Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label Sukan/Sport. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan/Sport. Papar semua catatan

Selasa, 22 November 2011

Nasihat dan Ucapan Tahniah Atas Kejayaan Harimau Malaya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seperti yang sudah ramai yang sedia maklum, skuad bola sepak kebangsaan berjaya menewaskan indonesia dalam perlawanan akhir Bola Sepak sukan SEA 2011. Kememnagan tersebut sekaligus menjadikan Malaysia mengekalkan kejuaraan selepas menjuarainya pada sukan SEA edisi 2009 yang lalu. Berita ini menjadi topik yang hangat di seluruh rantau asia umumnya dan diseluruh Malaysia khususnya.


Ketika saat-saat sepakan penalti berlangsung, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam. Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.


Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos. Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.



Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama. Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.




Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35. Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.


Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3. Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Berita selanjutnya di  Harian Metro

Kejayaan ini menjadi pencetus kebangkitan arena bola sepak negara. Diharapkan rangking pasukan kebangsaan juga bertambah baik selepas ini. Dijadualkan, skuad Harimau Malaya akan menentang Syria untuk kelayakan olimpik 2012 nanti. 


p/s- Diharap dengan kemenangan ini, kedua-dua buah pasukan dan negara semakin baik ukhuwwahnya. Tidak wajar hanya kerana bola sepak, kedua-dua buah negara bermusuhan. WADi mengucapkan tahniah kepada kedua-dua buah pasukan , iaitu buat Malaysia kerana memenangi dan mengekalkan kejuaraan. Dan kepada indonesia, tahniah kerana berjuang dengan bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir disamping memberikan saingan yang baik dan sengit sekali. Buat penyokong kedua-dua buah pasukan, harapan WADi agar kita semua dapat memadamkan api persengketaan dan menyemarakkan semangat kerjasama dan ukhuwwah yang baik, buat selamanya, insyaAllah.

Isnin, 2 Mei 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka India


PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-12, 12-21, 21-15 pada perlawa- nan akhir di New Delhi semalam. Bagaimanapun, Chong Wei, 28, yang belum pernah meraih sebarang gelaran di India memerlukan masa satu jam, dua minit untuk menjinakkan lawannya itu. Ini merupakan gelaran keempat Chong Wei tahun ini se- lepas menjuarai Siri Super Masters Akhir, Terbuka Malaysia dan Seluruh England. Diletakkan sebagai pemain pilihan utama pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$200,000 (RM592,200) itu, Chong Wei diberi tentangan sengit oleh Gade sebelum menang.
Selepas menang mudah set pertama, Chong Wei seperti memperlahankan rentak permainan pada set kedua, sekali gus memberi ruang kepada Gade untuk bangkit. Selepas terikat 8-8 pada suatu ketika, Gade memungut empat mata berturut-turut dan tidak menoleh ke belakang lagi apabila Chong Wei kerap menghantar bulu tangkis keluar gelanggang. Bagaimanapun, set ketiga jelas menyaksikan skrip berbeza apabila Chong Wei terus memimpin permainan dari awal hingga akhir menerusi pukulan-pukulan bertenaga.
Chong Wei menjadi satu-satunya pemain negara yang berjaya mara ke perlawanan akhir selepas gandingan beregu lelaki, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tersekat pada separuh akhir kelmarin. Kien Keat-Boon Heong tewas kepada beregu Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata, manakala Peng Soon- Liu Ying tunduk kepada gandingan Indonesia, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth.

Khamis, 30 Disember 2010

Sejarah baru Bola Sepak Malaysia


Assalamualaikum semua, semua sedia maklum bahawa pasukan bola sepak kita telah menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 malam tadi. Saya yakin ramai peminat pasukan kebangsaan malah seluruh warga Malaysia bangga dengan pencapain yang besar dalam sejarah bola sepak negara selepas kemarau hampir 14 tahun untuk menjuarainya. Saya sendiri minat dalam sukan bola sepak ni dan menyokong pasukan kebangsaan (cuma tak fanatik lah..heehe..).

Tahniah diucapkan kepada penyerang negara, Mohd Safee Sali yang menerima anugerah top scorrer / penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol. Tahniah juga kepada pasukan bola sepak Indonesia kerana bermain dengan bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan.

         

Cuti Umum & Pujian dari Rio Ferdinand

Sempena dengan kejayaan skuad kebangsaan dan juga sejarah baru bola sepak tanah air,maka Perdana Menteri mengumumkan cuti Umum pada hari Jumaat ,25 Muharram 1432 bersamaan 31 /12/2010. Jadi boleh lah balik kampung bagi yang teringin atau luang masa dengan keluarga tercinta di rumah, InsyaAllah.
Pemain pertahanan Menchester United turut memberi ucap tahniah dan pujian kepada skuad bola sepak negara di atas kejayaan tersebut. Bukan senang nak dapat pujian dari pemain terkenal dunia. Jadi ini boleh menjadi pembakar semangat untuk skuad kebangsaan lebih berjaya dalam kejohanan akan datang,InsyaAllah.

rioau Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Harapan Ad-Dien

Dengan kejayaan ini,harap skuad kebangsaan mampu melangkah lebih jauh, mana tahu masuk World Cup 2014 ker...begitu juga dengan Indonesia dan negara asia tenggara yang lain, kita boleh..tak perlu bermusuhan.
Seperti yang sedia maklum, terdapat satu dua kelemahan sepanjang kejohanan berlangsung. Paling hangat dikatakan ialah isu pergaduhan, permusuhan dan kutukan antara segelintir penyokong tempatan dan penyokong skuad Indonesia. Kesal mengapa boleh jadi macam ni. Perlu ke kita gaduh disebabkan bola sepak. Kita bangsa melayu,rakyat dari negara yang merdeka, kita rakyat di zaman moden dan kita juga saudara MUSLIM. Kita sama-sama orang Islam, sepatutnya ukhuwwah dan persahabatan yang lebih baik boleh dicapai, bukan pergaduhan dan saling buruk-memburukkan satu sama lain.

renugkanlah beberapa Hadith ini wahai teman, sungguh jika kita berpaksikan Islam, isu gaduh dan permusuhan tidak timbul..

“Barangsiapa berjuang di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan karena kesukuan dan menyeru kepada kesukuan, serta tolong menolong atas dasar kesukuan maka bila dia terbunuh dan mati, matinya seperti jahiliyah”. (HR. Muslim)

Kaab bin Syadh r.a berkata, “Ya Rasulullah, apakah seorang yang mencintai kaumnya (bangsanya) itu termasuk fanatik (ashabiyah)?”
Nabi s.a.w menjawab: “Tidak, fanatisme (ashabiyah) itu bilamana seorang mendukung dan memihak kepada kaumnya atas sesuatu kezaliman.”(Hadith riwayat Ahmad)


Dalil Al-Quran:


Firman Allah:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). "[al-hujuraat, 49:13]



Jazakumulloh..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik