Cari Entri WADi

Jumaat, 30 Disember 2011

[WANITA] Persoalan Hukum Merancang Kehamilan



Isu perancang kehamilan adalah sesuatu yang tidak asing lagi di zaman ini sekalipun di negara-negara Islam seperti di Malaysia. Dalam era serba moden ini manusia semakin bijak menyelusuri kehidupan dalam apa jua perkara termasuklah merancang keluarga sama ada untuk kebaikan atau untuk keburukan. Seperti yang hangat diperkatakan, kehamilan seseorang wanita boleh dirancang dengan menggunakan kaedah moden seperti pil perancang, suntikan, implanon dan sebagainya. Timbul persoalan apakah hukum merancang kehamilan bagi wanita? 

Terlebih dahulu meneliti apakah pandangan Islam terhadap perkara tersebut, marilah kita sama-sama memahami beberapa definasi dan pengenalan berikut :

1 - TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : Ertinya : Merancang Keluarga , seperti dengan cara berjimak dengan isteri pada tarikh dan masa yang tertentu , ataupun dengan cara selainnya dengan tujuan untuk menyusun jadual kehamilan mengikut kehendak sepasang suami – isteri . Nama lain bagi Tanzim Al-Usrah ini ialah “ Tanzim An-Nasal “ ( تنظيم النسل ) yang bererti : Merancang Kelahiran . Ianya dilakukan menurut tempoh tertentu , bukannya secara kekal.

2 – TAHDID AN-NASAL ( تحديد النسل ) : Ertinya : Membatasi Kelahiran , seperti alat kelamin lelaki ataupun perempuan dimatikan fungsinya , sehingga tidak boleh menghasilkan sperma yang boleh menyebabkan seseorang zuriat itu lahir. Nama lain bagi proses ini ialah “ Tahdid Al-Usrah “ ( تحديد الأسرة ) yang bermakna : Membatasi Keluarga . Di dalam kitab-kitab Fiqh klasik , istilah untuk proses yang sama seperti ini dinamakan sebagai “ At-Taa’qim “ ( التعقيم ) ertinya : Proses Pemandulan . Kalau untuk binatang diertinkan sebagai : Proses Pengkasian . Proses pemandulan ini @ membatasi keturunan ini dilakukan untuk jangka masa yang kekal-abadi.

3 - ‘AZAL ( العزل ) : Proses menahan ataupun menghalang mani lelaki daripada masuk ke dalam rahim wanita , samada dengan cara menumpahkannya , ataupun dengan memakai kondom dan seumpamanya. Dilakukan agar wanita tersebut tidak hamil. 

..............................................................................................................


TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : MERANCANG KELUARGA 

Walaupun Islam sememangnya mahukan umat yang ramai akan tetapi di dalam beberapa ketika, dibenarkan bagi sepasang suami-isteri itu untuk merancang keluarganya iaitu dengan menggunakan sistem di atas.

Tanzim Al-Usrah ini dibenarkan di atas sebab-sebab berikut :

1 – Agar si ibu mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menghadapi anak yang akan datang dan tempoh untuk menyusui anak yang pertama itu sempurna selama dua tahun sebagaimana menurut ajaran Al-Quran Al-Karim. Selain itu, dengan menyusun jadual kehamilan bagi tempoh 2-3 tahun bagi setiap kehamilan , lebih memberikan kekuatan dan tenaga kepada si ibu.Lihat dan pelajari Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 233.

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ ۚ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَ ۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوا أَوْلَادَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّا آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (al-Baqarah:233)


2 – Jika si ibu itu lemah fizikalnya , tidak berupaya untuk selalu bersalin.

3 – Jika si ibu itu ataupun si bapa mempunyai “ penyakit keturunan “ yang boleh menjangkiti si anak yang bakal dilahirkan.

4 – Terdapatnya sebab-sebab ekonomi bagi sesebuah keluarga itu , seperti keadaan susah dan miskin . Perkara ini diistilahkan oleh ulama’ , khasnya oleh Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali (rh) sebagai : “ الخوف من الوقوع في الضيق بسبب كثرة الأولاد “ yang bermaksud : Bimbang terjerumus ke dalam lembah kesusahan disebabkan ramainya anak.

5 – Si ibu itu sememangnya mempunyai penyakit , dan jika dia beranak lagi, penyakit yang dideritai itu akan lambat sembuh , ataupun tidak sembuh ataupun anak yang bakal dilahirkan itu dalam keadaan yang amat sukar. 

Apabila terdapatnya salah-satu daripada sebab-sebab di atas , dan ianya disememangnya disahkan oleh orang yang ‘alim di dalam agama , dengan kerjasama daripada seorang pakar perubatan yang amanah , maka Tanzim Al-Usrah ini harus dilakukan menurut pandangan Islam.

............................................................................................


TAHDID AN-NASAL ( تحديد النسل ) MEMBATASI KELAHIRAN : 

Proses membatasi kelahiran ini dilakukan dengan cara memandulkan si suami ataupun si isteri agar mereka tidak lagi boleh menghasilkan zuriat di masa yang akan datang. Sama ada ianya dilakukan secara proses pembedahan , ataupun dengan mengambil jenis-jenis makanan tertentu dan seumpamanya.

Walaupun tiada nas yang jelas di dalam Al-Quran , mahupun Al-Hadits yang menyatakan mengenai HARAMNYA MEMBATASI KELAHIRAN ( PROSES PEMANDULAN ) seperti ini , akan tetapi majoriti ulama’ Islam menyatakan perkara itu sebagai HARAM dan DITEGAH OLEH SYARAK .

Namun minoriti ulama’ pula menyatakan bahawa ianya DIBENARKAN OLEH SYARAK berdalilkan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Asy- Syura , ayat 50 :

أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَن يَشَاء عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Ertinya : “ Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada sesiapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa “ .

Daripada ayat di atas, maka minoriti ulama’ ini pun mengatakan : “ Jika Allah Ta’ala sendiri memang menciptakan sebahagian manusia itu ada yang mandul disebabkan ada hikmahnya, maka tidaklah salah jika sebahagian manusia itu juga boleh jadi mandul disebabkan ada maslahahnya ( kebaikannya ) “.

Dan sebahagian ulama’ Fiqh membenarkan proses pemandulan ini jika ada penyakit yang berhubungan dengan seks , akal ataupun diri , yang mana telah dikenal-pasti sebagai sakit yang berbahaya lagi tiada ubatnya dan penyakit itu pula boleh menjangkiti anak yang bakal dilahirkan lagi berbahaya.

Namun , setelah diambil-kira semua pendapat ulama’ di dalam hal ini , maka PENDAPAT YANG PALING MENEPATI KEHENDAK SYARIAT ISLAM ITU SENDIRI IALAH : HENDAKLAH DILAKUKAN PROSES PEMANDULAN INI BUAT SEMENTARA WAKTU SAHAJA , BUKANNYA UNTUK SELAMA-LAMANYA . KERANA INSYA-ALLAH ADA PENYAKIT BAGI SETIAP UBAT ITU – KECUALI PENYAKIT AS-SAM : MATI – Dan apabila ditemui ubat tersebut , maka proses pemandulan seperti ini sudah tidak lagi diperlukan. Dan kemungkinan juga , jika sesebuah keluarga itu susah , barangkali di kemudian hari kelak , setelah mereka dikurniakan rezeki daripada Allah Ta’ala secara berlimpah-ruah , di saat itu sudah tentu mereka sangat berhajat kepada zuriat yang ramai . Dan kalaulah mereka melakukan proses pemandulan yang kekal , sudah pasti mereka tidak akan memperolehi zuriat sendiri di kemudian hari. Apatah lagi , proses pemandulan yang bersifat kekal ini adalah satu kezaliman ke atas makhluk Allah Ta’ala yang mana kezaliman merupakan satu perkara yang sangat ditentang dan dilarang oleh Islam !. 


................................................................................................


‘AZAL ( العزل ) : MENAHAN SPERMA DARIPADA MASUK KE DALAM RAHIM


Perkara ini sendiri pernah berlaku di masa hidupnya Baginda Rasulullah s.a.w .

عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَلَغَ ذَلِكَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَنْهَنَا

Ertinya : “ Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 ) . 

Dan bagi seseorang suami tidak dibenarkan melakukan perkara tersebut melainkan dengan redha isterinya , dan tentulah sebuah kebahagian rumahtangga yang diimpikan itu tidak akan menjadi realiti andainya tiada kesefahaman dan redha-meredhai di antara anggota rumahtangga itu.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad



RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN : 

1 – YASALUNAKA ‘ANID DIN WAL HAYAH – JILID I
‘Allamah Dr. Ahmad Ash-Syarbasi ( Profesor Universiti Al-Azhar )
ms 234 – 243 . Terbitan Darul Jil , Beirut.

2 – FATWA WA AHKAM LIL MARAH AL-MUSLIMAH
‘Allamah Syeikh Atiah Saqr ( Bekas Pengerusi Fatwa Al-Azhar )
ms 221 , Terbitan : Maktabah Wahbah , Cairo.

3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIYYAH
‘Allamah Dr. Nasr Farid Wasil ( Bekas Mufti Republik Arab Mesir )
ms 304 . Terbitan : Al-Maktabah At-Tawfiqiah , Cairo.

4 – KATA BERJAWAB 1-5
Al-Fadhil Ustaz Abdul Qadir Hassan ( Guru Pesantren PERSIS Bangil )
Terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil, Indonesia.




و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Khamis, 29 Disember 2011

[Muharam] Peritiwa Bulan Muharam



Perkongsian kali ini adalah seputar peritiwa-peristiwa pentinga yang berlaku dalam kalander Hijrah yang cukup sinonim dengan umat Islam. Sungguhpun telah tiba bulan safar ketika ini, maka adalah lebih baik andai ia dimulakan dengan Muharam sebagaimana turutan yang telah kita sedia maklum

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah fathul Makkah (pembukaan Makkah) 


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَهُمْ ۗ قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنبِيَاءَ اللَّهِ مِن قَبْلُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

1. 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

2. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
3. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
4. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
5. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
6. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
7. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
8. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
12. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
14. Hari pertama Allah menciptakan alam.
15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
17. Allah menjadikan 'Arasy.
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
19. Allah menjadikan alam.
20. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
21. Nabi Isa diangkat ke langit

wallahua'lam

Rabu, 28 Disember 2011

[FATWA] Hukum Menyusukan Anak Angkat


Setiap pasangan yang berumah tangga mengimpikan zuriat yang akan mewarisi generasinya. Dan setiap zuriat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t perlu dijaga dengan baik dan sempurna mengikut kemampuan. Salah satu darinya adalah menyusukan bayi sebagai mana yang kita sedia maklum akan fitrah bayi yang baru lahir itu memerlukan makanan yang mudah dicerna dah dihadam olehnya iaitu susu ibu. Namun bagi mereka yang tidak atau masih belum dikurniakan anak kemudian mengambil anak angkat yang masih bayi atau terjumpa bayi kemudian dijadikan anak angkat, maka sudah pasti bayi tersebut perlu disusukan dari ibu baru yang bertanggungjawab ke atasnya. Jadi timbul persoalan apakah hukum bagi wanita yang menyusuka bayi atau anak angkatnya. Setelah merujuk kepada Jabatan Fatwa Kebangsaan dan Negeri berikut adalah jawapan yang diberikan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: 

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.

Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.

Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan
;b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.

Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.

Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.

Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

wallahua'lam. 


~Amal Dengan Ilmu~

WADi

Selasa, 27 Disember 2011

Serangan Bom Pada Hari Krismas Di Nigeria






MADALLA, Nigeria - Satu siri letupan bom pada Hari Krismas yang menyasarkan gereja-gereja dan letupan berani mati di sini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang. Pihak pemerintah menyalahkan sebuah kumpulan Islam, Boko Haram ekoran kejadian itu. Jurucakap kumpulan tersebut mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut di sebuah gereja di luar Abuja dan juga bagi kematian lain.

Gelombang pembunuhan yang melanda Afrika dikutuk Amerika Syarikat. White House menyatakan ia sebagai keganasan yang tidak munasabah manakala pihak Vatican menyifatkan ia sebagai satu tindakan kebencian yang membabi-buta. Seramai 35 orang terbunuh di luar sebuah gereja Katolik. Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan berjanji akan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Katanya, dua orang yang disyaki terlibat dengan serangan berdekatan Abuja telah ditahan. Pihak berkuasa Nigeria tidak dapat menghalang serangan tersebut walaupun tindakan tegas tentera yang telah mengangkap sejumlah anggota Boko Haram. Serangan bom turut berlaku di luar kawasan gereja di pusat bandar Jos. Seorang anggota polis mati ditembak.

Satu lagi letupan lagi menyasarkan sebuah gereja di kawasan timur laut Gadaka pada malam Krismas lalu. Dua letupan lain berlaku di bandar Damaturu pada Hari Krismas, termasuk serangan berani mati. Serangan bom turut berlaku di gereja St Theresa Katolik diluar bandar Abuja kelmarin. 

Sumber : Agensi

p/s- Beryukurlah kerana di negara kita, perayaan masih dapat diambut dengan aman dan damai tidak seperti negara-negara yang lain. Mekipun perayaan ini tidak melibatkan umat Islam, namun kita dituntut untuk menghormati dan tidak menganggu perayaan agama selain dari Islam. Mudah-mudahan keamanan akan terus bertapak di Bumi Malaysia, insyaAllah

Isnin, 26 Disember 2011

Nabi Muhammad Menewaskan Ahli Gusti


Daripada Abu Daud dan al-Timizi, daripada Abi Ja'far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi s.a.w untuk beradu kekuatan. Baginda menerima cabaran tersebut dan mereka pun bertarung. Ketika mereka berlawan menguji kekuatan, Nabi s.a.w berjaya menewaskan Rukanah. Dalam riwayat Abu Bakr bin al-Syafi'e dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Yazid bin Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya. Dia mencabar Nabi s.a.w untuk bergusti dengannya. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah. Lalu mereka pun bertarung dan baginda berjaya mengalahkannya (Rukanah). Baginda menundukkannya sebanyak 3 kali dalam 3 pusingan berturut-turut!

Akhirnya Rukanah akur dengan kekalahannya lantas berkata: 

"Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku sehingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain darimu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu RasulNya. " 

Nabi Muhammad s.a.w kemudian telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan oleh Rukanah sebagai pertaruhan itu. 

(Hadith riwayat Abu Daud; 4077, al-Tirmizi; 1844, al-Hakim 3/452)

Ahad, 25 Disember 2011

[HOT ] Larangan Mengucapkan Merry Christmas Kepada Kristian



Sebenarnya tiada nas yang jelas daripada al-Quran dan hadis yang mengharamkan orang Muslim mengucap tahniah dan menghadiri perayaan bukan Muslim. Tetapi orang Muslim yang berfikiran tertutup termasuk yang menjadi ulama mempunyai banyak sebab membolehkan mereka mengharamkan perkara itu. Salah satu sebabnya seperti disebut forumner di atas, iaitu kerana orang Kristian didakwa syirik, maka kita mengucap tahniah kepada orang Kristian dan menghadiri majlis Krismas mereka dianggap menjadi syirik yang dosa lebih besar dari menyuruh orang berzina, minum arak, membuka aurat, main judi, membunuh dan sebagainya. Dia lupa bahawa Nabi Muhammad s.a.w. memberi penghormatan kepada mayat bukan Muslim, Allah membenarkan orang Muslim makan dan kahwin dengan wanita Ahli Kitab dan sebagainya.

Di atas adalah nukilan daripada kata-kata Astora Jabat dalam ruangan Bicara Agama, Mingguan Malaysia pada 26 Disember 2004. Ringkasnya dalam artikel beliau yang berjudulUcapan selamat Hari Krismas syirik?¸Astora Jabat berpendapat dibolehkan mengucapkanMerry Christmas kepada orang-orang beragama Kristian. Dalilnya adalah, seperti biasa, tidak ada nas yang jelas daripada al-Qur’an dan as-Sunnah yang melarang orang Islam mengucapkanMerry Christmas kepada orang Kristian.Sememangnya sudah tidak asing lagi bagi kita semua bahawa antara bentuk dalil yang masyhur di sisi Astora Jabat dan lain-lain tokoh Islam Liberal dalam menegakkan sesuatu fahaman mereka ialah “tidak ada nas yang jelas”. Kemudian mereka mencari apa sahaja penguat yang lain untuk mendukung fahaman tersebut. Semua ini seolah-olah Islam adalah satu agama vakum yang boleh dipenuhi oleh apa sahaja yang dikehendaki oleh seseorang.

Sampai-sampai kita boleh umpamakan, berlaku satu kes ragut beg tangan di hadapan orang ramai. Salah seorang daripada orang yang menyaksikan kes tersebut berkata:

“Selamat meragut beg tangan, tahniah!”.



Lalu orang ramai menegur: “Kenapa anda mengucapkan tahniah kepada peragut itu?”

Orang itu menjawab: “Tidak ada nas yang jelas daripada al-Qur’an dan as-Sunnah yang melarang kita daripada mengucapkan tahniah kepada seorang peragut. Adakah kalian lupa bahawa mungkin dia kelaparan dan inginkan wang untuk membeli makanan? Adakah kalian lupa bahawa dia mungkin rindu kepada kawan-kawannya dan ingin menggunakan talifon bimbit dalam beg tangan untuk menalifon mereka?”

Penulis yakin ramai pembaca yang akan menolak perumpamaan di atas. Ini kerana meragut beg tangan adalah perbuatan mencuri yang dilarang dalam Islam. Lebih dari itu kita tidak boleh membenarkan satu perbuatan yang salah dengan memberikan alasan-alasan “tujuan yang baik” di sebaliknya. Akan tetapi inilah yang dilakukan oleh Astora Jabat. Jika benar tidak ada nas jelas yang melarang mengucap Merry Christmas, maka demikian juga, tidak ada nas jelas yang melarang mengucapkan tahniah kepada peragut beg tangan. Jika ucapan Merry Christmas boleh diperkuatkan dengan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, maka demikian juga, amalan mengucapkan tahniah kepada peragut boleh diperkuatkan dengan tujuan baik yang mendorong dia melakukan tindakan sedemikian.

Demikianlah agama Islam menurut Astora Jabat dan lain-lain tokoh Islam Liberal, ia adalah ruang vakum yang boleh dipenuhi dengan apa sahaja yang dikehendaki oleh seseorang. Sebenarnya perbincangan sama ada boleh atau tidak mengucapkan Merry Christmas adalah sesuatu yang telah lama dibicarakan kepada para ilmuan Islam. Insya-Allah dalam risalah ini penulis akan cuba mengupasnya secara adil berdasarkan petunjuk al-Qur’an, as-Sunnah dan pemikiran yang sihat. Sebelum dimulakan, adalah penting untuk kita terlebih dahulu memahami apa dan kenapa masyarakat Kristian menyambut Hari Natal (Christmas Day).

Christmas Day menurut orang Kristian adalah sambutan hari ulangtahun kelahiran anak Allah di mukabumi, iaitu Jesus. Tumpuan tidaklah diberatkan kepada tarikh 25 Disember tetapi pada diri Jesus itu sendiri yang telah dikorbankan oleh Allah demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini tidak patut dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan sambutan Christmas Day. Apabila penulis menaip “Why do we celebrate Christmas” di enjin carian internet www.google.com, hasil penemuan pertama yang dikemukakan menyebut:

Why do we celebrate Christmas? It is Jesus' birthday! His mommy was Mary and His earthy Father was Joseph. His real Father is God and Jesus was God's gift to all of us! Christmas is the celebration of the birth of Jesus. Christians decided to celebrate this day many years after He was born. December 25 was picked as this day, even though it probably is not the exact day He was born. That is not as important as the reason we celebrate Christmas. Jesus is the reason for the season. The season is not just to receive gifts, get time off from school or eat a lot of good stuff. Remember that Jesus was born for us...to take away our sins...so that we can be forgiven of the bad things we do forever. This is the greatest gift of all! [www.godschildrenscorner.com]



Jelas Christmas Day adalah sambutan bersempena dua perkara, pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua: pengorbanan Jesus oleh Allah sendiri demi menghapuskan dosa-dosa manusia. Adalah memadai dalam artikel ini kita memberi tumpuan kepada yang pertama sahaja, iaitu Jesus sebagai anak Allah. Apakah pandangan Islam tentang dakwaan Allah memiliki anak? Jawapannya boleh diperolehi secara jelas daripada al-Qur’an.



Pertama, Allah adalah Tuhan yang bebas daripada diperanakkan atau memiliki anak. AllahSubhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".

[al-Ikhlas 112:1-4]

Kedua, mengatakan Allah memiliki anak adalah satu kesalahan yang amat berat:

Dan mereka berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.” Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak.[Maryam 19:88-92]



Ketiga, dakwaan Allah memiliki anak adalah sebahagian daripada kepercayaan Trinity yang dipegang oleh orang-orang Kristian. Kepercayaan Trinity bermaksud Allah adalah tiga sekalipun satu, iaitu (1) The Father, (2) The Son and (3) The Holy Spirit. Ini adalah satu kesalahan yang telah dinyatakan oleh al-Qur’an sejak lebih 1400 tahun yang lalu:

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). [an-Nisa’ 4:171]



Keempat, apabila orang-orang Kristian enggan berhenti daripada kepercayaan Trinity mereka sebagaimana yang dilarang oleh ayat 171 surah an-Nisa’ di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘alamenghukum mereka kafir:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [al-Maidah 5:73]

Ayat-ayat al-Qur’an di atas tidaklah bersifat samar-samar dalam menyatakan kesalahan mendakwa Allah memiliki anak. Pengkhususan diberikan kepada kepercayaan agama Kristian yang mendakwa Jesus adalah anak Allah. Jesus sebagai anak Allah adalah salah satu unsurTrinity. Berpegang kepada kepercayaan sebegini adalah satu kekafiran yang tidak diragukan lagi.

Alhamdulillah umat Islam bebas daripada kepercayaan Allah memiliki anak dan Trinity.Akan tetapi umat Islam tidak sahaja dituntut untuk menjauhi kepercayaan sedemikian tetapi juga dilarang daripada membantu atau menyokongnya. Ini kerana di dalam Islam, apabila sesuatu perkara itu adalah salah maka kita bukan sahaja dituntut untuk menjauhi kesalahan tersebut tetapi juga dilarang daripada membantu dan menyokong kesalahan itu. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. [al-Maidah 5:02]

Termasuk dalam keumuman perintah “…bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan…” ialah membetulkan kepercayaan orang-orang Kristian. Hal ini kita lakukan bukan dengan menzalimi mereka tetapi dengan dakwah dan dialog dengan cara yang terbaik, yakni dengan ilmu dan hikmah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, melainkan kepada orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka. Dan katakanlah (kepada mereka yang zalim): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu. Dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri." [al-Ankabut 29:46]

Termasuk dalam keumuman perintah “…janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa…” ialah jangan kita membantu dan menyokong kepercayaan orang-orang Kristian. Di antaranya ialah jangan diucapkan: “Merry Christmas” kerana dengan ucapan ini atau apa-apa yang seumpama, kita mengiktiraf kepercayaan mereka dan memberi ucapan tahniah untuk mereka meneruskan kepercayaan tersebut. Ini dilarang dan amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya dituntut ke atas kita.


Adapun tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani, ia adalah tindakan yang menafsirkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [al-Mumtahanah 60:08]

Akan tetapi menghormati dan berbuat baik kepada orang bukan Islam, dalam kes ini orang-orang Kristian, tidaklah sampai ke tahap membenarkan dan membantu kepercayaan mereka yang syirik kepada Allah. Sebagai contoh, apabila memerintahkan anak-anak berbuat baik kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan jika mereka berdua (ibubapa) mendesak kamu supaya mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. [Luqman 31:15]

Jelas bahawa berbuat baik tersebut adalah dengan syarat ia tidak melibatkan apa-apa yang bersifat syirik kepada Allah. Jika melibatkan syirik maka tidak ada ketaatan. Namun sekalipun dalam suasana syirik tersebut, anak-anak tetap dituntut bergaul dengan ibubapa mereka dengan cara yang baik.

Justeru kita memang dituntut berbuat baik kepada orang-orang bukan Islam. Akan tetapi tuntutan ini tidaklah ke tahap kita melakukan syirik kepada Allah atau kita mengiktiraf dan membantu orang bukan Islam melakukan syirik kepada Allah. Hal ini perlu dibezakan dengan baik. Perhatikan bahawa sekalipun Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghormati dan berbuat baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, baginda tidak sekali-kali memberi ucapan tahniah dan menyertai perayaan keagamaan mereka.

Timbul persoalan seterusnya, bagaimana seharusnya sikap kita kepada majikan, guru, rakan-rakan, jiran-jiran dan ahli keluarga kita yang menyambut Christmas Day? Untuk menjawab persoalan ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian melakukan satu anjakan paradigma. Sedar atau tidak, kita umat Islam apabila menghadapi sesuatu persoalan seringkali akan cuba mengubahsuai agama Islam supaya selari dengan persoalan tersebut. Kenapa tidak dilakukan yang sebaliknya, iaitu mengubahsuai persoalan supaya selari dengan agama Islam? Sudah sampai masanya Islam dan umatnya menjadi pemimpin, bukan asyik dipimpin.

Dalam kes ini, sikap kita terhadap orang-orang Kristian yang berkaitan ialah menerangkan kepada mereka bahawa kita menghormati kepercayaan yang mereka pilih. Akan tetapi tidaklah bererti kita mengiktiraf dan menyertai perayaan keagamaan mereka kerana ia bertentangan dengan prinsip agama kita sendiri. Melalui penerangan yang berhikmah dan ilmiah, pasti mudah untuk orang-orang Kristian menerimanya. Malah mungkin ia dapat membuka ruang dakwah untuk kita membetulkan kepercayaan Trinity yang mereka pegangi.

Sudah tentu bahawa penjelasan dalam dua perenggan terakhir di atas adalah berdasarkan kemampuan setiap individu. Jika seseorang tersepit dalam suasana yang menekan, maka dibolehkan baginya mengucapkan Merry Christmas sebagai pilihan yang terakhir. Allah sebagai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengetahui apabila seseorang hambanya terpaksa melakukan satu perkara yang tidak diingininya.

Perkara lain yang perlu digariskan adalah, tidak mengucapkan Merry Christmas tidak bererti akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana perpaduan rakyat bukan bererti persatuan agama tetapi saling menghormati ajaran agama masing-masing.

Menghormati ajaran agama masing-masing bukanlah bermaksud kita umat Islam perlu mengalah kepada orang Kristian dengan mengucapkan Merry Christmas kepada mereka, tetapi dengan orang Kristian sendiri yang mengalah kepada umat Islam dengan menghormati kenapa ajaran Islam melarang umatnya daripada mengucapkan Merry Christmas.

wallahua'lam

Disediakan oleh: Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah
Editor : WADi

Jumaat, 23 Disember 2011

ALLAH, The One and Only


As a muslims, we believe that human have their Creator. We believe that we and all human being have been created by The One who are Most Powerful and have a power to creat and destroy anything, anytime and everywhere. He must be the ONLY ONE that manage everything. He is Allah,

Allah, God Who Exist


وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

And if you should ask them, "Who has created the heavens and the earth?" they would surely say, "They were created by the Exalted in Might, the Knowing." (Surat Az-Zukhruf (The Ornaments of Gold):9)



Allah, The Creator

هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Has there [not] come upon man a period of time when he was not a thing [even] mentioned? Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing. (Surat Al-'Insān (The Man): 1-2)



Allah, The Lord



وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

And [mention] when your Lord took from the children of Adam - from their loins - their descendants and made them testify of themselves, [saying to them], "Am I not your Lord?" They said, "Yes, we have testified." [This] - lest you should say on the day of Resurrection, "Indeed, we were of this unaware."  (Surat Al-'A`rāf (The Heights): 172)


وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


And if Allah should touch you with adversity, there is no remover of it except Him. And if He touches you with good - then He is over all things competent. (Surat Al-'An`ām (The Cattle):17)


Khamis, 22 Disember 2011

Fiqh Sunnah (4) : Sunnah dan Fadhilat Dalam Wuduk



SUNNAH DALAM BERWUDUK



1. Menggosok-Gosok Anggota Basuhan

Sebagaimana hadis Abdullah bin Zaid:

“Sesungguhnya telah dibawa kepada Nabi s.a.w. tiga mud (cupak) air, maka Nabi telah berwudhuk dan menggosok-gosok kedua tangannya.” (HR. Ibnu Hibban, no: 1083)

2.  Melebarkan Basuhan Wuduk

Sabda Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya, umatku akan dipanggil pada hari kiamat kelak dalam keadaan putih (pada dahi) dan bercahaya (pada anggota) kerana kesan-kesan wudhuk. Maka barangsiapa yang mampu melebarkan warna putihnya, maka lakukanlah.” (HR. Bukhari, no: 136)

3. Tidak Membazir (Berlebihan) Menggunakan Air Ketika Berwuduk

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan...” (al-Israa’ 17: 27)

“Beginilah wudhuk, barangsiapa yang menambah ke atasnya maka dia telah melakukan kesilapan, berlebih-lebihan dan zalim.” (HR. An-Nasai’e, no: 140, dinilai hasan sahih oleh al-Albani di dalam sahih Sunan an-Nasai’e, 1/33)

“Sesungguhnya akan ada di kalangan umat ini, satu kaum yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa.” (HR. Abu Daud, no: 96, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/21)

Imam al-Bukhari (w. 256H) telah berkata: “Nabi s.a.w. telah menerangkan bahawa wudhuk difardhukan (basuhannya) sekali, dua kali, dan tiga kali, dan tidak lebih dari tiga kali, dan Ahli Ilmu membenci berlebih-lebihan dalam berwudhuk dan melebihi (bilangan) yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.”. (Rujuk Sahih Bukhari, 1/62)

4. Membasuh Sebanyak Satu, Dua atau Tiga Kali

Dibolehkan membasuh anggota wuduk satu kali satu kali, dua kali dua kali dan tiga kali tiga kali, tetapi tidak dibolehkan membasuh sehingga empat kali. Sepakat ulama bahawa membasuh sekali hukumnya wajib. Sementara membasuh dua kali dan tiga kali adalah sunnah. (Lihat Majmu al-Fatawa. 1/229.) Kecuali kepala dan telinga hanya diusap sekali (dan hukumnya bid’ah jika diusap melebihi sekali) usapan. (Lihat: Bidayatul Mujtahid 1/13. Tarjih Ibnu Rusyd.) Yang paling sempurna ialah mencontohi Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan melakukan tiga kali (selain kepala dan telinga). Adapun hadis-hadis yang membolehkan satu kali, dua kali dan tiga kali cucian ialah:

“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Telah berwuduk Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam (dengan membasuh) satu kali, satu kali”.( H/R Bukhari 1/226.)

Ada kalanya Rasulullah sallallahu ‘aliaihi wa-sallam membasuh anggota wuduknya dua kali, dua kali.

“Dari Abdullah bin Zaid radiallahu ‘anhu berkata: Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berwuduk (membasuh anggota wuduk) dengan dua kali, dua kali”. (H/R Bukhari 1/226.)

Ada kalanya baginda membasuh anggota wuduk dengan tiga kali, tiga kali:

“Baginda membasuh anggota-anggota wuduknya tiga kali”. (H/R Bukhari dan Muslim.)

“Dari Uthman bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berwuduk (membasuh anggota wuduk) tiga kali tiga kali”. (H/R Ahmad dan Muslim.)

“Dari Amr bin Syu’aib radiallahu ‘anhu dari ayahnya dari datuknya, ia berkata: Telah datang seorang Badwi kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menanyakan masalah wuduk lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memperlihatkannya tiga kali tiga kali dan baginda bersabda: Itulah bilangan wuduk maka barangsiapa menambah dari itu maka ia telah berbuat keburukan, pelanggaran dan kezaliman”. (H/R Ahmad, Nasaii dan Ibnu Majah.)

5. Berdoa Selepas Berwuduk

Berkata Ibnu Qaiyim rahimahullah:

“Setiap hadis mengenai zikir ketika sedang berwuduk yang dibaca oleh orang awam bagi setiap anggota wuduk adalah bid’ah, tiada asalnya dari syara. Hadis-hadis mengenainya bercanggah dan dusta semata-mata. Nabi tidak pernah mengucapkannya dan tidak pernah mengajarkannya kepada ummah. Yang benar diterima dari Nabi hanyalah tasmiyah (membaca bismillah) pada permulaan wuduk dan selepas (selesai) berwuduk, tidak pula diriwayatkan sesuatu pun dari Nabi, tidak juga dari para sahabat, tabi’in bahkan tidak terdapat dari imam yang empat”.

Tiada sembarang apapun bacaan, doa atau zikir semasa berwuduk, sama ada sebelum atau semasa membasuh tangan, berkumur-kumur, membasuh muka atau semasa membasuh setiap anggota-anggota wuduk lainnya. Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah:

“Semua doa-doa ketika sedang berwuduk tidak ada asalnya (dari syara), tidak pernah disebut oleh para salaf”.

Namun terdapat doa sejurus atau selepas berwuduk sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُسْبِغُ الْوُضُوْءَ ، ثُمَّ يَقُوْلُ

“Dari Umar bin al-Khattab radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiada seorang pun antara kamu yang berwuduk dengan sempurna, kemudian ia mengucapkan:

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

Pasti (yang membaca doa di atas ini) akan dibukakan baginya kelapan-lapan pintu syurga, ia boleh masuk yang mana dia kehendaki”. (H/R Muslim No. 234. Abu Daud no. 169. Tirmizi No. 55. Nasaii. 148. Dan Ibnu Majah. 470.)

Pada hadis riwayat Imam at-Tirmizi terdapat penambahan di hujungnya, iaitu:

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ

“Ya Allah, jadikanlah aku golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku golongan orang-orang yang membersihkan diri!” Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Albani rahimahullah.

“Dari Abi Sa’ied al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Barangsiapa berwuduk kemudian setelah selesai ia membaca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ اَللَّهُمَّ وَأَتُوْبُ اِلَيْكَ

Maka (dengan membaca doa ini) dituliskan di tempat tulisan, kemudian terpelihara dalam lambaran, maka tidak akan binasa sehingga ke hari kiamat”. Dinilai sahih oleh al-Albani. Lihat: Al-Jami’ 6046.

6. Dibolehkan Mengeringkan Anggota Wuduk Selepas Berwuduk
Tiada sebarang larangan dari Nabi s.a.w. berkenaan hal mengelap basahnya anggota wudhuk. Namun ada sebahagian ulama berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Maimunah r.anha selepas menerangkan tentang sifat mandi Rasulullah s.a.w., beliau (Maimunah) berkata:

“...kemudian aku membawa kepada Baginda s.a.w. selembar kain (untuk mengelap), Baginda s.a.w. tidak mengambilnya, sebaliknya berlalu dan mengibas-ngibas tangannya.” (HR. Bukhari, no: 272)

Syaikh Soleh al-Uthaimin memberi komentar terhadap kenyataan di atas dengan menyebut: “Sesungguhnya perbuatan ini terdapat beberapa kemungkinan, iaitu samaada sebabnya terdapat pada kain itu, seperti tidak bersih, ataupun Baginda s.a.w. tidak mahu membasahi kain tersebut dengan air..., dan kemungkinan sebab Maimunah r.’anha membawa kain kepada Baginda s.a.w., menunjukkan bahawa kebiasaan Baginda s.a.w. adalah mengelap anggota basuhan, sekiranya ianya (mengelap) bukan dari kebiasaan Baginda s.a.w., necaya Maimunah r.’anha tidak akan membawanya (kepada Rasulullah)...” (rujuk: as-Syarhu al-Mumti’ ‘ala Zaadi al-Mustaqni, oleh Ibnu Uthaimin, 1/53)

Pendapat al-Uthaimin diperkuatkan lagi dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Slaman al-Farisi r.a.:

“Sesungguhnya Rasulullah telah berwudhuk, maka Baginda membalikkan jubah shuf (dari bulu), dan menyapu dengannya wajah Baginda s.a.w.” (HR. Ibnu Majah, no: 468)

Kesimpulannya, wallahu ‘alam, dibolehkan bagi kita mengeringkan anggota basuhan dengan kain atau memadai dengan mengibas-ngibas tangan tanpa mengelap anggota.

7. Mendirikan Solat Dua Rakaat Selepas Berwuduk
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.a. tentang sifat wudhuk Nabi s.a.w.:

“Barangsiapa yang berwudhuk seperti wudhukku ini, kemudian dia bersolat dua rakaat, sementara dia tidak berkata sesuatu pun antara keduanya, di-ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari, no: 158, Muslim, no: 226)





FADHILAT


1. Wuduk Sebahagian Daripada Iman

Diriwayatkan daripada abu Malik al-Ash’ari r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman...(HR. Muslim, no. 223)

2. Wuduk Yang Sempurna Akan Menghapuskan Dosa-Dosa

Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimnya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. (H/R Muslim 1/148)

“Dari Umar radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya”. (H/R Muslim 3/133.)

“Barangsiapa yang berduduk seperti ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”.( H/R Msulim 3/113)

“Dari Abu Malik al-Asy’ari radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Bersuci itu sebahagian dari iman”. (H/R Muslim. 1/140)

“Dari Humran bin Aban, bahawasanya Uthman radiallahu ‘anhu meminta air untuk berwuduk, lalu dia menyebutkan sifat wuduk Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam kemudian beliau berkata di penghujung hadis: Barangsiapa yang berwuduk seperti wudukku ini, kemudian ia mendirikan solat dua rakaat dengan tidak berkata-kata yang keji pada diriya maka (wuduk dan solatnya) maka diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah berlalu”. (H/R Bukhari 11/213. Muslim 226. Dan An-Nasaii. 1/698)

“Barangsiapa berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian ia pergi ke masjid, lalu ia dapati orang-orang sudah selesai mengerjakan solat maka Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang yang sudah solat, tidak dikurangi sedikitpun dari ganjaran yang mereka perolehi”.( H/R Abu Daud No. 564. Nasaii. No. 865. Dinilai Sahih oleh Al-Albani. Lihat: Sahih Jamiu as-Saghir. No. 6039)

“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat derajat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (Kalimah مكاره yang jamaknya مكره ialah keadaan susah/sulit untuk mengerjakan wuduk, seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”. (H/r Muslim. 133)

“Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ketika sampai ke perkuburan, baginda mengucapkan salam: (Kesejahteraan atas kamu wahai penghuni negeri kaum mukminin, insya-Allah tidak lami lagi kami akan menyusul kamu). Alangkah gembiranya hatiku ketika hendak melihat saudara-saudaraku! Para sahabat berkata: Bukankah kami saudara-saudara engkau wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kamu ini adalah para sahabatku, adapun saudara-saudaraku ialah orang-orang yang belum muncul. Mereka bertanya: Bagaimana engkau dapat mengenali keadaan umat yang belum muncul itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagaimana pendapat kamu, dimisalkan ada seorang mempunyai seekor kuda berwarna putih yang berada di tengah-tengah kuda yang berwarna hitam pekat, tidakkah ia dapat mengenali kuda itu? Benar wahai Rasulullah, ujar mereka! Baginda bersabda: Demikianlah halnya mereka itu, mereka datang dalam keadaan putih cermerlang bertanda disebabkan dari wuduk, sedangkan aku menjadi perintis mereka menuju telaga. Ketahuilah, sesungguhnya ada beberapa orang yang didorong masuk telaga sebagaimana unta yang sesat yang diusir, aku menyeru mereka: Marilah ke sini, marilah ke sini, marilah ke sini!” (H/R Malik, Nasaii 1/93-94. Ibnu Majah No. 4306. Ibnu Khuzaimah No. 6. Ahmad 2/300, 408. Muslim. 1/150.Lihat Mukhtasar Sahih Muslim No. 129. Baihaqi 4/78. Dan Abu Daud. No. 3237.)

“Dari Abi Umamah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”.( H/R Ahmad. 5/252. Dinilai Hasan oleh Nasruddin al-Albani rahimahullah dalam Jamiu as-Saghir. No. 461)

2. Wuduk Mengangkat Darjat Manusia

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sukakah kamu semua jira aku tunjukkan lepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Maka Baginda s.a.w. pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhuk walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)…” (HR. Muslim, no: 253)

3. Wuduk Membuka Pintu Ke Syurga

Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiada seorangpun dari kalian yang berwudhuk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wudhuknya, kemudian dia mengucapkan: Asyhadu alla Ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluhu, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu manapun yang dia kehendaki.” (HR. Muslim, no: 234)

4. Wuduk Memberi Cahaya (Nur) Kepada Manusia Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wudhuk”. (HR. Muslim, no: 250)

5. Wuduk Membuka Ikatan-Ikatan Syaitan

Dari Abu Hurairah r.a., beliau meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w., bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda s.a.w.:

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhuk pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, wudhuk, dan bersolat), maka dia akan menjadi buruk jira dan pemalas”. (HR. Bukhari, no: 1091)


Semoga dengan perkongsian ini menambahkan kefahaman anda dalam tatacara berwuduk dan fadhilatnya yang sebenar. Sesungguhnya beruntunglah orang yang beramal dengan amalan para Nabi dan sahabat serta tabiin. Mereka golongan yang mengikut sunnah dalam beramal tanpa melakukan penambahan atau mengada-adakan amalan yang baharu yang tiada asalnya dari Rasulullah s.a.w. Wallahua'lam

Rabu, 21 Disember 2011

Manhaj Golongan Yang Selamat : Manhaj al-Firqotun Najiyyah (Siri 2)



siri ini adalah sambungan daripada siri  satu

7. Golongan yang selamat ialah para ahli hadith. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
“Akan sentiasa ada di kalangan umatku hingga datang keputusan Allah (kiamat) kelak, sekelompok orang yang memperjuangkan kebenaran, di mana penghinaan orang-orang tidak akan membahayakan mereka sedikitpun“ (Riwayat Muslim)

Seorang penyair pernah berkata dalam bait syairnya:
“Para ahli hadith adalah termasuk orang yang dekat dengan Nabi s.a.w kerana sekalipun jasad mereka tidak bertemu dengan Baginda, tetapi jiwa mereka selalu dekat dengan Rasulullah s.a.w“

8. Golongan yang selamat menghormati imam Mujtahid terdahulu namun tidak pernah taksub dan fanatik kepada salah seorang daripada mereka semua. Golongan yang selamat mengambil pemahaman fiqh dari al-Quran, hadith-hadith sahih, dan pendapat imam mujtahid yang sejalan dengan hadith sahih. Ini kerana mereka (imam mujtahid) telah mewasiatkan bahawa pengikut mereka mengambil hadith yang sahih dan meninggalkan pendapat mereka jika bertentangan dengan hadith sahih itu.

9. Golongan yang selamat mengajak kepada kebaikan dan melarang perbuatan mungkar. Mereka melarang segala bidaah dalam ibadah dan memerangi golongan lain yang memecahkan ummah, yang membuat bidaah atau perkara yang diada-adakan daam ibadah dan yang menjauhkan diri daripada sunnah Rasulullah s.a.w  dan para sahabat.

10. Golongan yang selamat menolak peraturan-peraturan yang bertentangan dengan hukum Islam kerana sesungguhnya hukum itu dibuat oleh manusia yang tidak mengikut syariat Islam. Mereka mengajak manusia agar berhukum dengan kitabullah yang diturunkan untuk kemaslahatan ummah. Ini kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya di dunia dan diakhirat. Hukum Allah juga adalah diyakini, sesuai da releven sepanjang zaman dan keadaan. Sesungguhnya hancurnya kaum-kaum dan peradaban dunia apabila mereka menolak hukum-hukum dan syariat Allah s.w.t dan tidak ada kejayaan buat umat Islam melainkan mereka kembali kepada Jalan Allah s.w.t sebagaimana firman Allah :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubah keadaan yang ada pada diri mereka“ (ar-Ra’d:11)

11. Golongan yang selamat ialah mereka yang mengajak seluruh muslimin berjihad di jalan Allah s.w.t dimana ia telh menjadi kewajiban mereka sesuai dengan kekuatan dan kemampuan masing-masing.
Adapun jihad itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Pertama: Jihad dengan lisan dan tulisan. Iaitu mengajak umat Islam dan selainnya untuk berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Islam yang benar, menyeru agar bertauhid dengan sebenar-benar tauhid, membebaskan diri dari segala kesyirikan yang banyak tersebar dalam negara Islam kini sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w beribu tahun dahulu dalam sabdanya:

“Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum kelompok-kelompok dari umatku mengikuti orang-orang musyrik dan menyembah berhala-berhala“
(Riwayat Abu Dawud, sahih)

Kedua: Jihad dengan harta iaitu dengan menginfakkan harta ke jalan Allah sama ada dengan cara memberi bantuan kepada orang-orang Islam yang lemah dan memerlukan, membuat atau membeli senjata dan peralatan perang untuk menghadapi ancaman dan serangan muuh Islam, memberi bekalan kepada para mujahidin seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

Ketiga: Jihad dengan jiwa iaitu dengan turun ke berjuang dalam peperangan menegakkan Islam atau membela Islam andai Islam diancam oleh musuh agar kalimah Allah sentiasa tertegak dimuka bumi.
Berikut adalah jihad yang dinyatakan sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w :
“Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisan kalian!“
(Riwayat Abu Dawud, sahih)

Adapun hukum berjihad itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

Pertama: Fardhu ain. Jihad yang dihukum fardhu ain ialah jihad menentang musuh-musuh Islam yang mengganggu atau mengancam negara Islam seperti mana Yahudi yang ingin merampas Palestin. Orang Islam yang punya kemampuan dan upaya namun tidak turun berjihad maka akan menanggung dosa.

Kedua: Fardhu kifayah iaitu kewajiban yang apabila dilakukan oleh sebahagian umat Islam maka tidak menjadi kewajiban lagi bagi Umat Islam yang lainnya. Jihad seperti ini adalah jihad misalnya berdakwah menyebarkan Islam ke serata tempat, menyebarkan ilmu Islam, menceburi pelbagai bidang ilmu yang menguntungkan umat Islam dan sebagainya.

wallahua’lam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik