Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label MALAYSIA TANAH AIRKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MALAYSIA TANAH AIRKU. Papar semua catatan

Rabu, 8 Februari 2012

Pelajar Malaysia Dapat Tawaran Phd Seawal Usia 23 Tahun



السلام عليكم


BALING - Walaupun usianya baru mencecah 23 tahun, Nurliyana Mohd Yuosf, dari Kampung Charuk Semeliang, mukim Siong mengejutkan seluruh penduduk kampungnya setelah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam ­bidang ekonomi. Anak kedua pasangan Mohd Yusof Hussin, 49, dan Norsiha Amir, 48, cemerlang dalam akademik dan kokurikulumnya membuatkannya terpilih untuk mengikuti ­pengajian peringkat PhD.

Nurliyana berkata, tawaran itu adalah hadiah paling bernilai kepadanya dan keluarga untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup serba sederhana. “Tawaran ini akan digunakan sebaik-baiknya. Saya ­tidak menyangka akan terpilih untuk melanjutkan pengajian setinggi ini,” katanya. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UUM itu turut berbakti kepada penduduk kampungnya dengan menganjurkan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

“Ilmu yang dimiliki adalah untuk disampaikan kepada orang lain. Jadi, sesuai saya membantu penduduk kampung ini dalam pelajaran mereka. Kini, saya perlu menyambung pelajaran. Sekiranya tamat pengajian kelak, saya ­terus membantu mereka yang memerlukan terutama dalam pelajaran,” katanya kepada Sinar Harian. Nurliyana yang bercita-cita menjadi penganalisis ­ekonomi itu tidak pernah menjadikan kekangan hidup sebagai halangan kepadanya.

“Bagi saya, tumpuan dan latihan adalah perkara yang paling penting. Usaha dan doa kita akan mendapat hasil yang setimpal,” katanya. Kejayaan anak muda ini mendapat perhatian Penyela­ras Parlimen Baling, Datuk ­Abdul Azeez Abdul Rahim. “Secara peribadi, saya berbangga dengan kejayaan Nurliyana yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat PhD walaupun umurnya baru mencecah 23 tahun dan masih muda,” katanya kepada Sinar Harian.



Komentar WADi 

Alhamdulillah dan tahniah atas kejayaan beliau, sememangnya satu kejayaan yang amat cemerlang dalam bidangnya di usia semuda itu. Semoga lebih ramai ilmuan dalam negara ini terlahir, khususnya di bidang pengajian Islam, insyaAllah. 


والله أعلمُ بالـصـواب

Selasa, 31 Januari 2012

Fenomena Ribut Matahari


السلام عليكم



Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas Amerika Syarikat telah mengesahkan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih 7 tahun akan mengenai Bumi dan pancaran radiasi akan berlaku. Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari. Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari,

Seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi. Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku. Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet.

Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan. Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak.

sumber : kosmo online


A solar flare is a sudden brightening observed over the Sun surface or the solar limb, which is interpreted as a large energy release of up to 6 × 1025 joules of energy (about a sixth of the total energy output of the Sun each second). The flare ejects clouds of electrons, ions, and atoms through the corona into space. These clouds typically reach Earth a day or two after the event.[2] The term is also used to refer to similar phenomena in other stars, where the term stellar flareapplies.
Solar flares affect all layers of the solar atmosphere , when the medium plasma is heated to tens of millions of kelvins and electrons, protons, and heavier ions are accelerated to near the speed of light. They produce radiation across the electromagnetic spectrum at all wavelengths, from radio waves to gamma rays, although most of the energy goes to frequencies outside the visual range and for this reason the majority of the flares are not visible to the naked eye and must be observed with special instruments. Flares occur in active regions around sunspots, where intense magnetic fields penetrate the photosphere to link the corona to the solar interior. Flares are powered by the sudden (timescales of minutes to tens of minutes) release of magnetic energy stored in the corona. The same energy releases may produce coronal mass ejections (CME), although the relation between CMEs and flares is still not well established.
wikipedia.org


This image taken by SDO’s AIA instrument at 171 Angstrom shows the current conditions of the quiet corona and upper transition region of the Sun. Ribut solar memberi kesan kepada penerbangan di sekitar kutub kerana medan magnet bumi tertumpu di kawasan tersebut. Pesawat yang melalui kawasan tersebut tidak boleh menggunakan komunikasi berasaskan satelit dan mereka bergantung kepada komunikasi radio tradisional. Bagaimanapun, semasa berlakunya radiasi ribut solar, gangguan kepada sistem radio kemungkinan juga akan kerap berlaku.

Disamping segala langkah berjaga-jaga yang diambil oleh syarikat-syarikat penerbangan, ribut solar ini sebenarnya dianggap sederhana dan dijangka tidak akan menyebabkan gangguan utama kepada ground- or space-based assets.



والله أعلمُ بالـصـواب

Ahad, 29 Januari 2012

Orang Bunian, Suatu Pandangan..


السلام عليكم

Gambar Hiasan


KISAH orang bunian sering diperkatakan khalayak di seluruh dunia. Banyak versi cerita yang melingkari kewujudan makhluk halus itu. Segelintir pihak mengatakan orang bunian ialah puteri kayangan yang disumpah turun ke bumi, sesetengah yang lain mendakwa ia orang alim yang menuntut ilmu salah. Ada pula yang percaya ia sejenis makhluk seakan-akan manusia. Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah memberitahu, kisah orang bunian wujud di seluruh dunia termasuk di benua Eropah.

“Sepanjang yang saya ketahui, dahulu di Hulu Klang ramai orang mengatakan mereka pernah terserempak dengan orang bunian malah berinteraksi dengan mereka. “Orang bunian akan meminjamkan pinggan mangkuk kepada orang kampung semasa majlis perkahwinan,” katanya kepada Jurnal. Namun, kerana sikap segelintir penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam selain merosakkannya menyebabkan orang bunian berkenaan menghilangkan diri dan enggan bekerjasama lagi dengan mereka.

Idrus mempunyai perspektif berbeza mengenai takrifan orang bunian. “Jika disebut orang bunian, ia seolah-olah manusia sebenar iaitu makhluk Tuhan yang paling sempurna sedangkan orang bunian ialah jin,” ujarnya. Katanya lagi, orang bunian mampu bertukar rupa seperti manusia kerana jin atau makhluk halus boleh bertukar rupa dan fizikal dengan mudah. Idrus memberitahu, orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan.

Mereka juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. “Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah,” ujarnya. Bagaimanapun menurut Idrus, orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.


Bunian Eropah

Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal. “Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris. “Ia kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Pakaian mereka juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan,” ceritanya. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu. Idrus mengaku dia pernah berjumpa dengan makhluk halus itu. Bahkan Idrus pernah mengajak penulis memasuki alam bunian itu tetapi penulis menolaknya kerana khuatir tidak akan kembali.

“Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya. “Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh,” ujarnya.

Idrus berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam. Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.



p/s- sejauh mana kesahihan dakwaan ini? Pandangan WADi, setiap khabar atau berita itu hendaklah disandarkan kembali kepada nas dan dalil kerana disitu lah kisah itu dapat dipastikan kebenarannya. Pandangan anda bagaimana?. 



والله أعلمُ بالـصـواب

Khamis, 26 Januari 2012

Pemantau Terhadap Penerima Baucar Buku


السلام عليكم

 

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menggesa ibubapa memantau anak-anak mereka yang belajar di pusat pengajian inggi awam dan swasta agar tidak menyalagunakan sumbangan baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang diberikan kerajaan.  "Baucar bernilai RM200 itu diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian mereka dan bukannya untuk dijual," kata Presiden GPMS Jais Abdul Karim ketika dihubungi Bernama, di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam dan ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Bagaimanapun, terdapat laporan mengenai tindakan segelintir pelajar menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai.

Jais mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu agar ia tidak terus menular. Naib Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Irmohizam Ibrahim pula berkata pelajar tidak sepatutnya melakukan perkara berlainan daripada tujuan sebenar baucar itu diberikan kepada mereka.

Beliau berkata sikap pelajar yang menyalahgunakan pemberian baucar itu jelas menyalahi pengiktirafan yang diberikan kerajaan dan rakyat yang mahukan mereka membeli bahan bacaan yang berfaedah untuk kepentingan pengajian mereka. "Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Baucar itu adalah amanah kerajaan dan rakyat yang seharusnya digunakan untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membeli sumber bahan bacaan. "Sebarang penyalahgunaan baucar itu wajar dihentikan segera," kata Irmohizam.- Bernama


p/s- Bantuan itu adalah amanah dan menjadi tanggungjawab penerima untuk menggunakannya mengikut amanah yang telah diberikan. Gunakan kemudahan yang ada dengan sebaik-baiknya..Jika WADi menerima bantuan ini, pasti akan dimanfaatkan dengan memenuhi perpustakaan rumah.


والله أعلمُ بالـصـواب

Selasa, 24 Januari 2012

Ikan Unik Dijumpai Penoreh Getah

السلام عليكم


 

KUALA BERANG – Penduduk Kampung Machang di sini gempar apa bila bubu ditahan seorang penoreh getah di Sungai Machang minggu lalu, dimasuki seekor ikan daripada spesies yang tidak dikenali. Sejak itu, rumah Wahab Awang Ahmad, 53, tidak putus-putus dikunjungi mereka yang mahu melihat ikan itu yang kini dipelihara di dalam akuarium di rumahnya. Menurut Wahab, badan ikan berkenaan seperti tiga jenis ikan berlainan.

“Jika diamati, kepala ikan ini menyerupai ikan haruan, separuh badannya pula seperti belut berwarna kekuningan di bahagian perutnya, manakala separuh badan lagi hingga ke hujung ekornya seperti ikan keli,” katanya. Sekali imbas, ikan itu hampir menyerupai spesies ikan tilan namun kata Wahab, yang membezakannya ialah kepala atau mulut ikan itu tidak pula berbentuk tirus atau runcing seperti ikan tilan ataupun belut. “Manakala di bahagian badannya juga tidak terdapat duri atau sengat,” katanya.

Wahab berkata, sejak ditemui sehingga sekarang, badan ikan itu kelihatan makin berisi. “Itulah yang peliknya. Saya sudah beri macam-macam jenis makanan ikan untuk ia makan tetapi langsung tidak berkurangan. Udang dan anak ikan yang saya beri langsung tidak dimakan,” katanya. Wahab berkata, dia sendiri masih tidak tahu apa yang dimakan ikan spesies luar biasa itu yang menyebabkannya kelihatan semakin gemuk. Namun katanya, bagi dirinya sendiri dan keluarga, tiada pula berlaku apa-apa kejadian yang ganjil melibatkan mereka sejak dia bawa ikan yang panjangnya 90 sentimeter itu pulang ke rumah.

Menceritakan penemuan ikan pelik tersebut, kata Wahab, dia bersama anaknya, Zawawi, 26 turun ke Sungai Machang untuk mengambil bubu yang diletakkan sehari sebelumnya, kira-kira jam 8.30 pagi seminggu lalu. Ketika mengangkat bubu berkenaan, dia mendapati salah seekor ikan yang ada di dalamnya itu kelihatan pelik. “Pada mulanya kami ingatkan belut, tetapi apabila diperhatikan secara dekat bersama anak saya ini, rupa-rupanya bukan belut tetapi tidak dapat dikenal pasti.

“Kami kemudian memutuskan untuk membawanya pulang bersama ikan keli, puyu, sepat yang turut berada dalam bubu,” katanya. Kata Wahab, sepanjang hayatnya, dia tidak pernah melihat ikan seperti itu dan begitu juga dengan penduduk sekitar.

والله أعلمُ بالـصـواب 

Khamis, 19 Januari 2012

Bahaya Fitnah Di Alam Maya


السلام عليكم



Gambar hiasan


RABU lalu, saya ditemuramah seorang pelajar tahun akhir dari University of Amsterdam, Belanda. Beliau mengikuti program pertukaran pelajar bersama sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur. Lebih kurang sejam, perbualan lebih menjurus kepada bagaimana program Imam Muda membawa pembaharuan kepada dunia dakwah di Malaysia. Insya-Allah penulisan beliau akan dimuatkan di sebuah majalah di Belanda dalam waktu terdekat ini.


Sebenarnya, beliau menghubungi rakan saya, Ahad lalu untuk menyatakan hasrat berjumpa saya. Saya sangat menghargainya dan terus membuat temujanji dengannya.

Proses atur temujanji itu tidak sampai lima minit. Begitulah pantasnya sesuatu khabar disebar daripada seorang kepada orang lain. Beliau mengakui mendapat maklumat mengenai program Imam Muda melalui Internet. Begitu hebat kuasa Internet hari in. Taip saja apa yang terlintas di benak fikiran, pasti anda akan menemui maklumat dikehendaki.

Namun bukan itu yang ingin saya kongsi bersama pembaca ruangan ini. Saya pernah membicarakan perkara ini secara umum ketika awal penulisan saya dalam ruangan ini dan kali ini saya berhasrat mengupasnya dengan lebih lanjut. Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai bahaya fitnah yang semakin berleluasa pada akhir zaman ini. Tidak sesekali dinafikan, kecanggihan teknologi perhubungan dewasa ini memudahkan sesuatu maklumat itu disampaikan secara cepat serta efektif dan mungkin tanpa tapisan.


Internet serta media massa boleh diibaratkan mata dan telinga masyarakat dewasa ini dalam menyampaikan sebarang berita, maklumat atau hebahan. Memang diakui, banyak faedah diperoleh daripada kecanggihan sistem komunikasi ini tetapi banyak juga impak negatif tanpa kita sedari. Kerana itu, masyarakat dituntut menggunakan kebijaksanaan menilai setiap berita. Tambahan pula kebanjiran akhbar, majalah serta blog menimbulkan rasa kurang harmoni di kalangan masyarakat.

Tidak kira apa kategorinya, baik hiburan, politik atau perniagaan, setiap empunya kepada media ini tentu berlumba-lumba dan berhasrat meningkatkan ‘rating’ serta melariskan produk mereka. Namun dalam keghairahan menyampaikan maklumat, kita seolah-olah leka kita akan dipertanggungjawabkan mengenai apa yang kita sampaikan jika ia mengundang kepada fitnah. Akhir zaman ini, penggunaan perkataan ‘fitnah’ digubah dan diperindahkan menjadi ‘gosip’ supaya masyarakat tidak memandangnya sebagai sesuatu yang berat dan ber‘liabiliti’. Gosip ini juga dianggap bahan hiburan dan mungkin bahan bacaan ringan pada waktu lapang. Yang lebih malang, ramai yang gemar membaca dan mendengar seterusnya mempercayai fitnah tanpa usul periksa.


Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

Ayat ini turun berdasarkan peristiwa di mana Rasulullah mengutuskan Walid bin Uqbah untuk mengambil zakat daripada kaum Harith. Ketika dalam perjalanan, timbul fitnah terhadap kaum Harith yang menyatakan Walid akan dibunuh oleh kaum itu. Apabila berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah, baginda tidak mempercayainya, sebaliknya menghantar utusan lain menyiasat. Ternyata berita itu adalah palsu, bahkan mereka menunggu Walid untuk membayar zakat.

Bayangkan jika baginda mempercayai kata-kata dusta itu, pasti Rasulullah menghantar tentera untuk memerangi kaum itu dan berlakulah pertumpahan darah. Sesungguhnya kaum Muslimin perlu menghayati dan memahami ayat itu. Betapa bahayanya ancaman fitnah kepada masyarakat dan sesebuah negara. Malang bagi sesetengah daripada kita yang kadangkala terlalu cepat menyebarkan apa yang belum dipastikan kebenarannya, seolah-olah menjadi ejen kepada penyampai berita itu.

Dewasa ini betapa banyak fitnah berlegar di dalam masyarakat kita. Betapa banyak bencana yang terjadi akibat berita tidak benar ini. Betapa banyak darah yang tertumpah, keluarga yang berpecah, dua saudara yang berpisah serta hak yang dicabuli akibat fitnah ini. Hakikatnya, tidak ada satu pun masyarakat Islam bebas daripada golongan munafik. Mereka sentiasa berhasad dengki dan tidak aman untuk melihat kaum Muslimin hidup harmoni di bawah satu payung. Mungkin sesetengah daripada kita berasakan menyampaikan perkara yang tidak diketahui kebenarannya hanya perkara kecil. Namun, di sisi Allah SWT, ia perkara besar.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 15 bermaksud: 

“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut.” 

Pada dasarnya, ucapan itu diterima dengan telinga, bukan lisan. Namun, Allah ungkapkan mengenai cepatnya berita itu tersebar di tengah masyarakat. Kata-kata itu seakan-akan keluar dari mulut ke mulut tanpa melalui telinga, dilanjutkan ke hati yang tidak memikirkan apa yang didengar, selanjutnya memutuskan untuk menyebarkan berita itu.


Allah berfirman lagi yang bermaksud:


إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ

“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia pada sisi Allah adalah besar.” (An-Nur: 15)

 Oleh itu, berwaspadalah menerima sesuatu perkhabaran. Selidik sebelum menghukum sesuatu perkara dengan pertimbangan rasional. Jangan sekali-kali menjadi sukarelawan kepada penyebaran fitnah. Semoga kita semua dilindungi Allah daripada bahaya ancaman fitnah.

oleh Imam Muda Hassan Adli Yahaya


Sabtu, 14 Januari 2012

[Eksklusif] Detik-Detik Rompakan Di Rumah Wardina Saffiyah

السلام عليكم






Mereka merompak "perasaan selamat" saya


Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam. Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.


"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)


Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.


Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia. Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.


Yang masih trauma,Wardina
Sumber : 

Ahad, 27 November 2011

Sambutan Maal Hijrah, Antara Sunnah dan Bidaah di Bulan Muharram


Allah S.W.T dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah (al-Rahmah) lagi Maha Penyayang (al-Rahman) telah menetapkan sesesetengah bulan itu memiliki keutamaan yang lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain agar Dia dapat memberi ganjaran yang lebih kepada hamba-hamba-Nya pada kadar-kadar masa yang tertentu itu. Di antara bulan yang dianggap istimewa itu adalah bulan Muharram yang merupakan bulan yang pertama dalam kalendar hijrah dan ia juga merupakan salah satu dari empat bulan-bulan haram yang penuh berkat.


Firman-Nya:


إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (al-Tawbah (9) : 36 )

Menerusi firman-Nya “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya)” ia menunjukkan bahawa pada bulan-bulan haram yang mana Muharram adalah salah satu darinya kita dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang terlarang kerana dosa melakukan kemungkaran pada bulan-bulan ini adalah lebih buruk balasannya daripada Allah S.W.T. berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Namun begitu bagi mereka yang melakukan amal-amal yang soleh ganjaran pahalanya juga adalah lebih tinggi berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:




إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ.
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. ( riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662)


Oleh itu hendaklah pada bulan Muharram yang mulia ini kita hindarkan diri dari melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. terutamanya ibadah puasa. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:




أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah al-Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam. (riwayat Imam Muslim, no: 1163.)


Sabda baginda ‘Bulan Allah al-Muharram” menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharram ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharram ini. Namun ini tidak bermakna kita disyari’atkan untuk berpuasa sepanjang bulan Muharram ini kerana Rasulullah s.a.w. hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan sahaja. Aisyah r.a berkata:



كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ.
Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. (riwayat Imam al-Bukhari, no: 1969.)


Pada bulan Muharram ini juga terdapat hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari tentera Fir’aun.




قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا.
Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Fir’aun. Maka sabda Nabi s.a.w.: “Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. (riwayat Imam al-Bukhari, no: 4680.)


Melalui hadith di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:



صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا.
Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.(riwayat Imam Ahmad, no: 2047)
.
Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.


Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.



Adapun hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh golongan yang melakukan amalan tertentu sempena kedatangan tahun baru merupakan hadis-hadis lemah (dha’if) dan palsu (mawdhu’). Antara hadis-hadis tersebut adalah:



Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: 
Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’at bahawa hadis ini palsu (maudhu’)



Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah palsu (mawdhu’) menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La’aali al-Mashnu’ah.



Setiap kali di ambang munculnya tahun hijrah yang baru seluruh media serta kebanyakan jabatan-jabatan atau majlis-majlis agama Islam di Malaysia menganjurkan untuk dibacakan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Masjid-masjid diseluruh tanah air juga mengadakan upacara-upacara khas untuk membaca doa-doa awal dan akhir tahun itu. Lafaz doa tersebut adalah sepeti berikut:




Doa Akhir Tahun



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhainya dan Engkau memang tiada melupakannya (Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.

Doa ini hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu Asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan Dzulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.




Doa Awal Tahun



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.



Pada hakikatnya kedua-dua lafaz doa ini serta fadhilat yang ditetapkan itu tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis dan tidak ada juga hadis walaupun yang bertaraf lemah (dha’if) mahupun palsu (mawdhu’) yang mengkhabarkan tentangnya. Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimi r.h doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal daripada Nabi s.a.w. tidak juga berasal daripada para sahabat, tabi’in dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhu’at (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.



Tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri'tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana ia termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai (untuk membaca doa tersebut).


Hendaklah kita sentiasa berdoa memohon keampunan daripada Allah S.W.T., memohon perlindungan dari hasutan syaitan, memohon perlindungan dari mengerjakan perbuatan maksiat dan memohon agar kita sentiasa terbuka hati untuk mengerjakan amal-amal soleh. Menetapkan doa-doa tertentu, dibaca pada waktu tertentu dengan fadhilat-fadhilat yang tertentu tanpa perintah daripada Allah dan Rasul-Nya merupakan satu perbuatan mencipta hukum syarak yang baru dan perbuatan ini adalah diharamkan. Firman-Nya:


وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. –(al-An’aam (6) : 153)

Selanjutnya Allah S.W.T. menegaskan lagi hal ini melalui firman-Nya:


فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya-fitrah) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (al-Rum (30) : 30)



Maksud melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah dalam ayat di atas adalah mengubah agama Islam seperti menambah-nambah satu upacara ibadah yang tiada sandarannya dari al-Qur’an dan al-Sunnah iaitu dengan mengamalkan amalan bidaah seperti mengkhususkan amalan-amalan yang tertentu sempena kedatangan tahun baru hijrah. Adalah penting bagi kita untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara berkaitan dengan amal ibadah sebelum kita mengamalkannya. Ini adalah kerana setiap amal ibadah yang tidak didirikan atas dalil-dalil yang sah maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda Rasulullah:




مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697)




مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718)


Sekiranya sesuatu ibadah itu tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti ibadah tertentu sempena kedatangan bulan Muharram ini pada hakikatnya ia bukan sebahagian dari agama pada masa itu. Sekira ianya bukan sebahagian dari agama pada zaman Rasulullah s.a.w. maka sehingga kini ibadah itu juga dianggap tidak termasuk sebahagian dari Islam. Imam Malik r.h berkata:



Sesiapa yang membuat bidaah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu. - al-Maaidah (5) : 3

Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini. – Diriwayatkan oleh Imam al-Syathibi di dalam al-I’tishom, jilid 1, ms. 49

oleh Ustaz Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Dikemas kini oleh pihak WADi


- Amal Dengan Ilmu -

WADi

Selasa, 22 November 2011

Nasihat dan Ucapan Tahniah Atas Kejayaan Harimau Malaya


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seperti yang sudah ramai yang sedia maklum, skuad bola sepak kebangsaan berjaya menewaskan indonesia dalam perlawanan akhir Bola Sepak sukan SEA 2011. Kememnagan tersebut sekaligus menjadikan Malaysia mengekalkan kejuaraan selepas menjuarainya pada sukan SEA edisi 2009 yang lalu. Berita ini menjadi topik yang hangat di seluruh rantau asia umumnya dan diseluruh Malaysia khususnya.


Ketika saat-saat sepakan penalti berlangsung, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam. Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.


Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos. Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.



Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama. Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.




Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35. Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.


Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3. Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Berita selanjutnya di  Harian Metro

Kejayaan ini menjadi pencetus kebangkitan arena bola sepak negara. Diharapkan rangking pasukan kebangsaan juga bertambah baik selepas ini. Dijadualkan, skuad Harimau Malaya akan menentang Syria untuk kelayakan olimpik 2012 nanti. 


p/s- Diharap dengan kemenangan ini, kedua-dua buah pasukan dan negara semakin baik ukhuwwahnya. Tidak wajar hanya kerana bola sepak, kedua-dua buah negara bermusuhan. WADi mengucapkan tahniah kepada kedua-dua buah pasukan , iaitu buat Malaysia kerana memenangi dan mengekalkan kejuaraan. Dan kepada indonesia, tahniah kerana berjuang dengan bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir disamping memberikan saingan yang baik dan sengit sekali. Buat penyokong kedua-dua buah pasukan, harapan WADi agar kita semua dapat memadamkan api persengketaan dan menyemarakkan semangat kerjasama dan ukhuwwah yang baik, buat selamanya, insyaAllah.

Sabtu, 19 November 2011

Sticky Post : Summer Camp Remaja IQ 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa khabar semua di luar sana? Mudah-mudahan kita semua dalam rahmat, taufik dan hidayah Allah hendaknya, insyaAllah. Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi dan sepanjang cuti yang panjang, adalah lebih baik ia diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Sudah pasti program berlandaskan syara' adalah yang terbaik untuk anda bukan?. Apa kata anda mengikut program Summer Camp Remaja IQ 2011. Di samping dapat merehatkan minda, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan, ilmu Agama yang semestinya penting dan utama, menjalin ukhuwwah dan persahabatan dengan teman-teman baru serta mengecap pengalaman yang indah dalam program ini. Berikut adalah poster dan maklumat yang berkaitan. 

Tarikh tutup daftar 18/11/2011

Cepat, cepat, cepat!!!!!!





Tunggu Apa Lagi????

Jom Ramai-Ramai pergi ye, insyaAllah..




Selasa, 28 Jun 2011

Qariah Cilik Negara ke Final


NURUSSYAHAMAH TAQIAH tekun mentelaah sebagai persiapan ke Doha, Qatar akhir Julai.

NURUSSYAHAMAH TAQIAH menelaah untuk persiapan ke Doha


JERTIH: Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, wakil tunggal Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, terpilih antara tiga peserta ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan berlangsung Ramadan ini. Bapanya Nurunnajmi Yaacob, 40, berkata, Nurussyahamah Taqiah melepasi pemilihan peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut disertai 63 kanak-kanak dari seluruh dunia.

Beliau akan ke Doha pada bulan Ramadhan kelak bagi menyertai peringkat akhir dengan dua lagi peserta yang tidak dinyatakan dari negara mana. Nurussyahamah Taqiah adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, disini ditemani bapanya, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera. 

Beliau telah melalui ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar membabitkan 4000 kanka-kanak dari seluruh dunia, 49 orang darinya membabitkan wakil dari Malaysia. Beliau kemudiannya melalui satu ujian lagi pada April yang lalu dan dipilih sebagai wakil negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia. 

Sebagai persediaan, Nurussahamah Taqiah berguru dengan johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud dari Bachok Kelantan. Nurussahamah Taqiah sebelum ini pernah menjadi Johan tilawah Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008 serta telah 3 kali mewakili Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia dan pernah menjadi naib Johan. 

Mari kita sama-sama mendoakan kejayaan beliau di peringkat akhir kelak. Moga dengan kejayaan beliau, Al-Quran dicintai oleh generasi muda, bukan kerana ganjaran pertandingan atau hal kduniaan, tetapi kerana kemuliaan Mukjizat agung Rasulullah untuk kita semua, insyaAllah. 

Moga Allah Redha

- Amal Dengan Ilmu -


WADi


Ahad, 5 Jun 2011

Pelajar Malaysia Selamat Dari Ancaman Radiasi


 Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Solo mengesahkan sembilan pelajar Malaysia yang berada dalam kawasan paling hampir dengan Kawah Timbang, dataran tinggi Gunung Berapi Dieng, Jawa Tengah bebas daripada radiasi mahupun terhidu gas berkenaan.
Yang Dipertua PKPMI, Darween Rozehan Shah Iskandar Shah berkata, semua pelajar di pesantren Wonosobo, Salatiga itu dalam keadaan selamat.
sekitar perkarangan gunung Dieng

“Tidak ada seorang pun di antara mereka menunjukkan gejala atau mengadu sesak nafas dan sakit kepala. Alhamdulillah, mereka sempat dipindahkan segera kerana radius gas beracun semakin meningkat.


“Ini bukan kejadian pertama yang harus mereka lalui. Mereka pernah melalui situasi sama ketika letusan Gunung Merapi, tahun lalu,” katanya. Beberapa hari lalu, Gunung Berapi Dieng yang berstatus aktif dikesan mengeluarkan semburan gas beracun karbon dioksida (CO2) dari Kawah Timbang kawasan dataran tinggi gunung berkenaan.

Berikutan itu, penduduk di kawasan radius satu kilometer dari Kawah Timbang diarah berpindah apabila CO2 di kawasan itu dikesan mempunyai kepekatan tinggi, menyebabkan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia turut memindahkan sembilan pelajar Malaysia ke penempatan sementara di Magelang, Pada 1979, 149 orang meninggal dunia dipercayai akibat terhidu gas beracun dari Kawah Timbang yang dikenali sebagai ‘tragedi Sinila’. 
Sementara itu, Darween menjelaskan, keadaan semakin rumit apabila CO2 berkenaan diklasifikasikan sebagai berbahaya apabila ia kini mencecah tahap ketiga.
bila-bila masa sahaja mungkin meletus

“Kita dalam keadaan berjaga-jaga. Bagaimanapun, kami menubuhkan Pasukan Evakuasi PKPMI Cawangan Solo, membabitkan pelajar pelbagai bidang untuk memantau keadaan pelajar Malaysia selain pelajar perubatan yang akan memberi rawatan.




“Bila-bila masa saja ia boleh mencecah tahap empat, di mana ia diklasifikasikan sebagai darurat. Buat masa ini, ia memasuki tahap siaga atau tahap berjaga-jaga. Oleh itu, kami akan memantau seluruh pelajar Malaysia dalam kawasan terdekat.

“Jika perlu, seramai 64 pelajar Malaysia di kawasan terdekat, Pesantren Sirajul Mukhlasin, Secang, Magelang akan dipindahkan ke Solo jika Badan Nasional Pencegahan Bencana Indonesia mengeluarkan amaran bahaya,” katanya.


Menurut Darween, buat masa ini mereka dalam keadaan berjaga-jaga kerana sebaran gas beracun tidak dapat dijangka.


“Gas ini mengeluarkan bau dan bentuk seakan-akan belerang. Jika ada yang terhidu, ia dapat membawa kepada sesak nafas dan mungkin kehilangan nyawa.


“Namun begitu, individu paling mudah terkena kesan daripada terhidu gas beracun ini adalah mereka yang ada masalah pernafasan seperti asma,” katanya.

Sabtu, 4 Jun 2011

Hulu Langat Lahirkan Hafiz Profesional


DALAM keadaan duduk bersila dengan sarungan jubah putih serta lengkap berserban, tubuh mereka dibongkokkan sedikit menghadap papan rehal. Saat ayat suci al-Quran dibacakan, tubuh mereka ikut melenggok seiring dengan ritma yang dilantunkan. Dengan suara yang tidak terlalu lantang, Mohd. Fitri Anas Khairul Omar, 16, khusyuk mengulang baca beberapa ayat bertulisan kaligrafi Arab itu.
Anak muda yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur ini sudah hampir empat tahun belajar menghafaz al-Quran di Maahad Tahfiz Nurul Huda di Hulu Langat, Selangor. “Alhamdulillah, daripada 30 juzuk al-Quran, kini saya sedang menghafal juzuk ke-29. Tinggal satu juzuk lagi untuk dihafal sebelum boleh bergelar hafiz,” ujarnya.
Dalam usia remaja, dia yang mesra disapa dengan panggilan Anas mengambil keputusan untuk ke sekolah tahfiz sebagai menyempurnakan wasiat arwah bapanya yang inginkan salah seorang anaknya menghafal dan mendalami ilmu al-Quran. Memasuki institusi persendirian tersebut pada usia 13 tahun, Anas mengakui pada awal kemasukannya, dia berdepan dengan konflik antara minat dan amanat.
Kepala ikan, rokok
“Pada awalnya saya memang tidak minat. Saya boleh membaca al-Quran, tetapi untuk duduk sepanjang hari menghafal baris demi baris, saya tak mampu lakukannya. “Namun atas galakan daripada ibu dan guru-guru di sini serta sokongan rakan-rakan, saya jatuh cinta dalam bidang hafalan ini. “Semakin banyak yang dibaca, saya semakin asyik untuk terus membaca,” katanya yang mampu menghafal satu muka surat dalam masa satu jam setengah.
Sudah merancang masa depannya, setelah bergelar hafiz, dia ingin melanjutkan pengajian agama di Yemen. “Buat masa ini, saya mahu habiskan menghafal dan mendalami ilmu Islam menerusi kitab-kitab penulis hebat Islam di universiti di Yemen.
“Insya-Allah, selepas tamat belajar di Yemen nanti, saya ingin kembali ke Malaysia dan berkongsi ilmu yang diperolehi ini dengan masyarakat,” katanya yang sedang mencari penaja untuk menyambung pengajiannya ke luar negara. Ditebak pertanyaan apa yang membuatkannya berusaha menghafal 6,666 ayat al-Quran itu, jawabnya mudah.
“Ini adalah hadiah untuk ibu dan arwah ayah. Rasulullah pernah bersabda, sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini, riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud,” ungkapnya.
Selain Anas, Muhammad Danial Azizi, 14, juga memilih pusat tahfiz tersebut untuk mendalami ilmu menghafal al-Quran. “Seronok bila dapat jumpa rakan-rakan sebaya yang turut datang belajar di sini. Mula-mula memang susah untuk biasakan diri, tetapi lama-kelamaan, rasa sayang kalau tinggalkan rutin menghafal, walaupun sehari,” katanya yang sudah menghafal sembilan juzuk sejak memulakan pengajian setahun setengah yang lalu.
Mendekati teknik yang diguna pakai di maahad ini, guru hafazan, Ahmad Shahroini Sultan, 30-an, berkata, mereka menggunakan pendekatan Misri yang dipraktikkan oleh kebanyakan maahad tahfiz di negara ini. “Ia teknik dengan cara mengulang bacaan sehingga dapat menghafal. Ada pelajar di sini mengulang empat kali sudah boleh hafal, ada juga yang ulang sampai 40 hingga 60 kali, baru boleh hafal.
“Selain itu, kita tekankan juga mengulang bacaan yang lepas sebelum menghafal ayat yang baru, ia membantu pelajar untuk ingat semua ayat,” katanya yang berasal dari Medan, Indonesia dan sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
Konvensional
Menurut Shahroini, bagi pelajar yang boleh menguasai teknik hafazan, mereka boleh menghafal satu muka surat sehari dan menghabiskan satu juzuk setengah dalam masa sebulan. “Satu juzuk mempunyai 20 muka surat. Jika pelajar konsisten, mereka boleh menghafal al-Quran dalam tempoh satu hingga dua tahun. Namun, ia bergantung kepada kebolehan individu, ada yang cepat, ada yang lambat.
“Ada juga pelajar yang menghafal dari kulit ke kulit dalam masa enam bulan, ada juga yang ambil masa hingga lima tahun. Ia terserah kepada pelajar,” katanya yang belajar menghafal al-Quran di Thailand belasan tahun lalu. Selain teknik hafal, pelajar di sekolah tahfiz ini juga mengamalkan pemakanan sihat yang mana dipercayai dapat membantu menguatkan hafalan mereka.
“Kepala ikan, makanan segera, organ dalaman haiwan dan rokok adalah kunci yang boleh melemahkan hafalan. “Seeloknya ia dijauhkan jika ingin mendapatkan fokus dalam menghafal,” ujarnya yang mengamalkan memakan kismis setiap pagi dan malam.
Sebagai maahad yang dibangunkan untuk melahirkan para hafiz, Maahad Tahfiz Nurul Huda dibuka khusus untuk mengajar pelajarnya menghafal al-Quran sahaja selain mengikut kelas fardu Ain seperti ibadat, fikah dan bahasa Arab. Dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), maahad tahfiz berbeza dengan sekolah pondok atau pesantren yang terkenal di Indonesia.
“Sekolah pondok tidak menekankan kepada hafalan al-Quran, pelajarannya lebih kepada pengajian agama menerusi kitab-kitab karya intelek Islam yang hebat. “Ada juga maahad tahfiz yang memperkenalkan kokurikulum kebangsaan, di mana para pelajar boleh memperolehi dua ilmu serentak dan menduduki peperiksaan berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan. “Berbeza dengan kami, di sini kami fokus kepada menghafal al-Quran sahaja,” jelas Shahroini.
Walaupun kedengarannya agak konvensional, sekolah tahfiz tetap memiliki peminatnya tersendiri. Sepanjang perjalanan Jurnal menjejaki pusat pengajian tahfiz di sekitar Hulu Langat, terdapat lebih 15 institusi dari Batu 9, Cheras hingga ke Batu 20, Jalan Sungai Lui.
Profesional
Pandangan masyarakat terhadap nilai kebolehpasaran para pelajar juga sering dipertikai. Ramai pasti tertanya-tanya bolehkah pelajar tahfiz cemerlang dalam pelajaran dan bergelar golongan profesional?
“Sudah tentu boleh. Malah, jika teknik menghafal itu dipraktikkan dalam pengajian aliran kebangsaan, tidak mustahil mereka boleh menguasai hafalan al-Quran sekali gus cemerlang dalam bidang akademik,” ujar Lokman Shazly Datuk Sri Azlani Zaharin, pengasas Akademi Darul Huffaz yang beribu pejabat di Prima Saujana, Kajang, juga dalam daerah Hulu Langat.
Mengambil pendekatan untuk mempopularkan menghafal al-Quran dalam bandar, Lokman tidak memilih kawasan terpencil di dalam kampung seperti kebanyakan sekolah tahfiz. Sebaliknya, kunjungan Jurnal ke premis miliknya, ia didirikan di dalam sebuah tapak komersil yang dikelilingi deretan kedai dan taman perumahan.
“Ia lebih praktikal kerana ibu bapa mudah untuk mengambil dan menghantar anak ke sini. “Selain itu, ia juga salah satu cara untuk menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka belajar membaca dan menghafal al-Quran,” katanya.
Sebagai pusat tahfiz persendirian yang diberi akuan oleh JAIS dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Darul Huffaz optimis melahirkan ahli tahfiz al-Quran profesional. Tidak hairanlah, selain menyediakan kursus-kursus asas tahfiz, Lokman turut memberi peluang kepada para pelajarnya untuk mengikuti tahfiz akademi rendah dan tahfiz sains menengah.
Selain itu, Darul Huffaz juga menyediakan pengajian peringkat diploma yang akan dibuka pengambilannya pada bulan September nanti. Dengan 10 cawangan selepas empat tahun ditubuhkan, Lokman menyasarkan untuk membuka 1,000 pusat tahfiz Darul Huffaz menjelang tahun 2020.
“Saya mahu program hafalan al-Quran ini dimulakan dari sekolah rendah. Jika pelajar menghafal secara berperingkat, misalnya empat ayat sehari, pelajar sudah boleh menghafal al-Quran sebaik sahaja memasuki tingkatan lima. “Dengan cara ini, anak-anak boleh menghafal Quran tanpa rasa tertekan,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik