Cari Entri WADi

Sabtu, 30 Januari 2010

PLANET UTARID




Pada sekitar tahun 1970, kapal angkasa Pioneer 10 telah melawat planet Utarid. Secara amnya planet Utarid boleh dilihat hampir dengan ufuk semasa matahari tebit dan terbenam.

Planet Utarid ialah sebuah planet berkawah yang tidak mengandungi udara dengan saiz 1/3 diameter bumi, iaitu hampir sama dengan saiz bulan. Ia dpengaruhi tekanan pasang-surut (tidal force). Selain daripada itu, suhu pada permukaan planet ini panas. Pada waktu siang suhunya mencecah sehingga 700K (427°c), manakala suhu pada waktu malamnya pula ialah 100K (-173°c). Suhu yang melampau ini menyebabkan planet itu tidak dapat mengekalkan atmosferanya. Mealaui pemeriksaan spektrum, terdapat sisa-sisa hidrogen, helium, oksigen, potassium dan sodium. Unsur-unsur ini telah dibawa oleh angin suria (solar wind). Selain itu, permukaan planet (kerak) itu ialah permukaan yang berbatu yang ‘dilukai’ oleh kawah-kawah (craters) yang berbagai saiz.

Dalam penjelajahan Pioneer 10 ke planet itu,satu lembah yng panas yang dinamakan ‘caloris’ (haba) telah dijumpai. Lembah ini terletak di sebelah utara dan selatan, iaitu pada perihelion yang berselang-seli. Perihelion ialah kawasan yang paling dekat dengan matahari, manakala adhelion pula ialah kawasan yang paling jauh dengan matahari. Lembah caloris ini ialah lembah gergasi yang terhasil daripada kesan hentaman (1300 km) yang kuat. Semasa hentaman itu berlaku, satu gelombang ‘seismik’ akn wujud dan menghasilkan lembah. Di dalam lembah ini pula terdapat bulatan-bulatan lain dan gunung yang setinggi 3 km. Sebahagian dari lembah ini diisi dengan belerang.

Daripada gambar foto yang diperolehi dari ‘mariner’, terdapat satu corak (pattern) di permukaan Utarid yang tidak terdapat di permukaan bulan. Corak ini dipanggil ‘Lobate scarps’ iaitu satu lengkungan curam yang besar yang wujud selepas kewujudan ‘caloris’. Ia terbentuk akibat proses penyejatan dan penyejukan yang terjadi diplanet ini denan ketinggian 3 km dan panjang beratus-ratus kilometer. Planet Utarid tidak seperti planet bulan. Ini kerana ia tidak mempunyai ‘dark maria’




Mengikut pengiraan, planet Utarid adalah 60% lebih tumpat daripada bulan. Disebabkan oleh permukaannya yang berbatu, terasnya mestilah besar dan tumpat seperti logam. Haba di planet ini cepat hilang kerana saiznya yang kecil. Terdapat juga medan magnet diplanet ini, iaitu wujud besi lebur teras. Besi yang lebur itu bercampur dengan sulfur dan ini menahannya dari membeku. Asasnya, teras planet ini lebih besar berbanding kerak dan mantelnya.

Tidak terdapat banyak fakta yang menyatakan tentang planet Utarid. Daripada fakta yang telah berjaya dikumpulkan telah dijadikan hipotesis gabungan dan daripada hipotesis ini, didapati Utarid terbentuk daripada nebula suria berdekatan dengan matahari. Planet ini bersaiz kecil, tetapi tumpat dan panas. Saiznya yang kecil disebabkan oleh kandungan bahan pepejal nebula suria berdekatan matahari dan kebanyakan bahan itu adalah logam. Peringkat kedua planet ialah sangat berkawah dan sangat cepat, tetapi apabila debuan sistem suria diangkat, kawah berkurangan. Planet Utarid secara umumnya, aktiviti geologi adalah mati.

SISTEM SURIA

Pengenalan

Sistem suria kita dikenali sebagai BIMA SAKTI(Milky Way). Selain daripada bima sakti, dipercayai terdapat banyak lagi galaksi-galaksi lain diluar sistem suria kita. Pusat kepada bima sakti adalah matahari.Jisim pusat sistem suria kita, matahari adalah lebih kurang 10exp30 kilogram. Matahari terbentuk hasil gabungan awan, gas dan debu diangkasa. Ia terbentuk 5 bilion tahun dahulu. Dan ia dikelilingi oleh 9 planet-planet yang mengikut susunan seperti berikut. 



  • Utarid
  • Zuhrah
  • Bumi
  • Marikh
  • Musytari
  • Zuhal
  • Uranus
  • Neptun
  • Pluto
Semua planet-planet ini mempunyai ciri-ciri tertentu. Musytari ialah 317 kali lebih besar dari bumi. Marikh pula mempunyai gurun maut dan terdapat atmosfera asid sulfurik di planet zuhrah. Bagi setiap planet mempunyai kehidupan, mestilah mempunyai keadaan suhu, tekanan dan ketumpatan yang sesuai.
Selain daripada planet-planet, terdapat juga bintang-bintang didalam sistem suria kita. Bintang berasal dari planet-planet yang tidak jadi membentuk. Ada bintang yang mati dan ada yang hidup. Sebelum sesuatu bintang itu mati, akan berlaku satu letupan besar yang dipanggil supernova berlaku. Ia akan menghemburkan segala nya(besi, kuprum dll). Sesuatu bintang hanya boleh dikatakan berjisim besar jika jisimnya 8 kali lebih besar dari matahari. Bintang yang jisimnya lebih kecil dari 8 kali jisim matahari akan menghasilkan letupan nova jika meletup. Bintang yang meletup sebagai supernova kebarangkalian besar menjadi 'Lohong Hitam'(Black Hole). Bima sakti mempunyai lebih 100 bilion bintang termasuklah matahari.


Umur Sistem Suria

Mengikut Teori Nebula, umur sistem suria kita mestilah sama dengan umur matahari. Dijangka umur sistem suria adalah 4.6bilion tahun. Cara mengukur atau mengira umur jasad semawi adalah dengan mengambil unsur-unsur dari planet dan menganalisa unsur radioaktifnya.
Batu yang tertua yang terdapat dibumi berumur 3.9 bilion tahun dahulu. Manakala batu yang dibawa balik dari bulan oleh Apollo berumur 4.48 bilion tahun. Metiorit yang berasal dari marikh yang jatuh kebumi pula berumur 4.5 bilion tahun. Oleh itu, dari penemuan-penemuan ini, dapat dirumuskan yang umur sistem suria kita adalah lebih kurang 4.6 bilion tahun.


Ciri-Ciri Sistem Suria

Terdapat 5 ciri penting untuk sistem suria kita.

  • Berbentuk cakera - Ianya berbentuk cakera dan mengorbit didalam satah yang sama. Arah peredaran dan putaran juga sama.
  • Dua jenis planet - Terdapat 2 jenis planet iaitu Terrestrial planet dan Jovian planet.
  • Sistem planet bergelang - Planet musytari, zuhal, uranus dan neptun mempunyai gelang.
  • Hamparan ruang - Terdapat asteroid, komet dan meteor.
  • Berumur lebih kurang 4.6 bilion tahun.

Jumaat, 15 Januari 2010

nilai ilmu bagi islam dan kristian


Ruginya Golongan Kristian yang Berilmu...



Alangkah ruginya golongan Kristian yang berilmu.. Agama Kristian tidak menghargai langsung individu yang berilmu.. Di dalam bab yang bernama Ecclesiastes 1:18 ada disebutkan, "Because in much wisdom is much grief, and increase of knowledge is increase of sorrow." Ianya bermaksud, "Kerana dalam banyaknya ilmu terdapat banyak kesedihan.. Dan peningkatan dalam ilmu pengetahuan bermakna meningkatnya kesedihan."

http://tell.fll.purdue.edu/JapanProj/FLClipart/Verbs/read.gif

Disebut juga di dalam Ecclesiastes 2:15 ‘... As it comes to the foolish man, so will it come to me; so what then do I gain by being wise? Then I said in my heart: This again is to no purpose.’ Ianya bermaksud, "Apa yg menimpa orang yang bodoh juga akan ditimpakan kepada aku.. Maka apa kelebihan yang aku dpt jika aku berilmu?? Kemudian aku berkata di dlm hati: Perkara ini langsung tidak ada tujuan."

http://img182.imageshack.us/img182/9757/islamhn4.jpg

Untungnya Mukmin yang Berilmu..


Islam amat menghargai umatnya yang berilmu.. Tidak kiralah ilmu duniawi atau ukhrawi.. Saintis Islam yang berilmu sebenarnya lebih mulia daripada saintis yang bukan Islam di sisi Allah..

Menjadi orang yang beriman pun sudah cukup untung.. apatah lagi jika menjadi orang beriman yang berilmu.. lagilaaah untung..

http://www.queens.cam.ac.uk/Queens/Images/Library.jpg

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 269 pula disebutkan bahawa barangsiapa yg diberikan ilmu pengetahuan, sebenarnya dia telah diberikan kebaikan yang saaangat banyak..


http://img160.imageshack.us/img160/1046/269uv8.jpg
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
Al-Baqarah, 2:269



Tidak rugi menjadi orang yang berilmu di dalam Islam.. Anjing yang berilmu (dilatih) pun turut diangkat darjatnya oleh Allah.. Sehinggakan Allah menghalalkan daging binatang buruan yang ditangkap oleh anjing buruan yang terlatih.. Apatah lagi jika manusia yg berilmu..

Di dlm kisah Nabi Sulaiman a.s. dgn jin ifrit yg disebutkan dlm surah An-Naml ayat 39 hingga 40, jin ifrit berjanji akan membawa mahligai Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman sebelum beliau bangun dari tempat duduk beliau.. Namun seorang lelaki yang dikatakan mempunyai ILMU tentang kitab dapat berbuat lebih dari itu.. Beliau menjanjikan mahligai tersebut sebelum Nabi Sulaiman mengelipkan mata beliau.. Begitulah kelebihan orang yang berilmu..


http://img182.imageshack.us/img182/5403/3940wl5.jpg
"Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah."
An-Naml, 27:39-40



http://members.ozemail.com.au/~zaynabelfatah/ALLAH.jpg

Namun orang mukmin yang beriman perlulah sentiasa menyedari bahawa ada Zat lain yang mempunyai ilmu yg jauh lebih banyak daripada mereka.. Ini disebutkan dengan jelas di dalam surah Yusuf ayat 76. Orang mukmin yang mempunyai nilai ini sudah pasti tidak akan berasa sombong dan bongkak dengan ilmu yang dimilikinya.. Mereka tidak akan kedekut dgn ilmu yang mereka miliki.. Malah mereka akan terus memberi dan memberi, kerana mereka yakin Allah pasti akan melipatgandakan ilmu yg sedia ada yang diajarkan..


http://img182.imageshack.us/img182/5889/76ht6.jpg
"Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin) kemudian dia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah dia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui,"
Yusuf, 12:76


http://img511.imageshack.us/img511/4307/anaksolehdz8.jpghttp://img152.imageshack.us/img152/2127/thafiz2nk3.jpg

http://www.latterdaysaintbooks.com/web/books.gifhttp://www.churchedit.com/images/giveMoney.gif

Ilmu bermanfaat yang disebarkan merupakan harta kita yg paling berharga di akhirat kelak.. Ia merupakan antara 3 perkara yang akan berterusan pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia selain sedekah jariah yg berterusan manfaatnya serta anak soleh yg mendoakan kita..

Dalil Hukuman Rejam










Musuh-musuh Islam mengatakan hukuman rejam bagi penzina yang sudah berkahwin itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sesungguhnya, hukuman rejam dengan batu sehingga mati kepada pesalah zina BUKANLAH HANYA terdapat di dalam Islam sahaja. Di dalam sebuah hadith: 

Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”. Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”. Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari] 

Berdasarkan hadith di atas, di dalam Kitab Taurat, terdapat hukuman rejam bagi penzina lelaki dan perempuan. Tetapi persoalannya… Adakah benar terdapat ayat yang menyebut tentang hukuman rejam di dalam Taurat? Kita umat Islam wajib mempercayai hadith tersebut kerana kesahihan hadith tersebut. Tetapi, ketahuilah… hadith di atas adalah BENAR. Mari kita lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama ini:

22:22 Kalau seorang laki-laki tertangkap basah selagi ia bersetubuh dengan istri orang lain, kedua-duanya harus dihukum mati. Dengan demikian kamu memberantas kejahatan itu.  
22:23 Misalkan di dalam kota seorang laki-laki tertangkap basah selagi ia bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunangan dengan orang lain.  
22:24 Dalam hal itu mereka harus dibawa ke luar kota dan DILEMPARI DENGAN BATU SAMPAI MATI. Gadis itu harus dibunuh karena ia tidak berteriak minta tolong, sedangkan hal itu terjadi di dalam kota, di mana teriakannya dapat didengar. Dan orang laki-laki itu harus dibunuh karena ia bersetubuh dengan gadis yang sudah bertunangan. Dengan menghukum kedua-duanya, kamu memberantas kejahatan itu.


[Revised Standard Version of the Bible, Old Testament (Kitab Perjanjian Lama), Deuteronomy (Ulangan), Chapter (Bab) 22, Verse (Ayat): 22-24] 


Nah… sudah terang lagi bersuluh. Benarlah hadith di atas yang mengatakan hukaman rejam terdapat di dalam Taurat. Maka, tertutuplah mulut musuh-musuh Islam yang mengatakan undang-undang Islam itu zalim sedangkan tuduhan itu BATIL. Sesungguhnya Judaism dan Christianity juga mempunyai undang-undang rejam bagi kesalahan zina. Tetapi kita harus ingat bahawa, Bible yang ada hari ini tidaklah serupa seperti yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. kerana Taurat dan Injil kebanyakan ayatnya sudah ditukar dan dipalsukan. 

Di dalam Islam, lelaki dan perempuan yang berzina akan dihukum dengan seratus kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun bagi mereka yang belum berkahwin, sebagaimana firman Allah s.w.t: 

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang daripada keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. [Surah An-Nur: 2] 

Dan hadith:

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar orang yang belum berkahwin yang bersalah melakukan zina, disebat 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. [Sahih Al-Bukhari] 


Manakala orang yang sudah berkahwin, jika melakukan zina, maka hukumannya adalah direjam dengan batu sehingga mati, sepertimana hadith: 

Daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari: Seorang lelaki daripada Bani Aslam telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan memberi tahu Baginda bahawa dia (lelaki tersebut) telah melakukan zina, dan dia telah mengangkat sumpah pengakuan (melakukan zina) sebanyak empat kali. Rasulullah s.a.w. telah mengeluarkan perintah supaya lelaki itu direjam sehingga mati kerana dia (lelaki tersebut) telah berkahwin. [Sahih Bukhari] 

Sesungguhnya untuk menjatuhkan hukuman hudud ini terhadap seseorang amatlah susah kerana ketatnya syarat-syarat yang dikenakan. Antara syarat-syaratnya ialah hendaklah ada empat orang saksi yang adil melihat perbuatan zina itu sepenuhnya, orang yang melakukan zina itu tidak pula gila dan dipaksa melakukan zina dan beberapa syarat lain lagi. Selain itu, mereka yang menuduh seseorang itu berzina tanpa mendatangkan empat orang saksi yang adil, akan dikenakan pula hukuman 80 kali sebatan, sebagaimana firman Allah s.w.t. 

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. [Surah An-Nur: 4] 



Islam adalah agama yang ADIL dan sekali-kali tidak menzalimi sesiapapun, tetapi manusialah yang menzalimi dirinya sendiri apabila tidak mentaati perintah Allah s.w.t dan rasul-Nya. Wa Allahu A'lam..
Untuk rujukan berkenaan zina dan isu-isu berkaitannya di dalam Al-Quran, telah saya lampirkan di bawah ini. 


Kejahatan Zina
Hukum berzina 
Kekejian berzina: 4:24, 4:25, 5:5, 17:32, 19:28, 23:7, 70:31Keutamaan meninggalkan hal-hal yang keji: 4:31, 17:32, 23:5, 23:10, 23:11, 42:37, 53:32, 70:29, 70:30, 70:31Dipaksa berbuat zina: 24:33Zina anggota badan: 24:30, 24:31

Penetapan berzina
Kesaksian atas zina: 4:15, 24:4, 24:13
Sanksi berzina

Mendera pelaku zina 
Jumlah dera bagi pelaku zina: 24:2Mendera perawan pelaku zina: 24:2Mendera hamba wanita pelaku zina: 24:25Cara-cara mendera pelaku zina: 24:2

Tuduhan Zina Hukum menuduh orang lain berbuat zina
Menuduh berzina adalah dosa besar: 24:4, 24:23
Sanksi menuduh orang lain berbuat zina
Mendera orang yang menuduh berzina: 24:4Kesaksian penuduh zina tidak diterima: 24:4Penuduh zina yang menyesal dan menarik kembali tuduhannya: 24:5


Rujukan: 


[Interpretation of The Meanings Of The Noble Qur’an in the English Language, Volume 5 
Bible, Revised Standard Version dan terjemahan Indonesia]

Rabu, 13 Januari 2010

NASYID-(RABBANI_Intifada)



Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa rindu
Gemersiknya Lagu

Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk Dia

Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh-rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman

Oh... semerbak harum bingkisan annur
Berterbangan tinggi ke Intifada
Oh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari

Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut bernyanyi
Zikir tidak henti

Lunak diukir seni
Halus menghiasi
Persada alam ini
Hidup tidak mati

Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

kisah kolam susu





Pada zaman dahulu kala, ada seorang sultan bernama Alam Syahbana telah memerintahkan hamba-hamba istana supaya mengorek tanah untuk membuat sebuah kolam yang sederhana saiznya.Setelah kolam tersebut siap, Sultan Alam Syahbana memerintahkan rakyat jelata untuk mengisi kolam tersebut dengan segelas susu awal lembu setiap seorang pada waktu malam ketika bulan sedang mengambang.


Ada seorang lelaki bernama Awang Selamat telah mendengar titah perintah tersebut dan bersegera pulang ke rumah untuk membuat persiapan segelas susu awal lembu. Tiba-tiba Awang Selamat telah mendapat satu idea yang dirasakan baik. Awang Selamat bercadang untuk membawa segelas air kosong sahaja dengan beranggapan tiada siapa yang akan tahu dan melihat kerana malamkan gelap...


Seperti yang diperintahkan, ketika bulan sedang mengambang, setiap seorang rakyat jelata tanpa mengira usia dan darjat masing-masing menunaikan perintah Sultan Alam Syahbana. Pada pagi keesokan harinya, Sultan Alam Syahbana ingin melihat kolam tersebut kerana ingin melihat hasilnya. Tetapi alangkah terkejutnya Sultan Alam Syahbana apabila melihat kolam tersebut dipenuhi air kosong bukannya susu awal lembu seperti yang diperintahkan. Kemudian, Sultan Alam Syahbana pun pulang ke istana dengan perasaan yang hampa.

Sahabat-sahabat sekalian... Kenapakah peristiwa diatas berlaku??? Tidak lain dan tidak bukan kerana masing-masing berfikiran seperti Awang Selamat, "Aku tak perlu bawa segelas susu awal lembu tu.. buat apa? membazir... kalau aku bawa air kosong pun tak menjejaskan apa-apa kerana orang lain tak tahu. Biarlah orang lain yang membawa susu tu".

Sahabat-sahabat sekalian... tanggungjawab 'Amar Maaruf dan Nahi Mungkar' adalah agenda kita bersama sebagai seorang muslim. Marilah kita menyambung mata rantai perjuangan Islam yang telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. lagi. Kalau bukan kita siapa lagi??? Renung...renungkanlah.


Sabtu, 2 Januari 2010

Apa Itu Sains

http:/www.addienblog.blogspot.com/search/label/sainsApa
yang dimaksudkan dengan sains? Jawapan untuk pertanyaan ini akan agak kompleks
termasuk jawapan dari para ilmuwan sendiri. Namun, bagi seorang guru sains
jawapannya akan sangat berarti, karana selain menunjukkan apa yang dia fahami
juga akan mempunyai pengaruh yang menentukan terhadap apa yang dia ajarkan pada
siswa, bagaimana cara dia mengajarkannya di kelas serta apa yang dia harapkan
dari siswa melalui evaluasi/penilaian. 








Secara sederhana sains dapat berarti sebagai tubuh
pengetahuan (body of knowledge) yang muncul dari pengelompokkan secara
sistematik dari pelbagai penemuan ilmiah sejak zaman dahulu, atau biasa disebut
sains sebagai produk. Produk yang dimaksud adalah fakta-fakta,
prinsip-prinsip, model-model, hukum-hukum alam, dan berbagai teori yang
membentuk semesta pengetahuan ilmiah yang biasa diibaratkan sebagai bangunan
dimana pelbagai hasil kegiatan sains tersusun dari berbagai penemuan
sebelumnya. Sains juga boleh diertikan sebagai suatu kaedah khusus untuk
memecahkan masalah, atau biasa disebut sains sebagai proses. Kaedah
ilmiah merupakan hal yang sangat menentukan, sains sebagai proses ini sudah
terbukti mampu memecahkan masalah ilmiah yang juga membuat sains terus berkembang
dan merevisi berbagai pengetahuan yang sudah ada.


Selain itu sains juga boleh difahami sebagai
suatu penemuan baru atau hal baru yang dapat digunakan setelah kita
menyelesaikan permasalahan tekniknya, yang tidak lain biasa disebut sebagai
teknologi. Teknologi merupakan suatu sifat nyata dari aplikasi sains, suatu cabang
dari sains yang mempunyai kekuatan untuk melakukan sesuatu. Sehingga biasanya
salah satu definisi popular tentang sains termasuk juga teknologi di dalamnya. 



Jumaat, 1 Januari 2010

Kerana Engkau Insan Terpilih


Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..




Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.


13 wasiat - Sudut bacaan agama




 1. Jangan terlalu mudah ketawa, jangan berjalan tanpa tujuan, jangan bertanya tanpa guru dan jangan mensia-siakan harta dunia anda.
2. Jangan cenderung kepada dunia, anda akan jadi hina.
3. Jangan bersahabat kerana sesuatu hajat.
4. Untuk mencari teman yang sejati, ujilah kemarahannya.
5. Makanlah bersama orang yang bertakwa dan bermesuarah bersama orang alim.
6. Ketahuilah bahawa memindahkan batu yang lebih besar lebih mudah dari memberi pengertian kepada seseorang yang tidak mahu mengerti.
7. Jiran yang jahat adalah lebih berat daripada mengangkat besi yang yang berat.
8. Takutkan Allah dengan sebenar-benar takut kerana anda akan terlepas dari sifat-sifat putus asa..
9. Jauhi diri anda dari hutang kerana menjadikan diri anda hina pada waktu malam dan siang.
10. Marah orang tua anda adalah ibarat siraman air kepada tanaman yang kering kontang.
11. Orang yang bertawaduk kepada Allah adalah orang yang merasa dirinya hina dan rendah semasa beribadat.
12. Orang yang bersedia diberi nasihat dan selepasnya insaf akan sentiasa mendapat kemuliaan dari Allah.
13. Dunia ibarat lautan dalam. Banyak manusia karam, jika ingin selamat naikilah bahtera yang bernama TAQWA, isinya adalah IMAN, layarilah dengan TAWAKKAL.

- 10 WASIAT IMAM SHAFIE -


Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam kadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"

Pertama : Hak Kepada Diri
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua : Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga : Hak Kepada Kubur
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat : Hak Kepada Mungkar dan Nankir
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka pAda Hari Akhirat)
Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokan akhlak.

Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAW
Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.

Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik