Hanya sahaja sebilangan rakyat negara ini dengan mudah menyatakan batal tanpa dalil. Yang berpendapat batal ialah madzhab Hanafi dan Hanbali jika darah keluar dalam bentuk masyfuh (mengalir dgn banyak). Menurut al-Qardhawi, keluarnya darah tidak membatalkan wudhu' adalah pendapat yang rajih kerana tidak ada dalil yang menyokongnya (batal wudhu'). (Fiqh Thaharah, alQardhawi, ms 252)




1. Darah yg keluar sedikit itu dima'afkan, tambahan pulak dia adalah orang yg udzur. Dalilnya:


ما زال المسلمون يصلون في جراحاتهم

الراوي: الحسن المحدث: الألباني - المصدر: تمام المنة - الصفحة أو الرقم: 50

خلاصة الدرجة: رواه البخاري معلقا بغير إسناد، وقد وصله ابن أبي شيبة بإسناد صحيح


" Kaum muslimin tetap melakukan solat dengan luka-luka mereka."(HR al-Bukhari dari al-Hasan (al-Basri))


al-Albani menyatakan dalam Tamam al-Minnah ta'aliq atas Fiqh Sunnah, hadith ini dikeluarkan oleh al-Bukhori tanpa sanad, tapi sanadnya disambung oleh Ibn Abu Syaibah di dalam al-Musyanifnya dengan sanad yg sahih


2. Nanah


وسئل أبو مجلز عن القيح يصيب البدن والثوب ؟ فقال : ليس بشئ ، وإنما ذكر الله الدم ولم يذكر القيح


Diajukan soalan kepada Abu Mijlaz* mengenai nanah bisul yg menimpa badan dan pakaian? Kata beliau, "tidak apa-apaan, yg disebut Allah ialah mengenai darah sahaja, adapun nanah tidak disebut. (Fiqh Sunnah, 1:16 e-book)
*Abu Mijlaz, ialah Lahiq bin Hamid al-Sadusi al-Basyri, tabi'in besar Basrah, wafat 106H, pernah mendengar dari Ibn Abbas, Mu'awiyah dan Anas bin Malik.


Berkata Syaikhul islam Ibn Taymiyah al-Harani

وقال ابن تيمية : ويجب غسل الثوب من المدة والقيح . والصديد ، قال : ولم يقم دليل على نجاسته ، انتهى والاولى أن يتقيه الانسان بقدر الامكان


tidak ditemui dalil akan kenajisan nanah. (Fiqh Sunnah, 1:16 e-book)


- Amal Dengan Ilmu -


WADi




والله أعلمُ بالـصـواب

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik