Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label Muamalat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muamalat. Papar semua catatan

Isnin, 26 Ogos 2013

Persoalan Batasan Aurat Yang Boleh Dilihat Ketika Berubat



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Perubatan telah mengalami evolusi dan perkembangan yang maju dari masa ke semasa selari dengan perkembangan zaman. Perubatan secara asasnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu perubatan secara tradisional dan perubatan moden. Islam tidak pernah melarang Ummatnya berubat melalui kedua-dua jenis bidang perubatan tersebut asalkan ianya mematuhi syariat Islam. Timbul persoalannya bagaimanakah dengan keadaan pesakit dengan pengamal perubatan/ Doktor yang merawat? Apakah batasan aurat antara mereka? Bagaimana bahagian yang sakit itu melibatkan aurat pesakit?


Berikut ini akan saya nyatakan beberapa kaedah dan batasan tentang masalah batasan aurat yang boleh dilihat ketika pengubatan.

1. Aurat lelaki adalah anggota tubuh antara pusat dan lutut, berdasarkan sabda Nabi Salallahu 'Alaihi Wassalam :

ما بين السُّرَّة والركبة عورة 

"Apa-apa yang berada diantara pusat dan lutut adalah aurat"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Daraquthni, hadith hasan) dan ini merupakan pendapat jumhur ulama.


2.  Tubuh wanita seluruhnya aurat bagi lelaki bukan mahramnya. Berdasarkan firman Allah:


 وإذا سألتموهنّ متاعا فاسألوهن من وراء حجاب 

Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir."  ( An-Nuur :53)


Dan berdasarkan sabda Nabi Salallahu 'Alaihi Wassalam :

 المرأة عورة
"Tubuh wanita itu seluruhnya aurat."(Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan gharib)

Inilah pendapat yang benar dalam madzhab Hambali dan salah satu pendapat dalam madzhab Maliki serta salah satu pendapat juga dalam madzhab Syafi'i.


3. Sengaja melihat aurat yang dilarang dilihat merupakan perkara yang sangat diharamkan, wajib menundukkan pandangan darinya, berdasarkan firman Allah:


 قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون . وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن 

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka,. (An-Nur:30-31)

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

لا ينظر الرجل إلى عورة الرجل ، ولا المرأة إلى عورة المرأة 

"Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya dan janganlah juga seorang wanita melihat aurat wanita lainnya." (Riwayat Muslim)

Beliau juga pernah berkata kepada Ali bin Abi Talib:

لا تنظر إلى فخذ حيّ ولا ميّت

"Janganlah melihat kepada paha orang yang masih hidup ataupun yang sudah mati."
(Riwayat Abu Daud, isnadnya diperselisihkan kesahihannya)


4.  Setiap aurat yang tidak boleh dilihat maka tidak boleh juga disentuh walaupun memakai penghalang. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

 إني لا أصافح النساء   

"Sesungguhnya aku tidak pernah bersalam dengan  wanita." (Riwayat Malik dan Ahmad, hadith ini shahih)

Beliau juga berkata:

لأن يُطعن في رأس أحدكم بمِخْيَط من حديد خير له من أن يمسّ امرأة لا تحلّ له 

"Sekiranya kepala salah seorang kamu ditusuk dengan jarum besi lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat Ath-Thabrani , perawi hadith ini sahih menurut Al-Haithami dalam Majma' Zawaid)

Imam An-Nawawi berkata: 

 وحيث حَرُم النظر حَرُم المسّ بطريق الأَوْلى ، لأنه أبلغ لذّة 

Menurut keutamaan hukum, menyentuh wanita yang bukan mahram haram hukumnya sebagaimana juga haram melihatnya. Sebab menyentuh tentunya lebih nikmat daripada sekadar melihatnya.


5.  Ada beberapa jenis dan tingkatan aurat, diantaranya aurat yang major seperti qubul (kemaluan) dan dubur. Dan aurat yang tidak major, seperti paha (antara sesama lelaki). Aurat kanak-kanak yang masih berusia dibawah tujuh tahun tidak termasuk dalam hukum. Adapun aurat anak kecil yang telah mumayyiz (baligh) -antara tujuh sampai sepuluh tahun- adalah kemaluannya. Aurat anak perempuan yang masih kecil dan sudah baligh auratnya dari pusat sampai ke lutut. Demikian pula dalam keadaan aman. Aurat mayat sama seperti aurat orang yang masih hidup. 

6.  Kaedah Fiqh: Keadaan darurat membolehkan perkara yang terlarang.( الضرورات تبيح المحظورات)

Para ulama sepakat bahwa seorang dokter boleh melihat bahagian tubuh wanita yang sakit untuk keperluan pemeriksaan dan pengubatan dengan memperhatikan batasan-batasan syar'inya. Demikian pula para ulama membolehkan para doktor melihat bahagian tubuh lelaki yang sakit. Ia boleh melihat bagian tubuh yang sakit sekadar keperluannya sahaja. Dalam hal ini doktor wanita sama halnya dengan doktor lelaki. Hukum ini di dasarkan atas kaedah fiqh:

 حفظ النفس على مصلحة ستر العورة عند التعارض 
Mendahulukan maslahat menyelamatkan nyawa daripada maslahat menjaga aurat jika kedua maslahat itu bertentangan. 

Ini bermaksud jika seseorang perawat itu menghadapi dua situasi ini iaitu antara menyelamatkan nyawa dengan menjaga aurat, maka didahulukan menyelamatkan nyawanya kerana itu untuk maslahat dan memelihara maqasid yang utama. Namun perlu diingat bahawa yang boleh dilihat hanyalah sekadar tempat yang perlu dirawat sahaja. 

7.  Kaidah fiqh seterusnya : Darurat harus diukur sesuai batasnya. ( الضرورة تُقدَّر بقدرها)


Meskipun melihat, menyingkap, menyentuh dan sebagainya dibolehkan karena darurat dan keperluan yang sangat mendesak, tetapi tidak dibolehkan melampau dan melanggar batasa-batas syariat. Batas-batas itu sebagai berikut:


a) Pengubatan kaum lelaki hendaklah ditangani oleh doktor lelaki, dan pengubatan kaum wanita hendaklah ditangani doktor wanita. Jika seorang wanita terpaksa menyingkap auratnya untuk keperluan pengubatan, maka dianjurkan agar ditangani oleh dokter wanita muslimah. Jika tidak ada maka ditangani oleh doktor non muslimah, jika tidak ada maka ditangani oleh doktor lelaki muslim, jika tidak ada maka ditangani oleh doktor pria non muslim. 

Demikian pula jika boleh ditangani oleh doktor umum wanita muslimah maka tidak perlu ditangani oleh dokter pakar lelaki. Jika diperlukan doktor pakar wanita dan ternyata tidak ada, maka boleh ditangani oleh doktor pakar lelaki. Jika doktor pakar wanita tidak mencukupi dan sangat perlu ditangani oleh doktor pakar lelaki yang mahir maka boleh ditangani oleh doktor lelaki tersebut.

Jika terdapat doktor pakar lelaki yang lebih mahir daripada doktor pakar wanita, maka tetap tidak boleh ditangani oleh doktor pakar lelaki kecuali jika kepakaran doktor lelaki itu sangat diperlukan. Demikian pula halnya dalam proses pengubatan lelaki, iaitu tidak boleh ditangani oleh doktor wanita jika masih ada doktor lelaki yang mampu menanganinya.

b) Tidak diperkenankan melampaui batas aurat yang lazim untuk dibuka. Cukup membuka anggota tubuh yang perlu diperiksa saja. Dan hendaknya berusaha menundukkan pandangan semampunya. Dan hendaknya ia sesalu merasa melakukan sesuatu yang pada dasarnya diharamkan dan senantiasa minta ampun kepada Allah atas perbuatan melampaui batas yang mungkin terjadi.

c) Jika pengubatan boleh dilakukan hanya dengan mengesan penyakit saja (tanpa harus membuka aurat), maka tidak dibolehkan membuka aurat. Jika hanya diperlukan melihat tempat yang sakit saja maka tidak perlu menyentuhnya, jika cukup menyentuh dengan memakai penghalang saja maka tidak perlu menyentuhnya tanpa penghalang.

d) Jika yang menangani pesakit wanita terpaksa doktor lelaki maka disyaratkan tidak dalam keadaan khalwat. Pesakit wanita itu harus disertai suaminya, atau mahramnya atau wanita lain yang dapat dipercayai.

e) Hendaklah doktor yang mengurusnya ialah seorang yang dipercayai, tidak cacat akal dan agamanya. Dalam hal ini cukuplah menilainya secara zahir.

f) Makin major aurat tersebut makin keras pula larangan melihat dan menyentuhnya. Penulis buku Kifayatul Akhyar berkata: 

 واعلم أن أصل الحاجة كان في النظر إلى الوجه واليدين ، وفي النظر إلى بقية الأعضاء يُعتبر تأكّد الحاجة ، وفي النظر إلى السوأتين يُعتبر مزيد تأكُّد الحاجة . ولذلك لا بدّ من التشديد البالغ في مثل حالات التوليد وختان الإناث اليافعات 

"Ketahuilah bahwa keperluan yang sangat mendasar untuk dilihat adalah wajah dan dua telapak tangan. Adapun bagian-bagian tubuh lainnya hanya boleh dilihat sesuai dengan kadar keperluan, terutama alat kelamin vital. Oleh sebab itu hal ini sangat perlu dijaga, terutama pada saat membantu kelahiran dan mengkhatan anak perempuan yang mula dewasa.

g)  Keperluan pengubatan memang sangat mendesak. Seperti penyakit yang tidak dapat ditahankan lagi atau penurunan stamina dikhawatirkan akan membahayakan nyawanya. Adapun jika tidak begitu sakit atau tidak begitu mendesak maka janganlah membuka aurat (hanya untuk pengubatannya), sebagaimana dalam perkara-perkara yang bersifat dugaan dan perkara-perkara lainnya (yang mana tidak mesti membuka aurat).

h) Seluruh perkara di atas berlaku jika tidak menimbulkan fitnah dan tidak membangkitkan syahwat kedua belah pihak (yakni pesakit dan doktornya).

Akhirnya, segala sesuatunya harus didasari ketakwaan kepada Allah. Kerana syariat telah menggariskan hukum-hukum yang jelas dan tegas bagi perkara-perkara sensitif seperti ini. Salah satu penyebab timbulnya musibah pada zaman ini adalah memandang remeh masalah membuka aurat di tempat-tempat terbuka dan hospital. Sepertinya para doktor tersebut boleh melakukan segala sesuatu dan dihalalkan baginya segala yang terlarang. Demikian pula yang berlaku dalam program-program pendidikan yang 100% ditiru dari program-program pendidikan yang ada di negara-negara kafir. Hal ini termasuk kelemahan dalam pelbagai pola pendidikan, latihan dan ujian.

Kaum muslimin wajib mengajarkan pelbagai keterampilan khusus bagi kaum wanita agar mereka dapat memenuhi keperluan mereka sendiri. Dan hendaknya menyusun jadual yang rapi dan teratur di klinik-klinik dan hospital agar wanita-wanita muslimah tidak jatuh dalam kesusahan. Dan hendaklah tidak menelantarkan wanita-wanita muslimah yang sakit atau merasa keberatan jika mereka meminta di tangan oleh dokter wanita.



 والله أعلم بالـصـواب 

Khamis, 23 Mei 2013

Status Bank Islam: Adakah Ia Benar-Benar Islami?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Pasti ramai yang tertanya-tanya terutama pengguna perbankan Islam semisal Bank Islam, CIMB dan sebagainya. Adakah Bank Islam ini benar-benar mengamalkan sistem perbankan Islam? Adakah ia benar-benar Islami dan patuh Syariah?. Adakah selamat untuk menggunakannya?

Menurut pengamatan dan pengalaman saya di dalam operasi perbankan Islam, boleh saya katakan tanggapan si penanya ada benarnya dan ada salahnya. Ikhlas saya katakan, ianya tertakluk kepada kesungguhan tiga pihak (paling kurang) dalam memastikan pelaksanaan dan operasi dilaksanakan bertepatan dengan Shariah. Tiga pihak tadi adalah :-


1) Ketua Pegawai Operasi (CEO) sesebuah Bank Islam itu.
2) Majlis Penasihat Shariah Bank (Luaran).
3) Pegawai Shariah Dalaman.

Ketiga-tiga pihak ini perlulah menjadi individu yang bersungguh-sungguh untuk menjaga konsep-konsep Shariah dalam operasi, tanpa kesungguhan mereka, memang mudah pelaksanaan perbankan Islam tersasar dari prinsip Shariah tanpa di sedari dan terjadilah apa yang didakwa tadi.

Bagi maklumat pembaca, antara proses biasa yang dijalankan atau mesti dijalankan dalam Bank-bank Islam dan bahagian Islam (di dalam bank konvensional terdapat Islamic Division yang menwarakan produk Islam) bagi memastikan sesuatu produk dan operasinya berjalan mengikut kehendak Shariah, perkara berikut akan dilakukan:-


1) Pegawai Shariah dalaman (yang sepatutnya mempunyai latar belakang kepakaran Shariah secara rasmi) akan melakukan semakan awal konsep Shariah yang digunakan dalam sesuatu produk. Ia akan meyemak samada rukun dan syarat sesuatu konsep dijaga dalam produk yang ingin di tawarkan. Selain itu, memastikan “diagrammatic flow” adalah sah menurut Shariah. Semua standard kontrak juga perlu disemak dengan terperinci oleh pegawai Shariah dalaman, kadangkala ia memerlukan perbincangan dengan para peguam bagi memastikan sebarang keperluan pindaan Shariah boleh “fit” atau menepati peruntukan undang-undang Malaysia. Jika tidak, penyelesaian akan dicari bagi memenuhi kehendak Shariah dan Undang-undang Malaysia. Jelasnya, ia bukanlah sebuah kerja yang mudah. Justeru, kekuatan, kepekaan dan kelayakan Shariah pegawai Shariah dalaman juga akan menentukan kebersihan pelaksanaan sesebuah Bank Islam.


2) Hasil semakan dan nasihat pegawai Shariah dalaman bersama pegawai Bank yang lain, kemudiannya akan dibawa ke perbincangan rasmi dengan Majlis Penasihat Shariah Luaran. Pembentangan yang komprehsenfi tanpa sebarang selindung perlu dilakukan. Isi kandungan Kontrak, borang, “diagrammatic flow” transaksi dan lain-lain akan dibincangkan dengan lebih teliti. Proses ini memerlukan ketelusan pegawai Bank dalam mendedahkan semua proses kepada Penasihat Shariah. Justeru, pegawai Shariah dalaman mestilah memahami dan menentukan semua pembentangan adalah telus tanpa selindung atau merekalah yang bakal menanggungnya di akhirat. Kebiasaanya, penasihat Shariah luaran sesebuah Bank akan bergantung penuh kepada maklumat yang diberikan oleh pegawai bank, sebarang kesilapan maklumat atau ketidakfahaman penasihat Shariah terhadap maklumat yang diberikan pasti menghasilkan fatwa yang silap juga.


3) Hasil keputusan akan di bawa ke Lembaga Pengarah Bank untuk pemakluman sebelum ditawarkan kepada pelanggan ( jika ia produk yang telah diluluskan oleh Bank Negara), bagaimanapun jika ia produk baru yang belum di masukkan di dalam senarai Produk lulus di Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan Bank Negara Malaysia, Ia perlu di bawa ke Bank Negara terlebih dahulu untuk kelulusan.


4) Setelah diluluskan, suatu program latihan “training” dan penerangan tentang konsep dan pelaksanaan produk ini akan dibuat untuk para pegawai perbankan Islam yang akan terlibat dalam pemasaran dan pelanggan secara langsung. Proses ini nampak mudah, tapi ia adalah sukar kerana kebanyakan pegawai di bank-bank Islam, dahulunya bekerja di Bank Konvensional juga serta kurang pengetahuan tentang konsep-konsep Shariah. Kerana itulah tidak hairan jika terdapat rungutan orang awam yang mengatakan Bank Islam tidak Islam, ia adalah kerana pegawai yang bertemu dengan pelanggan tidak faham konsep produk yang ditawarkan lalu membuat penerangan yang salah. Padahal semua produk, kontrak dan transaksinya telah di semak dan diluluskan oleh penasihat Shariah.


Itulah secara ringkas, proses pemastian sesebuah produk pembiayaan menepati Shariah atau tidak. Adapun dalam hal pelaburan wang simpanan dan wang pelaburan pelanggan menurut konsep “Mudarabah”, Urusan tapisan syarikat yang ingin di labor akan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana “client-friendly”, iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan “client”. Sebelum melabur dalam sesuatu syaraikat atau membiayai projek sesuatu syariakt menggunakan wang pelaburan pelanggan, pihak Bank akan membuat penilaian dari sudut “asset” mahupun “lialibilities” sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan “filter” Shariah berikut biasanya digunakan antaranya :-

i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)

ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )


Demikian secara ringkas, manakala halangan-halangan yang ditempuhi oleh Bank-bank Islam dan perbankan Islam dalam memastikan semua operasi dan pelaksanaan berjalan mengikut kehendak Shariah adalah seperti berikut :-

a- Halangan Kefahaman Individu :

Ketidakfahaman terhadap konsep dan pelaksanaan perbankan Islam menyukarkan pengamal Perbankan Islam untuk terus maju ke hadapan dan menyempurnakan ketapatan pelaksanaanya. Individu yang dimaksudkan di sini adalah :-

· Pegawai dan Kakitangan Perbankan Islam sendiri ( Islamic Bankers) ; Masih ramai kakitangan Bank-bank Islam sendiri belum cukup faham perbezaan antara bank Islam dan Konvensional. Ini berlaku kerana kebanyakan kakitangan ini datang dari industri perbankan konvensional, justeru proses memberikan ilmu sebenar kepada mereka ini memerlukan suatu usaha yang sedikit panjang dan bersungguh.

· Peguam dan Hakim ; Para peguam bertanggung jawab menyediakan dokumen-dokumen seperti kontrak dan lain-lain, ketidakfahaman mereka sudah pasti amat menyukarkan pelaksanaan perbankan Islam di kalangan masyarakat. Hakim pula akan membuat keputusan kiranya ada pihak yang mengheret Bank-Bank Islam ke Mahkamah, maka adalah malang kiranya pihak Hakim sendiri kurang faham tentang proses perbankan Islam.

· Pelanggan Dan Penjual ; Terlampau ramai pelanggan, ‘car dealer’ dan ‘home developer’ yang masih tidak faham perbezaan antara kedua industri perbankan ini, ini menyebabkan ramai di antara mereka kerap menyamakan perbankan islam dengan konvensional, justeru apabila bank-bank Islam mengenakan banyak dokumen dan ditandatangani, ramai pula yang merungut dan akhirnya menjauhkan diri dari bank Islam.


b- Halangan Undang-undang sedia ada

Terdapat juga undang-undang yang menyekat kelancaran perlaksanaan konsep-konsep Islam dalam produk perbankan Islam, contohnya; “Rules of the High Court, 1980” (yang mana tidak melindungi kepentingan dan keperluan perbankan Islam) dan begitu juga dengan beberapa klausa yang terkandung di dalam Kanun Tanah Negara “National Land Code”.

Oleh yang demikian, masyarakat perlu memahami bahawa dalam keadan-keadan tertentu, contohnya dengan wujudnya batasan undang-undang seperti ini maka ia adalah suatu perkara yand berada di luar bidang kuasa dan kapasiti bank-bank Islam untuk bertindak, apatah lagi meneruskan usaha pengalikasian konsep perbankan Islam secara menyeluruh.

c- Halangan Kekuatan Asset ;

Dari segi kekuatan aset dan kewangan, status aset-aset dan kewangan bank-bank Islam adalah masih baru dan berada di peringkat permulaan berbanding bank-bank konvensional yang telah lama bertapak dalam dunia perbankan. Ini sedikit sebanyak membataskan keupayaan bank-bank Islam untuk mengusahakan sendiri perkara-perkara tertentu seperti mempunyai gudang simpanan kereta sendiri sebelum kereta-kereta dapat dijual kepda pelanggan, atau mempunyai pekerja khas yang ditugaskan sepenuhnya untuk menangani sesuatu urusan Musyarakah dengan pelanggan.

Harapnya penerangan di atas dapat difahami sebaiknya oleh rakyat Malaysia, terutamanya individu Islam. Maka keluarkanlah diri anda dari semua jenis urusan kewangan dengan perbankan konvensional yang diharamkan secara putus oleh Islam kerana ribanya.


Rujukan: Zaharuddin.net

Diedit: WAdi
 والله أعلم بالـصـواب 

Isnin, 15 April 2013

Permudahkan Orang Yang Berhutang Denganmu



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





“Semoga Allah merahmati seseorang yang bersikap mudah ketika menjual, ketika membeli dan ketika menagih haknya (utangnya).” (HR. Bukhari no. 2076)

Hutang-piutang merupakan suatu perkara yang sering terjadi dalam urusan muamalah sesama manusia. Islam tidak melarang umatnya untuk berhutang namun hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Syariat. Berhutang cukup mudah untuk dilakukan, namun sukar untuk melunaskannya apabila tiba masanya. Ada orang yang berhutang mampu membayarnya dengan kadar yang segera. Ada pula yang tidak mampu membayar dengan cepat sehingga perlu beransur-ansur sehingga selesai semua hutangnya. Ada juga yang mengambil masa yang cukup lama untuk membayar hutang berikutan kesukarang dan ketidakmampuan yang ada pada diri.  

Bagi mereka yang memberikan hutang, langkah yang terbaik untuk meminta hutang ialah dengan cara tidak menyusahkan penghutang. Memberi hutang kepada seseorang itu sahaja sudah termasuk dalam perbuatan yang mulia apatah lagi tidak membebankan penghutang itu. Ia juga dikira perbuatan yang mulia lagi terpuji. Tidak membebankan disini bukanlah bermaksud tidak perlu menuntut hutang. Akan tetapi menuntut hutang tanpa membuatkan mereka berada di dalam kesusahan yang lain. Contohnya menuntut hutang lebih awal dari tempoh yang dijanjikan, meminta tambahan atau bunga atas kelewatan sehingga membebankan penghutang, mengugut dan mengancam keselamatan serta kehidupan penghutang, dan sebagainya.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:



مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيهِ


“Barangsiapa meringankan sebuah kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan urusan seseorang yang dalam keadaan susah, Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup ‘aib seseorang, Allah pun akan menutupi ‘aibnya di dunia dan akhirat.Allah akan senantiasa menolong hambaNya, selagi hamba tersebtu menolong saudaranya.” [Riwayat Muslim no. 2699]

 Hadith ini menyarakankan agar memberi kemudahan pada orang miskin –baik mukmin maupun kafir- yang memiliki hutang, dengan menangguhkan pelunasan hutang atau membebaskan sebhagian hutang atau membebaskan seluruh hutangnya.” [Tuhfatul Ahwazi (7/261)]

Sungguh beruntung sekali seseorang yang memberikan kemudahan bagi saudaranya yang berada dalam kesulitan, dengan izin Allah orang seperti ini akan mendapatkan kemudahan di hari yang penuh kesulitan yaitu hari kiamat.


Menuntut Hutang Dengan Cara Yang Baik.

Dalam Sahih Bukhari, dalamBab ‘Memberi kemudahan dan kelapangan ketika membeli, menjual, dan siapa saja yang meminta haknya, maka mintalah dengan cara yang baik’.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ ، وَإِذَا اشْتَرَى ، وَإِذَا اقْتَضَى

Semoga Allah merahmati seseorang yang bersikap mudah ketika menjual, ketika membeli dan ketika menagih haknya (utangnya). [Riwayat Al-Bukhari no. 2076]

Yang dimaksud dengan ‘ketika menagih haknya (hutangnya)’ adalah meminta dipenuhi haknya dengan memberi kemudahan tanpa terus mendesak. [Fathul Bari, 6/385]

Ibnu Hajar mengatakan bahawa dalam hadith ini terdapat galakan untuk memberi kemudahan dalam setiap muamalah, dan galakan untuk memberikan kemudahan ketika meminta hak dengan cara yang baik. Dalam Sunan Ibnu Majah didalam Bab ‘Meminta dan mengambil hak dengan cara yang baik’. Dari Ibnu ‘Umar dan ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنْ طَلَبَ حَقًّا فَلْيَطْلُبْهُ فِى عَفَافٍ وَافٍ أَوْ غَيْرِ وَافٍ


“Siapa saja yang ingin meminta haknya, hendaklah dia meminta dengan cara yang baik baik kepada orang yang mahu menunaikan ataupun enggan menunaikannya.” [Riwayat Ibnu Majah no. 1965. Al-Munziri menilai bahawa hadits ini sahih atau hasan]

Dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda untuk orang yang memiliki hak pada orang lain:


خُذْ حَقَّكَ فِى عَفَافٍ وَافٍ أَوْ غَيْرِ وَافٍ


Ambillah hakmu dengan cara yang baik pada orang yang mau menunaikannya ataupun enggan menunaikannya.” [Riwayat Ibnu Majah no. 1966. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih]


Memberikan Ruang Waktu Bagi Orang yang Kesusahan

Allah Ta’ala berfirman:


وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ


“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” [Al Baqarah 2: 280]

Dalam ayat ini, Allah memerintahkan kita untuk bersabar terhadap orang yang berada dalam kesulitan, di mana orang tersebut belum mampu membayarhutang. Oleh karena itu, Allah Ta’ala berfirman (yang bermaksud), “Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan.” Hal ini tidak seperti perlakuan orang jahiliyah dahulu. Orang jahiliyah tersebut mengatakan kepada orang yang berutang ketika tiba pada waktu pelunasan: “Kamu harus membayar hutangmu tersebut. Jika tidak, kamu akan dikenakan riba.”

Memberi tempoh waktu terhadap orang yang kesusahan adalah wajib. Selanjutnya jika ingin membebaskan hutangnya, maka ini hukumnya sunnah (dianjurkan). Orang yang berhati baik seperti inilah (dengan membebaskan sebagian atau seluruh hutang) yang akan mendapatkan kebaikan dan pahala yang melimpah.


Oleh karena itu, Allah Ta’ala berfirman (yang bermaksud), “Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” [Tafsir Al Qur’an Al-Azhim, pada tafsir surat Al Baqarah ayat 280]

Begitu pula dalam beberapa hadith disebutkan mengenai keutamaan orang-orang yang memberi tempoh waktu bagi orang yang sukar untuk melunasi hutang. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:



مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ



Barangsiapa memberi tempoh waktu bagi orang yang berada dalam kesulitan untuk melunaskan hutang atau bahkan membebaskan hutangnya, maka dia akan mendapat naungan Allah. [Riwayat. Muslim no. 3006]

Dari salah seorang sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam –Abul Yasar-, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُظِلَّهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِى ظِلِّهِ فَلْيُنْظِرِ الْمُعْسِرَ أَوْ لِيَضَعْ عَنْهُ


Barangsiapa ingin mendapatkan naungan Allah ‘azza wa jalla, hendaklah dia memberi tempoh waktu bagi orang yang mendapat kesulitan untuk melunaskan hutang atau bahkan dia membebaskan hutangnya tadi.” [Riwayat Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth menilai hadith ini sahih]

Lihatlah pula akhlaq yang mulia dari Abu Qotadah kerana beliau pernah mendengar hadith di atas. Dulu Abu Qotadah pernah memiliki piutang pada seseorang. Kemudian beliau mendatangi orang tersebut untuk menyelesaikan utang tersebut. Namun ternyata orang tersebut bersembunyi tidak mau menemuinya. Lalu suatu hari, kembali Abu Qotadah mendatanginya, kemudian yang keluar dari rumahnya adalah anak kecil. 

Abu Qotadah pun menanyakan pada anak tadi mengenai orang yang berutang tadi. Lalu anak tadi menjawab, “Iya, dia ada di rumah sedang makan khoziroh.” Lantas Abu Qotadah pun memanggilnya, “Wahai fulan, keluarlah. Aku dikabari bahawa engkau berada di situ.” Orang tersebut kemudian menemui Abu Qotadah. Abu Qotadah pun berkata padanya, “Mengapa engkau harus bersembunyi dariku?”

Orang tersebut mengatakan, “Sungguh, aku adalah orang yang berada dalam kesulitan dan aku tidak memiliki apa-apa.” Lantas Abu Qotadah pun bertanya, “Apakah betul engkau adalah orang yang kesulitan?” Orang tersebut berkata, “Iya betul.” Lantas dia menangis.

Abu Qotadah pun mengatakan bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


مَنْ نَفَّسَ عَنْ غَرِيمِهِ أَوْ مَحَا عَنْهُ كَانَ فِي ظِلِّ الْعَرْشِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Barangsiapa memberi keringanan pada orang yang berutang padanya atau bahkan membebaskan utangnya, maka dia akan mendapatkan naungan ‘Arsy di hari kiamat.[Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shohih. (Lihat Musnad Shohabah fil Kutubit Tis’ah dan Tafsir Al Qur’an Al Azhim pada tafsir surat Al Baqarah ayat 280)]

Inilah keutamaan yang sangat besar bagi orang yang berhati mulia seperti Abu Qotadah. Begitu pula disebutkan bahwa orang yang berbaik hati untuk memberi tempoh waktu bagi orang yang kesulitan, maka setiap harinya dia dinilai telah bersedekah. Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya,


من أنظر معسرًا فله بكل يوم صدقة قبل أن يحل الدين فإذا حل الدين فأنظره كان له بكل يوم مثلاه صدقة


Barangsiapa memberi tempoh waktu pada orang yang berada dalam kesulitan, maka setiap hari sebelum sampai waktu pelunasan, dia akan dinilai telah bersedekah. Jika hutangnya belum mampu dilunasi lagi, lalu dia masih memberikan tempoh waktu setelah melebihi, maka setiap harinya dia akan dinilai telah bersedekah dua kali ganda nilai piutangnya.” [Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, Ibnu Majah, Ath Thabrani, Al Hakim, Al Baihaqi]

Begitu pula terdapat keutamaan lainnya. Orang yang berbaik hati dan bersabar menunggu untuk hutangnya dilunasi, nescaya akan mendapatkan ampunan Allah.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:



كَانَ تَاجِرٌ يُدَايِنُ النَّاسَ ، فَإِذَا رَأَى مُعْسِرًا قَالَ لِفِتْيَانِهِ تَجَاوَزُوا عَنْهُ ، لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَتَجَاوَزَ عَنَّا ، فَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهُ


Dulu ada seorang pedagang biasa memberikan pinjaman kepada orang-orang. Ketika melihat ada yang kesulitan, dia berkata pada budaknya: Maafkanlah dia (artinya bebaskan utangnya). Semoga Allah memberi ampunan pada kita. Semoga Allah pun memberi ampunan padanya.” [Riwayat Al-Bukhari no. 2078]

Itulah kemudahan yang sangat banyak bagi orang yang memberi kemudahan pada orang lain dalam masalah utang. Bahkan jika dapat membebaskan sebagian atau keseluruhan utang tersebut, maka itu lebih utama.


Memberi Kemudahan Bagi Orang yang Mudah Membayar Hutang

Selain memberi kemudahan bagi orang yang kesulitan, berilah juga kemudahan bagi orang yang mudah melunasi hutang. Perhatikanlah kisah dalam riwayat Ahmad berikut ini.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



يُؤْتَى بِرَجُلٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ اللَّهُ انْظُرُوا فِى عَمَلِهِ. فَيَقُولُ رَبِّ مَا كُنْتُ أَعْمَلُ خَيْراً غَيْرَ أَنَّهُ كَانَ لِى مَالٌ وَكُنْتُ أُخَالِطُ النَّاسَ فَمَنْ كَانَ مُوسِراً يَسَّرْتُ عَلَيْهِ وَمَنْ كَانَ مُعْسِراً أَنْظَرْتُهُ إِلَى مَيْسَرَةٍ. قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنَا أَحَقُّ مَنْ يَسَّرَ فَغَفَرَ لَهُ


Ada seseorang didatangkan pada hari kiamat. Allah berkata (yang artinya), “Lihatlah amalannya.” Kemudian orang tersebut berkata, “Wahai Rabbku. Aku tidak memiliki amalan kebaikan selain satu amalan. Dulu aku memiliki harta, lalu aku sering meminjamkannya pada orang-orang. Setiap orang yang sebenarnya mampu untuk melunasinya, aku beri kemudahan. Begitu pula setiap orang yang berada dalam kesulitan, aku selalu memberinya tempoh waktu sampai dia mampu melunasinya.” Lantas Allah pun berkata (yang artinya), “Aku lebih berhak memberi kemudahan”. Orang ini pun akhirnya diampuni.” [Riwayat Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini sahih]

Al-Bukhari juga membawakan sebuah bab dalam kitab sahihnya iaitu baba memberi kemudahan bagi orang yang lapang dalam melunasi utang’. Lalu setelah itu, beliau membawakan hadith yang hampir sama dengan hadits di atas. Dari Huzaifah, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:



تَلَقَّتِ الْمَلاَئِكَةُ رُوحَ رَجُلٍ مِمَّنْ كَانَ قَبْلَكُمْ قَالُوا أَعَمِلْتَ مِنَ الْخَيْرِ شَيْئًا قَالَ كُنْتُ آمُرُ فِتْيَانِى أَنْ يُنْظِرُوا وَيَتَجَاوَزُوا عَنِ الْمُوسِرِ قَالَ قَالَ فَتَجَاوَزُوا عَنْهُ


Beberapa malaikat menjumpai roh orang sebelum kalian untuk mencabut nyawanya. Kemudian mereka mengatakan, “Apakah kamu memiliki sedikit dari amal kebajikan?” Kemudian dia mengatakan, “Dulu aku pernah memerintahkan pada budakku untuk memberikan tempoh waktu dan membebaskan hutang bagi orang yang berada dalam kemudahan untuk melunasinya.” Lantas Allah pun memberi ampunan padanya.” [Riwayat Bukhari no. 2077]


Bagaimana membezakan orang yang mudah dalam melunasi hutang (muwsir) dan orang yang sulit melunasinya (mu’sir)?

Para ulama' berselisih dalam mendefinisikan dua hal ini sebagaimana dapat dilihat di Fathul Bari, Ibnu Hajar. Namun yang lebih tepat adalah kedua istilah ini dikembalikan pada ‘urf  iaitu kebiasaan masing-masing tempat karena syari’at tidak memberikan batasan mengenai hal ini. Jadi, jika di suatu tempat sudah dianggap bahwa orang yang memiliki harta 1 juta dan kadar utang sekian sudah dianggap sebagai muwsir (orang yang mudah melunasi utang), maka kita juga menganggapnya muwsir. Wallahu a’lam.

Inilah sedikit pembahasan mengenai keutamaan orang yang berutang, yang berhati baik untuk memberi tenggang waktu dalam pelunasan dan keutamaan orang yang membebaskan utang sebagian atau seluruhnya.
Namun, yang kami tekankan pada akhir risalah ini bahwa tulisan ini ditujukan bagi orang yang memiliki piutang dan belum juga dilunasi, bukan ditujukan pada orang yang memiliki banyak utang. Jadi jangan salah digunakan dalam berhujah. 

Orang-orang yang memiliki banyak utang tidak boleh berdalil dengan dalil-dalil yang kami bawakan dalam risalah ini. Cuba bayangkan jika orang yang memiliki banyak hutang berdalil dengan dalil-dalil di atas, apa yang akan terjadi? Dia malah akan akan sering mengulur waktu dalam pelunasan hutang. 




والله أعلم بالـصـواب 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik