Cari Entri WADi

Khamis, 30 Jun 2011

Bolehkah Masuk Islam Melalui Internet?


Assalamualaikum buat semua pembaca WADi yang dihormati sekalian. Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Entri kali ini tampak mungkin janggal pada sesetengah orang. Namun kepada yang sering berdakwah melalui internet seperti di facebook, blog, forum dan pelbagai lagi,hal ini mungkin tidak asing bagi mereka. Kadang kala dakwah yang dibawa dengan hikmah mampu menarik mereka yang bukan Islam untuk mendalami Islam, mengenal Islam dengan lebih dekat bahkan mungkin mereka akan tertarik untuk memeluk Islam kerana terkesan dengan Dakwah Di Alam Maya.!!

Kepada para pendakwah alam maya yang bertuah mungkin akan bertemu dengan beberapa orang bukan Islam yang menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Namun kadangkala kita menjadi sangsi sama ada adakah masuk Islam melalui internet itu sah. Biasanya kita biasa melihat mereka mengucap di pejabat agama dengan beberapa saksi Muslim yang lain. Tapi bagaimana pula kalau mereka memeluk Islam melalui internet?? Adakah pengislaman mereka itu sah dan diterima? 

Ya. Pengislaman mereka memang sah dan diterima sekalipun melalui internet.

Sebenarnya memeluk Islam itu mudah pada dasarnya. Islam tidak membebankan umatnya. Masuk Islam jauh lebih mudah dari menikah. Jika menikah perlu lengkap dengan akada dan rukun untuk menjadikannya sah. Namun begitu untuk memeluk Islam, konsepnya lebih mudah dan sederhana. Ada dua syarat utama yang perlu diyakini oleh seseorang yang ingin memeluk Islam. Apakah dia dua yang perlu diyakini itu?

Pertama, dia perlu yakin dan taat hanya kepada Allah s.w.t semata-mata. Tidak ada Tuhan yang lain selain Allah. Dan dia perlu ingkar kepada semua tuhan lain selain Allah. Ingkar disini bermaksud dia perlu meyakini bahawa tiada Tuhan yang lain selain Allah, Tuhan Sekalian Alam. Kedua, seseorang mengakui dan meyakini sebuah konsep bahwa Muhammad itu adalah manusia biasa yang mendapat wahyu dari Allah dan menjadi nabi yang membawa kitab suci dan risalah Islam sebagai agama. Konsep ini perlu diyakini dengan sebenar-benarnya kemudian barulah ia diterjemahkan dalam kalimah syahadah. Jika kalimah tersebut telah disebut dan dibenarkan dalam hati  meskipun ia tidak dilihat oleh sesiapa pun, tanpa saksi, tanpa pengetahuan orang, seseorang itu telah pun sah menjadi umat Islam. 



Tidak ada kewajiban harus mengucapkan lafaz dua kalimat syahadat itu di hadapan seorang tokoh agama, juga tidak harus di dalam masjid, bahkan tidak perlu adanya akad dan saksi-saksi. Bukankah dahulu Bilal bin Rabah radhiyallahu 'anhu masuk Islam secara diam-diam? Bahkan tuannya pun tidak tahu bahawa dia telah masuk Islam. Dan puluhan shahabat nabi lainnya masuk Islam dengan cara yang sama. Mereka merahsiakan keIslamannya. Sehingga tidak ada ritual pernyataan syahadah di hadapan umum, apalagi di masjid.


Berkata  Syeikh Saleh al-Munajjid :
"Tidak wajib bagi mereka yang inginkan menyebut syahadah (dua kalimah syahadah) agar menghadirkan saksi. Bahkan hendaklah dia menyebut dengan dengan lidahnya, dan mencukupi untuk dia masuk Islam"


Namun dalam sesebuah negara Islam punya undang-undang untuk umat Islam itu sendiri. Kebiasaannya selepas mengucap syahadah di Jabatan Agama, maka muallaf akan didaftarkan sebagai muslim. Mana-mana muallaf perlu mendaftar nama mereka untuk direkodkan. Itu sahaja. Bukanlah tokoh agama, dan saksi rukun yang perlu ada dalam pengislaman. Wallahua'lam



- Amal Dengan Ilmu -


WADi



Selasa, 28 Jun 2011

Qariah Cilik Negara ke Final


NURUSSYAHAMAH TAQIAH tekun mentelaah sebagai persiapan ke Doha, Qatar akhir Julai.

NURUSSYAHAMAH TAQIAH menelaah untuk persiapan ke Doha


JERTIH: Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, wakil tunggal Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, terpilih antara tiga peserta ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan berlangsung Ramadan ini. Bapanya Nurunnajmi Yaacob, 40, berkata, Nurussyahamah Taqiah melepasi pemilihan peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut disertai 63 kanak-kanak dari seluruh dunia.

Beliau akan ke Doha pada bulan Ramadhan kelak bagi menyertai peringkat akhir dengan dua lagi peserta yang tidak dinyatakan dari negara mana. Nurussyahamah Taqiah adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, disini ditemani bapanya, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera. 

Beliau telah melalui ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar membabitkan 4000 kanka-kanak dari seluruh dunia, 49 orang darinya membabitkan wakil dari Malaysia. Beliau kemudiannya melalui satu ujian lagi pada April yang lalu dan dipilih sebagai wakil negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia. 

Sebagai persediaan, Nurussahamah Taqiah berguru dengan johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud dari Bachok Kelantan. Nurussahamah Taqiah sebelum ini pernah menjadi Johan tilawah Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008 serta telah 3 kali mewakili Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia dan pernah menjadi naib Johan. 

Mari kita sama-sama mendoakan kejayaan beliau di peringkat akhir kelak. Moga dengan kejayaan beliau, Al-Quran dicintai oleh generasi muda, bukan kerana ganjaran pertandingan atau hal kduniaan, tetapi kerana kemuliaan Mukjizat agung Rasulullah untuk kita semua, insyaAllah. 

Moga Allah Redha

- Amal Dengan Ilmu -


WADi


Ahad, 26 Jun 2011

Asal Usul Bulan Islam



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Mohon maaf kerana beberapa hari tak update entri. Saya tidak punya kelapangan masa seperti dahulu asbab sudah menempuh alam pekerjaan.Apapun saya masih lagi aktif dalam menyampaikan perkongsian di blog untuk manfaat semua, insyaAllah. 

Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda mengenai sejarah bulan Islam @ takwim Islam. Dari mana datangnya nama-nama bulan Islam ?? Anda tahu? Mari sama-sama baca dan tahu..

Shams al-Din Muhammad ibn 'Abd al-Rahman al-Sakhawi dalam kitabnya "al-I'lan bi'l-Tawbikh li-man dhamma ahl al-tawarikh" mengenai asal taqwim islam:

“Terdapat riwayat dari Ibn Abbas R.A bahawa di sana tidak terdapat satu tempoh/ period di madinah apabila baginda S.A.W sampai di sana. Penduduk menggunakan tempoh yang tetap selepas 1 bulan atau 2 bulan baginda sampai. Ia berterusan sehingga kewafatan baginda S.A.W. Kemudian penggunaan taqwim ini terhenti dan ia tidak digunakan semasa pemerintahan Abu Bakar R.A dan semasa 4 tahun pertama pemerintahan Umar Al-Khattab. Selepas itu, taqwim diasaskan. Umar diriwayatkan berkata kepada beberapa orang sahabat, : 

 “Pendapatan/kutipan telah bertambah baik. Kita telah mengagihkannya tanpa ada tarikh yang tetap. Bagaimana harus kita menyelesaikannya?” 


Salah seorang dari Al-Hurmuzan telah menjawab, bahawa dia pernah menjadi raja di Al-Ahwaz. Selepas penakhlukan parsi, dia telah memeluk islam dan dibawa ke hadapan Umar Al-Khattab R.A, dia berkata, “Di Parsi menggunakan kaedah perkiraan yang mana mereka panggil sebagai Mahroz yang mana mereka menggunakannya terhadap pemerintah mereka.” Perkara mahroz telah diarabkan sbg mu’arrakh dan perkataan Tarikh berasal dari ia. Ini menunjukkan bahawa tamadun manusia menjadi semakin komplek dan menjadi satu keperluan untuk menetapkan tempoh yang tetap. Di sinilah bermulanya taqwim islam (Kalendar islam)."

Makna di sebalik bulan Islam

Dlm kitab kecil yang dikumpulkan oleh Shaykh `Alam ad-Din As-Sakhawi, bertajuk, “Al-Mashhur fi Asma' Al-Ayam wash-Shuhur” :

"Dinamakan muharram adalah kerana ia adalah bulan yang suci. Ia dinamakan demikian kerana menekankan kesuciannya. Ini kerana bangsa arab suka menukar-nukarkannya. Dlm tahun tertentu, mereka akan mengatakan bahawa bulan ini bulan suci, dan tahun berikutnya ia bukan lagi bulan suci…Bulan safar pula dinamakan demikian kerana orang arab selalu meninggalkan halaman kampung utk berperang dan mengembara. Apabila dikatakan ‘Safir’ sesuatu tempat bermakna meninggalkannya…Rabi’ Al-Awwal kerana mereka selalu melakukan Irtiba` pd bulan itu yakni menjaga harta seseorang. Rabi’ Al-Akhir pula dinamakan atas sebab yang sama dgn Rabi’ Al-Awwal. Jumada dinamakan kerana air akan kering (Jamud), oleh yang demikian mereka memanggil Jumada Al-Uwla dan Al-Awal atau Jumada Al-Akhar atau Al-Akhirah. Rajab pula berasal dari Tarjib bermaksud kebesaran. Sya’aban pula kerana qabilah ada berpisah dan kembali ke halaman rumah. Ramadhan pula kerana kesukaran/kesusahan di Ramda’ yakni panas dan mereka berkata cabang ramadat apabila dahaga."

`Ala Kullihal, kita kembali kpd Usyul Isyrin Imam As-Syahid Hassan AlBanna:
"...Pendapat seseorang itu boleh diterima atau ditolak kecuali dari Nabi S.A.W..."

01. Muharram (محرّم) - Pengharaman
02. Safar (صفر) - Kosong / Kuning /kelaparan
03. Rabi-ul-Awwal (رابي - ربيع الأول،) Musim bunga (spring) pertama
04. Rab-ul-Akhir (or Raby` al-Thaani)(رابي الثااني ) Musim bunga (spring) kedua
05. Jamadi-ul-Awwal (جومادا - جمادي الأولى) Tidak hujan / kering (جَمَاد ), beku (freeze) (جَمْد , جُمُود , جُمُودَة)
06. Jamadi-ul-Akhir (atau Jumaada al-Thaani) (جمادي الثاني) kering / bekun
07. Rajab (رجب ) - untuk menghormati
08. Sha'aban (شعبان) - untuk diagih dan disebar (شَعَّبَ )
09. Ramadhan (رمضان) - kedahagaan / kepanasan sangat (رَمِضَ)
10. Shawwal (شوّال) - untuk di sinari
11. Dhul Qadah (or Zhw al-Qi`dah) (دل كاداه) - bulan rehat
12. Dhul Hijja (or Zhw al-Hijjah) (دل هيجا) - bulan haji

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Moga dapat manfaat serba sedikit yer. Feel free to share, insyaAllah

- Amal Dengan Ilmu -


WADi

Selasa, 21 Jun 2011

Hukum Memakai Inai Bercorak


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca WADi sekalian. Amalan berinai memang tidak asing lagi bagi kita semua. Ia kebiasaannya dilakukan pada majlis perkahwinan dan telah menjadi adat yang hampir tidak dapat dipisahkan. Memakai inai menampakkan seri kepada pengantin. Persoalannya adakah ia dibenarkan dalam syarak? Jika dibenarkan apakah syaratnya? Bolehkan memakai inai bercorak? Persoalan ini hanya terlintas bagi orang-orang yang menitik beratkan soal hukum. Kadang kala kita terlepas pandang perkara yang nampak remeh disebabkan oleh ianya sebahagian daripada adat turun-temurun.

Inai (hinnaa) bukanlah tatu (syimaah). Inai diekstrak dari tumbuhan sedangkan tatu menggunakan teknik tertentu untuk menanam warna di bawah lapisan kulit. Tatu diharamkan dalam Islam secara mutlak sama ada ianya bercorak haiwan atau selainnya, tetapi inai dibenarkan. Namun, jika menggunakan inai untuk melukis objek yang hidup (bernyawa), maka ini adalah haram. Haram di sini adalah hukum tentang lukisannya, bukan inainya. Masalah melukis/mengukir (taswir) bentuk haiwan adalah haram menurut pendapat yang terkuat [An-Nabhani, Syakhsiyyah Islamiyyah]. Jadi, memakai inai sama ada di jari sahaja atau di mana-mana bahagian badan adalah mubah (harus) dengan syarat ia bukan gambar objek bernyawa dan tidak menggambarkan bentuk hadharah kuffar seperti lambang salib, dewa hindu, budha dan lain-lain. Adapun dalil tentang kebolehan berinai adalah sabda Rasulullah,


“Bahawa seorang wanita telah menghulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab untuk berbai’ah maka Baginda menggenggam tangannya lalu berkatalah wanita tersebut; Ya Rasulullah! Saya telah menghulurkan tangan saya kepada anda dengan sebuah kitab tetapi anda tidak pun mengambilnya. Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya aku tidak ketahui adakah ianya tangan lelaki ataukah tangan wanita.’ Wanita itu berkata, ‘Bahkan tangan wanita’. Rasulullah SAW lalu bersabda, ‘Jika anda wanita tentulah anda mengubah (mencelup) kuku-kuku anda dengan inai” [HR An-Nasaei, Abu Daud]


Pakai inai sekadar perlu

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
    Untuk apakah inai sebegini? Tiada  manfaat

    semoga perkongsian yang serba kekurangan dari saya
    memberi manfaat buat semua, insyaAllah

    - Amal Dengan Ilmu -

    WADi

Sabtu, 18 Jun 2011

Bolehkah Bercampur Mazhab??

Sekadar gambar contoh


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua permbaca WADi yang dihormati sekalian. Saya tidak tahu sebenarnya nak tulis entri tentang apa namun tiba-tiba tergerak hati dan ilham dari Allah untuk menulis mengenai campur aduk Mazhab dalam kehidupan. Anda pernah dengar situasi begini?. Sedia maklum negara kita kebanyakan umat Islam berpegang kepada Mazhab Syafie, dan ada juga yang berpegang kepada Mazhab lain seperti Maliki, dan Hambali. Namun terdapat segelintir umat Islam yang mencampurkan Mazhab atas sesuatu kepentingan. Contoh ketika berwuduk dia berpegang dengan cara dalam Mazhab Syafie dan batal wuduk dia berpegang dengan mazhab Hanafi dan sebagainya. 

Adakah ini dibolehkan??

Seseorang muqallid yang mencampur aduk pendapat beberapa mazhab dalam satu masalah yang mempunyai beberapa cabang yang berkait, dinamakan sebagai talfiq.

Majmak Feqah Islamiy dalam persidangannya pada tahun 1414H di Brunei, membuat ketetapan bahawa talfiq dilarang dalam situasi berikut:

- untuk mengambil pendapat yang mudah semata-mata kerana hawa nafsu, atau menyebabkan terabai prinsip yang digariskan untuk mengamalkan rukhsah.
- menyebabkan ia berlawanan dengan hukum qadha'.
- menyebabkan berlawanan dengan suatu yang telah diamalkan secara taqlid, dalam satu-satu kes.
- menyebabkan berlawanan dengan ijmak.
- menyebabkan terjadinya satu keadaan campur aduk yang tidak pernah dipersetujui oleh mana-mana mujtahid pun.

Adapun mengikut beberapa mazhab kerana melihat kepada kekuatan dalil, dengan tidak membawa kepada talfiq, bukan satu kesalahan.  Berkenaan mengambil pendapat yang paling mudah dalam semua masalah, ia jelas ditegah.

Dalam kitab 'Jamik Bayan al-Ilm Wa Fadhlih' karya Ibn Abdil Barr, dinukilkan kata-kata Sulaiman al-Taimiy, 

"Jika kamu mengambil pendapat mudah dari setiap orang alim, maka terhimpunlah segala keburukan pada kamu". (2/91).

Jumaat, 17 Jun 2011

Gerhana Bulan Bagaikan Warna Darah Pekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca WADi sekalian, semalam berlakunya gerhana bulan penuh. Anda dapat saksikan tak? Memang berlaku gerhana bulan penuh namun saya dan keluarga tidak dapat menyaksikannya akibat awan mendung dan hari hujan. Bagi yang dapat melihatnya, alhamdulillah anda dapat saksikan kebesaran Allah sendiri kan. Kali terakhir gerhana sebegini pada tahun 2000 @ 2001 rasanya. Wallahua'lam. Bagi umat Islam, kita pula dituntut untuk melakukan solat sunat gerhana apabila berlakunya gerhana sebegini.

Beginilah urutan kejadian gerhana bulan semalam diambil di Baitulmaqdis selama 100 minit

LONDON: Ahli astronomi di Eropah, Afrika, Asia dan Australia, berpeluang menyaksikan gerhana bulan paling lama dalam tempoh 11 tahun dan yang pertama tahun ini malam semalam. Ahli astronomi di Britian bagaimanapun tidak berpeluang menyaksikan peringkat awal gerhana, kerana ia berlaku sebelum bulan muncul. Matahari terbenam di Britain pada kira-kira jam 9.19 malam waktu tempatan.


Sebilangan penduduk yang cuba menyaksikan gerhana bulan di seluruh negara termasuk di Lake District dan London, kecewa apabila ia dilindungi awan. Ramai di kalangan mereka berharap dapat menyaksikan gerhana penuh, apabila bulan ‘tenggelam’ dalam bayangan Bumi ketika ia bergerak ke ufuk dari Britain dan Ireland. Pemerhati bintang di langit cerah di seluruh dunia berpeluang menyaksikan fenomena yang jarang dilihat apabila bayang-bayang bumi mula bergerak turun jam 6.24 petang dan naik semula sebelum tengah malam. 

‘Gerhana penuh’ iaitu apabila permukaan bulan ditutup sepenuhnya oleh bayang bumi, berlangsung selama kira-kira 100 minit. Kalangan saintis berkata, ia adalah tempoh paling lama sejak ia berlaku pada Julai 2000. 
Penduduk di Hemisfera selatan terutama Australia dan Asia Tenggara pula berpeluang menyaksikan pemandangan gerhana yang menarik berikutan awan debu dari gunung berapi di Chile. 

Krisis awan debu menyebabkan keadaan lalu lintas menjadi kelam kabut di Australia, dengan beratus-ratus penerbangan di seluruh wilayahnya terpaksa dibatalkan. Rakyat Amerika bagaimanapun tidak berpeluang menyaksikan gerhana berkenaan. Gerhana bulan berlaku apabila Bumi membayangi keseluruhan bulan. 

Kadangkala permukaan bulan boleh bertukar warna menjadi kemerahan, coklat tembaga atau oren, berikutan biasan cahaya matahari yang melintasi atmosfera. Fenomena yang berlaku malam semalam dikenali sebagai ‘deep lunar eclipse’

Namun, kepekatan warna bergantung kepada jumlah abu dan debu di atmosfera, manakala saintis berkata gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa memerlukan perlindungan. Di beberapa negara Asia, orang ramai mula berpusu-pusu mencari lokasi sesuai kira-kira empat jam sebelum gerhana bermula manakala beratus-ratus ahli astronomi profesional dan amtatur berhimpun sebelum subuh untuk membuat pemerhatian. 

Bagaimanapun, ada pihak tidak berminat dengan perubahan planet menganggap fenomena ini membawa malang. Pentadbir di beberapa buah kuil Hindu dilaporkan menutup pintu bagi mengelak terkena ‘kuasa jahat’ daripada gerhana bulan. – Agensi 

Semoga dengan berlakunya gerhana bulan ini, dapat memberikan keyakinan kita terhadap kebesaran Allah s.w.t. InsyaAllah


WADi

Khamis, 16 Jun 2011

Kisah Pembunuhan Pertama Manusia


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca WADi sekalian. Entri kali ini saya ingin berkongsi sebuah kisah tauladan yang penuh makna dan ibrah yang tersembunyi. Tambahan pula sudah lama siri kisah tauladan dibiarkan sepi. Jadi selain dengan bacaan ilmiah dan agama, mari sama-sama rehatkan minda di WADi dengan membaca kisah tauladan kali ini yang bertajuk Kisah Pembunuhan Pertama Manusia. Pada yang sudah mengetahui anggap lah anda sedang refresh semula dan kepada yang belum tahu, mari sama-sama kita hayati dan kongsikan bersama. 

Dikisahkan tatkala keempat-empat anak Nabi Adam a.s. telah memasuki alam remaja, maka Nabi Adam a.s. berfikir cara yang harus dilakukan demi untuk kebaikan anak-anaknya dan juga supaya terhindar dari perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t.. Anak-anak Nabi Adam a.s. terdiri dari dua orang lelaki dan dua orang perempuan.Untuk menyelesaikan masalah ini Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepada Nabi Adam a.s. supaya kedua puteranya itu dikahwinkan dengan kedua puterinya.

Setelah mendapat ilham dari Allah s.w.t. maka Nabi Adam a.s. pun memutuskan bahawa anaknya yang lelaki bernama Qabil dikahwinkan dengan Lubuda, yakni adik Habil (Anak-anak Nabi Adam ini dilahirkan berkembar, Habil dan Lubuda sepasang kembar,Semantara Qabil dan Iqlima, yakni adik Qabil.Setelah keputusan dibuat Qabil dengan tegas menentang keputusan ayahnya atas alasan bahawa Lubuda tidak cantik sementara adiknya Iqlima lebih cantik dan Qabil berpendapat ia hendaklah dikahwinkan dengan Iqlima.


Oleh kerana Qabil tetap dengan pendirian tegasnya untuk berkahwin dengan Iqlima, maka nabi Adam a.s. tidak mahu perpecahan keluarga berlaku maka Nabi Adam a.s. pun menyerahkan masalah itu kepada Allah s/w.t memutuskan bahawa Habil dan Qabil hendaklah menyerahkan Qurban kepada Allah s.w.t.



Apabila Nabi Adam a.s menyampaikan apa yang Allah s.w.t. mengilhamkan kepadanya, maka kedua-duanya pun bersetuju untuk melakukan seperti apa yang diberitahu oleh ayah mereka,(Habil mempunyai ternakan yang banyak atas usahanya, sementara Qabil pula mempunyai hasil yang banyak atas usahanya).habil telah keluar memilih kambing yang paling baik untuk dijadikan qurban, sementara Qabil pula memilih gandum yang paling buruk lalu mengisikan kedalam sebuah karung.


Apabila kedua mereka membawa hasil masing-masing untuk dijadikan qurban maka nabi Adam a.s. pun memerintahkan kedua-duanya meletakan qurban masing-masing diatas sebuah bukit. Setelah diletakan diatas sebuah bukit, maka Nabi Adam a.s. berserta keluarganya melihat dari jauh akan hal yang akan berlaku terhadap qurban anak-anaknyaitu. Tidak berapa lama kemudian, turunlah api dari langit menyambar kambing Habil hingga musnah kesemuanya sementara qurban dari Qabil tidak sedikitpun disentuh oleh api tersebut.


Apibila Nabi Adam a.s. melihat akan hal tersebut maka ketahuilah oleh Nabi Adam a.s. bahawa Habil telah menang dalam hal ini, dengan itu musnahlah harapan Qabil untuk mendapatkan Iqlima.Akhirnya Qabil membuat keputusan untuk membalas dendam pada Habil dengan niat hendak membunuhnya.


Tatakala Nabi Adam a.s. hendak berjalan jauh, beliau menyerahkan segala tanggungjawab kepada Qabil dengan pesanan supaya ia menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama sepeninggalannya dan jangan sampai merosakan hubungan keluarga yang begitu rapat dan kukuh.Tidak berapa laama setelah Nabi Adam meninggalkan keluarganya, Qabil menggunakan peluang untuk memenuhi hajatnya untuk pergi ke tempat penternakan Habil sambil berkata:" Kamu tahu tak mengapa aku datang ke mari, aku datang ke mari untuk menamatkan riwayatmu di muka bumi ini." Apabila Habil mendengar kata-kata saudaranya itu, ia pun berkata:" Kenapa kamu hendak membunuh aku? apa salah aku? lalu Qabil berkata:"Aku hendak membunuh mu kerana qurban mu diterima Allah s.w.t. sedangkan qurban aku ditolak, maka ini sudah tentu kamu akan berkahwin dengan adik aku Iqlima dan aku pula dikahwinkan dengan adikmu Lubuda yang hodoh."


Kemudian Habil berkata:" Apakah aku berdosa disebabkan Allah menerima qurban aku dan menolak qurban mu?, bukankah kamu telah menyetujui usul yang dibentangkan oleh ayah kita itu? Dengarlah saudaraku, jangan kanu terburu-buru nenurut ajakan nafsu syaitan,sabar dan tenangkan fikiran mu.Ketahuilah Allah s.w.t hanya menerima qurban dari orang-orang yang ikhlas dan bertakwa kepadanya, kemungkinan qurbanmu ditolak kerana kamu memilih gandum yang paling buruk dan kamu berikan dengan cara terpaksa yang mana bertentangan dengan hatimu, sehingga qurban mu ditolak.Tentang qurban yang aku berikan, aku pilih dari kambing yang paling sihat dan yang sangat ku sayang, lalu aku serahkan qurban itu dengan penuh ikhlas berserta dengan doa supaya Allah s.w.t. menerimanya"


Habil berkata lagi:" Wahai saudaraku, kamu fikirkan lah baik kata-kataku ini dan buangkan lah bisikan Iblis kepada mu, musuh yang telah menurunkan ayah dan ibu kita dari syurga.Dan ingatlah jika kamu tetap berkeras untuk membunuh aku, aku tidak akan sekali-kali menentang mu dengan tangan ku, kerana aku sangat takut kepada Allah s.w.t. Aku berserah diri kepadanya dan kepada apa yang ditakdirkan bagiku." Oleh kerana Qabil tetap dengan dendamnya itu,maka segala kata-kata yang diucapkan oleh Habil tidak sedikitpun dapat melembutkan hatinya.Akhirnya Qabil membunuh habil dengan batu seperti yang ditunjukan oleh iblis dalam mimpinya sebelum ini.


Apabila Qabil telah membunuh Habil maka ia tidak tahu apa yang harus dibuat terhadap mayat tersebut, ia meletakan mayat Habil dalam peti lalu membawa ke sana kemari sehingga busuk, dan burung-burung pula berterbangan diatas hendak memakan tubuh Habil.Oleh itu Allah s.w.t. memberikan contoh dengan mengirim dua ekor burung gagak yang sedang berkelahi,dalam perkelahian itu mati salah seekor darinya dan yang seekor lagi mengali tanah dengan paruhnya sehingga dalam dan memasukan burung yang telah mati dan menimbusnya kembali.Setelah melihat hal yang demikan Qabil pun mengali tanah sehingga dalam kemudian ia memasukkan mayat \habil dan menimbusnya.


Setelah Nabi adam a.s kembali dari perjalanan jauhnya, ia dapati ada sesuatu kekurangan pada keluarganya, lalu ia bertanya kepada Qabil:" Di manakah Habil, aku tidak melihatnya?" Lalu berkata Qabil dengan suara yang agak lantang:" Entah, aku tidak tahu di mana dia, aku bukan orang suruhannya yang harus mengikuti kemana saja dia pergi" Dengan kata-kata itu tahulah Nabi Adam bahawa ada sesuatu yang terjadi pada Habil, anaknya yang salih dan yang berbakti kepada kedua orang tuanya.


Akhirnya Nabi Adam a.s. dapat mengetahui bahawa anaknya itu dibunuh oleh Qabil, maka Nabi adam pun memohon kepada Allah s.w.t supaya dikurniakan kesabaran dan keteguhan iman baginya dan beristigfar bagi puteranya Qabil.


Suatu kisah yang mempunyai makna yang mendalam yang harus kita mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam seharah ini yang mana mungkin akan menimpa diri kita.Oleh yang demikian kepada Allah swt kita mohon pertolongan supaya kita dijauhi dari hal-hal yang membawa kepada kemusnahan. Sekian sahaja kisah ini, mungkin anda pernah baca yang lebih lengkap, saya sekadar berkongsi. 


Dah siap baca kan? 
Jom sama-sama bincangkan pengajaran
dari kisah ini
di ruangan komen
insyaAllah




WADi

Rabu, 15 Jun 2011

Bagaimana Hendak Berwuduk Jika Anggota Dibalut?


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian. Moga anda semua dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya tidak kira siapa jua yang membaca di WADi. Persoalan diatas pernah terlintas di fikiran anda? Bagaimana hendak berwuduk jika anggota dibalut akibat luka yang teruk disebabkan oleh kecederaan, kemalangan dan sebagainya. Contohnya, jika anda patah tangan @ terjatuh dan cedera seluruh tangan , kemudian dirawat dan dibalut. Bagaiman hendak berwuduk sedangkan tangan adalah anggota wajib wuduk. Saya sering ditanyakan soalan begini dan entri ini adalah jawapan secara bertulis atau sambungan kepada jawapan yang telah saya beri secara lisan. 

Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan bahawa anda hanya perlu menyapu air pada balutan berkenaan. Anda tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka. Pun begitu terdapat dua pendapat dalam hal ini disebabkan oleh hadith yang dhoif. 

Apa yang dapat dirumuskan dari perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang mudah diikuti :


Pendapat Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Anda tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib anda hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama Fekah. (‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, jld 1, m.s. 140, Beirut: Muassasah al-Risalah 1994).


Pendapat Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam perkara ini terlalu daif, maka terdapat ulama fekah yang berpegang kepada tidak wujud hukum sapuan atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah, maksudnya :

 “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya” (Al-Baqarah : 286).

Serta sabda Nabi Muhammad s.a.w

“Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu” (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah, sesuatu kewajipan gugur apabila yang seseorang tidak mampu. Maka gantian kepada yang gugur itu hendaklah berasaskan syarak. Syarak pula tidak wajib diikuti kecuali adanya dalil daripada al-Quran atau sunnah. Namun, tiada dalil al-Quran atau sunnah yang menggantikan basuhan dengan sapuan atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”.( Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla, jld 1, m.s. 316, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah t.t)

Salah satu pendapat atas boleh untuk diamalkan dan lebih mudah dari seseorang terikat dan taksub kepada mazhabnya sehingga akhir meninggalkan solat. Pendapat al-Imam Ibn Hazm lebih praktikal secara hujah dan perbandingan. Memudahkan hal ini adalah baik dari memberikan pendapat mazhab yang lemah lagi menyusahkan pesakit sehingga kemungkinan mereka meninggalkan solat. Jadi ambillah mana-mana satu yang memudahkan anda untuk berwuduk, itu lebih baik kan dari anda langsung tidak berwuduk dan solat. Sedangkan solat itu wajib sekalipun ketika sedang berperang. Wallahua'lam. Allah lebih mengetahui.


- Amal Dengan Ilmu -


Selasa, 14 Jun 2011

(Mesti Lihat) - Barang Peninggalan Nabi Muhammad s.a.w



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Entri kali ini saya ingin berkongsikan beberapa foto khas yang jarang-jarang kita dapat saksikan. Ia adalah foto beberapa barang-barang peninggalan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah barang-barang yang digunakan oleh baginda semasa hayatnya malah terdapat juga foto gigi dan rambut Baginda. Kepada yang telah berpeluang untuk melihat secara live di musiummaka pasti beruntung. Kepada yang tidak pernah melihat, kita sama-sama lihat foto barang-barang peninggalan baginda tersebut yer.

Sebelum anda melihat foto tersebut
mari sama-sama kita selawat
kepada Rasulullah s.a.w

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad

kalau tidak jelas, klik pada gambar untuk zoom besar..hee

Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada  Nabi Agung,  kekasih Allah. Antara foto-foto yang saya ingin kongsikan ialah : 

the-blessed-shirt-of-prophet-muhammad-saw
The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW 
(Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Yaa Allah … betapa sederhananya baju seorang pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)


the-blessed-shirt1-of-prophet-muhammad-saw

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW 
(Bagian dari baju gamis Nabi SAW yang sudah koyak)




jubah-rasulullah1
Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW




blessed-seal-of-rasool-allah-saw1
The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)



copy-of-the-blessed-bowl-of-prophet-muhammad-saw
Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

picture1.jpg
Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW



the-blessed-foot-print-of-rasool-allah-saw
jejak-kaki-nabi
Tapak Kaki Rasulullah SAW

blessed-hair-of-rasool-allahsaw

rambut-nabi
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW 



gigi-dan-rambut1
Peninggalan gigi dan rambut Nabi


Bekas Kotak Gigi Rasulullah SAW

picture4.jpg
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya1
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya2
pedang2-nabi-dengan-nama-namanya

Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang.


Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW tampak lebih jelas


busur-panah-nabi
Busur Panah Nabi SAW


Bendera Rasululullah SAW


blessed-turbine1-of-prophet-muhammad-saw
Serban-serban yang pernah dimiliki Rasulullah SAW


Topi Besi Rasulullah SAW


Baju dan barang-barang Rasulullah SAW


blessed-sandals2-of-rasool-allah-saw

blessed-sandal-of-rasool-allah-saw
blessed-sandal1-of-rasool-allah-saw1

Sandal atau selipar (terompah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …


letter-to-nijashi-king-of-habsha

Surat Nabi SAW kepada Raja Najjashi, Raja Habsyah

letter-to-omani-people
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


letter-to-qaiser_e_rome
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7


Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


prophets-letter-to-muqauqas-egypt
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


box-belonging-to-hazrat-fatima-rz
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.


picture6.jpg
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW



the-blessed-dust-from-the-tomb-of-the-prophet
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW


picture7.jpg
Keranda dan makam Nabi rahmat sekalian alam, Nabi Muhammad SAW



Bagaimana perasaan anda selepas melihat foto ini??. Jika anda penuh rasa cinta dan rindu kepada Baginda, foto ini pasti membuatkan anda sedikit hiba. Semua foto peninggalan Rasulullah s.a.w diatas telah disimpan rapi di dalam muzium dan kita tidak mampu untuk memilikinya. Namun begitu kita telah pun memiliki peninggalan Rasulullah s.a.w tanda ingatan baginda kepada umatnya iaitu kita semua iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Namun adakah kita sedar ia adalah tinggalan agung seorang kekasih Allah dan manusia paling mulia untuk kita yang penuh noda dan dosa???. Sama-samalah kita ambil semula Al-Quran dan Sunnah..kita buka..dan kita baca sikit-sikit..istiqamah biarpun sikit je..insyaAllah

p/s- saya sarankan anda untuk ambil foto ini dan simpan di dalam komputer anda. Untuk pengubat rindu anda kepada Rasulullah, insyaAllah.


- Amal Dengan Ilmu -



WADi



























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik