Cari Entri WADi

Ahad, 21 November 2010

Teleportation Dalam Al-Quran

Teleportation Dalam Al-Quran


Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." [An-Naml : 40]




Dalam ayat di atas 'seorang yang mempunyai pengetahuan dari Al-Kitab' telah berkata bahawa dia mampu untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba ke singgahsana Nabi Sulaiman di Palestin pada masa yang sangat singkat. Hal ini nampak seperti mustahil akan tetapi yakinlah bahawa sekiranya Al-Qur'an yang membicarakannya, maka tiada apa pun yang mustahil. Penemuan terkini telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, manusia mampu memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dalam beberapa saat sahaja. Teknologi ini dinamakan teleportation.

Teleportation
 ialah perpindahan objek atau zarah asas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan serta-merta tanpa bergerak melalui ruang. Sehingga kini saintis telah berjaya melakukan teleportation ke atas foton dan atom. Teleportation ini berbeza dariteleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains. Dalam fiksyen sains, teleportation boleh memindahkan satu objek ke tempat yang lain. Secara realiti,teleportation sebenarnya tidak memindahkan objek tersebut sebaliknya apa yang dipindahkan sebenarnya ialah maklumat yang terkandung dalam atom objek tersebut dan disusun semula atom-atom itu menjadi replika yang sama dengan objek asal.

Teleportation secara mudahnya boleh dibayangkan sebagai permainan snuker. Dalam fiksyen, teleportation dianalogikan seperti sebiji bola yang berputar lenyap dari satu sudut meja dan muncul semula bola yang sama pada satu sudut yang lain. Sebaliknya dalam quantum teleportation, bola yang berputar tadi tetap pada tempatnya 
manakala sifat putaran itulah yang dipindahkan ke atas bola lain di atas meja.

Perkembangan Terkini

Pada 1993, enam orang saintis termasuk seorang dari IBM, Charles H. Bennet mengesahkan bahawa teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains secara prinsipnya boleh dilakukan dengan syarat objek asal perlulah dimusnahkan.

Pada 1998, beberapa ahli fizik di California Institute of Technology
 (Caltech) bersama dua kumpulan dari Eropah menjadikan idea IBM satu kenyataan apabila mereka berjaya melakukan teleportation ke atas foton iaitu partikel tenaga yang mengandungi cahaya. Kumpulan ini berjaya membuat bacaan pada struktur atom foton kemudian menghantar maklumat tersebut sejauh 3.28 kaki (kira-kira 1 meter) melalui kabel dan membina replika foton tersebut. Seperti yang dijangkakan, foton yang asli tidak lagi wujud setelah foton replika dibina.

Pada 2002, beberapa orang penyelidik dari Australian National University (ANU) telah berjaya membuat pancaran cahaya lenyap di satu tempat dan muncul semula di tempat lain pada jarak yang dekat. Kejayaan ini meyakinkan lagi mereka bahawa secara teori teleportation tidak mustahil walaupun melibatkan hanya partikel sub-atom.

Paling terkini iaitu pada 2006, satu eksperimen yang dikatakan paling berjaya telah dijalankan di Niels Bohr Institute di Copenhagen, Denmark. Dr. Eugene Polzik dan kumpulannya telah melakukan teleportation maklumat yang tersimpan di dalam pancaran laser kepada kepulan atom. Menurut Dr. Polzik, eksperimen ini melangkah setapak jauh ke hadapan kerana buat pertama kali ia melibatkan teleportation antara dua objek yang berbeza iaitu cahaya dan jirim. Satu berfungsi sebagai pembawa maklumat manakala satu lagi medium penyimpanan. Maklumat tadi telah diteleportkan sejauh 1.6 kaki (setengah meter).

Teleportation Manusia

Kita masih lagi terlalu jauh untuk dapat membina mesin teleport seperti di dalam filem. Untuk membolehkan seseorang dipindahkan ke satu tempat yang lain dalam sekelip mata, pergerakan mestilah dengan kelajuan cahaya. Hal ini menurut hukum fizik adalah mustahil.

Membina mesin yang boleh menjalankan teleport manusia bukan mudah. Mesin itu mestilah mampu mengenal pasti dan menganalisa dengan tepat kesemua 1028 atom pada badan manusia. Kemudian, mesin ini perlu menghantar maklumat ke lokasi yang lain di mana badan seseorang itu akan dibina semula dengan tepat mengikut tubuh asal. Molekul yang dibina tidak boleh tersasar meskipun hanya beberapa milimeter kerana hal ini boleh menyebabkan kecacatan yang parah pada sistem neuro atau fisio.

Katakanlah mesin ini berjaya dicipta, manusia yang dipindahkan itu pada hakikatnya tidak "dipindahkan". Mesin teleport ini lebih mirip kepada mesin faks, cumanya salinan manusia tersebut mempunyai ketepatan yang lebih berbanding mesin faks. Namun begitu, apa yang terjadi pada manusia yang asal? Teori mencadangkan supaya menggabungkan pengklonan genetik (genetic cloning) dan pendigitan (digitization) dengan teleportation.

Dalam pengklonan biodigital ini, manusia asal yang hendak dipindahkan itu secara asasnya akan mati. Minda dan tubuh yang asal tidak lagi wujud. Sebaliknya, struktur atom seseorang itu akan dibina semula di lokasi yang lain, manakala pendigitan pula akan membina semula memori, emosi, harapan dan impian. Dengan kata lain, seseorang itu wujud dengan badan baru yang diprogramkan dengan maklumat yang sama dengan tubuh asal.

Rujukan

1. Wikipedia - Teleportation
2. IBM - Quantum Teleportation
3. CNN.com - Beam me up: Just how close are we to teleportation?
4. BBC News - Teleportation breakthrough made
5. BBC News - Australian teleport breakthrough
6. Howstuffworks - How Teleportation Will Work
7. BBC News - Q&A: Teleportation

Sabtu, 13 November 2010

Guru Tadika Jahil dan Budak Pintar


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.




Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.






Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin: cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

^_^






Jumaat, 12 November 2010

Adakah Sains Membawa Kepada Fahaman Atheist?

oleh: Hassan Mohamed*



Semasa berada di dalam perjumpaan Malaysia Student Association(MSA), seorang sahabat saya masuk dengan berpakaian lawa tetapi bermuka masam. Dengan nada tidak berpuas hati, dia berkata, 
" Bengang betul masa pegi jamuan journalist tadi, rata-rata speakernya cuba nak condemn agama-agama lain."
"Habis semua agama nak dikutuknya, dan yang peliknya, tetamu-tetamu lain tepuk macam memberi sokongan."
Dia tambah, "Nasib baik aku terus keluar bila dia nak sentuh Islam." " Tak tahan duduk lama-lama!"

Begitulah lebih kurang apa yang dikatakan oleh sahabat saya (setelah diterjemahkan ke Bahasa Melayu) yang sebenarnya baru saja lari dari jamuan makan malam bersama 'journalist science' yang lain. Dia cerita kepada kami yang ada dalam meeting hari itu, yang kawan-kawan journalist science-nya ramai yg berfahaman Atheist; tidak percaya kepada Tuhan. Memang tak dinafikan, tempat saya ini (MIT, Amerika Syarikat), memang ramai saja yang tidak percaya Tuhan. Meraka berpegang lebih kepada fakta atau teori nyata yang telah dibuktikan kesahihannya melalui eksperimen dan kajian.



Itulah yang menyebabkan saya terfikir, adakah Sains ini mebawa kepada ajaran Atheist? Bagi menilai soalan ini, mari kita pergi balik ke zaman para saintis dahulukala. Ambil satu contoh saintis termahsyur Albert Einstein, tokoh relativity yang terkenal. Einstein satu masa berkata,


"I see a pattern, but my imagination cannot picture the maker of that pattern. I see a clock, but I cannot envision the clockmaker. The human mind is unable to conceive of the four dimensions, so how can it conceive of a God, before whom a thousand years and a thousand dimensions are as one?" (The Expanded Quotable Einstein, Princeton University Press, 2000 p. 208). (dipetik daripada www.spaceandmotion.com)



Kata-kata beliau seolah-olah memaparkan yang beliau susah untuk menerima dan mempercayai konsep ketuhanan. Walaupun ada satu ketika beliau pernah menafikan kesamaanya dengan Atheist, saya masih berasa beliau adalah sama seperti Atheist yang lain kerana pokok utamanya ialah beliau tidak berjaya memahami konsep ketuhanan.

Namun begitu, masih ada para saintis yang berpegang dengan kepercayaan pada Tuhan. Contohnya Johannes Kepler, seorang ahli astronomi, matematik, dan astrology German yang telah meperkenalkan "law of planetary motion". Semasa sedang pening memikirkan masalah pergerakan planet (planetry motion), beliau selalu beranggapan yang alam semesta yang teratur ini sentiasa dicipta oleh Satu Kuasa atau Suata Pencipta. Beliau mengutarakan hujah yang mana beliau merasakan alam semesta ini tidak mustahil untuk terjadi dengan sendirinya secara tiba-tiba kerana alam ini berfungsi dengan satu pattern yang cukup indah dan logik yang memerlukan Kebijaksanaan Pencipta. Dengan cara pemikiran inilah yang membuatkan beliau berjaya menyelesaikan teka-teki 'planetary motion'. (Sumber daripada 21 Great Scientists)
Ada banyak lagi contoh saintis yang berpegang kepada kewujudan Tuhan dan yang tidak percaya kepada Tuhan. Boleh dikatakan jumlah bilangan mereka adalah lebih kurang sama, hampir sama kebarangkaliannya. Jadi , adakah Sains yang harus dipersalahkan jika sesorang itu tidak mempercayai Tuhan? Timbul lagi soalan lain kan..kompleks juga sebenarnya perbincangan ini.

Bagi saya, apa yang membuatkan mereka ini boleh terima Tuhan atau tidak, masih terpaut pada pembolehubah-pembolehubah (faktor-faktor) yang lain. Contohnya ialah bagaimana cara penerimaan mereka kepada Sains , sikap mereka kepada penemuan-penemuan Sains, masyarakat persekitaran, latar belakang, dan lain-lain lagi yang InsyaAllah saya akan cuba huraikan dengan lebih terperinci, ringkas dan padat dalam entri yang lain. Apa pandangan anda??



 Hassan Mohamed merupakan pelajar kejeruteraan mekanikal di salah satu universiti terbaik di dunia; Massachusetts Institute of Technology(MIT), USA. Berhajat melanjutkan pelajaran ke Masdar Institute of Science and Technology , Dubai. Menulis di blog beliau, hassan-im.blogspot.com


Khamis, 4 November 2010

Belajar Dari Semut




Siapa yang tidak kenal Dr. Aidh al-Qarni ? Penulis buku-buku “best seller” kelahiran Saudi tahun 1379 H ini dan dikatakan sebagai penulis Islam terlaris dan paling ditunggu buku-buku barunya oleh kaum muslimin. Dalam buku terbarunya yang berjudul Hakadza Haddatsanaz- Zamaan, penulis yang hafiz Al-Qur’an ini menceritakan sebuah kisah yang sangat menarik, iaitu tentang Semut dan Kejayaannya. Antara kupasannya ;



Di antara pelajaran terbesar yang mampu dipelajari di dalam dunia kecemerlangan dan kejayaan adalah kehidupan haiwan yang bernama semut. Semut, akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus, sampai ia berhasil menggapai tujuan yang diinginkan. Ia merangkak di sebuah pohon, lalu jatuh kemudian bangun lagi dan berusaha untuk merangkak lagi ke atas pohon, lalu terjatuh lagi, begitu terjadi berulang-ulang, namun ia tetap terus berusaha sampai akhirnya ia berhasil naik ke atas pohon yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari tanpa merasa lelah dan bosan.

Jika jalan yang akan dilalui terhalang, maka ia akan berusaha melalui dari arah kanan dan kiri, namun jika ia tetap kesulitan untuk berjalan maju, maka ia akan berhenti sebentar, kemudian kembali lagi dengan sebuah tenaga yang jauh lebih kuat dibanding yang pertama. Mungkin ia akan menjauhi jalan pertamanya yang sulit kerana ada beberapa rintangan, namun ia akan tetap kembali berjalan menuju arah yang sama dengan mencari jalan lain, sehingga ia sampai di tujuan.





Haiwan semut memiliki kekuatan yang luar biasa di dalam merealisasikan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan, ia tidak pernah memiliki rasa bosan dan putus asa. Sehingga semut adalah haiwan yang dijadikan contoh simulasi di dalam penyampaian kuliah motivasi dan kerama semangat yang kuat yang tidak mengenal kata putus asa.

Ada sebuah cerita, suatu ketika ada seorang Arab badwi pergi musafir untuk sebuah keperluan, ketika ia merasa sangat letih, kepenatan dan merasa putus asa, maka ia lantas duduk dan berfikir untuk kembali lagi. Lalu ia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh, kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. 

Hal ini terjadi sampai berulang kali, namun si semut tetap berusaha dan berusaha, sehingga akhirnya ia berhasil sampai ke atas batu besar tersebut. Melihat pemandangan seperti itu, orang Arab badwi tersebut berkata dalam hati, "Saya seharusnya lebih pantas untuk bersabar dan berusaha keras dari pada semut tersebut." Lalu ia pun meneruskan perjalanannya kembali, sehingga akhirnya ia pun mampu sampai ke tempat tujuan yang diinginkan, lalu ia berkata,

"Cari dan usaha, jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah rasa bosan."

Sesungguhnya di dalam kehidupan semut terdapat pelajaran dan tauladan bagi orang-orang yang berakal, iaitu kesungguhan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata lelah dan bosan.

Semut terkenal memiliki kecerdikan luar biasa di dalam usahanya mendapatkan apa yang diinginkan. Seseorang yang pernah menulis dan meneliti tentang kehidupan semut mengatakan bahawa semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sampai musim dingin. Karena semut tidak banyak keluar pada musim dingin, maka ia menyimpan makanan musim dingin dan hanya dimakan ketika memang telah datang masanya. Dan agar biji-bijian yang ia simpan tidak tumbuh di dalam tempat penyimpanan, maka dengan izin dan kuasa Allah SWT –Zat Yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian membekalinya dengan sesuatu yang boleh dijadikan untuk mencari penghidupan- si semut membelah biji tersebut dari tengah agar tidak tumbuh.

Jika jalannya terhalangi oleh genangan air yang tidak boleh ia lewati, maka ia bersama kawan-kawannya saling bergandingan membuat seperti jambatan. Jika semut-semut lainnya sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan tersebut merapat ke tepi. Maha suci Zat Yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian membekalinya dengan akal, naluri dan kudrat alamiyah untuk kelangsungan hidupnya masing-masing! !

Jika seekor semut menemukan sepotong daging atau kaki belalang, namun ia tidak kuat membawanya sendiri, maka ia akan pulang ke rumah semut dan memanggil kawan-kawannya yang lain untuk bersama-sama membawa makanan yang ditemukan tersebut. Semut memiliki sifat kesungguhan dan kesabaran luar biasa yang dapat menjadi pelajaran bagi orang yang ingin meraih kejayaan. 

Bahkan seandainya anda meletakkan sebuah batu di tengah-tengah jalan yang digunakan untuk laluan oleh kawanan semut, maka mereka akan berhenti, namun tidak akan berbalik arah ke belakang lagi. Akan tetapi ia akan tetap menunggu atau berusaha menaiki batu yang anda letakkan tersebut atau berusaha lewat melalui celah-celah yang ada di kanan kiri batu atau mencari jalan alternatif lain yang memiliki arah tujuan yang sama, mereka tidak mengenal kata mundur dan kembali.

Semoga ada pelajaran yang dapat kita ambil daripada makhluk ciptaan Allah ini. Sungguh, disebalik setiap ciptaan Allah, ada pelajaran yang dapat diambil buat insan yang ingin berfikir. 




 والله أعلم بالـصـواب 


Selasa, 2 November 2010

Al-Quran, Hadis dan Sains

Mauduk kali ini saya ingin menyentuh secara ringkas mengenai Sains. Sebelum kita membicarakan tentang Sains seharusnya kita menyedari terlebih dahulu bahawa seluruh alam ini adalah ciptaan Allah.

Bumi, langit, manusia, bulan, bintang, nyamuk, kuman, semut dan segala-galanya adalah ciptaan Allah. Lantas manusia ingin mengetahui asal usul kejadian tersebut, rasa ingin tahu itu datangnya dari akal merek
a yang juga ciptaan Allah. Oleh itu manusia membuat berbagai kajian untuk mengetahui hakikatnya, kajian yang terhasil ada yang benar dan tepat , disamping itu banyak juga yang tersasar dari kebenaran dan hakikat. Aktiviti kajian itulah dinamakan ilmu Sains.

Sesungguhnya Ilmu Sains itu datang kemudian berbanding dengan makhluk yang disebutkan tadi. Ketika kita mempelajari Ilmu Sains di sekolah dahulu tidak pernah disebut apa yang telah disebutkan di dalam Al.Quran dan Hadis mengenai Sains atau apa yang dipelajari di dalam subjek tersebut, berbeza dengan situasi pada masa sekarang kerana kini Pendidikan Islam telah mulai merentas kurikulum, itupun terpulanglah sejauh mana penguasaan pengetahuan tersebut dan minat para pengajarnya.

Pendidikan Islam merentas kurikulum bermaksud suatu pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa merujuk kepada ajaran Islam yang mana sumber ambilannya adalah dari Al.Quran , Hadis, Qias dan Ijmak Ulamak, walaupun rujukannya dibuat secara tidak serius tetapi asas tersebut digunapakai di dalam pengajaran supaya pengajaran tidak merosakkan aqidah para pelajar.

Mengenai perkara ini, marilah kita renung dan fikirkan kenyataan yang terdapat di dalam Al.Quran dan Hadis di bawah ini. Mungkin renungan tersebut akan dapat mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah yang Maha Pencipta.
Penulis sendiri sebenarnya tidak mampu menghuraikan mengenai Ilmu Sains ini, penulisan ini hanyalah sebagai pembuka minda kepada mereka yang lebih menguasainya supaya diserapkan dan diadunkan dengan wahyu Allah yang terdapat di dalam Al.Quran dan Hadis, paparan ini hanyalah petikan sebahagian kecil sahaja.







1 - Dari Surah al.Mukminun.



Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
23:12



Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; 23:14










Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. 23:15



















Isnin, 1 November 2010

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

9 Sebab Hati Tidak Bahagia




a) Pemarah 
Paling
 mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang sepertiini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang


 
b) Pendendam
Tersembunyi
 ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-caripeluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami ituSebab itu orang pendendam mudah kenasakit jantung
 
c) Hasad dengki
Amalanya
 hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
  

d) Bakhil
Sentiasa
 merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain daridirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orangyang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupunfasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki ituAllah beri melalui makhluk. 
 
e) Tamak
Orang
 yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyakkerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidakhabis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kitabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum bolehdikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapimendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan


 
f) Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
  

g) Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenangOrang yangmemiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang adaegonya sendiricuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
  

h) Riak
Terseksa
 sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakondi depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riaktakabbur dengan apar yang kita ada
  
iCinta Dunia Tidak dapat menderitadapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pulamenjaganyaBerhartalahtidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu(bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta duniamerupakan 'neraka duniakerana dunia itu 'panasakibat ia merupakan barang buruan danrebutanJadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senangdibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 


 

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkankemiskinanmusibahkesibukan dan lain lainnyatetapi ialah MAZMUMMAH. Makintinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.
 
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetapmenderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juaakhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kitaterleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Ad-Dien

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik