Cari Entri WADi

Rabu, 18 Januari 2012

Membunuh Untuk Berseronok


السلام عليكم


KELUARGA ini membayar ratusan ribu ringgit untuk menembak mati zirafah ketika memburu secara sah.
KELUARGA ini membayar ratusan ribu ringgit untuk menembak mati zirafah ketika memburu secara sah.


LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati semata-mata untuk berseronok. Pelancong seperti keluarga itu membayar ratusan ribu ringgit untuk memburu secara sah haiwan berkenaan. Ramai yang membawa pulang kepala haiwan itu untuk sebagai kenang-kenangan bercuti di Afrika.

Pakar zirafah, Dr Julian Fennessey berkata: “Ada yang datang dari Britain, tetapi sebahagian besarnya dari Amerika Utara, Jerman, Russia dan Scandinavia. “Ada pemburu hanya berminat untuk bergambar bersebelahan dengan bangkai haiwan itu. “Tetapi yang lain, mengupah pengawet haiwan memenggal kepala binatang itu supaya mereka boleh membawanya pulang sebagai cenderamata. Ada yang mahukan kulitnya.


Pemburu terbabit membayar sehingga �10,000 (RM50,000) untuk ekspedisi memburu zirafah. Kelab Safari dan Taman Negara mengenakan bayaran sebanyak �1,500 (RM7,500) untuk yuran trofi dan tambahan �1,000 (RM5,000) sehari untuk mengupah jurupandu. Populasi zirafah berkurangan sebanyak separuh sejak 1988, daripada 140,000 kepada kurang 80,000. Haiwan itu kini dipercayai semakin pupus di negara seperti Angola, Mali dan Nigeria. Tetapi di Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe, memburu zirafah masih dibenarkan. - The Sun


p/s- Ada yang berminat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik