السلام عليكم
Hadith 5 ( حديث )
Berkata Hasan bin Ali: “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (Kunyahnya Abu ‘Abdullah)[1]. Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohinya. Inilah yang diceritkan oleh Hind bin Abu Halah”:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم فخما مفخما يتلألأ وجهه تلألؤ القمر ليلة البدر، أطول من المربوع، واقصر من المشذب، عظيم الهامة رجل الشعر، إن انفرقت عقيصته فرق وإلا فلا يجاوز شعره شحمة أذنية. إذا هو وفره، أزهر اللون واسع الجبين، أزج الحواجب سوابغ في غير قرن بينهما عرق يدره غضب، أقنى العرنين له نور يعلوه يحسبه من يتأمله أشم كث اللحية، شهل الخدين، ضليع الفم أشنب مفلج الأسنان، دقيق المسربه، كان عنقه جيد دمية في صفاء الفضة معتدل الخلق، بادن متماسك سواء البطن والصدر، عريض الصدر بعيد ما بين المنكبين ضخم الكراديس، أنور المتجرد موصول ما بين اللبة والسرة بشعر، يخري كالخط، عاري الثديين والبطن مما سوى ذلك، أشعر الذراعين والمنكبين وأعالي الصدر طويل الزندين، رحب الراحة، شثن الكفين والقدمين، سائل الأطراف، خمصان الأخمصين، مسيح القدمين ينبو عنهما الماء. إذا زال زال قلعا، يخطو تكفيا ويمشي هونا، ذريع المشية إذا مشى كانما ينحط من صبب، وإذا التفت التفت جميعا خافض الطرف، نظره إلى الأرض أطول من نظره إلى السماء، جل نظره الملاحظة يسوق أصحابه، يبدر من لقي باالسلام
Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. beliau lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi[2]. Kepadanya besar. Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya terurai, beliau membuat beahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai ke cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh[3].
Warna kulitnya putih kemerah-merahan. Dahinya luas, alisnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua alisnya ada urat yang kelihatan memerah ketika beliau sedang marah. Hidungnya mancung, dihujung hidungnya ada cahaya yang memancar sehinggakan orang yang tidak melihatnya betul-betul akan menyangka hidung beliau lebih mancung (daripada yang asal). Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang namun teratur rapi. Bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegah dan kuat. Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata, dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar. Bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.
Dari pangkal leher sehingga ke pusat, bulu yang tebal tumbuh bagaikan garisan. Kedua-dua puting di dada dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus. Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jarinya-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya. Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan sunggug-sungguh. Beliau melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawaduk. Jika beliau berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah beliau sedang turun ke tempat yang rendah. Apabila dipanggil, beliau akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak. Pandangan matanya terarah ke bawah. Beliau menundukkan kepala menatap bumi lebih lama daripada memandang ke langit. Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, Rasulullah akan terlebih dahulu memberi salam[4]. (Riwayat Al-Tirmizi)
---------------------------------------------------
[1] Beliau ialah Hind bin Abu Halah adalah anak lelaki Khadijah bersama suaminya yang terdahulu, beliau antara orang yang banyak meriwayatkan hadith berkaitan sifat-sifat Rasulullah s.a.w
[2] Maksudnya ialah tidak terlalu rendah dan tidak pula terlalu tinggi.
[3] Wafroh ialah keadaan rambut yang hampir menyentuh dan tidak melebihi cuping telinga. Jika melebihinya maka disebut limmah.
[4]Diriwayatkan daripada Sufyan bin Waqi’, daripada Jami’ bin Umar bin Abdurrahman al-‘Ijli, daripada Abu Abdullah seorang kaum Bani Tamim, daripada Hasan bin Ali, daripada Hind bin Abu Halah.
والله أعلمُ بالـصـواب