Cari Entri WADi

Selasa, 22 September 2015

Makna Huruf Muqatta'ah dalam Al-Quran.



Para mufassirun berbeza pendapat terhadap makna huruf muqatta'ah di dalam Al-Quran seperti الم, الر, كهيعص, dan sebagainya.

Berikut beberapa pandangan ulama' tafsir terhadap huruf muqatta'ah:

1. Huruf yang termasuk asma' (nama-nama) Allah yang Mulia. Ini pandangan Ibn Abbas, As-Sya'bi, Salim bin Abdullah, Ismail bin Abdulrahman etc

2. Huruf Pembuka  Al-Quran. Ini pandangan Mujahid.

3. Nama-nama Al-Quran. Juga pandangan Mujahid.

4. Nama surah dalam Al-Quran. Ini pandangan Abdurrahman bin Zaid, Zaid bin Aslam.

5. Lafaz sumpah daripada Allah. Pandangan Ibn Abbas dan Ikrimah.

6. Isyarat sindiran Allah kepada orang Arab (penyair Arab). Pandangan Al-Farra' dan Qutrub.

7. Huruf yang menunjukkan kebesaran ilmu Allah dan ia tidak ditafsir atau ditakwilkan. Ini pendapat Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Mas'ud, Al-Thauri dan Rabi' bin Khaitham.

Dalam Zad Al-Muyassar, Ibn Jauzi menyebut ia ayat Mutasyabihat yang tidak diketahui maknanya kecuali Allah.

Contoh tafsir asma' Allah sebagaimana yang disebutkan dalam tafsir Al-Qurtubi berkenaan tafsiran Ibn Abbas radhiallahu ‘anhu:

الم: قال ابن عباس: أنا الله أعلم
Alif Lam Mim; Kata Ibn Abbas ia bermaksud: Ana Allahu A’lam (Aku Allah yang Maha Mengetahui)
الر: أنا الله أرى
Alif Lam Ra: Ana Allah Araa (Aku Allah Yang Maha Melihat)
المص: أنا الله أفصل
Alif Lam Mim Sod: Ana Allah Afsal (Aku Allah yang terpisah dari sesuatu)


Pandangan yang kuat menurut kebanyakan ulama' Salaf dan Khalaf ialah pandangan yang menyebutkan bahawa huruf muqatta'ah itu tidak diketahui maksudnya melainkan Allah dan menyerahkan maknanya kepada Allah ta'ala.

Kata Abu Hatim dalam Tafsir Al-Qurtubi:

لم نجد الحروف النقطعة في القرآن إلا في أوائل السور. ولا ندري ما أراد الله عز وجل بها
Tidak ada huruf yang terpisah dalam Al-Quran (Muqatta'ah) kecuali hanya ada di awal-awal surah. Dan kami tidak tahu apa yang Allah ingin maksudkan dengannya.

Kata Ibn Kathir:

وإنما اختلفوا، فمن ظهر له بعض الأقوال بدليل فعليه اتباعه. وإلا والوقف حتى يتبين. هذا مقام.
Sesungguhnya ia adalah perkara yang diperselisihkan. Sesiapa yang melihat sebahagian pandangan-pandangan tersebut mempunyai dalil maka hendaklah dia mengikutinya jika tidak (memiliki dalil) maka hendaklah tawaqquf (berhenti/tidak berpegang) sehinggalah ia mempunya penjelasan. 

Kata As-Suyuti dalam Al-Itqan:

وأما ما لا يعلمه إلا الله تعالى فهو ما يجري مجرى الغيوب نحو الآي المضمنة قيام الساعة وتفسير الروح والحروف المقطعة وكل متشابه في القرآن عند أهل الحق فلا مساغ لإجتهاد في تفسيره ولا طريق إلى ذلك إلا بالتوقيف بنص من القرآن أو الحديث أو إجماع الأمة على تأويله

Adapun sesuatu yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah ta'ala maka ia termasuk perkara khusus yang ghaib seperti berikut; Hari kebangkitan, penjelasan tentang roh, huruf Muqatta'ah dan setiap perkara mutasyabih (samar-samar maknanya) di dalam Al-Quran disisi Ahli Al-Haq (Para Ulama') maka tidak dibenarkan untuk berijtihad tentang maksudnya dan tidak ada cara untuk perkara tersebut melainkan dengan adanya nas daripada Al-Quran atau Al-Hadith atau ijma' ummat keatas takwilannya.

Maraji':
Tafsir Al-Tabari
Tafsir Ibn Kathir
Tafsir Al-Qurtubi
Zad Al-Masir, Ibn Jauzi
Tafsir Bahrul Muhit li Abu Hayyan
Fath Al-Qadri, As-Syaukani
Al-Burhan fi ulumul Quran, Imam Al-Hufi.
Al-Burhan fi Ulumul Quran, Az-Zarkashi.
Al-Itqan fi Ulumul Quran, As-Suyuti.

والله أعلم بالصواب

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik