Cari Entri WADi
Sabtu, 30 Januari 2010
PLANET UTARID
Pada sekitar tahun 1970, kapal angkasa Pioneer 10 telah melawat planet Utarid. Secara amnya planet Utarid boleh dilihat hampir dengan ufuk semasa matahari tebit dan terbenam.
Planet Utarid ialah sebuah planet berkawah yang tidak mengandungi udara dengan saiz 1/3 diameter bumi, iaitu hampir sama dengan saiz bulan. Ia dpengaruhi tekanan pasang-surut (tidal force). Selain daripada itu, suhu pada permukaan planet ini panas. Pada waktu siang suhunya mencecah sehingga 700K (427°c), manakala suhu pada waktu malamnya pula ialah 100K (-173°c). Suhu yang melampau ini menyebabkan planet itu tidak dapat mengekalkan atmosferanya. Mealaui pemeriksaan spektrum, terdapat sisa-sisa hidrogen, helium, oksigen, potassium dan sodium. Unsur-unsur ini telah dibawa oleh angin suria (solar wind). Selain itu, permukaan planet (kerak) itu ialah permukaan yang berbatu yang ‘dilukai’ oleh kawah-kawah (craters) yang berbagai saiz.
Dalam penjelajahan Pioneer 10 ke planet itu,satu lembah yng panas yang dinamakan ‘caloris’ (haba) telah dijumpai. Lembah ini terletak di sebelah utara dan selatan, iaitu pada perihelion yang berselang-seli. Perihelion ialah kawasan yang paling dekat dengan matahari, manakala adhelion pula ialah kawasan yang paling jauh dengan matahari. Lembah caloris ini ialah lembah gergasi yang terhasil daripada kesan hentaman (1300 km) yang kuat. Semasa hentaman itu berlaku, satu gelombang ‘seismik’ akn wujud dan menghasilkan lembah. Di dalam lembah ini pula terdapat bulatan-bulatan lain dan gunung yang setinggi 3 km. Sebahagian dari lembah ini diisi dengan belerang.
Daripada gambar foto yang diperolehi dari ‘mariner’, terdapat satu corak (pattern) di permukaan Utarid yang tidak terdapat di permukaan bulan. Corak ini dipanggil ‘Lobate scarps’ iaitu satu lengkungan curam yang besar yang wujud selepas kewujudan ‘caloris’. Ia terbentuk akibat proses penyejatan dan penyejukan yang terjadi diplanet ini denan ketinggian 3 km dan panjang beratus-ratus kilometer. Planet Utarid tidak seperti planet bulan. Ini kerana ia tidak mempunyai ‘dark maria’.
Mengikut pengiraan, planet Utarid adalah 60% lebih tumpat daripada bulan. Disebabkan oleh permukaannya yang berbatu, terasnya mestilah besar dan tumpat seperti logam. Haba di planet ini cepat hilang kerana saiznya yang kecil. Terdapat juga medan magnet diplanet ini, iaitu wujud besi lebur teras. Besi yang lebur itu bercampur dengan sulfur dan ini menahannya dari membeku. Asasnya, teras planet ini lebih besar berbanding kerak dan mantelnya.
Tidak terdapat banyak fakta yang menyatakan tentang planet Utarid. Daripada fakta yang telah berjaya dikumpulkan telah dijadikan hipotesis gabungan dan daripada hipotesis ini, didapati Utarid terbentuk daripada nebula suria berdekatan dengan matahari. Planet ini bersaiz kecil, tetapi tumpat dan panas. Saiznya yang kecil disebabkan oleh kandungan bahan pepejal nebula suria berdekatan matahari dan kebanyakan bahan itu adalah logam. Peringkat kedua planet ialah sangat berkawah dan sangat cepat, tetapi apabila debuan sistem suria diangkat, kawah berkurangan. Planet Utarid secara umumnya, aktiviti geologi adalah mati.
Makluman dari (WADi)
1. Selamat datang ke Laman WADi
2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.
3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .
4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.
5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.
6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.
7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.
8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.
9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com
10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.