Cari Entri WADi

Jumaat, 25 Mac 2011

Khasiat Bunga Cengkih- Amalan di Pondok

Assalamualaikum sahabat WADi semua, entri kali ini saya berminat nak kongsi sikit amalan hisap bunga cengkih yang pernah di ajarkan kepada student pondok, waktu saya dipondok, ada juga dengar tentang amalan ni, tapi belum pernah saya cuba. Mungkin lepas ni kita semua boleh cuba ke, mana tau ada manfaat, insyaAllah. Amalan ni asalnya di amalkan oleh Mudir Pondok Pasir Tumboh, Kelantan iaitu Tuan Guru Hj Hashim dari umur 17 tahun hinggalah kini yang berusia 90 tahun. Mungkin ada juga pengamal yang lebih dahulu sebelum Tuan Guru, tapi tak mengapalah yang penting saya hendak sampaikan ialah khasiat dan kebaikannya. 




Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :
1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia
4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan


Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya


insyaAllah ada hikmah dan manfaatnya, saya pun belum pernah cuba. InsyaAllah kalau ada kesempatan nak juga cuba, wallahualam. Anda boleh cuba kalau nak, tiada paksaan..hehe.






feel free to share k..

Selasa, 22 Mac 2011

Serangan Udara Kedua Sasar Kediaman Pemimpin Libya

TRIPOLI: Armada perang Barat melancarkan gelombang kedua bedilan dari udara terhadap sasaran di Libya semalam dengan satu serangan peluru berpandu dilancarkan terhadap kediaman pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, di Tripoli ditafsirkan sebagai cubaan membunuhnya. 




Bangunan tiga tingkat itu terletak berdekatan khemah yang biasa digunakan Gaddafi. Serangan berlaku ketika 300 penyokong Gaddafi berada di sekitarnya tetapi tidak diketahui berapa ramai cedera atau maut. Sebelum ini, Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox menyatakan Gaddafi berkemungkinan menjadi ‘sasaran sah’ tentera bersekutu.



Pengerusi Kakitangan Turus Bersama Amerika Syarikat, Laksamana Mike Mullen, berkata zon larangan terbang sudah berkuat kuasa. 

Pegawai Amerika cuba mengelak operasi tentera terbaru dengan tindakan menggulingkan Presiden Iraq, Saddam Hussein, menekankan misi kali ini bukannya membunuh atau menjatuhkan Gaddafi. 

Mullen memberitahu televisyen CBS bahawa matlamat kempen udara itu belum pasti dan keadaan mungkin buntu, Pegawai kesihatan Libya berkata, 64 orang awam terbunuh kerana bedilan jet negara Barat. 

Serangan pertama pada Sabtu lalu menyaksikan 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan bertujuan menyekat kemaraan tentera Gaddafi di bandar Benghazi dan menyasarkan pertahanan udara Libya bagi membolehkan jet pejuang Barat meronda ruang udara Libya. 
Serangan kedua menyasarkan tentera Gaddafi di bandar Ajdabiyah di timur Libya. Jurucakap tentera Libya mengumumkan gencatan senjata terbaru kelmarin mulai 9 malam waktu tempatan (3 pagi di Malaysia). 

Ada kebimbangan askar Libya akan cuba masuk ke pusat bandar selepas Gaddafi berikrar bertarung hingga ke titisan darah terakhir. 

Di kota Benghazi, beberapa letupan dan tembakan senjata api kedengaran sekali sekala. Saksi berkata, tembak menembak itu berlangsung 40 minit. 

Campur tangan ketenteraan di Libya selepas diluluskan Majlis Keselamatan PBB adalah operasi terbesar terhadap sebuah negara Arab sejak pencerobohan Iraq pada 2003. – Reuters 



Sabtu, 19 Mac 2011

Apa Itu Fatwa?

Definisi Fatwa
 
Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.
 
Dari Segi Istilah
 
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
 
  1. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
     
  2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
 
Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang

 
Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
 
  1. Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
     
  2. Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
     
  3. Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
     
  4. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
     
  5. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
 
Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI
 
Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan/ pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Keputusan/ pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/ muzakarah bagi membincang dan memutuskan sesuatu isu/ perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/ persoalan yang bersifat nasional dan  melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.




Jumaat, 18 Mac 2011

Pembinaan Terowong Berkembar- suasana dalam tanah

Anda pernah melalui sebuah terowong? pasti pernah kan. Terowong atau dikenali juga sebagai tunnel banyak dijumpai di kawasan highway di malaysia. Kalau dalam kejuruteraan, terowong bermaksud laluan bawah tanah dengan bukaan dikedua-dua hujung terowong tersebut. Terowong@ tunnel ni bukan untuk laluan kereta sahaja malah terdapat juga terowong untuk kereta api, basikal malah lalauan bawah air. 

camnilah rupa terowong dalam pembinaan

Baru-baru ni saya dan dan ahli kumpulan Enam Warisan Construction berkesempatan untuk melihat sendiri pembinaan terowong/ tunnel. Ini adalah pengalaman pertama saya melihat projek pembinaan terowong, sebelum ni hanya ada pengalaman dalam projek pembinaan bangunan, infrasturktur, mekanikal dan elektrikal. Jadi semestinya pengalaman ini beharga bagi saya. InsyaAllah.

Projek ini melibatkan pembinaan terowong kereta api berkembar sepanjang 2km melintasi Ipoh dan Padang Besar. Kontraktor yang terlibat ialah Gamuda Sdn.Bhd, satu nama besar dan tidak asing lagi dalam industri pembinaan di Malaysia. Sebelum dibenarkan masuk, kami diberi taklimat keselamatan dan sesi soal jawab bersama Engineer yang terlibat. Keselamatang sangat penting dalam pembinaan, lebih-lebih lagi melibatkan terowong, macam-macam bahaya boleh terjadi jika keselamatan tidak ditekankan. 

Kami kemudian dibawa untuk melihat pembinaan terowong tersebut dan sepanjang perjalanan tersebut, pelbagai perasaan timbul dihati. Bimbang berlakunya kejadiaan yang tak diingini, bimbang runtuhan berlaku dan macam-macam lagi, hanya berlapang dada dan mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. 

melangkah dengan berdebar-debar..hehe

Macam mana terowong dikorek??

Ya, pasti anda tertanya-tanya bagaimana terowong dibina kan? baiklah sebenarnya ada beberapa kaedah pembinaan terowong. 

1.Korek dan tutup

Terowong jenis korek dan tutup adalah jenis yang paling murah dan paling mudah. Terowong sedemikian dibina di kawasan tanah yang cetek. Laluan terowong dikorek menggunakan jengkaut dan kemudian terowong dibina dengan cara yang sama seperti membuat bangunan biasa sebelum ditimbus semula dengan tanah. Terowong tersebut mestilah mempunyai tiang-tiang yang kuat untuk mengelakkannya daripada runtuh. Contoh terowong korek dan tutup di Malaysia adalah Terowong Ampang dan Terowong Bukit Bintang di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

2.Mesin pengorek terowong

Mesin pengorek terowong (TBM) adalah sebuah jentera besar yang berfungsi bagi proses pengorekan terowong secara automatik dan lebih pantas. Jenis-jenis TBM yang digunakan adalah bergantung kepada keadaan tanah atau batuan. Pada selang masa yang tertentu, mata penggerudi merin tersebut juga perlu ditukar. Sungguhpun demikian, kaedah pembinaan terowong menggunakan mesin pengorek terowong adalah yang paling popular kerana memudahkan proses pembinaan. Contoh terowong yang dibina di Malaysia dengan menggunakan TBM ialah Terowong SMART (Smart Tunnel), Terowong Genting Sempah di Lebuhraya Karak, Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan dan terowong LRT Aliran Kelana Jaya di Kuala Lumpur.

3.Gerudi dan letup
Kaedah gerudi dan letup adalah cara lama yang digunakan bagi membina terowong sebelum terciptanya mesin pengorek terowong. Kaedah sebegini masih digunakan di sesetengah terowong kerana struktur tanah atau batuan yang rapuh menyukarkan penggunaan mesin TBM. Contoh terowong di Malaysia yang dibina dengan menggunakan kaedah ini ialahTerowong Penchala di Lebuhraya Penyuraian Trafik KL.
untuk projek terowong berkembar ni menggunakan kaedah gerudi dan letupan. selepas selesai proses tersebut, kerja-kerja pemasangan cerucuk, tendon dan konkrit dijalankan kemudian diikuti dengan kerja-kerja lain hingga selesai. saya cuma sempat berjalan sehingga 1 km sahaja kerana kerja-kerja pada jarak 1 km hingga gerbang keluar sedang dijalankan dan kami terpaksa bepatah keluar semula. Alhamdulillah selamat masuk dalam terowong dan selamat keluar juga, tanpa sebarang kejadian yang tak diingini, Alhamdulillah Allah melindungi saya dan rakan-rakan.  ni gambar -gambar untuk perkongsian bersama anda.
pemandangan dari jarak 100m

bahagian dalam terowong, dalam proses konkrit

bergerak keluar, dari kegelapan ke nur Ilahi, insyaAllah..heehee


feel free to share and jangan tak komen naaa...(^_^)










Sabtu, 12 Mac 2011

Tsunami Di Jepun- Bukti Kekuasaan dan Kemurkaan Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua sahabat WADi dan sesiapa jua yang membaca nukilan ini. Kita semua dikejutkan dengan berita kejadian Tsunami di Jepun. Dengan skala 8.9 ritcher pasti banyak kemusnah, kerosakan bahkan mereka yang terkorban juga meningkat. Setakat semalam seramai 23 mangsa telah terkorban dan kemusnahan pada bangunan,kenderaan, loji minyak dan lapangan terbang juga meningkat.


lihatlah bagaiman ia memusnahkan semuanya sekelip mata


 Inilah bukti kekuasaan Allah s.w.t. Bilamana manusia itu semakin lalai dan leka dengan hidup hingga melampaui batas, maka murka Allah pasti tiba. Tidak kira di mana jua kita berada, kita pasti takkan dapat melarikan diri dari ketentuanNya. Di Jepun kita semua maklum, keruntuhan akhlak dan moral nya boleh dikatakan teruk. Semua nya moden seiring dengan pembangunan negaranya juga. Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulangi sejarah itu sendiri. Sama seperti Kaum Adh, Tsamut dan Lut, mereka juga diberikan nikmat dan kemewahan hidup sehingga mereka melampaui batas, lantas Allah turunkan azab berupa bala bencana sehingga hilang mereka dari muka bumi. Semua berpunca dari tangan manusia yang melakukan kerosakan dibumi Allah ini. Firman Allah: 


firman Allah:
"Kaum 'Aad pun telah mendustakan (pula). Maka alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang sangat kencang pada hari nahas yang terus menerus, yang menggelimpangkan manusia seakan-akan mereka pokok kurma yang tumbang." (QS. Al Qamar, 54:18-20)





Jika kita renungkan firman Allah dalam surah As-Syura:


وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ


“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”


Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat saya ambil untuk iktibar kita semua


pusaran air yang besar terbentuk

kebakaran dan kemusnahan rumah serta bangunan

kereta dan kapal terbang umpama mainan, hanyut dibawa ombak..bukti kudrat Allah

musnahnya sebuah negara yang maju

dan mampukah anda bayangkan andai anda berada didalam rumah tersebut

Kalau tengok gambar dan video klip dari cctv dan rakaman berita dunia, memang dahsyat tsunami tu. Apa yang ada semua ditelan tsunami yang ganas dan laju tu. Kalau nak tengok video di bawah ni yer. 



atau anda klik Di Sini

pesanan untuk diri dan kita semua..Jadikan kejadian ini suatu iktibar dan pengajaran berguna buat kita semua. Sentiasalah menambah amal kebaikan selagi masih diberi kesempatan masa dan peluang yang ada ni. Anda punya akal yang waras untuk berfikir dan menerima pengajaran daripada kejadian ini. Musibah dan azab Allah itu boleh menimba kita bila-bila masa sahaja, mungkin selepas anda membaca entri saya ni, mungkin 2-3 jam lagi, mungkin esok, lusa... siapa tahu kan?. Jadi kita hendaklah sentiasa bersedia, dan berdoa agar dijauhkan azab allah dibumi ni serta mohon dimatikan dalam keadaan yang baik, husnul khatimah, insyaAllah..

Isnin, 7 Mac 2011

Sabah tanggung kos hantar balik pelajar ke Mesir


Assalamualaikum, syukur alhamdulillah dan tahniah kepada pelajar Sabah yang belajar di bumi Mesir. Harap lepas ni semua bertambah semangat dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari ilmu dalam bidang masing-masing. Tahniah mereka yang menghulurkan bantuan kepada pelajar sabah dan insyaAllah moga peroleh manfaat di masa akan datang.


bila lah ana nak dapat study kat al-azhar ni.... 


KOTA KINABALU 6 Mac - Sabah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajar negeri ini ke Mesir selain memberi wang saku sebanyak RM500 seorang. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, penghantaran secara berperingkat itu akan dimulakan pada 11 Mac ini menggunakan penerbangan berjadual. "Alhamdulillah, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberikan kebenaran untuk anak-anak kita kembali ke Mesir. "Jadi kita akan hantar mengikut keutamaan di mana sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan akan dihantar dahulu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan dengan pelajar dan keluarga penuntut Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini, hari ini.


Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Tun Said dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin. Pada majlis itu Musa turut menyampaikan wang saku berjumlah RM500 seorang kepada pelajar-pelajar Sabah yang mengikuti pengajian di Mesir.
Menurutnya, penghantaran berkenaan dijangka akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan. Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat seramai 325 pelajar Sabah yang belajar di Mesir. Katanya, daripada jumlah itu, seramai 43 orang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sabah, Yayasan Sabah (82 orang), Pusat Zakat Sabah (136 orang), Majlis Amanah Rakyat (23 orang) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (dua orang). "Seramai 146 orang mengambil jurusan keagamaan, jurusan perubatan (175 orang), farmasi (dua orang) dan pergigian (dua orang)," katanya. Dalam pada itu, Musa berharap semua pelajar Sabah mengambil peluang melanjutkan pelajaran di Mesir untuk mempersiapkan diri dengan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna. "Saya nasihatkan mereka supaya menjaga nama baik Malaysia dan yang penting jangan terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti pembangkang yang cuba membuat fitnah," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai isu tanah adat di negeri ini Musa berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikannya dengan mengambil kira kepentingan penduduk. "Tanah adat adalah isu penting yang diberi keutamaan dan saya telah mengarahkan pihak-pihak berkenaan melakukan kajian menyeluruh mengenai tuntutan tanah adat," katanya.


sumber- Utusan Malaysia
p/s- kalau student UiTM dapat pun ok gak..heeheehee

Khamis, 3 Mac 2011

Amalan Kesihatan Dalam Islam

Assalamualaikum semua, entri kali ni saya nak kongsi serba sedikit tentang tips kesihatan dalam Islam. Amalan ni ringkas sahaja dan mudah untuk sesiapa jua yang ingin mengamalkannya selepas ini, insyaAllah. Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.



2. Mengawal makanan. 

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Hanya dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala  dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)



komen and share lah yerk..heehee =)

Selasa, 1 Mac 2011

Virus dan Anti Virus Komputer

Assalamualaikum Semua sahabat WADi semua, pe khabar anda semua..moga sihat selalu hendaknya. Entri kali ni saya nak share seseuatu yang baru, bukan baru apa cuma post yang berkaitan bidang ilmu yang lain sikit. Ilmu tu kan luas dan macam-macam, jadi saya senang hati nak kongsi dengan anda semua sedikit ilmu yang saya tahu. InsyaAllah.


Saya yakin kat luar sana pasti kerap menggunakan komputer, laptop atau net book. Lagipun sekarang kebanyakan kerja terutama pelajar banyak menggunakan medium ni untuk buat assignment, main game, bersosial di laman maya, research atau berblogging cam saya ni..heehee..Dalam menggunakan komputer, pengguna anda juga perlu tahu serba sedikit ilmu tentang komputer ni. Tahu cara nak jaga komputer, cara guna, dan macam-macam lagi. Lagi banyak yang anda tahu lagi bagus, sekurang-kurangnya anda boleh jaga komputer anda dengan baik dan untuk temph yang lama tanpa rosak.


Pernah dengar virus???yer, mesti ramai yang tahu apa itu virus komputer kan. Jadi tak perlu saya jelaskan lagi. Mungkin ada jugak yang trauma ngan Virus ni..hehehe...yelah, bila dia menyerang habis punah komputer kita dibuatnya. Sejak akhir-akhir ini peningkatan virus , malware , spyware , worm , spam dan bermacam-macam kategori virus komputer semakin meninggkat.Dalam kategori virus terdapat berbagai-bagai nama yang diberi seperti brontok , trojan , hoak , w32 , exe dan sebagainya.Sebenarnya virus tidak mempunyai nama , nama diberikan oleh mereka yang menjumpainya buat pertama kali.Mereka yang akan memberi nama pada virus tersebut. Akibat dari terkena virus akan mengalami berbagai-bagai efect , ada yang tidak boleh shut down , disable antivirus , disable registry , komputer jadi perlahan , data hilang create folder , locked folder , hilang menu dan sebagainya.



Di Malaysia kebanyakan personal komputer menggunakan perisian Antivirus percuma.Badan-badan kerajaan dan swasta pula menggunakan perisian Antivirus berbayar. Perisian Antivirus berbayar memang boleh dipercayai dari segi security berbeza dengan perisian Antivirus percuma boleh diragui.Antara perisian Antivirus berbayar yang boleh dipercayai seperti Norton Antivirus , TrendMicro , McAfee dan banyak lagi.
Apa yang saya ingin kongsikan mengenai perisian Antivirus percuma.Terdapat banyak perisian Antivirus percuma pada masa sekarang.Ada sesetengah yang tidak boleh dipercayai kerana perisian itu sendiri yang membawa virus ke dalam komputer.Berikut adalah sebahagian perisian-perisian Antivirus percuma yang boleh dipercayai pada pandangan saya. Anda boleh download di link yang saya berikan ni. 




Ada banyak lagi antivirus percuma yang ada tapi yang ni kebnyakkan orang gunalah, yang penting kerap update and scan virus ok. Dinasihatkan jangan install banyak antivirus, nanti berat komputer tu. Jangan abaikan komputer dan virus ni. Nanti virus bersarang dalam komputer baru tau..ahaha, insyaAllah. Selamat melindungi komputer yer..

p/s-komen jangan lupe tau..heehee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik